Showing posts with label Kisah Seram. Show all posts
Showing posts with label Kisah Seram. Show all posts

Tuesday, 8 August 2017

Seram!!! Cerita Sebenar Ustaz Jumpa Jenazah Budak Hilang Di GUNUNG TEROM

MASIH INGAT KISAH AHMAD RAFIKIN YANG HILANG 3 HARI DI GUNUNG TEROM ?  INI CERITA SEBENAR USTAZ YANG TEMUI JENAZAH YANG RAMAI TIDAK TAHU…



CERITA SEBENAR USTAZ..!!! AZAN PERTAMA TAK BUKA LAGI MASUK AZAN KETIGA BARU GERBANG PINTA DARI ALAM LAIN TERBUKA..BARULAH KAMI NAMPAK RAFIKIN..ITULAH KISAH YG DI UNGKIT KEMBALI JENAYAH AHMAD RAFIKIN YG HILANG KIRA-KIRA 1 TAHUN LEBIH.JOM IKUTI KISAH SEBENAR USTAZ YG KEMUDI CARIAN MUHAMAD RAFIKIN TEMPOH HARI

Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu, ditemui mati, kira-kira jam 6.35
petang tadi. Allahyarham Ahmad Rafikin Azman, 16, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan, lapor sebuah portal berita. Jenazahnya dibawa turun ke kaki gunung pada kira-kira jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat. Berikut merupakan cerita kawan kepada ustaz yang menemui jenazah arwah Ahmad Rafikin.

Jom daftar Agent Topup PERCUMA!!! klik Di Sini :)

Ni gambar aku amik masa ustaz ni azan. Lepas azan 3 kali angin kuat menyapa dan masa tu ustaz ni berkomunikasi dengan benda tu. Bawah jambatan tu la diorang ada terdengar seperti orang menangis minta tolong tapi cari punya cari tapi tak jumpa. Aku yang terlibat dalam operasi ni pun macam tak caya. Kata ustaz tadi takda mende pun (dia macam menyembunyikan sesuatu). Korek punya korek. Ustaz tu cerita ada 3 orang, dua lelaki dan seorang perempuan tua. Seorang budak remaja perempuan, cucu kepada si tua tadi berkenan dengan arwah. Macamana cucu tu leh berkenan dengan arwah Ustaz tak cerita sebab ustaz pun tak tahu. Dekat-dekat kawasan tu ada pintu gerbang alam kita dan alam dia. Kedudukan gerbang tu depan sedikit dari jambatan gantung yang kedua. Al Fatihah kepada adik Ahmad Rafikin. Semoga keluarga tabah.


Foto Gerbang Yang Dikatakan Pintu antara Alam Kita dan Alam Mereka

Tuesday, 26 November 2013

Gempar, langsuir mengilai ganggu penduduk


PASIR PUTEH - Ketakutan penduduk di beberapa kampung di daerah ini untuk keluar rumah waktu malam berikutan tersebarnya cerita mistik mengenai hantu terbang atau langsuir berakhir apabila seorang bomoh tempatan mendakwa berjaya menangkap lembaga ghaib itu.

Cerita langsuir mengganggu penduduk Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang dan Gong Penaga, dekat sini turut tersebar menerusi laman sosial selain menjadi perbualan hangat di warung kopi.

Beberapa penduduk yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan lembaga berambut panjang terbang dan mengilai dalam keadaan yang menyeramkan namun sebahagian lagi menafikan cerita yang sukar untuk digambarkan dengan pemikiran yang logik.

Bomoh mistik, Ramli Yusof, 41, mendakwa berjaya ‘menangkap’ empat langsuir selepas diminta penduduk yang diganggu oleh lembaga itu baru-baru ini.

Dakwanya, dua lembaga itu ditangkap di Kampung Gong Pasir dan satu di Gong Tinggi dan Gong Lapang dengan jelmaan lembaga berkepala, berambut panjang dan tingginya paras pinggang manusia.

“Saya tangkap langsuir dengan bantuan seorang rakan dalam tempoh tidak sampai 10 minit. Ayat al-Quran digunakan dengan niat kebesaran Allah melebihi segala-galanya.

“Lembaga itu kini dipasung di satu tempat khas sebelum dihantar pulang ke tempat asalnya selepas 40 hari dari tarikh ditangkap,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Manak dekat sini hari ini, menurut sumber Utusan.

Sementara itu, Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab. Rahman ketika dirujuk mengenai perkara ini mengakui kewujudan makhluk halus yang boleh menyerlah dengan pelbagai jelmaan namun menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu taksub mempercayai kekuasaannya yang boleh menyebabkan berlakunya syirik.

Thursday, 21 November 2013

Misteri Christine Palace & Villa Nabilla


JOHOR BAHRU – Nama kediaman usang terletak di Jalan Skudai, di sini, atau lokasi lebih tepat berhadapan dengan Selat Tebrau secara tiba-tiba menjadi popular di negara ini.

Semuanya gara-gara seorang remaja lelaki yang didakwa ‘hilang’ selepas mengunjungi Christine Palace atau ada segelintir mendakwa rumah lama itu sebagai Villa Nabila.

Cerita bermula dengan kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, yang disedari ibunya selepas tidak pulang ke rumah sejak hari Sabtu lalu.

Setelah dimaklumkan oleh rakan anaknya bahawa Mohamad Izzat ada mengunjungi rumah terbabit, ibu berusia 38 tahun itu segera membuat laporan polis di Danga Bay, di sini malah cuba mencari anaknya di lokasi terbabit.

Hati seorang ibu, sudah tentu sanggup melakukan apa sahaja kerana bimbang dengan keselamatan anak sendiri malah tindakan ibu Mohamad Izzat tidak salah dalam hal ini.

Lebih menyedihkan apabila khabar angin yang tersebar di lama sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas memasuki villa itu, manakala tujuh yang lain berjaya keluar, namun polis menafikannya.

Bagaimanapun, kehebatan laman sosial pada masa kini menyebabkan ramai pihak percaya dengan kenyataan disiarkan malah menyebabkan aliran lalu lintas Jalan Skudai, di sini, menuju ke pusat bandar menjadi perlahan.

Selepas tersebarnya berita kehilangan Mohamad Izzat, remaja terbabit kemudiannya ditemui kembali, namun bukan kerana disorokkan makhluk halus.

Sebaliknya, beliau sendiri menyorok di rumah rakan wanitanya di Rumah Pangsa Taman Desa Mutiara, di sini, sekali gus menyangkal dakwaan penyebar berita tidak benar.

Ramai pihak digembar-gemburkan dengan cerita kononnya kediaman Villa Nabila sebagai ‘keras’ atau berpenunggu malah boleh didapati dengan pelbagai versi.

Soalnya, yang mana satu adalah Christine Place dan yang mana satu merupakan Villa Nabila? Atau mungkinkah Christine Place dan Villa Nabila merupakan lokasi serta bangunan kediaman sama?

Malah sebuah laman blog, http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com turut menyatakan terdapat dua Christine Place lain di sekitar Johor Bahru selain lokasi terletak di hadapan Pantai Lido.

Dua lokasi lain terletak di Jalan Abdul Samad, di sini, dan Wadi Hana atau lebih mudah di kedudukan berdepan dengan Balai Polis Trafik Cawangan Johor Bahru Selatan.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi terletak di Jalan Abdul Samad mendapati terdapat serpihan bangunan kelihatan di antara semak dan lalang yang tumbuh meliar.

Sementara lokasi di Wadi Hana pula sukar untuk dipastikan, namun ada penduduk memberitahu bangunan asal sudah dirobohkan kemudian dibangunkan bangunan kedai.

Di lokasi sama, terdapat juga sebuah rumah usang yang mungkin boleh dikaitkan dengan Christine Place, namun sukar untuk disahkan kebenarannya.

Kebenaran mula terbongkar

Bagi penulis blog Untold Histories of Malaya, Mohd Razi Zainal Ariffin, 32, dakwaan sesetengah pihak mengenai kejadian pembunuhan sehingga menyebabkan kawasan itu berhantu adalah tidak benar.

Menceritakan pengalamannya bersama rakan-rakan yang kerap menjejaki kawasan terbabit kira-kira 10 tahun lalu, Mohd Razi menafikan kawasan yang dikenali sebagai ‘Villa Nabila’ itu ‘keras’ dan berpenunggu.

“Sepuluh tahun lalu saya dan rakan-rakan kerap berkunjung ke kawasan ini namun tidak pernah menerima sebarang gangguan.

“Malah sehingga kini tiada kejadian pelik yang berlaku selepas kami mengunjungi kawasan itu, cerita mengenai kejadian pembunuhan di situ hanyalah rekaan dan lokasi itu menjadi tumpuan disebabkan perasaan ingin tahu masyarakat,” katanya.

Menurutnya, kawasan berkenaan mempunyai dua bangunan berasingan termasuk sebuah bangunan tiga tingkat yang dijadikan restoran dan sebuah rumah satu tingkat di atas tapak di atas bukit dinamakan Christine Place.

“Keseluruhan kawasan itu merupakan milik ahli perniagaan bergelar Datuk dan menamakan rumah tersebut sebagai Christine Place sempena nama anak perempuan sulungnya Christine,” katanya.

