Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Tuesday, 23 June 2020

Asalnya negeri Rakhine


Isu Rohingya ini sebenarnya rumit. Sangat rumit. Tapi ramai yang main bedal saja mengulas isu ini tanpa membuat penyelidikan secara menyeluruh.

Ilmu yang sedikit membawa kepada fitnah.


Ada tulisan tular yang kata Rohingya ini tidak "deserve" bantuan kita kerana mereka berperangai buruk.

"Kalau etnik lain boleh hidup aman damai di Myanmar kenapa Rohingya tak boleh? Mesti perangai Rohingya sendiri yang suka duduk dalam kepompong sendiri menolak asimilasi kan? Cuba tengok perangai mereka dekat Selayang!"

Benda ini bukan boleh pakai logik sahaja bang.

Rohingya dibenci pun bukan kerana faktor agama atau Islamo-fobia semata-mata. Bukan hitam vs putih. Bahaya jika isu ini dibahaskan melalui kerangka konflik agama.

Isu Rohingya adalah contoh klasik kegagalan ethno-nasionalisme yang membawa kepada kegagalan "nation-building". Rohingya merupakan kumpulan yang dikambinghitamkan dalam masalah ini dan mereka menghadapi penghapusan etnik atau "genocide".

Rohingya bukanlah pendatang Bangladesh yang sombong seperti yang didakwa. Keadaan Rohingya dan Bangladesh ada persamaan dengan Alam Melayu juga.

Pada asalnya negeri Rakhine (atau Arakan, tempat duduk orang Rohingya) dan Bengal (Bangladesh hari ini) dekat dari segi geografi dan politik, maka berlaku interaksi budaya. Selepas tahun 1785, Arakan ditawan oleh Burma (Myanmar) dan kekal berada di bawah Burma selepas Burma merdeka daripada Britain pada tahun 1948, maka Muslim Arakan dipisahkan daripada Muslim Bengal.

Muslim Arakan atau Rohingya ini pada asalnya boleh hidup dengan etnik Rakhine yang menganut Buddhisme. Namun dasar British yang membawa masuk buruh Bengali menyebabkan Rakhine rasa terancam. Malah semasa Perang Dunia Kedua (1939-1945), Rakhine menyokong Jepun dan Rohingya setia dengan British. Maka berlakulah permusuhan dan episod bunuh-membunuh seperti 14 hari pemerintahan Bintang Tiga di Tanah Melayu.

Rohingya pernah menuntut kemerdekaan agar disatukan dengan Bangladesh. Mereka berjuang secara bersenjata di bawah nama Mujahideen (1947-1961), Rohingya Liberation Party (1972-1974), Rohingya Patriotic Front (1974-1982), Rohingya Solidarity Organization (1982-1998), Arakan Rohingya Islamic Front (1986-1998) dan Arakan Rohingya National Organization (1998 sehingga kini).

Dan bukan Rohingya saja yang tak mahu berasimilasi, berpuluh-puluh etnik yang lain seperti Karen, Mon, Shan, Kachin dan Wa telah mengangkat senjata menentang dasar asimilasi "Burmanization" yang bermula sejak 1960-an selepas kudeta tahun 1962. Nama saja Burmanization tapi pemerintah tentera berat sebelah kepada budaya etnik Bamar dan agama Buddhisme.

Untuk mengambil hati Rakhine (salah satu daripada 4 etnik penganut Buddhisme bersama-sama orang Bamar, Shan dan Mon), Jeneral Ne Win memberi taraf autonomi kepada Rakhine dan tidak mengiktiraf Rohingya sebagai penduduk Rakhine. Malah, sejak tahun 1982 Rohingya dilucut kewarganegaraan di bawah Undang-Undang Kewarganegaraan. Rohingya menjadi "stateless people".

Pendemokrasian Myanmar sejak tahun 2011 tidak mengubah nasib Rohingya. Parti yang anti-Rohingya, Rakhine Nationalities Development Party (RNDP) memenangi majoriti kerusi di Rakhine. Presiden Thein Sein tiada pilihan selain mengambil hati RNDP dengan membuat cadangan agar orang Rohingya ditempatkan semula, satu cadangan yang ditolak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) kerana menzalimi hak orang Rohingya sebagai penduduk asal.

Thein Sein disokong oleh gerakan sami pelampau seperti Ashin Wirathu, pemimpin Gerakan 969 yang menyebarkan sentimen Islamo-fobia. Gerakan 969 inilah tukang penyebaran propaganda bahawa orang Rohingya adalah pendatang Bangladesh dan menghasut orang Rakhine membunuh orang Rohingya.

Sejak itu pembantaian ke atas Rohingya berlaku pada Jun 2012, Mac 2013 dan Oktober 2016 sehingga kini. Semakin ramai yang meninggalkan Rakhine dan semakin banyak tragedi kemanusiaan yang dilaporkan. Kebanyakan mereka samada mati lemas di tengah laut, atau dirogol dan dibunuh oleh pedagang manusia di Chittagong Hill Tracts di sempadan Rakhine-Bangladesh.

Apa yang berlaku ke atas orang Rohingya menepati ciri-ciri "genocide" yang sistematik: ia bermula dengan "classification" (identiti Rohingya diasingkan daripada rakyat Myanmar), kemudian "dehumanization" (969 panggil Rohingya sebagai anjing), "organization" dan "polarization" (orang Rakhine dihasut dan diberi senjata), "extermination" (bantai) dan "denial" (penafian berlakunya pembantaian).

Apa yang berlaku ke atas Rohingya sama seperti apa yang berlaku ke atas kaum Muslim Bosniak di Bosnia (1995), kaum Darfur di Sudan (2003-kini), Tutsi di Rwanda (1994), Yahudi dan Gypsy di Jerman (1942-1945) dan Armenia di Turki (1915-1917).

Situasi ini berbeza dengan Selatan Thailand atau Selatan Filipina di mana genocide tidak berlaku. Keadaan Rohingya berada di tahap kritikal, di ambang pembinasaan (annihilation).

Bermula tahun 2016 Rohingya menubuhkan tentera mereka sendiri, Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) untuk melindungi mereka. Maka bertambah kukuh lah dakyah 969 bahawa Muslim Rohingya ini golongan teroris. Lagi senang tentera Myanmar dan militia Rakhine menjalankan kerja mereka. Pada 25 Ogos 2017 baru-baru ini, ARSA diisytiharkan sebagai kumpulan teroris oleh kerajaan Myanmar dan itu menjadi antara punca kemarahan orang Rohingya baru-baru ini.

Siapa kata Rohingya tak berusaha untuk mengubah nasib sendiri? Tapi mereka ni tak lawan mati, lawan pun mati. Nasib orang Rohingya baru betul-betul tersepit.

Fakta-fakta ini boleh diperolehi daripada dokumen-dokumen UN, UNHCR, Amnesty International, Human Rights Watch dan banyak lagi. Jenayah terhadap Rohingya dibentangkan dalam sesi demi sesi di UN.

