Tuesday, 13 August 2013

Pasangan Kekasih Ditemui Mati Tergantung Di Rumah


Ayer Molek - Soal cinta berkemungkinan menjadi punca sepasang lelaki dan wanita ditemui mati tergantung di dalam sebuah rumah tinggal di KM10 Bukit Lintang, di sini, pagi semalam. Difahamkan, inilah antara motif yang kini disiasat polis dalam kes yang diklasifikasikan sebagai ‘mati mengejut.’

Kedua mayat berkenaan yang sudah berbau dan berulat ditemui seorang pekerja ladang kelapa sawit berhampiran kira-kira jam 9.30 pagi semalam selepas menghidu bau busuk dari rumah berkenaan.

Kedudukan rumah satu tingkat itu juga agak tersorok di celah pokok dan semak serta terletak lebih 60 meter dari jalan utama.

Menurut sumber, polis tidak menolak kemungkinan kejadian berkenaan ada kaitannya dengan cinta kerana siasatan awal polis di tempat kejadian tidak menemui sebarang petunjuk bahawa ianya satu kejadian jenayah.

Penemuan dua kerusi plastik berhampiran kedua mangsa turut menguatkan andaian bahawa tidak wujud sebarang unsur jenayah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan PR Gunarajan berkata, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri atau barangan peribadi milik kedua mangsa di tempat kejadian.

Bagaimanapun, katanya, siasatan awal polis mendapati kedua mangsa, yang berusia antara 20 dan 30 tahun, berkemungkinan besar bukan rakyat tempatan.

Menurutnya, kedua mangsa dipercayai sudah mati antara tiga minggu dan sebulan berdasarkan keadaan mayat mereka.

“Kedua mangsa menggunakan tali nylon yang diikat pada kayu di bahagian atas bilik itu. Akibat pereputan, bahagian bawah mayat telah bercerai dari kepala dan terjatuh ke atas lantai,” katanya.

Menurutnya, mangsa wanita berkenaan berpakaian jaket berwarna ungu manakala lelaki pula berkemeja T dengan kolar dan berlengan pendek.

“Polis berharap sesiapa yang ada maklumat mengenai kejadian ini atau sesiapa yang ada kehilangan rakan atau sanak-saudara akan segera menghubungi balai polis berdekatan,” katanya.

Kedua-kedua mayat kemudiannya dihantar ke rumah mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sementara itu, pemilik rumah berkenaan, Baharudin Ab Jalil, 59, berkata, rumah berkenaan sudah terbiar semenjak beliau sekeluarga berpindah ke Ayer Molek lebih lima tahun lalu.

“Selepas berpindah saya langsung tidak menjenguk rumah ini lagi. Kalau saya melalui jalan berhampiran rumah ini pun saya sekadar menoleh memerhatikan sahaja.

“Bukan sahaja rumah ini yang terbiar sekarang. Malahan di belakang rumah ini pun terdapat 20 pokok durian selain rambutan yang juga telah terbiar,” katanya.

Menurut Baharudin, beliau mengetahui mengenai penemuan dua mayat berkenaan selepas dihubungi polis yang memaklumkan mengenai kejadian itu pagi semalam.

Pelajar Institut Kemahiran Serah Tubuh Kepada Nelayan


Perlakuan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu kasih bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM 2800 atau dua bulan penjara kerana berkhalwat.

Pelajar berkenaan, Nurul Akmal Aishah, 19 dari besut Terengganu menghadapi pendakwaan mwngikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001. Dia dicekup sepasukan pegawai

penguatkuasa syariah bersama teman lelakinya di sebuah bilik di rumah tumpangan dekat sini kira-kira 1.30 pagi, 10 Februaru lalu.

Ketika serbuan dilakukan, Nurul Akmal ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut. lelaki terbabit pula yang dikenali sebagai Mohd Firdaud Wadu, 30 hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik.

Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim. Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum ini. Turut dirampas pakaian dalam bilik Nurul sebagai bahan kes.

Dalam kes berasingan di Mahkamah Rendah Syariah, seorang pemandu lori, Md Zaid Abdullah, 33 dari Kuala Abang Dungun berhadapan satu waran tangkap kerana kegagalannya hadir untuk menghadapi pendakwaan pertuduhan khalwat.

