Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Wednesday, 15 July 2020

Petua ‘Memusingkan’ Bayi Songsang Dalam Kandungan




“Hmmm… Jadi risau pula bila ‘scan’ tadi doktor cakap dekat wife bayi songsang untuk anak yg ke-4. Kali kedua wife mengandung bayi songsang... Kali pertama masa mengandung anak sulung dan terpaksa operate sebab air ketuban dah kurang... xboleh nk buat prosedur ECV... Anak ke-2 dan ke-3 alhamdulillah normal... Apa petua bayi songsang yang Mak buat dulu ya? Kalau urut-urut ni takut pula tersilap urut.”

Kedudukan bayi yang songsang sebenarnya adalah normal apabila kandungan anda masih belum cukup bulan. Sesetengah ibu hamil mungkin berasa ‘ngeri’ untuk menghadapi waktu bersalin kerana ia bakal melibatkan sedikit komplikasi akibat posisinya yang ‘terbalik’.

APAKAH PUNCA KEHAMILAN SONGSANG?

Menurut laman web perubatan Malaysian Medidal Gazette, Dr Muhammad Izzat menerangkan beberapa punca bayi songsang dalam kandungan.

Antaranya adalah:

    -Bayi pramatang atau tidak cukup bulan. Faktor ini adalah yang paling biasa ditemui. Namun,                kebanyakan bayi akan berpusing kepada kedudukan normal apabila sampai waktunya.
    -Pernah mengalami kehamilan songsang yang sebelumnya.
    -Ketidaknormalan pada rahim atau uri seperti masalah fibroid dan Placenta Praevia Major (uri                bawah).
    -Kehamilan kembar.
    -Masalah air ketuban yang terlalu banyak atau terlalu sedikit.
    -Sudah mempunyai kehamilan yang banyak di mana otot dinding rahim sudah elastik, lalu                        memberikan  banyak ruang pada bayi untuk bergerak dan berpusing.



5 PETUA BAYI SONGSANG & PROSEDUR KLINIKAL YANG BOLEH DIJALANKAN

Menurut laman kehamilan BabyCentre, kita perlu berhati-hati dalam mengamalkan petua bayi songsang. Ini kerana, sesetengah petua seperti mengurut abdomen perlu dijauhi kerana ia boleh mendedahkan risiko yang tidak sepatutnya kepada ibu dan bayi.

Antara petua bayi songsang yang boleh dilakukan adalah:
1. BERENANG

Menurut laman web turningbaby.com, berenang dipercayai antara senaman yang paling bagus untuk membuat otot perut lebih santai dan memberi ruang kepada bayi untuk berpusing.

Ia juga mudah dilakukan kerana kita berasa ‘ringan’ dalam air walaupun perut semakin membesar.

Selain berenang, bergerak aktif dan melakukan senaman lantai boleh membantu meningkatkan kesihatan bayi dan anda.

Tetapi, sesetengah pakar tidak menggalakan senaman mencangkung (squat) jika bayi anda songsang kerana ia akan menyebabkan bayi lebih selesa dan cepat menurun ke pangkal serviks dalam keadaan tersebut.


Posisi senaman lantai yang sesuai untuk bayi songsang.




Senaman merangkak atau ‘cat pose’ ini juga sesuai untuk memusingkan bayi.

2. ‘BREECH TILT’

Posisi ini antara posisi yang selalu diamalkan oleh wanita di luar negara.

Caranya, berbaring di atas lantai sambil menaikkan kaki anda di atas sofa. Sasarkan kedudukan 45 darjah.

Jika perlu, tambahkan beberapa biji bantal untuk menyokong belakang anda. Kekalkan posisi ini selama 5 minit atau pada bila-bila masa anda rasa kurang selesa.


3. POSISI SUJUD

Posisi bersujud ini serupa dengan gerakan ‘knee-chest position’ yang diamalkan oleh ramai wanita seluruh dunia.

Lakukan posisi bersujud seperti dalam solat 2 kali setiap pagi dan petang dalam tempoh sekitar 10 minit.