Tan Sri Razali Ismail, wakil Malaysia di UN adalah antara sosok yang aktif dalam aktiviti ARNO yang berpangkalan di London. Jadi, apa yang cuba dinafikan tentang genocide ke atas Rohingya di Myanmar? Ada ke patut mangsa genocide dipersalahkan?

Kenapa dunia tidak mahu bersuara membela Rohingya?

Kerana Myanmar ini negara yang sensitif. Kedudukannya strategik dari segi geo-politik. Myanmar pro-China, jadi kuasa-kuasa Barat (US, EU) dan India cuba kurangkan kritikan terhadap Myanmar agar ia berpaling tadah daripada China. Tapi kalau semua kuasa-kuasa besar termasuk China hatta ASEAN kutuk Myanmar sekali pun, Myanmar boleh saja tutup pintu dan amalkan dasar isolasi. Masalah tetap tidak selesai malah lagi mudah mereka nak bantai Rohingya sampai habis.

Keadaan ini berbeza dengan krisis di Bosnia atau Sudan di mana kerajaan mereka lebih "vulnerable" dengan kecaman kuasa-kuasa besar.

Nak harapkan Bangladesh yang "serumpun" dengan Rohingya? Bangladesh antara negara termiskin di dunia. Kecil dari segi ekonomi dan ketenteraan. Tak mampu nak melindungi Rohingya secara infiniti.

Dan kita pun tak mampu untuk membantu pelarian Rohingya buat selama-lamanya. Mereka yang menyuarakan keresahan tentang kehadiran Rohingya pun tidak salah sepenuhnya. Tak salah juga kalau nak mendahulukan kepentingan negara lebih daripada kemanusiaan. Tak salah.

Pada asalnya tak timbul isu pun. Orang Rohingya tak minta bantuan tambahan. Orang Rohingya tak minta nak jadi warganegara Malaysia. Orang Rohingya cuma membantah kekejaman ke atas mereka di hadapan Kedutaan Myanmar. Keadaan hilang kawal sedikit, tapi tak seteruk perhimpunan yang dibuat oleh rakyat tempatan.

Ia menjadi isu apabila ada orang cuba menghasut agar membenci Rohingya. Kalau tak nak bantu pun tak apa, tapi amat zalim jika "whitewash" jenayah kemanusiaan yang dilakukan ke atas Rohingya dengan "half-knowledge".

Kalau betul-betul prihatin dengan isu ini, baik consult pakar seperti Dr. Jatswan Singh (guru saya) di Universiti Malaya yang lebih 20 tahun mengkaji politik Myanmar dan masalah Rohingya.

Kalau setakat mengulas dengan emosi dan "half-truth", atau nak mengaitkan pengalaman "saya dan Rohingya" masing-masing, sampai kiamat pun tak selesai.

Thursday, 26 January 2017

Perkembangan Ekonomi Malaysia: Penilaian Hari Ini



Keutuhan ekonomi sesebuah negara memainkan peranan yang sangat penting dalam menjamin kestabilan dan kekuatan negara tersebut. Negara yang mempunyai kekuatan ekonomi tidak mudah ditekan oleh kuasa luar dan berupaya menjaga keperluan rakyatnya.

Kesaksamaan pembangunan ekonomi terbukti menjadi salah satu tunjang kepada perpaduan rakyat. Ketidakadilan di dalam pengagihan berisiko untuk menimbulkan kekacauan di dalam sesebuah masyarakat sepertimana yang berlaku pada tragedi 13 Mei 1969.

Dahulu kita bertungkus lumus dalam membangunkan ekonomi selepas berjaya mendapatkan semula hak mentadbir sendiri tanah air kita. Melalui Rancangan Malaya Pertama, Rancangan Malaya Kedua dan Rancangan Malaysia Pertama kita telah berjaya mengalihkan kebergantungan penuh kita daripada ekonomi berasaskan eksport getah dan bijih timah semata-mata. Hari ini kita sedia maklum, bahawa kita mempunyai sumber pendapatan yang pelbagai hasil daripada penubuhan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada tahun 1974 dan kejayaan perindustrian yang digiatkan di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir. Tetapi amat dikesali pada hari ini apabila hasil mahsul bumi Malaysia ini bagai tidak dapat dirasai oleh rakyat kebanyakan. Kekayaan negara seakan berada di dalam kitaran kelompok minoriti elit.

Penulisan ini akan membawa pembaca mengenali dengan lebih dekat sejarah dan latar belakang ekonomi negara kita bermula zaman penjajahan sehinggalah ke hari ini agar kita jelas di manakah tahap pencapaian tanah air kita seterusnya mengenal pasti apakah kesilapan, kelemahan dan kekuatan yang kita miliki untuk dimanfaatkan untuk masa depan negara yang lebih cerah.


1. Latar Belakang Ekonomi Malaysia

Sebelum kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, penduduk rata-rata mengamalkan ekonomi sara diri dan hanya menumpukan kepada keperluan hidup keluarga masing-masing. Turut sama dicatatkan bahawa terdapat juga mereka yang melibatkan diri di dalam urusan perdagangan.

Semasa Penjajahan

Kemasukan tenaga buruh yang dibawa masuk daripada negara China dan India ke Tanah Melayu bagi memenuhi kepentingan ekonomi penjajah telah mengubah landskap sosioekonomi masyarakat ketika itu. Amalan ‘Pecah dan Perintah’ daripada penjajah British telah menggalakkan perkembangan masyarakat yang tidak seimbang disebabkan perbezaan aktiviti perekonomian dan penempatan berdasarkan kaum.

Pasca Kemerdekaan (1956-1970)

Selepas daripada kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman telah merangka rancangan pembangunan ekonomi secara bertempoh bagi setiap lima tahun yang dikenali sebagai Rancangan Malaya (Selepas Rancangan Malaya Kedua ianya dikenali Rancangan Malaysia). Dalam tempoh ini, tumpuan kerajaan adalah pada pembangunan sektor luar bandar dan mempelbagaikan sumber negara.

Pada fasa ini telah ditubuhkan Majlis Amanah Rakyat (transformasi daripada RIDA) pada tahun 1965 dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Negara kita juga mula menerokai peluang sumber ekonomi yang baharu melalui pengeluaran minyak sawit. FELDA telah membuka penempatan sulung bagi perusahaan ladang sawit pada tahun 1961.

Kesan amalan ‘Pecah dan Perintah’ yang digunakan oleh penjajah British dalam mentadbir penduduk Tanah Melayu sebelum kemerdekaan tetap dapat dirasai impaknya meskipun negara ini telah mengecapi kemerdekaan. Bancian penduduk telah dijalankan pada tahun 1970, didapati bahawa 49.3% daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia berada di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK). Sejumlah 86% daripada keluarga miskin tersebut berada di kawasan luar bandar, majoritinya adalah kaum Melayu dan Bumiputera.

