Thursday, 12 September 2013

Pengantin Dibakar, Dikurung Dalam Tandas, Dipaksa Menjadi Pelacur di Baghlan (5 Gambar)

Seorang pengantin remaja, Sahar Gul yang baru berusia 15 tahun telah berjaya diselamatkan oleh pihak polis di Baghlan, Afghanistan selepas menerima laporan dari jirannya yang mendengar tangisan Gul. Gul dikatakan telah didera, dipukul dan dikurung di dalam tandas untuk lima bulan kerana tidak ingin mengikut arahan keluarga suaminya untuk menjadi pelacur.

Selain itu, Gul juga membakar kulitnya dengan puntung rokok dan mengorek dagingnya dengan playar. Gul memberitahu dia telah dikurung oleh keluarga suaminya terutamanya mak mertua. Polis telah berjaya menahan mak mertua dan kakak ipar tetapi bapa mertua serta suaminya dalam perlarian tetapi sedang diburu polis.







Tempat Bunuh Diri Orang Jepun Di Hutan Aokigahara

Bunuh diri kelihatannya bukan pekara yang pelik di Jepun, kita sering mendengar tentangharakiri bunuh diri terhormat bagi orang Jepun. Seppuku / Harakiri (切腹) merupakan salah satu adat para samurai, terutama jeneral perang pada zaman Bakufu dengan merobek perut mereka dan mengeluarkan usus mereka agar dapat memulihkan nama mereka atas kegagalan ketika melaksanakan tugas dan / atau kesalahan untuk kepentingan rakyat.

Disebabkan gejala bunuh diri di Jepun mungkin diilhamkan oleh pekara seperti itu bahkan di negeri Sakura ini terdapat sebuah tempat yang sering di gunakan oleh orang untuk mengakhiri hidupnya. Tempat tersebut berada di gunung Fujiyama yang cukup terkenal di ngara tersebut sebagai tempat yang sangat indah. Namun disebalik keindahan gunung ini ternyata menyimpan sebuah cerita gelap kehidupan, yaitu ada di salah satu bahagian dari gunung ini merupakan tempat yang paling sering digunakan untuk melakukan bunuh diri


Nama tempat tersebut adalah hutan Aokigahara, atau disebut sebagai "Jukai" ertinya lautan pokok. Budaya Jepun memang cukup memberikan toleransi terhadap bunuh diri. Kerana bunuh diri dianggap sebagai bentuk kesucian atau harga diri dan kehormatan.Tidak hairan kes bunuh diri begitu banyak berlaku di Jepun.

Berikut inilah gambar hutan Aokigahara beserta rangka dan manusia dalam keadaan tergantung di pelbagai tempat di dalam hutan ini.


















CARA BUAT PERANGKAP NYAMUK MUDAH DAN SENANG.

Apa yang kita perlukan ialah:

200 ml air 50 gram gula perang, 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan 1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya:

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher

2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.

Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska, Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain .

Silakan SHARE untuk ramai Mencuba!