Bagi yang Muslim, anda boleh mengoptimakan kedudukan ini untuk melakukan solat hajat dan banyakkan berdoa agar dapat bersalin dengan mudah.


4. BERJALAN

Berjalan juga adalah salah satu gerakan yang paling mudah untuk membantu memusingkan bayi songsang.

Cuba berjalan selama 30 minit setiap hari sepanjang kehamilan. The Health Site menerangkan bahawa ketika anda berjalan, daya graviti akan menarik bahagian kepala bayi (yang paling berat) agar menurun ke posisi normal.


5. BERDOA

Selain daripada gerakan di atas, anda juga digalakkan untuk bertenang dan memperbanyakkan doa.

Ini kerana, hati yang tidak tenteram dan stres dapat mengganggu proses bersalin anda.

Selain membaca surah Al-Insyirah, ini antara doa yang boleh diamalkan oleh anda dan suami:

PROSEDUR ECV (KLINIKAL) BANTU PUSINGKAN BAYI SONGSANG

Selain teknik semulajadi dan petua bayi songsang di atas, terdapat juga cara klinikal untuk mengatasinya iaitu melalui teknik ECV (External Cephalic Version).

ECV dilakukan pada usia kandungan 36 minggu pada kehamilan pertama dan 37 minggu untuk kandungan kedua dan berikutnya. Secara ringkasnya, ia adalah prosedur memusingkan bayi secara fizikal (seperti urutan) yang dahulunya dilakukan oleh para bidan zaman dahulu. Namun, kini ianya dikendalikan oleh mereka yang berkemahiran dan lengkap dengan alatan perubatan untuk menjamin keselamatan ibu mengandung.

Menurut Dr Izzat lagi, kejayaan pemusingan bayi songsang melalui teknik ECV ini adalah tinggi, iaitu 50% peluang berjaya.

Jangan risau, kebanyakan ibu yang berkongsi pengalaman mereka mengakui bahawa prosedur ECV tidak menyakitkan tetapi memberikan ketidakselesaan kepada mereka buat sementara waktu sahaja.

Walaubagaimanapun, prosedur ECV ini tidak boleh dijalankan pada kehamilan kembar.



BERBINCANG DENGAN DOKTOR

Jika bayi songsang dikesan pada awal kehamilan, anda tidak perlu risau kerana ia adalah normal dan akan berpusing pada kedudukan normal apabila menghampiri tempoh bersalin.

Menurut Malaysian Medical Gazette lagi, hanya 3 hingga 4% sahaja bayi akan berkedudukan songsang pada umur kandungan matang cukup 37 minggu kehamilan.

Sekiranya prosedur ECV tidak berjaya memusingkan bayi anda, anda boleh berbincang dengan coktor bagi mentukan cara kelahiran yang sesuai dengan keadaan kesihatan anda.

Ini akan membantu anda membuat keputusan yang terbaik demi keselematan bayi dan anda.

Monday, 1 April 2019

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki, kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS !!


1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah –



Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)




2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).


3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim .
Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


4. Membaca Surat Al-IKHLAS:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)


5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)


6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)


7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)




Doa Menjemput Rezeki

Ya ALLAH berikanlah kami Rezeki yang Luas… yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....


Kemampuan setiap orang beramal adalah berbeza. Saranan saya, kalau tidak mampu beramal semua cuba amalkan satu persatu.


Biar sedikit tetapi istiqamah.


Jangan lupa berdoa kepada Allah SWT agar diberi kemampuan untuk beramal.


Kalau tidak mampu beramal semua jangan tinggal semua, nanti kita yang rugi.

Sunday, 8 March 2015

Minuman penawar untuk pesakit kanser tahap 4


Minuman penawar untuk pesakit kanser tahap 4. Disini saya ingin konsikan petua mudah untuk membuat minuman penawar tersebut. Hanya perlu kisarkan campuran 100 helai daun belalai gajah dengan sebiji apple hijau untuk dijadikan jus. Insyaallah dengan izin Nya penyakit kanser akan beransur sembuh. Selamat mencuba...


Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Wednesday, 13 August 2014

PENAWAR KENCING MANIS MENURUT KAEDAH PERUBATAN ISLAM



Setiap penyakit itu pasti diturunkan sekali dengan penawarnya. Tetapi
manusia mestilah berusaha untuk mencarinya.


Ingatlah sabda Nabi SAW:
"Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah." (Riwayat Muslim).

Kencing manis dikhabarkan ibu kepada segala penyakit. Kalau dah terkena, bermacam-macam penyakit lain yang akan datang. Sangat merbahaya dan sungguh menakutkan.

Salah satu penawar yang berkesan untuk melawan dan boleh sembuh dari penyakit ini dengan izinNYA adalah:

Bahan:
1 biji kelapa muda (isinya sedang berhingus)
3 batang serai makan
7 biji halba

Caranya:
Ketuk 3 batang serai makan dan masukkan ke dalam kelapa muda. Masukkan 7 biji halba juga ke dalam kelapa muda. Kacau rata air kelapa dengan menggunakan serai tadi hingga sebati semuanya dengan isi kelapa.

Letakkan kelapa di atas dapur/api. Minumlah airnya dalam keadaan suam. 1 biji kelapa untuk 2 hari minum.

Buat sehingga cukup 7 biji kelapa iaitu untuk 14 hari.

Agar dapat anda menyebarkanya untuk membantu orang-orang yang amat memerlukannya. Bagi pesakit DARAH TINGGI dan SAKIT BERKAITAN JANTUNG, boleh gunakan kaedah sama.

Terima kasih kepada Ustaz Sharhan Shafie kerana sudi berkongsi amalan perubatan ini.

Saya hanya bantu untuk menyebarkannya sahaja.

Thursday, 15 May 2014

Pertolongan Pertama Pada Orang Yang Kena Stroke


Orang yg kena STROKE mendadak (jatuh di tandas) pembuluh darah ke otak akan pecah sedikit demi sedikit. Ingat,untuk mengatasi hal ini janganlah gugup/panik. Jika korban berada di tempat kejadian seperti di bilik mandi/bilik tidur/ruang tamu dll. Jangan dipindah2kan ke tempat lain, kerana akan percepat pecahnya pembuluh darah, dan janganlah sampai dia terjatuh lagi.Caranya adalah dengan mengeluarkan darah korban dgn menggunakan jarum yg telah dibakar/disteril yg kemudian ditusukkan ke ujung setiap jari masing2 sampai darahnya keluar 1-2 titis.Kalau darahnya tidak keluar dapat diurut sampai keluar, sesudah itu korban akan sedar setelah beberapa minit kemudian. Jika korban mulutnya miring, tariklah kedua daun telinganya sampai merah dan langsung tusuk bagian bawah daun telinga dg jarum steril sampai darah keluar 1-2 titis.Setelah korban sedar dan mulutnya sudah pulih kembali, barulah dibawa ke doktor atau hospital.

Biasanya orang yg terkena STROKE pembuluh darahnya akan lebih cepat pecah karena goncangan dalam perjalanan ke doktor atau hospital.Orang tersebut dapat tidak sedar kembali/pengsan dan biasanya akan cacat/lumpuh. (Kita harus ingat MENGELUARKAN DARAH dari jari orang yg terkena STROKE, maka kita sudah boleh menolong orang tersebut dari penyakit STROKE).

Silahkan share & agar menjadi lebih banyak bermanfaat kepada mereka2

CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00



Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja , sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk , amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!


selamat mencuba, SHARE n LIKE utk SAHABAT anda

Thursday, 24 April 2014

Ramuan khas untuk sakit tekak.


Ramuan khas untuk sakit tekak.