Walaupun ekonomi negara ketika itu berkembang dengan pesat pada purata tahunan 6 peratus, terdapat kekurangan penekanan dalam aspek pengagihan seterusnya menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik dengan memberi kesan negatif sosial dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969.

Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)

Rentetan daripada peristiwa berdarah 13 Mei 1969, negara Malaysia di bawah pentadbiran Tun Razak (1970-1976) telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 baru mengatasi ketempangan yang wujud pada sosioekonomi masyarakat ketika itu.

Perangkaan DEB dan penyertaan kerajaan secara aktif di dalam ekonomi melalui penubuhan FELDA, FAMA, PERNAS, UDA dan PNB adalah mencontohi pendekatan negara yang bertunjangkan ideologi sosiolisme-komunisme. Semasa Tun Razak masih belajar di UK, beliau aktif di dalam Parti Buruh di sana yang beraliran kiri, tidak hairan pembawaan pentadbirannya sebagai perdana menteri menggunakan pendekatan yang cenderung ke arah sosialisme.

DEB mensasarkan dua strategi utama:

1. Mengurangkan kemiskinan tegar tanpa mengira bangsa melalui kenaikan taraf pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia.
2. Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi agar mengurangkan dan seterusnya menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi.

Perlaksanaan DEB telah menunjukkan hasil yang positif berdasarkan pengurangan kadar isi rumah yang berada di bawah taraf kemiskinan daripada 49.3% (1970) kepada 16.5% (1990). DEB juga berjaya menstrukturkan semula pemilikan ekuiti korporat yang sebelum ini dimiliki lebih daripada dua per tiga oleh warga asing manakala Bumiputera hanya memiliki 2% sahaja pada tahun 1970 kepada pemilikan Bumiputera bertambah kepada 20.4% dan pegangan warga asing mengecil sehingga 25.1% pada tahun 1990.


Ekonomi Tun Dr. Mahathir (1981-2003)

Tun Dr. Mahathir mengambilalih pemerintahan pada tahun 1981 semasa iklim ekonomi negara berada di dalam keadaan yang tidak baik. Beberapa perkembangan ekonomi antarabangsa memberikan kesan kepada negara terutama sekali kemelesetan ekonomi antarabangsa dan kejatuhan harga komoditi utama ketika itu.

Tempoh pentadbiran kendaliannya yang menjangkau sehingga 22 tahun ini menyaksikan pelbagai perubahan dasar dan pembawaan ekonomi negara. Antaranya ialah:

1. Dasar Pandang Ke Timur
2. Dasar Pertanian Negara (1984)
3. Dasar Buruh
4. Dasar 70 Juta Penduduk
5. Perindustrian Berat
6. Pensyarikatan Malaysia
7. Dasar Penswastaan
8. Wawasan 2020

Walaupun pembaharuan yang dibawa oleh Tun Dr. Mahathir kelihatan gah dan membawa nafas baru kepada perekonomian negara kita, di sebalik perangkaan dan perlaksanaan dasar ekonomi ini tidaklah berjalan dengan baik seperti mana yang diharapkan.

Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan tidak mampu berkekalan lama apabila tentangan daripada rakyat yang tidak bersetuju disebabkan oleh keutamaan yang diberikan kepada firma daripada Jepun sepertimana di dalam projek pembinaan Dayabumi berbanding firma tempatan. Meskipun pada awalnya, Tun mengharapkan dasar ini menjadi asas kepada penerapan etika kerja daripada Jepun dan usaha kerjasama yang menguntungkan antara perusahaan dua negara ini. Tetapi selepas pilihanraya 1986, Tun secara beransur-ansur tidak lagi mencanangkan dasar ini apabila nyata lebih banyak kerugian yang perlu ditampung.

Begitu juga pengenalan perindustrian berat yang dipelopori oleh Tun semenjak beliau memegang Kementerian Perdagangan dan Industri pada akhir 1970-an lagi melalui penubuhan Heavy Industries Corporation of Malaysia (HICOM). Pemilihan industri yang tidak tepat berikutan industry sedia ada telah menghadapi persaingan hebat pada peringkat antarabangsa, seterusnya melibatkan banyak perlindungan untuk menjamin kelansungan perindustrian tersebut dan pemilihan industri yang tidak mempunyai kaitan penting dengan keseluruhan ekonomi nasional telah menjerumuskan negara ke tahap kerugian yang mencecah berbillion ringgit seperti mana di dalam kes PERWAJA.

Krisis Ekonomi 1997

Pada bulan tahun 1997, mata wang Thailand (baht) mengalami serangan spekulasi secara besar-besaran menyebabkan kejatuhan nilai mata wangnya secara mendadak (separuh nilai asal). Kesan daripada krisis yang bermula di Thailand ini telah memberikan impak kepada ekonomi negara jiran yang berada di sekitarnya.

Tun Dr. Mahathir menggambarkan bahawa kejatuhan nilai ringgit adalah disebabkan oleh serangan spekulatif terhadap mata wang negara Asia Timur. Walaubagaimanapun, laporan kajian yang dikeluarkan oleh IMF pada tahun 1998 mengakui bahawa kejatuhan mata wang baht adalah disebabkan spekulatif tetapi tidak pada mata wang negara lain.

Faktor lain yang membawa kepada lanjutan krisis ini adalah penarikan pelaburan asing secara besar-besaran kerana ketakutan yang timbul terhadap krisis ini sendiri kerana menyangka kawasan serantau ini serupa dan sepadu (dari segi bidang perdangan dan perlaburan).

Nilai ringgit juga jatuh disebabkan oleh kelantangan Tun Mahathir ketika itu yang menempelak George Soros dan menyatakan bahawa terdapat konspirasi jahat Barat yang ingin melemahkan ekonomi negara Asia Timur. Kenyataan lantang Mahathir ini telah memburukkan lagi kenyakinan pelabur dan keadaab serantau sehinggi ditegur oleh pemimpin negara lain di rantau ini.

Tindak balas kerajaan di dalam menghadapi krisis ini adalah melalui kawalan modal. Ketika itu timbul perbezaan pandangan dalam menanggapi kemelut ekonomi yang melanda ketika itu di antara kem Mahathir dan Daim yang menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Nasional (MTEN) dengan kem Anwar Ibrahim yang mengendalikan Kementerian Kewangan.


2. Tahap Pencapaian Ekonomi Negara Hari Ini

Jika dahulu negara kita bergantung harap kepada perolehan daripada penghasilan bijih timah dan getah yang pernah meliputi 40 peratus KDNK negara. Hari ini kita boleh berbangga dengan kepelbagaian sumber pendapatan yang kita ada.