Katanya, bagaimanapun kawasan berkenaan disita oleh pihak bank untuk membayar hutangnya pada tahun 1986 selepas pemilik syarikat hartanah itu disahkan bankrup.

“Sejak itu kawasan berkenaan mula terbiar dan ditinggalkan kosong, namun kejadian pembunuhan yang didakwa berlaku di rumah itu adalah tidak benar,” katanya.

Beliau berkata, selain kediaman yang menghadap Pantai Lido, Christine Place turut dikaitkan dengan dua lokasi lain di mana salah satunya merupakan tapak kediaman bekas pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di Jalan Tebrau.

“Terdapat dua lagi kawasan dinamakan Christine Place di Jalan Abdul Samad, namun difahamkan bangunan di situ sudah dirobohkan.

“Manakala sebuah lagi kawasan Christine Place terletak di Jalan Tebrau yang sebelum ini merupakan tapak kediaman Datuk Onn Jaafar,” katanya.

Penulis blog itu memberitahu mengetahui kisah sebenar mengenai status kediaman itu selepas dihubungi pengurus restoran yang dilantik oleh Sing Hock untuk menguruskan restorannya sebelum kawasan itu disita.

Selain itu, beliau berkata, terdapat sebuah villa kosong bersebelahan dengan Christine Place yang menjadi kediaman seorang doktor dan keluarganya di Jalan Straits View, di sini, satu ketika dahulu.

Bagaimanapun, kediaman terbabit dikatakan berhantu selepas didakwa berlakunya kejadian pembunuhan.

“Villa itu adalah kepunyaan seorang doktor, namun kejadian pelik dan seram mula berlaku selepas doktor berkenaan dikatakan menembak mati kesemua ahli keluarganya sebelum membunuh diri.

“Kejadian berlaku sekitar tahun 1970-an, sejak itu villa berkenaan mula terbiar dan diakui agak ‘keras’,” katanya.

Bekas rumah Datuk Onn
Mengukuhkan lagi fakta mengenai Christine Place yang dikaitkan sebagai kediaman Datuk Onn Jaafar yang juga bekas Menteri Besar Johor, Sinar Harian menghubungi anaknya Leftenan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn.



Jaafar mengesahkan bapanya pernah mendiami kawasan berkenaan yang kini dikenali sebagai Christine Place pada tahun 1935 selepas diperkenankan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada ketika itu.

“Kami sekeluarga mula tinggal di situ sejak ia mula siap dibina. Ketika itu bapa saya baru pulang dari Singapura dan memberitahu kami akan menetap di Wadi Hana kerana ada kediaman disediakan di situ.

“Pada masa itu, bapa saya merupakan Setiausaha Peribadi kepada TMJ dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Katanya, bagaimanapun mereka sekeluarga berpindah dari kediaman berkenaan ke Batu Pahat pada tahun 1945 selepas bapanya dilantik menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat dan tidak mengetahui status kediaman terbabit selepas itu.

“Sebelum ini kami juga mempunyai tanah di kawasan itu namun sudah dijual dan kini kami tidak tahu menahu mengenai status kediaman itu selepas berpindah,” katanya.

Masih jadi tumpuan umum

Meskipun remaja yang hilang sudah ditemui, rumah usang ditinggalkan sejak 40 tahun lalu terus mendapat perhatian daripada orang ramai.

Tiada rasa takut dan gentar, ada segelintir daripada mereka membawa anak kecil untuk melihat sendiri Christine Palace atau Villa Nabila yang menghadap Pantai Lido, di sini, itu.

Kelihatan pihak berwajib sudah meletakkan pagar zink berwarna biru untuk menutupi kawasan terbabit dan berkemungkinan dalam masa terdekat, ia akan ditutup kepada umum.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati, keadaan kawasan rumah terbabit tidak terurus dengan tangga dan dinding bangunan kayu kian mereput.

Walaupun secara zahir struktur bangunan seperti tidak kukuh, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat suasana dalaman kediaman seterusnya merakam gambar kenangan.

Tidak ketinggalan, Jamilah Kassim, 54 dari Pulau Pinang turut membawa empat cucunya yang berusia seawal dua tahun untuk meninjau ke dalam kawasan banglo yang dikatakan berhantu itu.

“Makcik datang ke sini bersama empat cucu untuk meninjau ke kawasan banglo ‘tinggal’ ini selepas menyaksikan beritanya di televisyen.

“Kami berani datang ke sini selepas ramai pihak mengatakan tempat ini tidak berhantu malah remaja yang dikatakan hilang di sini juga sudah ditemui,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kunjungan itu juga sebagai pengajaran kepada cucunya agar tidak keluar dari rumah tanpa kebenaran dan pengawasan orang lebih dewasa.

Sementara itu, pemuda yang ingin dikenali sebagai Jeevan, 26 berkata, mula mengetahui mengenai banglo kosong itu selepas heboh di laman sosial dan disiarkan melalui berita.

“Saya datang ke sini bersama lima rakan yang lain dan singgah selepas pulang dari kerja untuk meninjau sendiri kawasan yang dikatakan berhantu, menurut sumber Sinar Harian.

“Kawasan seperti ini menarik perhatian ramai kerana penuh misteri dan mempunyai kisah tersendiri,” katanya.

Monday, 14 October 2013

Misteri! KLIA Dikatakan Berhantu?


Tiada siapa dapat menafikan bahawa KLIA antara lapangan terbang yang dianggap terbaik dunia sehingga menerima banyak anugerah. Namun ada cerita yang kurang enak didengari. Biarpun kesahihannya diragukan, cerita ini mula tersebar. Cerita yang dimaksudkan di sini adalah tentang misteri beberapa tempat di KLIA dikatakan berhantu dan berpenunggu. Kisah di bawah ini diceritakan mengikut lokasi-lokasi yang diceritakan oleh beberapa orang yang dipercayai ‘bertemu’ dengan lembaga misteri. Ikuti kisah di bawah ini.

Nampaknya ramai juga minat dengan cerita mistik dan misteri. Jadi atas permintaan ramai, kami akan terus mencari sumber cerita-cerita misteri dan akan cuba untuk sampai kan sekurang-kurangnya 3-5 entri setiap minggu. Jadi hari ini, kami ingin berbicara tentang KLIA, Lapangan Terbang Penuh Misteri. Sebelum nak berbicara cerita misteri dan sejarah tempat ini. Sebenarnya, (merujuk pada sumber) tapak lokasi ini merupakan sebuah kawasan Orang Asli dan juga terdapat Ladang Kepala Sawit. Walaupun banyak bantahan tentang pembinaan Lapangan Terbang ini, akhirnya ianya siap dibina dan beroperasi dengan cemerlangnya.

Sejarah KLIA dari Wikipedia :

KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.Lapangan terbang ini berkonsepkan “lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang”. Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.

Semua cerita ini boleh didapati di forum CARI tetapi kami cuma ambil dan kategorikan kawasan-kawasan di KLIA yang mereka di forum nyatakan supaya lebih senang untuk dibaca :

Bilik Maintenance Staf KLIA

-kat dlm maintenance kita org..dah ada ramai gak jumpa..yg nie member aku perempuan dia pernah nampak masa keja shift mlm.ni masa tido la sbb we all on standby if xde problem system boleh la tdo sampai pg..yg member aku jumpa nie budak lelaki yg sorang jumpa kat hujung tilam tgh duk mencangkung ngadap dia kat area kelopak mata tu putih mcm lotong tu..yg sorang lagi sama gak tp betul kat tepi tilam sederet gn kepala member aku nie..member tercelik mata nk pusing masa tido tp tetiba benda tu jenguk betuk2 kat muka member aku nie..yg member nie terus bangun kejut member yg 2 org lg shiftmlm tu suh alihkan tilam terpaksa tido dekat2 gn budak2 lelaki…lepas dia baring kat bahagian lain masa dia org nk lelap balik dengar org jln berlari2 kat tp tilam.member yg lelaki ni suh sume bangun alihkan tilam dr menegak kena melintang lps tu baru ok..benda tu xkacau..

yang pengalam aku sendiri masa mula2 keja kt klia bila tido mlm asyik dengar tapak kaki org jln jer.lps tu pintu bilik maintenance asyik ada org kuar masuk..kita org bila ada org komplain pasal system problem mesti dia org akan cal dulu so we all akan p kat tempat system tu la..yg nie xde org komplain tp pintu tu asyik bukak tutup jer..lps tu benda tu suka jln kat tepi tmpt aku tido..aku tido kat belakang kat area locker…mula2 ingat member asyik amik brg dlm locker..bila tanya member dia kata mana ada bangun pon..xlama lps tu ramai pulak member2 opis duk citer pasal benda nie memang dah lama,…sekarang bila tdo kat bilik tu time shift mlm mesti aku selubung terus gn selimut lps tu tutup muka terus gn bantal.xnk tgk benda2 tu…sbb aku tdo kat tmpat yg member aku jumpa “benda” tu

Gate C

C34 : hmm… penah gak berkampung kat klia tu sbab ada event kena pi sambut delegates dari luar. kul 3 pagi gi jemput org kat gate. kitorang dapat special pass bole pegi sambut kat gate. ada gak ground crew yg citer gate paling hujung C34 ke apo ntah, kengkadang menda tu kaco diorang masa nak prepare gate tu. :L tapi mmg seram laa kul 3-5 pagi tu manusia kurang time tu.

