Tuesday, 23 July 2013

Cukur jambul anak amalan Bidaah!!

Gambar Hiasan

Bidaah Orang Melayu

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.
Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.

Panas!!! Air mani dikesan di pelapik tempat duduk telah terjawab


KOTA KINABALU - Perbicaraan kes rogol budak perempuan bawah umur yang kemudian dikahwini lelaki yang didakwa merogolnya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu ujian awal mendapati tiga daripada 19 eksibit yang dianalisis mengandungi kesan air mani.

Ahli Kimia dari Jabatan Kimia Kota Kinabalu Biling Peter Raig berkata air mani itu dikesan pada satu pelapik tempat duduk dan dua helai sapu tangan.

Bagaimanapun, sampel eksibit itu perlu dihantar ke Jabatan Kimia Kuching bagi menjalani ujian DNA (asid deoksiribonukleik) untuk kepastian, katanya semasa memberikan keterangan di hadapan Hakim Ummu Khatom Abd Samad.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin pada hari pertama perbicaraan kes Riduan Masmud, 40, yang didakwa merogol gadis berusia 12 tahun enam bulan itu dalam kereta yang diparkir di tepi jalan di Inanam, Sabah pada kira-kira 10 pagi, 18 Feb lepas.

Kepada soalan lain Raja Zaizul Faridah, saksi kedua itu berkata beliau menerima barang-barang kes tersebut pada 19 Mac lepas daripada ahli kimia Aishah Abdul Aziz.

Katanya Aishah menerima eksibit itu daripada Pegawai Penyiasat Balai Polis Inanam Silvia Martin Dalog.

Beliau berkata barang kes yang diterima ialah 19 sampul surat bersama satu bungkusan kertas.

Biling yang juga pegawai sains berkata analisis yang dijalankan mengikut prosedur biasa kes rogol, dari 21 hingga 22 Mei, menggunakan dua teknik iaitu ujian 'Kastle-Meyer' dan 'Phosphatase'.

Terdahulu, saksi pertama Koperal Edward Darwin memberitahu mahkamah beliau menerima laporan kes rogol yang dibuat oleh anggota keluarga mangsa pada 8.24 malam, 18 Feb lepas di Balai Polis Inanam. 

Pada 21 Mei lepas, mahkamah diberitahu bahawa Riduan telah mengahwini gadis itu yang menimbulkan pelbagai reaksi memandangkan gadis itu di bawah umur.

Peguam Loretto J. Padua mewakili tertuduh yang hadir di mahkamah dengan ditemani isteri pertamanya manakala Datuk Mariati Robert bertindak sebagai peguam pemerhati Persatuan Undang-undang Sabah. Perbicaraan bersambung esok. - Bernama

Lelaki bangla kurung gadis selama 7 bulan dan dijadikan hamba


KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 25 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja dikurung sejak tujuh bulan lalu, malah dibelasah dan diper-kosa seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah rumah berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini.
Lebih kejam, mangsa mendakwa dipukul hampir setiap hari sepanjang tempoh itu disebabkan keengganannya menjadi pelacur biarpun dipaksa lelaki terbabit.

Bagaimanapun, wanita terbabit bernasib baik apabila berjaya meloloskan diri daripada ‘neraka’ berkenaan, jam 10 malam Isnin lalu, sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, Khamis lalu.
bangla
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang mengenali lelaki terbabit mendakwa ditawarkan pekerjaan di sebuah restoran dengan gaji lumayan.
“Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan kemudian dibawa lelaki itu ke sebuah rumah di Kepong sebelum dikurung,” katanya.
Sumber berkata, mangsa kemudian dipaksa menjadi p e la c u r dan keengganannya berbuat demikian menyebabkan suspek berang lalu memukulnya.
“Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila dia mendakwa turut di r o g o l lelaki terbabit lebih 10 kali sepanjang tujuh bulan dikurung,” katanya.
Mangsa yang berjaya meloloskan diri daripada kurungan berkenaan jam 10 malam kemudian segera menghubungi rakan dan meminta bantuan.
Katanya, selepas dinasihati rakannya, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki terbabit.
Dalam laporannya itu, wanita terbabit mendakwa lapan lagi wanita turut dikurung dan dipaksa menjadi p e l a c u r oleh lelaki terbabit.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan. – Hmetro

Wanita Ini Di Bunuh Dan Cebisan Badannya Diberi Kepada Anjing ( 6 Gambar).


Penjaga gol yang disebut-sebut bakal bermain untuk skuad Brazil dalam Piala Dunia 2014 semalam mengaku membunuh bekas teman wanitanya sebelum memberi cebisan mayat itu kepada anjing.

Bruno Fernandes De Souza, 28, sebelum itu dituduh membunuh Eliza Samudio bagi mengelak dipaksa menanggung saraan anak mereka yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan. De Souza sebelum ini menafikan terbabit dalam kematian Eliza, 25, tetapi ketika perbicaraan dilangsungkan di mahkamah semalam, bekas pemain kelab Flamengo itu menceritakan bagaimana pasangannya itu dibunuh.

Kata De Souza, kawan baiknya, Luiz Henrique Romao mengupah seseorang untuk membunuh Eliza. Walaupun tidak mampu mengarahkan bekas kekasihnya dibunuh, De Souza mengaku menerima bantuan Romao. De Souza dituduh merancang penculikan Eliza dan membunuh wanita terbabit dengan bantuan lapan orang lain, termasuk isterinya, Dayane, seorang lagi bekas kekasihnya, seorang sepupu dan bekas anggota polis, Marcos Santos.

