Saturday 17 August 2013

Gempar, Lelaki temui tengkorak dalam beg pakaian


Gombak – Seorang lelaki Orang Asli yang sibuk mencari pokok pisang untuk pelanggannya terkejut selepas menemui tengkorak manusia dan pakaian reput dalam sebuah beg pakaian di hutan Batu 16, Jalan Gombak Lama, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, lelaki terbabit yang berusia 34 tahun pergi ke kawasan hutan berkenaan yang jarang dilalui orang ramai untuk mencari pokok dan buah pisang.

Sumber polis berkata, lelaki itu yang tinggal di perkampungan Orang Asli berdekatan pada mulanya terkejut menemui sebuah beg berwarna hitam di bawah sebuah pokok jenis Boyah yang terletak kira-kira 20 meter dari jalan utama.

Menurutnya, lelaki berkenaan mendekati beg itu dan membukanya sebelum terkejut melihat tengkorak dan rangka manusia berada dalam beg berkenaan.

“Rangka berkenaan dipercayai sudah lama ditinggalkan dalam beg itu dan turut ditemui pakaian lelaki yang sudah reput. – Metro

Gadis Hilang!!!

Minta tolong rakyat Malaysia untuk tolong bersama-sama mencari adik ini yang hilang pd 14 Ogos lepas dan kali terakhir nampak di Timesquare pd 15hb lepas. Nama : Nurul Nabila Binti Amil Yusuff umur : 14 tahun. Report polis : Rawang 009397-13. Contact no Amil Yusuff : 0132066004.






Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)