-C21 : mmg kat sat tu sunyi coz biasa pas kul 3 camtuh xde kapal sgt pon..dah tu kdi2 pon kul 1 camtu dah tutup kec ada la 2-3 cafe yg buka..tingat xperien member aku 5-6 tahun lepas. dia keje dept acc utk kedai duty free..opis dia kt atas gate C21, keje dia kira & record total sale for the day so mlm tu nak jd citer dia kena keja sorang coz partner dia cuti, xde org cover..da setel kira2 duit & wat report sumer dia pon standby r nak tdo .(nama dia za)..x lm lps dia lelap tu tetiba dgr suara panggil – ‘za..oh za..’ dia punya la cuak..dah sah2 dia sorg jer dlm opis tu, so dia senyap jer la di balik selimut..lm gak sore tu dok panggil2 dia last2 dia dgr sore tu ckp ‘tido ker..xper lah bye..”..xtdo dia dlm opis tu,trus g surau coz kdg2 ada gak makcik cleaner tdo kt surau tu.. aku dgr dia citer pon meremang..apa taknye siap tau nama tuh..agaknya dah mmg port dia kot opis tu, hari2 org yg sama keje spi tau nama kwn tu..

-C17 : Teringat dahulu semasa kerja dengan malaysia airports niaga.Keja pulak ader shift.Pastu kadang jaga kiosk kat gate C21 atau C17 seram giler:mad: Pastu nak dijadikan citer,ader 1 malam tu sebelum puasa tahun 2007.Aku nak balik dah tgh kemas2 gondola lepas recount duit.Pastu aku g la jumpa mmber aku kat kedai Dunhill..menuju gate C31-C37,masa tu flight Cathay Pacific CX0057 dah 1 jam lebih boarding.Pas g jumpa member aku tuh aku pun g lah toilet near travellator tuh.Aku tgk takder orang lengang gile floor tu:mad:gate pulak sume dah closed.Kuar toilet tu aku terdengar org koll nama aku dari mezzanine floor satellite.Aku tgk takder orang masa tu restaurant Rimba tu pun takder orang…seram gile.

Jalan Raya Sekeliling KLIA

-yg ni plak diceritakan oleh member baik ev…citer ni pon dh lama, tp time tu klia dh buka dh…terjadi kat sedara dia….ev x ingat sedara dia yg pompuan yg laki tu…ev andaikan yg pompuan lah….citernya, tetiap pagi around 3-4 am, sedara dia akan antar asben dia gi keje kat klia tu, bwk anak2 diorg yg tgh tido skali (2 org) letak kat seat blkg…ada 1 pagi tu, on da way nk balik umah(pas dh antar asben dia),tetiba sedara dia tgk ada sorang pompuan rambut panjang duduk kat seat sebelah dia sambil perhati dia….mmg dia kecut giler…tp dia maintain bwk keta tu….sepanjang perjalanan sampai kat umah pompuan rambut panjang tu still dok perhati dia…waktu dia buka pintu gate umah pon, pompuan tu ada lam kete lg dok perhati dia….dia bwk kete masuk umah pun, pompuan tu camtu gak….then, dia pas dia bwk anak2 dia masuk umah, dia mengintai kat tingkap nk tgk pompuan tu ader lg ker tak….x silap lama gak dia tggu, tgk2 pompuan tu menghilang ikut bumbung keta….

-Sebenarnya bukan pengalaman member aku je, tapi aku ada jugak masa tu, dalam satu keta dengan 2 orang member aku. lepas lepak kat bukit tinjau (bukit dekat dengan KLIA untuk tgk kapal terbang turun naik), kami balik ke rumah kawan aku kat sepang. On the way balik tu, dok rancak berborak, radio plak member aku saje kuatkan..masa lalu kat jalan KLIA tu (aku tak hengat kat area mana, tapi berhampiran dengan KLIA), ada kain putih lintas depan kereta kami..memang jelas nampak kain putih macam dok berkibar lalu depan cermin kereta kami.kebetulan aku dok kat belakang, 2 orang lagi member aku dok kat depan, nampak kain tu..terdiam aku jap.ingatkan aku sorang je yang nampak, member aku yang drive tu pun nampak jugak.tu sbb dia tiba2 padamkan radio keta. member aku yg sebelah dia ni, masa kejadian dok toleh blkg borak dgn aku..tu sbb dia tak perasan..lepas je kejadian tu, aku dengan member aku(yg drive) senyap..member aku lg sorang ni pelik sbb tiba2 kami senyap..

Ingatkan lepas dari tu dah tutup buku..tapi malam tu masa aku tido reramai dengan member aku kat ruang tamu, aku dengar member aku(yg drive) tu dok berdialog dengan ‘seseorang’..aku tak dapat tangkap bahasa ‘seseorang’ tu..walhal dua orang yang berdialog tu datang drpd orang yang sama iaitu member aku(yg drive). ‘seseorang’ tu tak sama macam suara member aku, garau skit. aku agak la bahasa yg ‘seseorang’ tu cakap mcm bahasa orang asli. ntah kenapa aku rasa mcmtu..yg aku dengar drpd suara member aku, “aku tak kacau engkau”..member aku siap baca surah hape ntah masa dialog tu..

esok pagi aku tanya member aku, dia sedar tak malam tadi? dia kata tak..Alhamdullillah, lepas je kejadian tu, takde benda-benda yang pelik jadi..

Parking Underground KLIA

-ada org sudah jumpa antu apek kat parking klia mintak duit kecik nak bayar parking…siasat punye siasat, rupa2nya apek itu sudah mati bunuh diri kat area situ dgn terjun bangunan (kalo tak salah laaa..) & org yg bernasib baik aje akan ditegor apek ni…

Gate 2

-ustaz ismail kamus dtg klia neh buang hantu kat gate G2…hantu tuh tinggal kat gate G2 tapi kalo mlm2 dia suke kacau staff2 mas yg duk kat ofis hospitality yg kat sblah gate G2 tuh…dia usik2 telinga pastu cuit2 lengan staf2 dlm tuh…kalo u ols dengar citer member aku tuh sure korang pon meremang bulu roma…..:L

Aerotrain KLIA

-hujung thn lepas member aku nak masuk bertugas blk kat satelit lepas ambik time rehat…dr mtb ke satelit kan kene naik aerotrain kan…dia duk dlm gerabak tgh….bile lalu kat terowong dia toleh kat seat kat hujung gerabak lagi 1 dia nampak sorang lembaga duduk tundukkan kepala…rambut panjang sampe kaki…duduk keras x toleh kiri kanan….membongkok..member aku neh trus baca segala mcm ayat2 quran yg dia ingat…dan trus x pandang balik kat tempat mende tuh duduk….aerotrain stop jek kat satelit trus dia berlari keluar…..

Surau dalam waiting Hall (ntah gate mana satu)

-Cite ni experience aku mase skolah dulu2 … aku kalo cuti pendek2 balik umah naik flight je … skolah jauh kt kelantan nun … so ade skali tu … aku nye flight pagi … kul 7 lebey kalo x silap … so awal2 lagi kena check in la … ari tu aku balik sorg2 sbb aku x balik time cuti balik bermalam (dak2 mrsm bese nye x ley balik ujung minggu kecuali cuti balik bermalam) … ada family emergency time tu …

Sebelum subuh parents aku da anta aku gi KLIA … aku ni dulu2 kalo time nk balik asrama … aku nk cepat2 check in sbb kalo lame2 tunggu ngn family aku rase sedey2 … hehehe … bese la x biase dok berjauh ngn family sblm ni … kalo KLIA tu da check in … pagi2 sunyi … walopn time tu da lebey kurang time subuh … still x de org … pas da check in … aku lepak kt surau yg kt dlm tu … tp mase aku solat subuh … something yg aneh ar berlaku … aku cm dengar bunyi paip terbuka cm oprg berwudhu’ … pastu mase aku rakaat kedua … aku dengar org takbir “Allahu-Akbar” nk start solat n sentuh bahu aku cm masuk masbu’ nk solat berjemaah la … aku pun cm lek2 je la … smayang cm bese … imamkn la ‘org’ tu … tp bile aku bagi salam … aku tgk x de sape sebelah or belakang aku :funk: :funk: :funk: :funk: …

Aku ni ape lagi … cepat2 baca doa … terus kuar surau tu … cm kelam2 kabut ar … pastu mase aku kuar … ade org masuk surau tu … staff klia kot sbb pakai uniform … dia tanye nape aku kelam kabut … aku x sempat nk ckp ape2 … dia terus senyum … ckp “pagi2 ni bkn manusia je yg bersolat … jin Islam pun ada dik” … aku senyum kambing je la … pas da siap2 pakai kasut … aku terperasan aku tertinggal 1 beg dlm surau tu … aku masuk balik nk amek … tp surau tu da kosong … brader yg tegur aku td tu pn da x de … so sape yg ckp ngn aku td