Walaubagaimanapun, kebanggaan terhadap perkembangan ekonomi hari ini tidak sewajarnya melekakan kita terhadap keperluan untuk meneliti semula hala tuju dan prestasi sebenar ekonomi Malaysia. Suatu masa dahulu kita pernah tergolong di dalam kelompok negara yang diberikan gelaran ‘Harimau Asia’ (Singapura, Taiwan dan Korea Selatan) berikutan pencapaian ekonomi yang sangat baik. Tetapi adakah pada hari ini tahap pencapaian negara kita setara tiga ‘harimau’ yang pernah dahulunya ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’?

Negara kita telah berjaya mengurangkan insiden kemiskinan daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012. Kita merasa gembira dengan kejayaan ini, tetapi adakah angka ini menggambarkan realiti sebenar jumlah rakyat marhaen yang terhimpit dengan kesesakan bebanan hidup?

Pada tahun 2008 yang lalu, satu penilaian telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pertumbuhan Bank Dunia dan meletakkan negara Malaysia di antara 13 buah negara yang berjaya mencapai kelestarian pertumbuhan besar pasca Perang Dunia Kedua. Walaubagaimanapun, daripada jumlah tersebut hanya 6 buah negara sahaja yang berjaya mencapai status negara berpendapatan tinggi. Manakala Malaysia kini telah dikategorikan sebagai negara yang berada di dalam perangkap pendapatan pertengahan (middle-income trap).

Pada hari ini kita dapat melihat dengan jelas bahawa kerajaan sangat bersungguh-sungguh dalam memastikan hasrat untuk menjadi salah sebuah negara berpendapat tinggi tercapai. Pada tahun 2010 kerajaan telah melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang meletakkan misi umumnya adalah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan sasaran pendapatan tinggi antara 15 ribu sehingga 20 ribu dolar Amerika.

Terbaru, kita diberitakan khabar ‘gembira’ bahawa purata pendapatan isi rumah di Malaysia telah mencecah RM 5,900. Khabar ini dicanangkan seolah-olah rata-rata rakyat sudah mempunyai pendapatan yang mencukupi dan selesa untuk menampung kos hidup hari ini. Ironisnya, kerajaan pusat sendiri mengatakan bahawa program BR1M meliputi 80 peratus isi rumah di Malaysia, kita sedia mengetahui bahawa syarat kelayakan penerimaan BR1M adalah jumlah pendapatan isi rumah kurang daripada RM 3,000 sebulan.

Pada suku pertama dan kedua 2014, pertumbuhan ekonomi Malaysia mencatatkan kadar 6.3 peratus. Satu perkembangan yang baik berbanding tahun sebelumnya. Meskipun begitu, seakan tiada peningkatan kualiti hidup pada masyarakat terbanyak di sebalik angka yang dibanggakan oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib ini. Bahkan, penarikan subsidi melalui Program Rasionalisasi Subsidi telah menyaksikan kenaikan harga makanan rentetan peningkatan kos domestik yang disebabkan oleh pelarasan harga minyak dan tarif elektrik telah menekan kehidupan rakyat kebanyakan.

Situasi ini boleh dijelaskan sekiranya kita mengerti bahawa pertumbuhan ekonomi negara kita tidak selari dengan kesaksamaan pengagihan kekayaan negara. Menurut laporan daripada kerajaan, hanya 31 peratus daripada KDNK merangkumi pampasan pekerja, selebihnya adalah keuntungan korporat dan pendapatan kerajaan. Jika dibandingkan dengan negara ‘Harimau-harimau Asia’ yang dahulunya kita pernah bermain pada padang yang sama, peratusan pampasan pekerja kita adalah yang terendah. Singapura sebanyak 41.1 peratus, Korea sebanyak 43.7 peratus dan Taiwan pula sebanyak 46.2 peratus.

Begitu juga jika kita tinjau laporan KDNK negeri, kita akan mendapati bahawa taburan pembangunan di Malaysia adalah sangat tidak seimbang. Sebagai contoh KDNK per kapita Wilayah Persekutuan adalah sebanyak RM 80,000 tetapi di negeri-negeri lain hanyalah separuh daripada jumlah tersebut. Jurang perbezaan pendapatan antara negeri sangat ketara. Tidak hairan jika pertumbuhan ekonomi yang diwar-warkan oleh kerajaan seakan tiada erti buat rakyat melihatkan ketidakadilan dalam pengagihan pembangunan di Malaysia.

Lanjutan daripada purata peningkatan inflasi sebanyak 3.3 peratus, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada Julai 2014 yang lalu. Tindakan ini diambil sebagai langkah awal untuk mengurangkan risiko ketidakseimbangan ekonomi dan kewangan disebabkan oleh jangkaan kadar inflasi kekal melebihi purata jangka panjang.

Kesan perubahan pada OPR akan dirasai orang ramai melalui Kadar Pinjaman Asas / Kadar Pembiayaan Asas (BLR/BFR). Bank-bank lain akan menyusuli tindakan BNM dengan menaikkan BLR/BFR masing-masing daripada 6.60 peratus kepada 6.85 peratus. Kadar yang baharu ini akan dijadikan asas bagi pengiraan kadar pembiayaan perumahan, pembiayaan perniagaan dan pembiayaan peribadi yang diambil berasaskan kadar berubah, dan juga asas bagi menetapkan kadar baru bagi pembiayaan kereta dan pembiayaan berkadar tetap.

Situasi ini akan membawa kepada peningkatan kos perniagaan dan kos membeli hartanah atau aset lain menerusi pinjaman, seterusnya mengurangkan permintaan terhadap kebanyakan aset yang telah naik harganya ke tahap di mana ianya tidak lagi mampu dimiliki oleh kebanyakan orang.

Seperkara lagi yang membimbangkan rakyat adalah tabiat berbelanja kerajaan yang sangat boros dan tidak terkawal. Semenjak daripada Bajet 1998 sehinggalah Bajet 2015 adalah merupakan bajet defisit. Jawapan yang diberikan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2009 di dalam satu wawancara menjelaskan bahawa perbelanjaan lebih ini adalah untuk mengembalikan kenyakinan pelabur bagi menampung kehilangan pelaburan daripada sektor swasta. Walaubagaimanapun, sehingga ke tahun hadapan, meskipun rasionalisasi subsidi telah dilaksanakan berserta peningkatan di dalam pendapatan daripada cukai yang dikenakan ke atas PETRONAS tetap kerajaan terus boros berbelanja dan tidak berlaku bajet yang berimbang.


3. Hubungkait Antara Ekonomi Negara dengan Rakyat

Pertumbuhan dan penguncupan ekonomi negara memberikan kesan kepada kehidupan rakyat. Sama ada secara langsung melalui kenaan cukai dan penetapan gaji minimum, ataupun secara tidak langsung melalui peningkatan kos sara hidup rentetan daripada pengurangan bantuan kerajaan dalam bentuk insentif atau subsidi dan kenaikan harga barang.