Dua biji lemon (dibersihkan dan dihiris)
Dua biji halia, sebesar ibu jari (bersihkan dan dihiris menjadi kepingan bulat)
1 cawan madu

1. Dalam bekas (350ml – 400ml), campurkan hirisan lemon (tinggal 3-4 hirisan) dan halia.
2. Tuangkan madu ke dalam bekas itu dengan perlahan. Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk membiarkan madu tenggelam ke bawah dan di sekitar limau dan halia hirisan. Pastikan setiap ruangan udara diisi dengan madu. Tinggalkan sedikit ruangan di atas untuk ditutup dengan beberapa hirisan lemon.
3. Tutup bekas itu dan masukkannya ke dalam peti sejuk. Ia akan keras dan menjadi seperti agar-agar.
4. Campurkan 1 – 2 sudu teh ‘agar-agar’ madu itu cawan dan tuangkan air mendidih ke atasnya.
5. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk 1 hingga 2 bulan.

Selamat mencuba!

-----------------------------------------------

Two lemons (thoroughly cleaned and sliced)
Two piece of ginger about the size of your thumb (sliced into coin size pieces)
Honey (about 1 cup-maybe more)

In a 12-16 oz. jar combine lemon slices and sliced ginger.
Pour honey (organic is best) over it slowly.
This may take a little time to let the honey sink down and around the lemon and ginger slices.
Make sure when the honey has filled in all the voids, there is enough to cover the top of the lemon slices.
Close jar and put it in the fridge, it will form into a "jelly".
To serve: Spoon jelly into mug and pour boiling water over it.

Store in fridge 1-2 months.

Monday, 14 April 2014

Petua mengatasi masalah kitaran haid tidak teratur dengan madu lebah


Perempuan,tempat yang paling iblis suka juga ialah rahim.Kerana Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadis yang berbunyi,"Sesungguhnya pendarahan yang berlaku itu adalah kesan daripada cakaran iblis".Dalam rahim seseorang.Kenapa iblis cakar rahim seseorang?

Pada umur 18 iblis dah ganggu rahim dia sebab ibli tidak mahu tengok umat Nabi Muhamad ramai atas muka bumi ini.Bagaimana cara untuk mengatasi dan merawat masalah ini?Kepada wanita yang mengalami masalh kitaran haid tidak teratur,guna kaedah ini,insyaallah:-


1.Ambil madu asli,letak depan sejadah buat solat hajat.
2.Baca dalam madu tersebut Al-Fatihah,Ayat Qursi,Selawat dan Surah An-Nahl ayat 69
3.Baca Ayat 69 sebanyak 21 kali.
4.Tiupkan dalam madu.
5.Ambil satu sudu madu letak dalam air suam dan minum satu kali sehari.
Kalau guna air Zam-zam lebih baik

Monday, 20 January 2014

Cara merawat batu karang secara semulajadi kaedah alternatif

Kaedah yang akan saya kongsikan ini sebenarnya telah mendapat respon positif daripada mereka yang telah mencubanya. Antara komen mereka ialah:

"Alhamdulillah saya dah cuba cara ini dan berkesan. Saya guna apple yang segar dan mesin sendiri. Untuk dapat 1 liter memerlukan lebih kurang 15biji. Saya dah buat dua kali treatment ini. Lepas kali pertama memang ada keluar batu-batu tu. Selepas kali kedua batu keluar lagi banyak dari yang pertama kali. Nanti cadang nak buat lagi untuk kali ke-3. Cubalah… Sekurang kurangnya kita cuba sesuatu sebelum operation membuang hempedu. Pada saya cara ini tidak teruk mana pun. Apple pun sedap. Think positive." – Rehan Hussain -

"3 hari selepas saya jumpa kawan yang kena batu karang dikilang hempedu dan ikut rawatan ini dia kata memang berkesan tanpa perlu bedah." – Dr Hamid Arshat -

"Saya dah cuba memang menjadi. Sebenarnya, epal tu yang melembutkan batu-batu karang yang ada dalam kilang hempedu kita. Apabila buang air besar (maaf ye) akan keluar ketul-ketul bewarna hijau ianya batu karang yang sudah lembut. Percayalah, batu karang adalah punca sakit cancer. Kalo tak mahu minum juice epal, makan buah epal kurang-kurang 5 biji sehari. Selamat mencuba." – Ruzianti Omar -


Bagaimanakah cara rawatan alternatif itu?

Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu (Gallbladder Stones):
Minum 4 gelas apple juice setiap hari selama 5 hari berturut-turut.
Hari ke-6 jangan makan malam (dinner).
Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom (magnesium sulphate), beli di kedai farmasi.
Pukul 8 malam ulang makan garam epsom.
Pukul 10 malam, Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan juz lemon yang fresh (perah 3 biji lemon). Campur olive oil dengan juz lemon dan minum.
Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu karang keluar.
Cara ini saya ambil daripada perkongsian Dr Hamid Arshat di Facebook beliau.

Jika masih tidak jelas saya kongsikan pula perkongsian pengalaman oleh mereka yang telah mencuba sendiri kaedah ini:

Bulan lepas aku kena gastrik, tak pernah pernah kena gastrik tiba-tiba kena pulak. Pergi klinik makan ubat, selepas itu ok.

Ubat habis jadi balik. Mungkin sebab tak jaga makan.

Selepas kali ketiga pergi klinik. makan ubat dan jaga pemakanan, Alhamdulillah gastrik dah ok.


Walaupun gastrik dah ok tapi my soulmate nak bawa juga jumpa doktor pakar. Thank you so much sebab dengan jumpa doktor pakar aku dapat tahu sesuatu yang aku tak tahu.

Ada empat biji batu dalam hempedu. Doktor syorkan operate. Aku seboleh bolehnya tak nak operate. Nak cuba cara lain dulu.

Terima kasih banyak banyak kepada seorang kawan kerana dia memberikan petua mengeluarkan batu secara semulajadi. Terima kasih Chan diatas petua tersebut. Dengan petua yang diberikan oleh kawan tu jugak lah membuatkan wujudnya blog ini yang mana aku nak share dengan orang lain.

Cara caranya:
1) Hari 1 – 5
Minum apple juice 1 liter sehari. Aku bahagikan 1 liter tu kepada 4 bermakna 250ml bersamaan dengan 1 cawan sekali minum.

2) Hari ke 6
Pagi minum 1 liter apple juice.
Tengah hari lepas pukul 1.30 dah tak boleh makan apa-apa dah. Bermakna puasalah.
Pukul 6 petang – minum 5gm Epsom salt + air suam 250ml.
Pukul 8 malam – ulang langkah yang sama macam pukul 6 tadi
Pukul 9.45 malam – 125ml olive oil + 125ml jus lemon, kacau dan minum.
Pukul 10 malam – habiskan minum olive oil dengan lemon juice tadi dan terus tidur. Ambil beg air panas letak kat bahagian hempedu. Tidur mereng sebelah kanan. Bersedialah untuk ke toilet esoknya sebab insyaallah batu tu akan keluar….

3) Hari ke 7
Insyaallah batu tu akan keluar….
Untuk diriku Alhamdulillah its work dan insyallah Ahad ni aku nak buat lagi untuk kali ke dua.

Sumber : Blog Rehan Hussain

Untuk pengetahuan pembaca, boleh guna epal hijau atau merah, asalkan epal. Untuk lagi bagus epal hijau. Satu lagi gunalah berapa biji epal pun sebab tiada bilangan yang tetap asalkan cukup 4 gelas atau 1 liter jus.

Selamat mencuba!