Dia ditangkap pegawai penguatkuasa syariah ketika berada di sebuah bilik hotel di Jalan Baru Pak Sabah bersama seorang wanita bukan muhrim kira-kira jam 1.05 pagi, 10 Februari lalu.

pasangannya, Noor Aishah Osman, 29 bagaimanapun hadir untuk mendengar pertuduhan lalu dengan denda RM2700 atau dua bulan peenjara setelah mengau bersalah diatas kesalahn mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Terengganu 2001. 

Gadis Dibogelkan Akibat Dituduh Mencuri




Kuching – Seorang gadis bukan saja dibelasah dengan batang besi, malah gambar separuh bogelnya dirakam pemilik sebuah rumah sewa apabila dituduh mencuri dalam satu kejadian di Bandar Baru Batu Kawa di sini, semalam.

Perbuatan melampau lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikatakan sebagai hukuman dan pengajaran kepada mangsa yang dituduh mencuri barangan dalam rumah sewa berkenaan. Mangsa yang berusia 21 tahun dan berasal dari Sibu itu dimalukan lelaki terbabit di depan beberapa lelaki lain termasuk rakan lelaki mangsa sendiri apabila pakaiannya dilucutkan secara paksa sehingga separuh bogel sebelum gambarnya dirakam.

Menurut sumber, mangsa dikatakan tiba di bandar raya ini dua minggu lalu untuk mencari pekerjaan sebelum bertemu rakan lelakinya yang berusia 20-an di Malihah. “Mangsa kemudian ditawarkan pekerjaan di sebuah kedai kopi dekat MJC Batu Kawah dan memutuskan untuk tinggal berhampiran tempat kerjanya dengan menyewa sebuah rumah sewa.

“Pemilik meminta gadis terbabit membersihkan rumah terlebih dulu sebelum masuk. “Namun, tidak berapa lama kemudian, lelaki itu berang apabila mendapati beberapa barang dalam rumah itu hilang lalu memanggil mangsa.


- HMetro

Tauke restoran nasi kukus Paka Terengganu mati dibunuh depan kedai




Tauke restoran nasi kukus Paka Terengganu mati dibunuh depan kedai
restoran nasi kukus terengganu


Berita yang menggemparkan penduduk tempatan apabila sebentar tadi seorang pemilik Restoran Nasi Kukus Paka, Dungun, Terengganu telah ditikam bertubi-tubi dengan senjata tajam terus rebah dan meninggal dunia ditempat kejadian.

Ianya berlaku betul-betul di hadapan Restoran Nasi kukus kepunyaannya.

mayat peniaga restoran nasi kukus terengganu
Kereta Toyota Hilux warna hitam kepunyaannya telah dilarikan oleh pembunuh.

Polis kini sedang giat memburu sipembunuh..Mohon kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian kejam ini dan jika mempunyai apa-apa maklumat bagi membantu siasatan sehingga tertangkapnya sipembunuh kejam ini agar menghubungi pihak polis yang berdekatan.


Ini pula berita dari Harakah




KUALA LUMPUR: Pemilik restoran Nasi Kukus Paka dekat sini, dijumpai meninggal dunia dengan kesan tikaman berhampiran premis tersebut kira-kira jam 7.00 pagi tadi.

Mayat beliau dijumpai di kawasan tempat letak kereta di hadapan restoran miliknya oleh seorang pekerja kedai berdekatan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.

Adun Paka, Ustaz Satiful Bahari Mamat berkata, allahyarham yang dikenali sebagai Lutfi, biasa menunaikan solat Subuh berjamaah di Surau Dar as-Salam.

“Kena tikam masa nak gi sembahyang Subuh. Biasa dia solat Subuh berjamaah di Surau Dar as-Salam, tauke Kedai Nasi Kukus Paka, ada empat cawangan kedai termasuk di Mydin Kuala Terengganu, dua buah di Paka dan satu di Mesra Mall,” ujarnya dipetik Buletin Online ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu hadir ke lokasi sebaik diberitahu meminta keluarga allahyarham Lutfi yang berasal dari Kampung Pulau Rusa Kuala Terengganu, bersabar menerima ujian dari Allah itu.
- Harakah