Ekonomi negara juga memainkan peranan penting bagi menggalakkan perkembangan tahap pendidikan dan kesihatan rakyat melalui penetapan dasar kerajaan. Pembasmian kemiskinan melalui penyediaan peluang pekerjaan dan proses pengagihan semula kekayaan yang tersusun juga merupakan peranan pemerintah yang perlu dimainkan pada sesebuah negara.

Kemampanan ekonomi negara menjamin kehidupan rakyat yang sejahtera. Kemunduran tahap ekonomi atau kegagalan mekanisme regulasi sesebuah negara di dalam menjaga kestabilan pasaran dan hak kebajikan rakyat akan memberikan kesan kepada keupayaan rakyat di dalam memenuhi keperluan hidup seperti pemilikan perumahan dan pengangkutan.

4. Bagaimanakah Rakyat Mampu Mempengaruhi Polisi Ekonomi?

· Amalan Demokrasi Terpimpin
· Penyaluran Pandangan dan Cadangan
· Memperanankan Kesatuan Sekerja
· Menzahirkan Desakan dan Bantahan
· Advokasi Isu Melalui Rencana dan Wacana Ilmiah

5. Penutup

Kejayaan dan kesilapan yang pernah dilakukan sewajarnya menjadi suatu panduan buat generasi terkemudian dalam mengorak langkah agar kelangsungan kemakmuran negara ini terus dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakt secara adil dan berhemah.

Pendekatan kerajaan pimpinan DS Najib pada hari ini yang tidak populis dan sangat berisiko pada nasib hayat politik parti pemerintah menggambarkan bahawa negara kita sekarang ini sudah berada di persimpangan; sama ada perlu meneruskan langkah-langkah kehancuran atau berpatah balik sambil mengakui kesilapan pendirian dan pembawaan kerajaan dalam mengendalikan ekonomi negara.

Thursday, 24 April 2014

Sejarah Pulau Besar


Pulau Besar terletak di pantai selatan Negeri Melaka.Ada terdapat 9 buah pulau dalam Gugusan Pulau Besar iaitu:

1.Pulau Besar

2.Pulau Serimbun

3.Pulau Lalang

4.Pulau Burung

5.Pulau Nangka

6.Pulau Hanyut

7.Pulau Dodol

8.Pulau Hantu

9.Pulau Undan.

Dalam 9 buah pulau hanya ada 2 buah pulau di diami olih manusia iaitu Pulau Undan..rumah api dan Pulau Besar.

Pulau Besar di buka kira kira tahun 1400 m,hampir sama dengan pembukaan Melaka atau mungkin lebih dahulu !!!Pemduduk asal Pulau ini ialah Orang Jakun(laut),Jawa dan Maluku

Di Melaka Pesantren pertama di buka olih Maulana Sayyid Abdul Aziz bin Sayyid Muhyidin Abdul Qodir Jailani di satu tempat bernama UPIH nama nya sekarang ialah TENGKIRA.Masjid Tengkira adalah salah satu masjid tertua di Melaka.Pesantren ini tidak lah formal.Pada tahun 1440 m Sayyid Thanauddin(datuk Adi Putra) sampai ke Melaka beliau terus memilih Pulau Besar untuk dijadikan tempat belajar ILMU KEROHANIAN SUFI.Di Pulau ini juga Daeng Mempawah bin Raja Bajung belajar dan berguru dengan Datuk Sayyid Thanauddin/Adi Putra.Daing itu ialah Laksamana Hang Tuah.Jadi yang menjadikan Pulau Besar Pesantren pertama Nusantara ialah Saiyyid Thanaudin/Adiputra/Panglima Hitam.

Pada tahun 1495 m satu rombongan Ulama dari Arab dan Pasai telah tiba di Pulau Besar.Rombongan ini di ketuai olih Maulana Ishaq dan Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail beserta dengan 16 orang ulama dan keluarga mereka.Mereka bergabung dengan Datuk Adiputra menjadi tenaga pengajar di Pulau Besar.Di masa ini lah Sunan Giri,Sunan Kalijaga,Syeikh Subatris dan Syeikh Abdul Jalil/Siti Jenar datang menuntut ilmu di Pulau ini.Datang pada waktu yang lain ialah Puteri Mas Nyawa dan Suami nya Pati Unus/Raden Abdul Qodir Al Idrus.Di samping itu turut belajar ialah Sultan Mahmud Syah sendiri.

Pada tahun 1510 m Datuk Adiputra wafat,Ketua Ulama diambil alih olih CUCU SAUDARA nya Maulana Ishaq.Dan bila Maulana Ishaq wafat pada tahun 1512 m.Jawatan Ketua Ulama diambil alih olih menantu nya Syeikh Sultan Ariffin Saiyid Ismail.Dan hingga lah di hancur luluh kan olih PENJAJAH PORTUGIS pada tahun 1521 m.Selepas itu Pulau Besar hanya lah sebagai tempat berkumpul nya nyamuk dan agas tiada lagi menjadi TEMPAT BELAJAR UGAMA SECARA PESANTEREN !!!.Mungkin ada yang belajar secara tidak formal atau menyorok nyorok,kerana masih ada saki baki keturunan dari Syeikh Ismail di Pulau Bersejarah ini TETAPI NAMA MEREKA TELAH BERTUKAR menjadi orang kampung biasa !!!.

Di Pulau Besar memang terdapat makam para ulama seperti Maulana Ishaq,Sayyid Thanudin,Sayyid Ismail dan makam para SHUHADA seperti Raden Abdul Qodir/Pati Unus,Raden Abu Bakar,Raden Abu Syahid dan Syarifah Siti Zubaidah.Sebenar nya banyak lagi makam para SHUHADA yang saya tidak tau nama nya kerana mereka di kebumikan dalam makam yang satu di panggil ‘MAKAM SERIBU’.

Kalau mengikut cerita2 yg telah diturunkan dari turun temurun, barisan pulau2 yg ada boleh kita ibaratkan sbg R&R. Kws rehat utk mereka yg dalam perjalanan dari tanah jawa atau sumatera ke tanah melayu begitu juga disebaliknya. Kalau kita lihat faktor geografi itu sendiri sepanjang selat melaka mmg banyak deretan pulau2 yang semuanya berfungsi, dan yang paling menarik ketika hanya satu bhs saja yg digunakan iaitu bhs MELAYU.

Ini lah serba ringkas Sejarah Pulau Besar yang sampai sekarang masih di kunjungi orang.Kalau hari hari kebesaran Islam seperti Maulad Nabi atau Awal Muharram pengunjung nya mencapai 7000 orang…sampai kan nak mandi pun kena tunggu tengah malam,kerana perigi nya kekeringan air…perigi ada 7 buah yang masih bolih di gunakan !!!.Di sana ada banyak tempat Sejarah yang bolih di lawati TETAPI JANGAN LAH KITA MEMBUAT KERJA SYIRIK

Thursday, 21 November 2013

SERIUS - Gambar - Gambar Semasa Tragedi Highland Tower Pada Tahun 1993 (18 Gambar)

Ini tragedi yang sangat menyedihkan.