Pendakwa berkata, De Souza melihat Santos menyeksa Eliza sehingga mati sebelum membantu bekas anggota polis itu memotong mayat mangsa. Sebahagian daripada cebisan mayat Eliza diberi kepada anjing De Souza sebagai makanan, manakala selebihnya ditanam di bawah lapisan simen. Dalam perbicaraan awal, Romao didapati bersalah membunuh Eliza dan dihukum penjara 15 tahun.

Santos pula akan mula dibicarakan bulan depan. Sebelum ditangkap, De Souza disebut-sebut akan berpindah ke kelab AC Milan.

Ketika disoal siasat, dia mendakwa, Eliza masih hidup dan berada di luar negara.

Namun, dia memberitahu mahkamah di Contagem, sepupunya, Jorge Rosa, menyaksikan pembunuhan itu dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya. “Selepas diculik, Eliza dibawa ke rumahnya di Belo Horizonte dan Santos yang diupah sebagai pembunuh menunggu di situ,” katanya.

Eliza yang didakwa pernah menjalin hubungan dengan bintang Real Madrid, Cistiano Ronaldo berselisih faham dengan de Souza selepas hamil akibat hubungan sulit mereka.

De Souza dan Eliza bertemu kali pertama pada Mei 2009.




Eliza Samudio

Eliza juga dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Ronaldo.

Pelajar IPT Mangsa Rogol Teman Lelaki Di Bulan Ramadhan

Gambar Hiasan

KUALA KANGSAR – Seorang pelajar sebuah istitusi pengajian tinggi (IPT) di sini dirogol teman lelakinya, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, suspek berusia 48 tahun itu menggunakan helah mengajak mangsa keluar bersiar-siar di sekitar pekan Kuala Kangsar sebelum berhenti di sebuah rumah kosong bagi melakukan perbuatan terkutuk itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohammad, mangsa bersetuju untuk keluar dengan suspek setelah lelaki tersebut menghubungi mangsa dan mengajaknya bersiar-siar.
“Suspek membawa pengadu keluar berjalan-jalan di pekan sebelum mereka tiba di sebuah rumah kosong. Malangnya mangsa tidak tahu lokasi rumah berkenaan.
“Lelaki tersebut kemudian mengajak mangsa melakukan hubungan seks. Gadis itu dalam keadaan terpaksa telah melakukan hubungan seks dengan suspek,” katanya.
Abdul Gaffar berkata, suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke rumah selepas melakukan kegiatan tersebut.
Menurutnya, mangsa membuat laporan mengatakan dia dirogol di Ibu Pejabat Polis Kuala Kangsar pada Ahad lepas.
Abdul Gaffar berkata, suspek yang juga kakitangan IPT berkenaan menyerah diri di IPD Kuala Kangsar pada hari sama mangsa membuat laporan polis.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta hukuman sebat.

Mazhab Kristian Yang 'Mirip' Islam di Indonesia.

Sebuah mazhab dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Berikut adalah situasi dan gambarannya.


Waktu Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok. Kristian Ortodok, sebuah mazhab dalam agama Kristian.

Kemungkinan orang awam akan terkeliru sebab aliran ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Tengoklah cara mereka solat.



Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam. Ketika berjamaah, mereka juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April.

Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Jumaat, dalam rangka mengenang kesengsaraan Jesus Kristus. Selain solat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga membayar zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu per sepuluh dari pendapatan.

Hantu Terperangkap Dalam Tembok

‘Hantu’ Terperap Dalam Tembok


‘Hantu’ Terperangkap Dalam Tembok - Beijing : Seorang wanita di timur China yang ingin melalui jalan pintas untuk pulang ke rumah terperangkap dalam sebuah tembok selama tujuh jam kerana penduduk menyangkanya hantu.
Jalan susur itu bagaimanapun menjadi sangat sempit menyebabkan dia tersepit di dalamnya, lapor televisyen kerajaan CCTV.
Disebabkan jalan untuk berpatah balik terlalu jauh, wanita dari wilayah Anhui, China itu memilih laluan itu sebelum terperangkap dalam tembok konkrit berkenaan.

Jeritannya tidak membantu kerana penduduk menyangka ia suara hantu.
Akhirnya, seorang penduduk yang melalui kawasan itu menyedari bahawa jeritannya itu benar-benar suara manusia sebelum menghulurkan bantuan.
Dalam rakaman video, anggota bomba dilihat memecahkan bahagian dalam tembok konkrit itu bagi mengeluarkan wanita berkenaan. Menurut laporan media tempatan, operasi menyelamat itu mengambil masa kira-kira 20 minit.
‘Hantu’ Terperap Dalam Tembok
‘Hantu’ Terperap Dalam Tembok

Mati Akibat Makan Pil Tidur Secara Berlebihan ( 4 Gambar ).

Wanita ini adalah salah satu contoh bagaimana dia mati akibat makan pil tidur secara berlebihan.Wanita ini mencari penyelesaian dengan cara menelan ubat tidur secara berlebihan dan "overdose" akibat memakan ubat tidur tersebut.Memang benar dia dapat melupakan masalah dengan tidur tetapi akhirnya dia tidur dan tidak akan bangun lagi.





[Video] Tragedi Bom Meletup Di Tempat Awam Berlaku di Sri Lanka


Serangan bom pengganas ketika perarakkan maulidur rasul di Godapitiya,Akuressa Matara, Southern Province Sri Langka, India. Kejadian berlaku pada 10 march 2009 dan mengakibatkan ramai orang awam yang menyertai perarakkan tersebut cedera termasuk menteri yang hadir dan terdapat 14 orang awam yang terkorban. Video tersebut dirakam secara tidak sengaja oleh penonton yang hadir. Saksikan video serta gambar tragedi tersebut.