Jungle Walk (Bilik Intai)

area taman tu namanya jungle boardwalk. menurut urban legend yang diceritakan oleh kawan ash, kat situ ada kubur orang asli yang tak boleh dipindahkan. so diorang buat la cam konsep taman dalam airport taktau la kebenaran citer ni api awal tahun aritu memang jungle boardwalk ni ditutup sebab ada kes histeria. skang ni baru bukak balik. tapi memang are kat bangunan satellite ni feymes di kalangan staf KLIA sebagai building paling berhantu. kalau staf2 yg penah keje floor kat sini dulu citer memang seram kalau syif malam kat sini especially bila takder flight. tersangat la sunyi dan bermacam2 penampakan ada ;P

Tingkat 5, Tempat Berlepas.

lagi satu kisah benar yang diceritakan oleh sorang senior staf. hehe. kalau korang perasan la kan, kat level 5 main terminal building tu ada cam malaysia airports buat exhibit sikit (structure kaler oren kat gate 3/4 tuh). dulu ada satu gambar kat situ, boleh tengok cik pon. gambar tu gambar salah satu air terjun kat malaysia ni pastu punyala feymes gambar cik pon ni sampai ramai gila org nak tengok tiap2 hari.

tapi skang ni diorg dh tukar gambar tu sebab macam dh jadi rusuhan plak. staf yang citer kat ash ni cakap dia sendiri pegi tengok gambar cik pon tu. memula memang tak perasan tapi sekali bila dh ‘nampak’, memang seram giler. sebabnya cik pon tu betul2 pandang kamera so memang cam cik pon tu tengah tengok kita la. sampai ada yang histeria katanya.. :L teringin gak ash nk tgk gambar tu tp xder sapa tau mana pg dah. structure tu still ada tp gambar semua dah totally different skang

Bilik Satelit

Satu kes lg mmbe aku nmpak ada sorang bdk lambai2 kat dia dari jauh dkt celah pintu, lorong kemana ntah. Pelik jgk mcm mana bdk bole masuk satellite lg2 tpt kawasan larangan. Apatah lg tgh2 mlm masa tu. Mmbe aku pn kejar la bdk tu.. Bila smpai situ bdk tu dh hilang. Mmbe aku masuk la lorong tu, mmg sunyi giler la(aku pn x pnah lalu situ) bilik2 yg ada dlm tu sumer dah x beroperasi. Sorg staff engineering yg kebetulan lalu berdekatan area situ bgtau, hantu bdk tu la yg byk mengganggu staff2 dlm bilik tu bbrp thn dahulu. Apalagi, terus demam mmbe aku 3hari..

p/s : kesahihan cerita tak dapat dinafikan. Tetapi banyak lagi sebenarnya cerita di KLIA ini seperti antaranya depan KFC tetapi ceritanya agak kurang releven. Jadi apa-apa korang jangan rasa takut, kuatkan iman anda.

sumber: facebook.com/100005592674036 (Incik Mohd)

Saturday, 5 October 2013

Seram! Pengalaman ‘Diganggu’ Ketika Memandu Di Kuala Selangor


Sebuah keluarga yang dalam perjalanan pulang diganggu dengan benda keras. Pelbagai situasi seram dialami. Seorang yang bergelar ibu tampil berkongsi cerita mengenainya.Peristiwa ni berlaku sekitar bulan June 2003. Waktu tu Abah sedang terlantar sakit di HSA Johor Bahru. Mama pulak pada masa itu sering berulang alik antar KL-JB-KL pada setiap hujung minggu. Kebiasaannya setiap hari Jumaat hujung minggu tu, Mama akan ambik cuti dan bertolak ke JB. So kiranya dapat 3 hari untuk menjaga Abah di hospital. Nasib baik masa tu Iki baru darjah 1 dan Ika baru 6 tahun..so senang lah nak pontengkan mereka.

Satu hari tu, kiranya hari khamis Malam Jumaat. Mama dan standby esok pagi2 nak bertolak ke JB. So malam tu hubby kena settlekan mana2 kerja yang belum selesai. Tetiba dalam pukul 10 malam tu, seorang staff hubby call , beritahu ada sedikit masalah kat tempat tapak projek pembinaan yang terletak kat Kuala Selangor tu. Tengok jam dah pukul 10 lebih. Kalau nak pegi esok pagi takut terlewat pulak nak balik ke JB, So akhirnya hubby decide nak pegi masa tu juga ke situ. Kebetulan ada beberapa kakitangan dan pekerja yang masih ada di sana. Hubby ajak mama sekali pegi lah dengan Iki dan Ika. Sebab tak kannak tinggal kami 3 beranak aje kat rumah. Iki dan Ika dan tidur dah pun masa tu. Kami angkat aje masuk dalam kereta. Bawak bantal dan selimut. Kebetulan masa tu kereta baru…baru ambik dalam 2-3 hari lepas cam tulah…teringin pulak nak jenjalan malam2 kan.

Dalam pukul 11.30 kami bertolak dari Ampang. Perjalanan lancar. Kami melalui jalan Rawang – Bt Arang- Ijok – Kuala Selangor. Drisebabkan dah jauh malam, lahu jer kami sampai. Tak sampai 1.5 jam dah sampai ke sana. Selepas selesai urusan kat sana, kami pun nak balik semula ke rumah. Masa tu jam menunjukkan dalam pukul 1.45 am. Mak aiiii meremang pulak bulu roma ni. Tengah berfikir, nak ikut jalan mana yang paling selamat. Mama cadangankan ikut laluan Kuala Selangor- Sg Buloh sebab jalan besar dan banyak lampu, tapi agak jauh sikit ler. Hubby kata dia nak cepat sampai rumah sebab pepagi nanti nak gi JB. So dia kata nak ikut aje laluan tadi.

Mama yang rasa mengantuk cuba tahankan mata, nak temankan hubby. Iki dan Ika lena di seat belaKang. Kebetulan Ika tengah demam. So dia memang tidur sepanjang perjalanan. Melalui peKan Kuala Selangor cahaya lampu terang benderang, tapi sejurus Sampai ke SImpang 3 Ijok nak masuk ke Jalan Bt Arang tu lamPu jalan dan mula berkurangan. Sampai le akhirnya langsung tak ada lampu jalan.Sebenarnya Mama dah rasa semacam. Sebelum ni kami rancak berbual, tetiba macam dah tak ada modal berbual. Hubby pulak tetiba je berzikir dan..dengan kuat macam yang selalu bila dia buat nak tidurkan anak2. Mama pulak tak semena2 boleh terkelaur dari mulut “ ehhhhh bau apa ni busukkknya”…Iki yang kebetulan terjaga dari tidur pun cakap “ busuknyaaa”. Hubby cuma jawab..bau dari kilang sawit tu. Ok lah Mama diam jer sambil layan mata yang hampir mengantuk.

Mama perasan hubby tekan minyak semakin laju. Dah ler jalan tu selekoh tajam semuanya. Hubby pulak makin kuat dia baca selawat, istghfar dan berzikir. Mama tak ada lah rasa pelik, sebab selalu dia buat cam tu, terutama kalau dia mengantuk bawak kereta tu. Tapi kali ni dia baca bukan cam selalu…selalu tu macam nak dodoikan anak2 tidur tapi kali ni agak kuat ,keras dan garang suaranya.
Kereta dipandu semakin laju. Kecut gak perut Mama. Selekoh tajam pun hubby bawak laju, nak sambung lena pun tak boleh. Kat kiri kanan jalan jangan cakaplah..tak nampak apa pun. Hanya kesuraman dan kegelapan malam. Takut pulak rasany anak pandang ke kiri dank e kanan. Sampai senget2 badan mama nak imbangkan.

Tiba-tiba…a “ gedebummmmmmmmmmm….brapppp…brapppppppppp…..”

Alamak bunyi apa tu…..bruzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz kereta terus berjalan terhoyong hayang dan gelong ke kanan. Hubby tekan brek megejut dan berhenti di tepi jalan. Ehhhh apa dah jadi ni. Mama yang hampir2 mamai tu blur sekejap. Pandang kiri kana hutan belantara. Ada pokok2 getah di kiri kanan jalan. Sebelah kiri mama bila mama pandang ke luar..namak gaung yang curam. Relex jap….Hubby perlahan2 buka pintu kereta dan keluar nak tengok keadaan. Mula2 mama cam tak bagi jer dia keluar…tapi kalau tak kelaur camana nak tau apa jadi kan…dalam ahti dah syakkk dah….mesti tayar pancit ni…alamak….macam kes kebiasaan cerita2 seram kalau jalan malam2 kan…kalau skrg dah mcm citer Jangan Pandang Belakang ker..Karak ker..gitulah gamaknya.

Alamakkkkkk tayar kereta pancit pulak…dah lah keadaan gelap gelita. Tak nampak pun kalau nak tukar. Hubby ambik torchlight suluh ke tayar..flat habis……habis angin semua. Mama nak keluar tengok tapi hubby tak bagi. Hubby pun try nak tukar tayar tu lah. Gi belakang bukak bonet nak ambik spare tyre. Tetiba tersuluh pulak tayar belakang tu …astaghfirullahalazim….. tayar belakang pun pancit. Hilang habis angin. Laaa macamana ni spare tyre satu aje, tapi tayar 2 biji pancit. Cer tolong fikir sikit…

Masuk kereta kejap cari idea. Kebetulan time tu Iki nak terkencing sangat. Mama tak berani nak suruh dia pancut jer at luar tu. So apa idea erk..nak suruh pakai pampers dah tak muat plak kan. Lagipun mana ada bawak pampers. So tengok ada botol air mineral… hehehhe apa lagi..suruh dia masuk “anu dalam botol” ajelah…betul2 anu dalam botol ni ler…lepas habis hajat dia tu, mama simpan dulu botol tu, takut nak campak kat luar pulak. Kot2 terkena pulak rumah nenek kebayan kea pa.kan nyaya pulak kan.