Gambar - Gambar Semasa Tragedi Highland Tower Pada Tahun 1993 | Mengikut sejarah, Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini.

Runtuhan tersebut berpunca daripada sistem saliran air yang tidak sempurna di kawasan pangsapuri mewah di Hulu Klang dan sistem perparitan yang tidak dikendalikan dengan sistematik. Proses pembersihan dengan menebang pokok membabitkan sebahagian kawasan di situ menyebabkan ia membentuk sasaran saliran dari atas bukit terus ke kawasan berhampiran dan pangsapuri berkenaan.



Monday, 30 September 2013

Sejarah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan

Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.

sumber : arkid sejarah

Thursday, 26 September 2013

Kuala Lumpur Pada Tahun 1870an Hingga 1920an (Koleksi Gambar Yang Belum Pernah Dilihat)

Mengikut sejarah, Kuala Lumpur telah bermula pada 1850-an, ketika ketua Melayu Klang, Raja Abdullah, mengupah buruh Cina untuk membuka lombong timah yang baru dan lebih besar untuk pelombongan bijih timah. Penambang mendarat di pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang, Pudu dan Batu.


Pada zaman awal, Kuala Lumpur mempunyai banyak masalah, termasuk Perang Saudara Selangor, ia juga berhadapan dengan penyakit dan kebakaran berterusan dan banjir. Sekitar tahun 1870-an, Kapitan ketiga Cina Kuala Lumpur, Yap Ah Loy, muncul sebagai pemimpin, dan bertanggungjawab terhadap pertumbuhan sistematik berikutnya bandar ini.

Beliau mula membangunkan Kuala Lumpur dari sebuah penyelesaian kabur kecil ke bandar perlombongan berkembang pesat. Pada tahun 1880, ibu negeri Selangor berpindah dari Klang yang lebih strategik berfaedah Kuala Lumpur.

Berikut koleksi gambar vintaj Kuala Lumpur dari 1890an Hingga 1920an:


1880s – Kuala Lumpur – Bukit Nanas


1880s – Kuala Lumpur – Lebuh Ampang


1884 – Kuala Lumpur


1890s – Kuala Lumpur – Merdeka Square and Bukit Aman


1890s – Kuala Lumpur – Jalan Ampang


1890s – Kuala Lumpur – Old Railway Station


1890s – Kuala Lumpur – Royal Selangor Club – Merdeka Square


1895 – Kuala Lumpur – Map





1897 – Kuala Lumpur – Sultan Abdul Samad Building


1899 – Kuala Lumpur – Federal Store Office


1899 – Kuala Lumpur – Cycle and Carriage


1900s – Kuala Lumpur – Carcosa Sri Negara


1900s – Kuala Lumpur – Lake Garden


1900s – Kuala Lumpur – Old Market Square


1900s – Kuala Lumpur – Sungai Gombak


1900s – Kuala Lumpur – Victoria Institution



1920s – Kuala Lumpur – Masjid Jamek


1920s – Kuala Lumpur – New Railway Station


1920s – Kuala Lumpur – New Railway Station


1920s – Kuala Lumpur – Old General Hospital


1920s – Kuala Lumpur – Petaling Street


Tuesday, 24 September 2013

Sejarah Ringkas Mat Kilau Yang Mungkin Tidak Diketahui Umum


SEJARAH PERJUANGAN MAT KILAU

Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1865 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Bapanya bernama Imam Rasul atau gelarannya Tok Gajah, seorang pembesar Pahang.

Ibunya bernama Mahda binti Tok Kaut Burau. Dari kecil beliau telah pandai membaca al-Quran, berzanji, berdikir maulud dan berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’.

Hobi beliau ialah bermain gasing dan berlaga buah keras, sejenis permainan tradisional yang telah pupus.

Beliau sentiasa menjadi juara di kampungnya. Ketika berusia 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan Yang Chik binti Imam Daud dari Kampung Kedondong dan dianugerahkan tiga orang cahaya mata.


Mat Kilau belajar silat, menuntut ilmu kebatinan dan seni mempertahankan diri serta bermain senjata seperti keris, tombak dan parang daripada ayahnya, Tok Gajah. Beliau menuntut ilmu agama daripada
Allamah Haji Botok bin Osman, ulama Kelantan yang berpindah menjadi mufti Pahang pada zamannya.

Sekitar tahun 1890-an, tugas memungut cukai dan hasil tanah oleh pembesar negeri yang dilantik telah diambil alih E.A. Wise, wakil penjajah British. Rakyat Pahang marah dengan tindakan British itu lalu bangun memberontak termasuk para pembesar negeri antaranya Tok Gajah dan Dato’ Bahaman.

Mat Kilau, pahlawan muda berusia 27 tahun ketika itu muncul membantu perjuangan Dato’ Bahaman dan Tok Gajah. Pahlawan tiga serangkai ini menguatkan pasokan tentera menentang British. Mereka berperang dengan British di Lubuk Terua, Temerloh, Bentong, Jeram Ampai dan Kuala Tembeling.Gerakan ini mendapat sokongan padu daripada ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.

Dengan kemahiran selok belok ilmu hutan dan treking Mat Kilau menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini masih digunakan oleh pencari hasil hutan seperti damar dan kayu gaharu dikenali sebagai Laluan Mat Kilau atau Mat Kilau Trail. Pada 14 Jun 1894 Dato’ Bahaman dengan bantuan Mat Kilau bersama 100 orang pengikut mereka menawan semula Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. British bertindak balas di bawah pimpinan Kolonel Walker. Sejak itu mereka terus diburu oleh British dan dilabel sebagai penderhaka.

Akhirnya mereka terpaksa berundur ke Kelantan. Pada 22 Oktober 1895 akhbar The Straits Times melaporkan, “Ketua Penderhaka, Dato’ Bahaman telah ditawan pemerintah Siam.” Akhbar The Free Press pula melaporkan, ”Mat Kilau telah melawan apabila ditahan. Akibatnya dia telah cedera parah di muka dan kepalanya. Dia mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu.”

Sebenarnya Mat Kilau tidak mati. Ini disahkan oleh kawan-kawannya iaitu Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lagi. Disebabkan Mat Kilau telah sedia dicop ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau menyembunyikan identiti dirinya serta berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.

Akhirnya beliau bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak tahun 1930, beliau menukar namanya beberapa kali dan akhirnya menggunakan nama Mat Siam. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, anak Mat Kilau yang bernama Omar Mat Kilau mengiring bapanya ke masjid Kampung Masjid, kampung kelahiran Mat Kilau, untuk solat Jumaat. Beliau yang memakai serban hitam dan gamis putih diusung dan dipayungi oleh sekumpulan pengikutnya. Selepas solat beliau membaca al-Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau dengan kad pengenalan no. 2044778 atas nama Mohamad bin Ibrahim.