Dalam 10 minit duduk dalam kereta pasang lampu kecemasan…tak ada pulak kereta nak berhenti. Memang tak banayak kereta lalu jalan ni yang semua orang maklum laluan ni agak keras waktu malam. Cuba nak call, tapi hp tak ada coverage pulak. Yelah tengah2 hutan kan. Mati akal sekejap. Last2 hubby keluar berdiri tepi kereta cuba nak tahan kereta yang lalu, tapi semua tak nak berhenti. Mungkin diaorang pun takut nak berhenti tgh malam buta kat tepi hutan cam ni, Ntah orang jahat ker ntah hantu ker pada fikiran diaorang ni agaknya. Akhirnya bila dah lama tak de kereta nak berhenti, Mama pun ikut keluar kereta. Sambil dukung Ika, dengan harapan adalah kereta nak berhenti kalau dia nampak bawak budak kecik ni. Cuma terfikri pulak kot2 tak jadi pulakorang nakberhenti seba ingatkan hantu dukung anak kan. Alhamdulillah tak lama lepas tu ada sebuah kereta yang agak uzur berhenti. Lega rasanya. Ada 2 pemuda keluar dari kereta tu. Mama pulak yang rasa cuak..manalah tau orang berniat tak baik ke. Tapi tawakal ajelah…

Ohhh rupanya 2 orang pemuda ni berniat baik nak bantu kami. Dia kata tempat kereta kami rosak ni memang kawasan yang “ala-ala keras” gak ler. Dia kata kalau dia nampak hubby sorang jer mungkin dia tak berhenti kot..tapi dia nampak ada pompuan dan ada anak kecik..so dia berhentilah. Tapi tak ada apa yang dia boleh buat..walaupun keduan2nya bekerja di bengkel kereta di Kuala Selangor. Yelah spare tayar Cuma satu jer..Cuma apa yang dia boleh buat Cuma dia try pam (kebetulan dia ada bwak pam) tayar dan cuba tampal tempat bocor tu dengan kain ke getah apa ntah gitulah…so boleh bertahan sekejap…so lepas dia buat kami jalan ler perlahan2..tak sampai 5 minit..angin dah habis balik..ulang benda yang sama…lama2 dah naik fedup..hubby lanyak jer kereta tu…lantak ler….tengok ada dalam 8 km lagi nak sampai ke Bndr Tasik Puteri. Alahai jauhnya…..

Sampai dekat tempat yang ada liputan..call kawan dia yg dok kat Tasik Puteri..tapi sayang..dia pakai kereta Nissan..tak ngam tayar dia ngan keta kami. So masa tu dah hampir kul 2.30 pagi..nak call orang pun dah dinihari..bengkel semua dah tutup..akhirnya terpaksa gak calling kakak mama. Dia add kereta yg sama ngan kami…so nak pinjam tayar spare dia ler.tapi tak kan nak suruh dia hantar pulak tgh pagi buta tu..so hubby call adik dia kat Ampang..mintak tolong datang, dan ondway ambik spare tayar kat Gombak..

Dalam 1 jam lebih menunggu akhirnya sampailah adik ipar bawak spare tayar. Masa ni dah kurang rasa takut sebab kat kawasan taman perumahan. Dalam kul 3.30 pagi gitulah selesai lah tukar spare tayar. Tengok pada keadaan tayar tu memang tak boleh nak diselamatkan dah. Tayar tu cam nak berkecai rupanya…Tak leh nak tampal. Rim tayar nak rosak dah..agghhhh tak kisah ler janji boleh jalan….

Dalam perjalanan balik..barulah Hubby bukak cerita. Alkisahnya selepas melepas pekan Ijok tadi..dia tiba2 rasa meremang bulu roma dan cam ternampak sesuatu. Tapi dia tak nak bagitau mama sebab tak nak mama takut pulak. So masa yg Mama dan Iki cakap bau busuk tu…diapun terasa sama..Cuma dia perasaan ada sesuatu di tepi cermin kereta, seklias pandanan dia ternampak. Tu yang dia berzikir, berselawat danbaca ayar- quran dengan kuat tu dan bawak kereta macam rebut. Entah kenapa tiba2 tayar kereta mcam terlanggar lubang pulak. Mengikut cerita 2 orang makanik yg tolong kami tadi tu..dia hari2 berulang alik lalu jalan tu..memang tak ada lubang besar kat kawasan tu…so Waullahualam…….hanya Allah yang mengetahui.

Alhamdulillah dalam kul 4.30 pagi girulah kami sampai rumah. Huh itulah kisah suspen Mama. Tapi sekarang ni kalau nak ke Kuala Selangor tak perlua lagi melalui laluan sunyi cam ni…sekarang kan dah ada LATAR (Lebuhraya KL-Kuala Selangor)..laluan terang benderang.
Sumber KisahBest

Sunday, 29 September 2013

Wanita misteri hilangkan diri


SUNGAI NIBONG – Pengalaman terserempak dengan wanita berpakaian kilang dan kemudiannya menghilangkan diri di celah dinding mungkin tidak dapat dilupakan seorang lelaki.

Dia yang dikenali dengan nama Azim berkongsi kisah berkenaan kepada Sinar Harian.

Azim berkata, kejadian berlaku ketika dia memandu di bawah jejantas Sungai Nibong kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, ketika itulah dia terpandang wanita berpakaian kilang duduk di atas batu dengan wajahnya yang begitu muram.

“Tanpa ragu-ragu saya pun terus ingin bertanya jika dia (wanita) perlukan bantuan, dan ketika saya baru hendak berjalan menuju ke arahnya serta merta dia masuk di celah dinding jejantas berkenaan.

“Pada mulanya saya terkejut kenapa dia lari dan bergegas saya mengejarnya kerana bimbang keadaan yang amat gelap di situ, tetapi alangkah terkejutnya saya apabila ternampak ruang berkenaan begitu sempit iaitu sebesar ibu jari saya saja,” katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian itu terus membelenggu dalam ingatan Azim sehingga kini.

Sama seperti Azim, rakannya, Zul turut melalui pengalaman yang sama ketika jam 3 pagi apabila terserempak dengan wanita berpakaian kilang sama seperti yang dilihat Azim.

Zul berkata, dia terserempak dengan wanita itu setiap tiga malam berturut-turut dan pada masa yang hampir sama.

“Hari ketiga saya bertekad untuk memandang mukanya, apabila saya nampak mukanya, ada raut persis wanita Indonesia tapi dalam keadaan yang amat sugul dan menyedihkan, apa lagi, terus saya memandu laju,” katanya.

Ketika berkongsi kisah berkenaan dengan rakan-rakan yang lain, lokasi berkenaan dipercayai menjadi kawasan panas kemalangan jalan raya.

Ada yang beritahu ada kanak-kanak sekolah yang dilanggar beberapa kali di situ hingga menemui ajal.

Friday, 27 September 2013

Gempar, 70 pelajar diserang histeria


KUANTAN – Sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sera gempar apabila sekurang-kurangnya 70 pelajar diserang histeria, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, pelajar lelaki dan perempuan yang terkena gangguan itu, meracau-racau dan lari bertempiaran di sekeliling bangunan sekolah sehingga menyukarkan para guru menenteramkan mereka.

Seorang bapa, Saifullizan Abdullah, 38, memberitahu, kejadian histeria itu sudah berlarutan agak lama dan lebih merisaukan dua anaknya, Emy Syazana, 16, dan Norsyafikah, 13, turut mengalaminya.

Menurutnya, kejadian histeria itu juga sudah berlaku berulang kali malah mengganggu pelajaran dua anaknya itu.

“Sejak kejadian tersebut, sikap kedua-dua anak saya berubah apabila menjadi kuat tidur dan lemah.

“Ketika dirasuk di sekolah, ada sesetengah pelajar didapati tidak sedarkan diri dan ada mendakwa mendengar bisikan yang menyuruh mereka terjun dari bangunan sekolah,” katanya.

Saifullizan berkata, paling membimbangkan apabila kejadian pelajar terjun dari bangunan sekolah pernah berlaku dua kali di lokasi yang sama dan salah seorang daripada mangsa maut pada Mei lalu manakala kejadian terbaru pada bulan lalu.

“Saya risau kejadian buruk ini akan mengganggu dua anak saya atau pelajar lain.

“Justeru, saya amat berharap tindakan segera dapat diambil bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Seorang pelajar yang enggan dikenali pula berkata, semasa kejadian, pihak sekolah mengambil inisiatif melaungkan azan bagi meredakan keadaan. Bagaimanapun, situasi menjadi lebih buruk apabila para pelajar terbabit dikatakan semakin agresif dan marah apabila mendengarnya.

“Sekolah ini menjadi huru-hara apabila pelajar yang diserang histeria berlari bertempiaran di sekitar sekolah.

“Keadaan menjadi kecoh apabila guru sukar untuk mengawal dan menangkap mereka untuk dibawa ke makmal komputer bagi diberikan rawatan,” katanya.