Kerajaan negeri Pahang menubuhkan sebuah jawatan kuasa pada 8 Januari 1970 dan beberapa orang ditemuramah bagi mengesahkan bahawa Mat Siam itu sebenarnya ialah Mat Kilau. Pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh. Empat hari kemudian pada 10 Ogos 1970 Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur ketika berusia 105 tahun.

sumber: kesinambunganzaman.blogspot.com

Sebenarnya Adolf Hitler Peluk Islam & Meninggal Di Indonesia?


Saya bawakan kajian menggemparkan ini beserta dengan gambar-gambarnya sekali bagi mengukuhkan bukti artikel ini, satu-satunya yang berbahasa Malaysia disekitar alam maya.

Terbongkar juga akhirnya segala tipu daya Zionis dan Barat yang selama ini telah mencorakkan sejarah dunia dengan penipuan dan konspirasi.

Daripada sekian banyak maklumat dan teori yang ada tentang kematian Adolf Hitler, tidak ada satu pun yang dapat menyatakan secara pasti apa penyebab kematian seorang pemerintah Nazi ini. Di manakah sebenarnya akhir dari petualangan kisah Hitler itu? Benarkah Hitler bersama isterinya Eva Braun bunuh diri selepas minum racun sianida?

Lantas bagaimanakah hasil kajian pihak Amerika Syarikat ketika tengkorak Hitler dipamerkan pada tahun 2000 lalu, yang ternyata adalah tengkorak wanita? Di manakah sebenarnya Hitler selepas jatuhnya Berlin pada tangan Tentera Bersekutu?

Beberapa Versi Tentang Kematiannya

Versi yang paling popular menyatakan bahawa Hitler mati bunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri dan minum racun sianida pada 30 April 1945, ketika Jerman diduduki oleh Kesatuan Soviet.

Meskipun sejumlah ahli sejarah ragu-ragu Hitler menembak dirinya sendiri, dan berpendapat bahawa fakta itu hanyalah propaganda Nazi untuk menjadikan Hitler sebagai pahlawan.

Namun, lubang pada potongan tengkorak yang telah dijumpai tampak menguatkan lagi hujah tersebut ketika tengkorak itu dipamerkan di Moscow tahun 2000. Bagaimana dan bila Hitler meninggal sekarang ini masih diselimuti misteri.

Dapat dijumpai penjelasan tentang punca dan bila Hitler mati dari beberapa versi. Ada kematian versi Jerman, versi Rusia, dan versi para pengkaji sejarah atau saintis.

Versi Jerman, seperti yang diceritakan oleh Flegel, salah seorang jururawat Hitler dan pemimpin Nazi yang lain ketika di dalam bunker(kereta perisai).

Versi Russia, yang dinyatakan oleh seorang pegawai tinggi Organisasi Keselamatan Rahsia Russia, KGB, yang mengatakan, bahawa Adolf Hitler mengakhiri hidupnya bukan dengan menembak dirinya sendiri, tetapi dengan meminum racun sianida.

Seperti yang dinyatakan oleh Leftenan Jeneral Vasily Khristoforov, kakitangan arkib untuk Organisasi Keamanan FSB Rusia, “Unit Peubatan Tentera Kesatuan Soviet ketika itu telah memastikan bahawa Hitler dan Eva Braun mati selepas meminum racun sianida pada 30 April 1945.”

Versi para saintis, yang terkini adalah mengikut pendapat umum dalam hal ini diwakili oleh para saintis. Sudah lama sebenarnya para saintis dan ahli sejarah menyatakan bahawa potongan tengkorak yang telah diambil dari luar bunker Hitler oleh tentera Rusia dan selama ini disimpan perisikan Soviet itu akan menjadi bukti yang meyakinkan bahawa Hitler menembak dirinya sendiri sehingga mati selepas meminum pil sianida pada 30 April 1945.


Akhirnya analisis DNA dilakukan terhadap potongan tengkorak itu oleh penyelidik dari Amerika Syarikat, dan mereka menyatakan, “Kami tahu tengkorak itu ada kaitan dengan seorang perempuan berusia antara 20 dan 40 tahun,” kata ahli arkelogi Nick Bellantoni dari Universiti Connecticut, AS, yang dipetik dari Dailymail.

“Tulang itu kelihatan sangat nipis, tulang tengkorak lelaki cenderung lebih kuat. Dan persambungan di mana kepingan tengkorak itu menyambung nampak berkaitan dengan seseorang yang berusia kurang dari 40 tahun. Hitler pada April 1945 berusia 56 tahun. ”

Dengan adanya hasil ujian DNA tersebut, bererti sejarah kematian Hitler menjadi sebuah misteri kembali, dan para ahli teori konspirasi terus memikirkan semula kemungkinan lain tentang kematian Hitler, seperti Hitler tidak mati di dalam bunker.

Biografi Ringkas Adolf Hitler

Mengenai masa kanak-kanak, remaja, sampailah menjadi seorang pemerintah, Hitler kecil adalah seorang kanak-kanak yang tidak diterima, ayahnya sangat membencinya dan menganggap sikapnya yang “anti-sosial” sebagai sebuah kecacatan.

Ayahnya seorang yang keras dalam mendidik anak, sedangkan ibunya, Klara sangat baik kepadanya. Masa kecil yang diliputi dengan kebencian dari ayahnya inilah yang memberikan pengajaran dalam pembentukan mental dan kejiwaan Hitler ketika dewasa.

Ketika hidupnya kucar-kacir, Perang Dunia 1 pun bermula. Tanpa ragu-ragu Hitler mendaftar menjadi tentera dengan pangkat Koperal, bertugas di medan perang di barisan paling hadapan. Kecewa dengan kekalahan Jerman di Perang Dunia 1, dan melihat negara dan rakyatnya yang sengsara dan kelaparan, Hitler mula menjadi Anggota Parti Buruh yang kemudian menjadi NSDAP (National Socialistische Deutsche Arbeiter Partei).


Surat keiizinan masuk

Pada tahun 1920, Hitler dilantik menjadi Ketua Bahagian Propaganda, ketika inilah terserlahnya bakat Hitler berpidato.

Satu tahun kemudian, 1921, Hitler menjadi ketua parti. Akhirnya pada tahun 1962, Hitler mendapatkan hak kuasa mutlak daripada partinya. Hitler dianggap sebagai seorang yang pandai berpidato, digelar “singa podium”, ahli pidato yang mampu memukau para pendengarnya.

Hitler adalah ahli politik handal dan berjaya membina imej yang berjaya melalui propagandanya. Beliau berjaya membina idea serta pemikiran menjadi sebuah kekuatan dahsyat yang berjaya melalui propaganda.

Beliau berjaya membina sebuah kekuatan dahsyat yang ditakuti. Beliau juga berjaya membangunkan idea sebagai fuhrer atau pemimpin yang boleh dipercayai rakyat, membawa bangsanya ke puncak kejayaan.

Bukti-Bukti Hitler di Indonesia

Bagaimanakah Hitler boleh sampai ke Indonesia? Bagaimana dia boleh bekerja menjadi seorang doktor di Hospital Umum Sumbawa Besar? Sehingga kepada pertemuan Hitler dengan seorang wanita sunda yang akhirnya menjadi isterinya?

Juga tentang kesaksian Dr Sosro Husodo ketika bertemu dengan Hitler ketika di Sumbawa Besar. Dan semuanya telah dilengkapi dengan dokumen-dokumen lengkap serta foto-foto sedia ada.


Hitler yang terkenal, dengan kekejamannya di abad ke-20, rupa-rupanya telah bersembunyi di Indonesia sejak tahun 1954 sehingga tahun 1970, yang kemudian diketahui oleh Pakatan Bersekutu (AS, Kesatuan Soviet, Britain dan Perancis) yang seterusnya dihasut oleh Israel untuk terus memburu para tokoh Nazi.

Pada tahun 1954, Adolf Hitler memasuki Indonesia dengan menggunakan nama palsu, Dr Poch. Pada awalnya, Dr Poch tinggal di Dompu kemudiannya berpindah ke Bima, seterusnya berpindah pula ke Pulau Sumbawa Besar, kemudian bekerja sebagai doktor di Hospital Umum Daerah Sumbawa Besar. Seluruh penduduk Pulau Sumbawa mengenali doktor ini, yang dipanggil dengan gelaran “Doktor Jerman”.

Salah satu peninggalan Adolf Hitler yang meninggal pada tarikh 15 Januari 1970 di Surabaya, adalah buku nota kecil berwarna coklat bersaiz 9×16 cm dengan tebal 44 cm.

sumber: suara13.blogspot.com

Adolf Hitler Pernah Bersumpah Dengan Nama Allah?


Artikel ini di ceritakan oleh pemilik blog ekoh4ryanto.wordpress.com

Rasa hormat saya pada lelaki agung ini, Adolf Hitler, semoga ada yang meniru jejaknya pada zaman sekarang.

Saya berbual dengan dengan saudara saya yang sedang menyelesaikan tesis PhD-nya. Saya amat terkejut ketika dia menyatakan tesis beliau mengenai Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Lalu saya bertanya,”Sudah tiadakah tokoh-tokoh Islam di dunia ini hingga engkau memilih si bodoh ini menjadi tema tesismu?”

Dia tertawa lalu bertanya apa yang saya ketahui tentang Hitler.

Saya jawab bahwa Hitler adalah seorang pembunuh yang membunuh semuanya dan menganggap bangsa Jerman di atas segala bangsa lain. Lalu dia bertanya darimana sumber saya. Dari TV tentunya, jawab saya. Lalu saya katakan bahawa Hitler membunuh semua manusia.

Kemudian dia berkata,” Baiklah, pihak Inggeris telah melakukan yang lebih keji dari itu. Pihak Jepun juga sama. Namun, mengapa dunia hanya menghukum Hitler dan memburuk-burukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih berwujud hingga hari ini sementara dunia melupakan kesalahan Inggeris terhadap Scotlan, Jepun terhadap dunia dan Afrika Selatan terhadap warga kulit hitam-nya?

Saya lantas meminta jawabannya. Dia meneruskan,” Ada dua alasan :

1. Prinsip Hitler mengenai Yahudi, Zionisme dan proses berdirinya negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk membasmi Yahudi karena beranggapan nantinya Yahudi akan merosakan dunia.

2. Prinsip Hitler mengenai Islam. Hitler telah mempelajari sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan dia telah menyatakan bahwa ada tiga peradaban yang terkuat yaitu Persia, Romawi dan Arab. Ketiganya telah menguasai dunia pada masa lalu. Sementara Persia dan Romawi masih melanjutkan peradaban mereka hingga hari ini, namun Arab hanya bertengkar dengan sesamanya (Lihat sepertimana yang berlaku hari ini). Dia melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merobohkan Peradaban Islam yang dia telah lihat begitu hebat pada masa lalu.

Kerana dia merasa kagum pada Peradaban Islam, dia telah mencetak panduan mengenai Islam dan diedarkan kepada tentara Nazi sewaktu perang, walaupun kepada tentera yang bukan islam.



Beliau juga memberi kesempatan tentara Jerman yang muslim untuk menunaikan sholat ketika masuk waktunya di manapun juga…bahkan tentara Jerman pernah sholat di Lapangan Berlin dan Hitler menunggu hingga mereka menyelesaikan sholat jamaah untuk menyampaikan ucapannya.

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulama dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam menyusun strategi…

Dia juga meminta para Syeh untuk mendampingi tentaranya dan mendoakan mereka yang non-muslim dan memberi semangat kepada tentara muslim untuk memerangi Yahudi…
Semua data ini adalah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara saya untuk tesis PhD-nya dan dia meminta saya untuk tidak menambahi apapun supaya tidak menyusahkannya ketika memaparkannya nanti. Dia melarang saya memadukan kajian ini dengan data-data dari internet kerana saya bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Perkara menarik dari Adolf Hitler

1) Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berniat menyampaikan pidato. Dia memerintahkan para penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang agung dari kitab suci, kata-kata ahli filsafat ataupun dari bait syair. Seorang sastrawan Iraq yang tinggal di Jerman memberi masukan ayat Al-Quran yang ertinya : Telah dekat Hari Kiamat dan telah terbelah bulan…

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalimat pembukaan dan isi kandungan pidatonya. Memang para ahli tafsir menjelaskan bahwa ayat tersebut bermakna keagungan, kekuatan dan erti yang mendalam.

Hal ini dinyatakan Hitler dalam bukunya Mein Kampf yang ditulis di penjara bahawa segala tindakannya berdasarkan Al-Quran khususnya tindakannya terhadap Yahudi..

2) Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar pimpinan tentaranya yang akan tamat belajar di Akademi tentera Jerman.

” Saya bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan inilah sumpah suci saya, bahwa saya akan mematuhi semua perintah pimpinan tentara Jerman dan pemimpinnya Adolf Hitler, panglima tertinggi, bahwa saya akan selalu bersedia untuk mengorbankan nyawa saya pada bila-bila masa demi pemimpin saya”
3) Hitler pantang meminum arak ketika dia gemetar saat keadaan pasukan Jerman sedang goncang dan berbahaya.

Waktu itu para doktor memintanya meminum arak sebagai ubat dan beliau menolak sambil berkata,

” Bagaimana anda ingin menyuruh seseorang minum arak untuk pengobatan sedangkan dia seumur hidupnya tak pernah menyentuh arak?”

Ya, Hitler tidak pernah menyentuh arak sepanjang hayat…minuman kegemarannya adalah teh celup yang khas…

sumber: taotauajer.blogspot.com