Katanya lagi, situasi itu bagaimanapun kembali tenang apabila pihak sekolah memanggil seorang ustaz untuk memulihkan pelajar terlibat, menurut sumber Sinar Harian.

“Saya tengok kakak saya yang turut terkena histeria terbaring dan kemudiannya sedar kembali selepas ustaz memulihkan mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pahang, Rosdi Ismail ketika dihubungi berkata, beliau masih menunggu laporan mengenai kejadian tersebut dan akan menjalankan siasatan lanjut.

“Kita akan siasat kejadian ini selepas menerima laporan daripada pihak sekolah,” katanya.

Seram! Lima Bangunan Di Malaysia Yang Menakutkan (5 Gambar)

Lima Bangunan Di Malaysia Yang Menyeramkan Di Malaysia, banyak rumah – rumah dan bangunan lama diklasifikasikan menyeramkan dan berpenunggu.

1. Apartment Riviera II, Cheras



Sekitar akhir tahun 1990-an, apartment ini menempatkan pelajar-pelajar asrama beberapa buah universiti dan juga orang ramai, termasuk warga asing.

Ketika para pelajar baru ditempatkan, tiada apa yang tidak kena dengan bangunan ini. Kegiatan pelajar berjalan rancak meliputi aktiviti keagamaan, pembelajaran dan kecergasan. Bangunan diselenggarakan dengan baik, malah ramai pelajar sering menggunakan kolam renang di bahagian tengah apartment untuk mandi-manda.

Tahun demi tahun, keadaan mula berubah. Bangunan apartment yang dulunya ceria, menjadi semakin suram. Khabar angin bertiup kencang, bahawa bangunan ini menjadi tempat para pelajar berduaan dan melakukan aktiviti maksiat. Sejak semua ini berlaku, semakin banyak kejadian mistik mula berlaku di apartment tersebut.

Menaiki atau menuruni bangunan menggunakan lif menjadi sesuatu yang menakutkan, terutamanya di waktu malam. Kadangkala butang menyala sendiri lantas lif berhenti di tingkat-tingkat tak berpenghuni. Kadangkala muncul pula entiti yang tidak diingini sebaik saja pintu lif terbuka di tingkat-tingkat yang tidak ditekan oleh pelajar. Menaiki tangga pula bakal terserempak dengan entiti lain. Kebanyakan hanya berharap nasib mereka baik tidak bertemu dengan entiti setiap kali menggunakan lif.

Dikhabarkan, banyak kejadian mistik berlaku di apartment ini, sehingga jumlah penghuni kian berkurangan. Selenggaraan bangunan semakin diabaikan, air dalam kolam renang menjadi semakin keruh dan perabot semakin rosak. Kejadian histeria dan rasukan berlaku dengan kerap, sehinggalah pada suatu hari, salah seorang pelajar perempuan dikatakan terjun dari tingkat lima kerana mendengar suara aneh yang memintanya berbuat demikian. Kecederaan pelajar tersebut agak serius, sehingga memaksa pihak pengurusan mengosongkan bangunan tersebut kira-kira enam tahun lalu.

Kini bangunan Apartment Riviera II, Taman Kencana, Cheras hanya tinggal bangunan, tiada siapa pun berani menghuninya. Ia semakin suram dan menyeramkan walaupun dilihat dari jauh pada waktu siang. Hanya kumpulan penyiasat paranormal tempatan yang melawat sekali-sekala menceritakan pengalaman seram mereka sewaktu di sana.

2. Rumah Deposit RM 50 Seksyen 2, Shah Alam


Rumah sewa ini sering diperkatakan, terutamanya sewaktu penulis masih belajar di sebuah universiti di Shah Alam. Ramai yang menganggap ia sekadar legenda urban, dan ada yang mengatakan rumah tersebut memang wujud. Khabarnya, penyewa yang menyewa di rumah tersebut akan diganggu dan biasanya akan berpindah keluar selepas hanya sehari atau dua hari.

Walaupun terdapat pelbagai cerita mengenai rumah tersebut, masih ramai yang cuba hendak menyewa. Mungkin kerana depositnya hanya RM 50? Tuan rumah dikatakan sering menolak sekiranya ada yang hendak menyewa, tetapi kebanyakannya tetap berkeras mahu mencuba. Biasanya jumlah penyewa yang ramai menyebabkan ada yang berani menanggung risiko. Kalau ramai, apa yang hendak ditakutkan bukan?

Namun begitu, percubaan mereka berakhir mengecewakan. Pernah satu kumpulan tabligh cuba menyewa rumah tersebut. Pada hari pertama, di waktu maghrib, mereka duduk berkeliling dan berdoa, secara tiba-tiba satu kepala manusia jatuh di tengah-tengah mereka. Kesemua anggota tabligh terus lari keluar dari rumah tersebut dan tidak pulang lagi.

Cerita yang paling terkenal tentang rumah ini ialah cerita salah seorang penyewa yang pada masa itu berjumlah sepuluh orang. Dua orang dari mereka telah meratakan sedikit busut yang betul-betul berada di belakang pintu dapur. Akibatnya, mereka mula diganggu. Ada antara mereka yang kaki direntap sewaktu sedang tidur sehingga jatuh katil.

Ada pula yang terjumpa batu nesan di atas katil, serta diganggu suara perempuan ketawa mengilai.

Kisah penyewa ini berakhir malang apabila diganggu sehingga dua orang yang meratakan busut telah meninggal dunia, seorang akibat kemalangan semasa lari keluar dari rumah tersebut, dan seorang lagi jatuh sakit selepas itu.

Apa sejarah rumah ini? Khabarnya ia ialah rumah seorang pengamal sihir. Satu ketika dahulu, keluarga pengamal sihir ini dijumpai mati dibunuh di rumah tersebut.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan di mana lokasi sebenar rumah tersebut, yang dikatakan berdekatan dengan sebuah taman tema air yang terletak di Seksyen 3, Shah Alam.

3. Kemayan City, Johor Bahru



Sebenarnya bangunan Kemayan City, bolehlah dikatakan sebagai satu projek ‘gajah putih’. Ia pada asalnya hendak dibina sebagai salah satu pusat membeli belah di Johor Bahru sekitar 90’an, namun pembinaannya tergendala apabila berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun 1998.

Selepas ekonomi kembali pulih, bangunan itu terbiar begitu saja. Ada yang mengatakan ia menjadi tempat penagih dadah melepaskan gian, dan ada juga pasangan yang mengambil kesempatan duduk berduaan di situ. Khabarnya, ada juga penagih dikatakan cuba mencuri kabel elektrik di situ, malang sekali mereka terkena renjatan elektrik dan meninggal dunia.

Sebelum ini tersebar juga cerita mengenai keluarga dari Singapura yang lalu di hadapan bangunan itu melihatnya begitu meriah, dengan lampu warna warni terpasang dan dipenuhi begitu ramai pengunjung. Keluarga ini telah masuk ke bangunan itu, membeli belah dan makan.

Setelah beredar, mereka singgah di rumah saudara dan menceritakan pengalaman membeli belah di situ. Kemudian barulah mereka tahu yang Kemayan City hanyalah bangunan kosong yang terbengkalai. Barang yang telah mereka beli di situ hilang begitu saja manakala baki wang yang didapati bertukar menjadi daun kering.

Kata orang arif, ia ialah kerja syaitan yang mahu melekakan dan menyesatkan manusia. Mungkin ada benarnya.

4. Rumah Banglo Jalan Turi, Bangsar



Rumah ini pernah mendapat liputan meluas sekitar tahun 1992, apabila dua orang kanak-kanak lelaki dan pembantu rumah (kesemuanya warga asing) yang menghuni rumah itu telah dibunuh oleh seorang pengawal keselamatan. Pembunuhan mereka dikatakan dilaksanakan secara kejam, dan mayat mereka dicampak dan disembunyikan dalam lubang najis di belakang rumah.

Akibat perbuatannya, pengawal keselamatan itu telah dijatuhkan dan menjalani hukuman mati. Namun cerita itu tidak berakhir begitu saja.

Rumah banglo itu terbiar tidak berpenghuni apabila pemiliknya pulang ke negara asal. Keadaan rumah tersebut menjadi semakin daif kerana tiada siapa berani tinggal di situ. Perabot telah musnah dan keadaan rumah semakin uzur. Biarpun begitu, acap kali diberitakan orang ramai yang melawat rumah itu atau lalu lalang di bahagian hadapan terlihat bayangan dua orang budak dan juga wanita di situ, terutamanya waktu senja.

Kini, rumah itu telah dirobohkan sepenuhnya. Oleh siapa, tidak pula diketahui. Yang tinggal hanya serpihan rumah saja. Namun bila melihat runtuhan rumah saja pun, seseorang itu masih boleh berasa seram.

5. Penjara Pudu



Antara yang tempat yang terkenal sebagai tempat yang menyeramkan, ialah Penjara Pudu yang terletak di Jalan Hang Tuah. Bangunan penjara itu menempatkan bukan saja banduan biasa malah banduan akhir.

Antara cerita mengenai Penjara Pudu ialah mengenai seorang detektif yang sedang menyoal siasat seorang banduan wanita sekitar tahun 60’an. Sewaktu sedang menyoal siasat secara tiba-tiba kepala wanita tadi terjatuh dan bergolek ke pintu bilik.

Detektif tersebut telah lari keluar dan mendapati sebenarnya dia tidak menyoal siasat sesiapa pun. Banduan wanita tersebut sebenarnya tidak wujud di penjara itu.

Kini Penjara Pudu telah diruntuhkan sepenuhnya dan proses pembinaan bangunan baru sedang dijalankan. Khabarnya sebuah pusat membeli-belah akan dibina di situ.

sumber: informasi

Seram! Makhluk Halus Merangkak Di Lebuhraya KM 20.6?


KULIM – Fenomena kemalangan maut sering kali dikaitkan dengan kecuaian pengguna jalan raya, selain faktor jalan, namun bagaimana jika punca ia berlaku ‘selain daripada’ itu?

Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian.


Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan bagaimanapun ia terus meningkat setiap hari.


Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan mautantaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi.

Anggap kawasan puaka

KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibat penunggang motosikal sering berlaku.

Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan itu adalah keadaan jalan terlalu gelap pada waktu malam.

Sehingga kini, lebih tujuh kematian dilaporkan di sekitar KM 20.6 dan ada penduduk di kawasan itu beranggapan ia berpuaka.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad berkata, terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu lebuh raya di KM 20.6 itu ‘inginkan’ mangsa.

“Keadaan ini mungkin disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform terbabit yang sering membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi.

“Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.

“Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan itu termasuk alam ghaib dan misteri. Apabila pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhluk halus musnah,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 20.6, maut.

Makhluk halus merangkak

Rosli berkata, makhluk halus itu boleh berupa manusia separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan, selalunya selepas hujan di sebelah petang atau malam.

Katanya, makhluk itulah yang menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga mengakibatkan ramai penunggang maut di kawasan itu. Selain itu mangsa terlibat selalunya akan mengalami kecederaan parah.

“Makhluk yang merupakan penunggu di kawasan itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Itulah sebabnya mangsa yang terbunuh di kawasan itu akan kehabisan darah.

“Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya,” katanya.

Masih jadi tanda tanya

Kira-kira jam 4 pagi semalam 21/5/13, seorang lelaki berbangsa Inggeris bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang.

Menurut mangsa, apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas.

Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa.

Tiba di jalan terlibat, mangsa ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan.

Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.

Walaupun kejadian aneh itu menjadi tanda tanya, tetapi kemalangan maut di sekitar kawasan terlibat masih berlaku.

Dia meminta pengguna jalan raya lebih peka apabila melalui kawasan itu.

Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di KM 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian. – Sinar Harian

Tuesday, 24 September 2013

Hasrat Berkahwin Dengan Hantu Akhirnya Tercapai


Dalam adat mereka , perkahwinan hantu sering dijalankan. Kita juga biasa melihat mereka menjalankan upacara hantu setiap tahun. Di China , orang sanggup menggali kubur dan mencuri mayat wanita dalam usaha mereka berkahwin dengan wanita tersebut. Akhirnya, dua orang perompak tertimbus dalam kubur tesebut. Makanya, tercapailah hasrat mereka untuk berkahwin dengan hantu atau mayat yang mereka gali. Selain itu juga, mereka mengambil barang-barang berharga yang ditinggalkan bersama mayat.

Artikel yang berkaitan tercapai hasrat berkhawin dengan hantu:

Beijing: Dua perompak terperangkap dan mati lemas dalam sebuah kubur hingga menyebabkan tiga rakan mereka yang berkawal terpaksa menghubungi anggota polis untuk meminta bantuan. Kubur purba di Xi’an, wilayah Shaanxi itu dirompak lima lelaki pada awal pagi 10 Ogos lalu. Dua daripada perompak yang menggali lubang pada kubur berkenaan kemudian terperangkap.

Seorang daripada tiga rakan mereka yang ditugaskan untuk berkawal dapat melarikan diri, manakala dua lagi ditahan. Seorang perompak yang terperangkap ditemui mati manakala rakannya pula menghembuskan nafas terakhir ketika dibawa ke hospital.

Polis masih memburu lelaki yang melarikan diri itu. Pada Mac lalu, empat lelaki didakwa di mahkamah Xi’an kerana menggali mayat wanita dalam usaha untuk menjalankan upacara “perkahwinan hantu”. – Agensi

sumber: anjungsena.blogspot.com

Thursday, 5 September 2013

Kisah Benar Seorang Tukang Gunting Yang Menyeramkan


Pada awal kurun ke19, ada sebuah kedai gunting rambut. kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki. Setiap hari tokey kedai ini akan duduk di hadapan kedainya dan bertanya kepada orang yang lalu lalang, “Mahu potong kepala?”. Kebanyakkan yang terdengar hanya akan tersenyum. Sesiapa yang menjawap, “Tak lah, saya nak potong rambut” akan terselamat.

Tetapi bagi mereka yang menjawap “Ya” dan menganggap si tukang gunting rambut bergurau akan menerima nasib malang. Sesudah disiapkan di atas kerusi gunting rambut, dipakaikan kain alas untuk mengelakkan rambut jatuh di atas baju, si tukang gunting akan menyuntikkan ubat Anesthesia secara rahsia kepada mangsa. Ubat ini akan menyebabkan mangsa menjadi kebas/lumpuh dan tidak merasa sebarang kesakitan. Tukang gunting akan perlahan-lahan menghiris bahagian atas kepala mangsa hingga menampakkan otak.

Mangsa yang tidak boleh bergerak tidak akan merasa apa-apa. Tidah boleh menjerit dan hanya mampu melihat di cermin dirinya diseksa oleh tukang gunting yang kejam itu. Mangsa juga boleh mendengar dengan jelas bunyi hirisan pisau di kepalanya dan bunyi tukang gunting rambut mengoyakkan lapisan kulit kepalanya dengan perlahan-lahan dan ia kedengaran seperti mengoyak kain.

Sehinggalah sebahagian daripada tengkorak sudah dipotong dan menampakkan otak, barulah kesan Anesthesia tadi beransur-ansur hilang. Dan kesakitan akan mula terasa. Pada saat itu tukang gunting akan merentap otak mangsa dengan kuat dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat.

sumber: takmungkinbenar.com

Seram : Imej Lembaga Putih Dengan Lidah Terjelir Dirakam (Gambar)


Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk dipercayai hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelanggan dengan menggunakan telefon pintar di sebuah gerai makan di pekan Bagan Tiang, di sini tiga minggu lalu.

Pekerja kontrak, Musa Ibrahim, 40, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, dia bersama tiga rakannya sedang melepak dan bersembang di dalam ruangan khas gerai itu.

Menurutnya, seorang rakan bernama Rizan Shahrin Abdul Rahman, 35, bertindak merakam gambar kepala salah seorang rakan dengan menggunakan telefon pintar dimilikinya secara suka-suka dengan niat bergurau senda.

“Setelah itu, kami terus meneliti kembali beberapa keping gambar yang dirakam.

“Bagaimanapun, kami terkejut melihat kelibat kepala lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk muncul di penjuru kanan salah satu gambar diambil walaupun pemilik telefon pintar ini benar-benar yakin tidak melihat apa-apa sebelum rakaman gambar dibuat,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di Pekan Bagan Tiang di sini semalam.

Musa berkata, gempar dengan penemuan itu, mereka bertindak menemui salah seorang individu yang arif dalam bidang paranormal untuk mengesahkan imej lembaga berkenaan.

“Setelah meneliti gambar terbabit, individu itu mengesahkan imej hantu yang berkemungkinan ‘melintasi’ lokasi kejadian pada ketika itu.

“Kami memutuskan mendedahkan perkara ini melalui media setelah mendapat maklumat terdapat siri gangguan makhluk halus dialami penduduk sejak kebelakangan ini dan menggesa ada pihak sudi tampil ke hadapan menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Friday, 30 August 2013

Kisah Seram Banglo Lama Di Taiping


Mendiami rumah banglo pada zaman dahulu dianggap paling kaya di daerah tersebut. Biarpun banglo itu tidak semoden hari ini, tetapi ia lambang kemegahan pada ketika itu. Namun banyak peninggalan rumah banglo lama pada hari ini yang ditinggal usang. Antaranya sebuah rumah banglo lama yang terletak di Taiping. Ia dikatakan berhantu dan suasana di kawasan tersebut amat menyeramkan sehingga ada yang terlihat lembaga di situ.

Kisah ni berlaku di rumah banglo makcik aku kat taiping sekitar tahun 1990an…nama umah makcik aku ni ‘Sangkuriang Villa’. Makcik aku ni ada anak laki (sepupu aku) yang boleh nampak benda-benda aneh..kira sixsenth la.

Dari kecik lagi sepupu aku ni boleh nampak hantu & jin masa tinggal kat umah tu. Sampai sekarang dia still nampak lagi tapi tak selalulah mcm dulu. Rumah makcik aku ni pulak bekas peninggalan masa zaman british yang menduduki taiping dulu..tahu je lah umah banglo zaman british dulu, bawah batu atas kayu. Ada tiang2 besar dan kat belakang umah makcik aku ni ade pokok ketapang tinggi yang dahan dia mencecah bumbung rumah.

Suasana sekeliling redup & suram je.. (skarang ni rumah tu dah jadi opis tentera & makcik aku ni dah pindah tmpat lain). Kalau ade forumer kat sini berasal dari taiping mesti tahu rumah banglo lama sebelah asrama kem askar Taiping tu. Kalo dok kat area umah ni, bila time azan maghrib atau azan subuh je msti dengar bunyi anjing menyalak sayup2 je kt sekitar umah tu..bila kuar tengok takde pun kelibat anjing kat area situ..memang menyeramkan…

Setiap cuti sekolah hujung tahun je aku ngan family selalu datang umah diorang bermalam..so sepupu aku ni mula la bukak cerita…

Dari kecik dia boleh nampak & berkawan dengan jin, dia siap makan,minum & bermain sekali dengan jin tu. Tapi yang bestnye cuma dia je yang nampak tapi orang lain tak nampak. Pernah kitoran suruh dia lakarkan gambaran jin tu, rupa dia macam kartun dalam citer casper… makcik aku ni pada mulanya takut jugak tengok keadaan anak dia ni…

Ada skali tu makcik aku dengar sepupu aku ni borak dengan seseorang kat buaian depan umah dia..bila makcik aku keluar tengok, takde orang lain cuma sepupu aku je kat situ..terus makcik aku tarik masuk dalam umah. Masa sepupu aku nak mandi pulak dia nampak ada tangan berbulu kat celah tingkap bilik mandi tu tengah lambai kat dia. Bila dia pandang balik benda tu dah takde..

Pernah terjadi masa aku dengan family datang tido kat umah dia. Family pakcik aku yang lain pun datang bermalam jugak..So petang tu hujan renyai2, kitorang dengan sepupu yang lain tak boleh kuar umah & just main nyorok2 kat tingkat atas umah dia. Siap main baling2 bantal dan yang bestnye kitorang

main baling-baling 1 teddy bear ni sampai tercabut mata dia sebelah. Alih2 tengok, teddy bear tu dah macam ngeri dah…

Pastu masa dekat maghrib tu pulak ade sekor kelawar hitam masuk umah dia. Kitorang pun halau la kelawar tu keluar. Ntah macamana sepupu aku ni pulak tersilap pukul klawar tu dengan penyapu sampai mati… then malam tu kitorang tido berhimpit2 kat tingkat atas tu..masing2 dah takut sebab teringat kelawar yang mati tu takut datang kacau kitorang..

Tengah malam tu…sepupu aku ni tiba-tiba terjaga. Dalam ramai-ramai tu dia tido tepi sekali..masa tu dlm gelap..dia rasa ade orang mendengus kat sebelah dia (dari tepi dia yang takde org tu). Bila dia bukak mata je dia tengok ada sepasang mata merah terjegil tengah pandang dia macam orang tengah marah.

Apa lagi sepupu aku ni terperanjat terus bukak lampu & kejut sepupu2 aku yang lain. Kitorang semua bangun..pastu dalam dok kecoh2 tu…tiba-tiba ada sedara aku yang lain ni tunjuk ada kesan calar kat badan dia sampai luka2.. kitorang pun tanya la kot2 dia kena apa2 masa tido. Ntah dia cakap takde plak. Sedar2 je dah ade calar tu.

Sepupu aku ni citer la lagi yang adik bongsu dia masa tu umo dalam lingkungan 4 – 5 tahun selalu menangis bila tengah malam.. tiap2 malam pukul 12 je mesti menangis macam ketakutan & nampak sesuatu. Ada ustaz yang dok area situ bagitau, kat atas bumbung umah dia ni ade puntianak bergayut, sebab umah dia ni kat atas bumbung tu penuh dengan pokok menjalar yg bersambung dengan dahan pokok ketapang tu.

Ni sepupu aku citer aper yang dia mimpi..dlm mimpi tu,dia tgh bermain sebelah umah dia..masa tgh bermain tu dia terpandang satu lembaga besar & tinggi berwarna hitam berdiri betul2 sebelah pokok ketapang blakang rumah dia tu.. lembaga hitam tu berbulu dan badannya tinggi melepasi dahan pokok ketapang tu. Ketika lembaga yg menakutkan tu cuba lalu sbelah pokok ketapang tu, tiba-tiba badan lembaga tersebut terkena dahan pokok lalu dahan tu patah.

Keesokannya, biler sepupu aku ni sedar dari tidonyer, dia try lah gi tengok kat belakang umah.. mmg betul2 dia nampak dahan pokok ketapang tu patah sama cam dlm mimpi dia… Aper lagi terkejut la sepupu aku ni…

Malam ke-2 pulak.

Masa spupu aku ni tengah sedap tido kat bilik dia, tiba-tiba dia terjaga tapi dalam keadaan mamai… Dia nampak ader 2 orang datang dekat katil dia. Sorang tu lelaki, dan sorang lagi pompuan berpakaian seperti pembesar zaman kesultanan melayu dulu2, datang ke arah spupu aku yg tengah mamai ni dan laki tu bagitahu yang dia minta maaf kat sepupu aku coz semalam ada penghulu/org2nya lalu kat belakang umah tu dengan tak sengaja dah terpatahkan dahan pokok ketapang tu.. Beberapa ketika kemudian spupu aku ni terjaga & dia terbau wangi seluruh bilik tido dia tu.

Keesokannya sepupu aku ni citer la kat mak dia aper yg dia alami mlm tadi.. so mak dia ckp kemungkinan org tu adalah org bunian yg tinggal kat blakang umah dia tu…

Mungkin itu cuma dugaan, tapi kebanyakan orang memang suka menduga-duga,kan?

Tuesday, 30 July 2013

Grafiti Seram Di Bandar Yang Telah Di Tinggalkan ( 13 Gambar ).

Bandar sepi yang aku maksudkan disini ialah bandar Prypiat, Ukraine yang ditinggalkan sepi. Bandar nie dikosongkan pada April, tahun 1986 gara-gara insiden kemalangan yang berlaku di pusat janaan nuklear Chernobyl. Bandar nie dikosongkan dalam masa satu hari sahaja akibat dari pencemaran kesan radioaktif . Sehingga hari ini,bandar ini masih tidak berpenghuni.


Berbalik pada grafiti di bandar sepi ini, selain pelancong yang ingin melawat bandar kosong ini terdapat artis-artis jalanan yang berkeliaran dibandar ini bagi mencurahkan idea seni mereka pada dinding-dinding bangunan yang seolah-olah menggambarkan kesepian bandar yang ditinggalkan nie. Nampak seperti amat menyeramkan. Jom tengok.













Tuesday, 11 June 2013

Kisah Misteri Pontianak Mengilai (Kisah Seram)


Kisah Misteri Pontianak Mengilai (Kisah Seram) | Nama saya Suhaimi, berumur 16 tahun. Saya baru sahaja selesai peperiksaan peringkat 'O'. Saya baru dapat peluang emel pengalaman seram saya, lega rasanya sudah selesai peperiksaan ini. Perkara ini berlaku dua minggu yang lalu, pada hari Ahad. Saya sedang belajar untuk subjek Fizik, kerana esoknya peperiksaan untuk subjek tersebut. Maklumlah, nak dapat keputusan cemerlang, kenalah belajar lebih sedikit hingga ke larut malam. Saya mula mengulangkaji subjek tersebut pada siang hari, hinggalah sekitar 12 tengah malam. Saya pergi ke dapur untuk membuat secawan air Milo dan kembali ke bilik untuk sambung belajar. Sambil belajar, sambil itu saya mendengar rancangan radio


Sambil mengulangkaji pelajaran, saya mendengar rancangan radio dengan suara yang amat perlahan. Tiba-tiba, saya terdengar seperti ada bunyi ketawa yang sangat lembut. Saya ingatkan nyonya yang main mahjong di blok depan, jadi saya pun tak hiraukannya. Makin lama, makin kuat kedengaran bunyi ketawa itu. Saya pun mula rasa takut, bulu roma semua ternaik. Saya pun cepat-cepat tukar stesen radio kepada yang lain kerana rasa takut yang amat sangat. Walaupun rasa takut sudah mula menyelubungi diri saya, saya tetap menguatkan semangat untuk sambung mengulangkaji. Masa menunjukkan satu lebih pagi, saya masih mengulangkaji pelajaran.


Sedang saya belajar, saya tidak tahu mengapa, tetapi saya pusingkan kepala saya ke arah tingkap, yang berada di sebelah kiri saya. Saya terkejut apabila terlihat seperti ada kain putih yang berterbangan di salah sebuah tingkap di blok depan yang berhadapan dengan rumah saya. Pada mulanya, saya kelip dan menggosok mata saya untuk memastikan apa yang saya lihat itu adalah benar. Memang benar, apa yang saya lihat memang betul. Kain puth itu sedang berterbangan di luar tingkap di blok depan, saya takut sangat dan terus simpan semua buku-buku dan nota-nota saya dan terus masuk tidur.


Saya susah nak tidur pada malam itu, terfikirkan tentang perkara itu. Sebelum ini saya tak pernah mengalami perkara sebegitu rupa. Maklumlah, ini pertama kali, menggelabah saya dibuatnya. Sangat menyeramkan. Sejak kejadian itu, saya tidak mengulangkaji pelajaran sehingga larut malam lagi. Saya sudah serik dengan pengalaman saya yang sangat menyeramkan itu. Sekian, terima kasih dan selamat tengah malam...