Tuesday, 31 December 2013

Petua Rawat Resdung


Dagang Piatu PETUA SEMPOI UBATI RESDUNGI Petua Mengubati Resdung Limau Nipis 8 Biji..Daun Pndan 10 Helai Hiris Halus Mcm Bunga Rampai.. Perah Limau Nipis Tadi.. Gaulkan Smpai Sebati.. New Chemical Akan Terbentuk.. Sapu Di Muka.. Kalau Sesuai.. X Sampai 5 Minit Ulat Resdung Akan Keluar Ikut Kulit Muka.. Paling Bnyk Akan Keluar Ikut Kening..Kalau Sangkut Tarik Jeer Ulat Tu.. Sy Dah Buat Ramai Student.. Alhamdulillah Ramai Yg Elok Lepas Tu.. Buat 3 Kali Seminggu.. Elok Antara Jam 10am -3 Ptg Sbb Virus Tu Tgh Aktif.. Campuran Lebih Blh Simpan Dlm Peti Ais..Tp X Se Efective Yg Fresh.. Elok Letak Kain Hitam Atas Peha Masa Sapu Sbb Ulat Ni Attacted To Black Cloth... Kain Hitam Pe.. Jgn Guna Tudung Ariani Org Umah..!! Mau X Br Ckp Sebulan..!! 

Monday, 16 December 2013

Petua Halau Nyamuk


TIPS UTK ELAK NYAMUK DARI BAYI ANDA & TIDAK MEMUDARAT KN KESIHATAN DARI BAU RACUN.. Mempunyai masalah nyamuk? cuba kaedah ini. SELAMAT dan BERKESAN menghalau nyamuk! Hanya potong separuh daripada limau nipis dan tekan beberapa ulas cengkih . Ini adalah cara mudah menghalau nyamuk ... Boleh SHARE.. Pastikan untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda!..

Thursday, 26 September 2013

10 LANGKAH MUDAH DIDIK ANAK JADI SOLEH SOLEHAH


Sebelum anda terus membaca artikel ini, cuba gambarkan wajah setiap seorang dari anak-anak anda. Kemudian anda tanyakan diri anda; Berapa orangkah dari mereka yang anda rasa dapat menyelamatkan anda di akhirat nanti? Berapa orangkah yang akan mendoakan anda apabila anda mati kelak? Berapa orangkah yang akan meminpin tangan anda untuk masuk ke syurga?

Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita. Sabda Rasulullah s.a.w.;

“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:

1. Sedekah jariah. 2. Ilmu yang diambil manfaat dengannya. 3. Anak yang soleh yang mendoakan untuknya”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Setiap dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab kita. Anak-anak bukan sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang lebih besar dari itu mereka merupakan amanah yang dipikulkan Allah ke atas bahu kita. Allah ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh menjaga dan mendidik mereka atau tidak?

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar”. (al-Anfal: 27-28)

Di dalam al-Quran Allah memerintahkan kita agar memelihara diri kita dan juga ahli keluarga kita (yakni isteri dan anak-anak kita) dari api neraka. Allah berfirman;

“Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu…”. (at-Tahrim: 6)

Dalam menghuraikan maksud memelihara keluarga dari api neraka, Saidina Ali berkata; yakni “kamu didiklah mereka serta ajarlah mereka”. Berkata Imam Qatadah; ‘yakni kamu menyuruh mereka supaya mentaati Allah dan menegah mereka dari memaksiatiNya serta kamu melaksanakan tanggungjawab kamu terhadap mereka dengan agama Allah, kamu memerintahkan mereka dengannya dan membantu mereka untuk melaksanakannya. Apabila kamu melihat mereka melakukan maksiat, tegahlah mereka”. Menurut Imam Muqatil; “Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap lelaki muslim untuk mengajar ahli-ahli keluarganya (isteri dan anak-anaknya) apa yang difardhukan Allah ke atas mereka dan apa yang ditegah Allah dari mereka”. (Rujuk: Tafsir Ibu Kathir)

Apa makna anak soleh?

Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya’Allah anak itu secara otomatik akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.

Bagaimana mendidik anak menjadi soleh?

Tidak ada cara mendidik anak yang paling baik dan paling berkesan melainkan dengan cara didikan Islam. Langkah pertama ke arah didikan anak yang sempurna ialah keazaman ibu-bapa itu sendiri untuk kembali menghayati Islam dan menghidupkan Biah Islamiyyah (yakni suasana keislaman) di dalam keluarga dan rumah. Hanya anak yang hidup di dalam suasana keislaman yang dapat menghayati Islam dan seterusnya berjaya dibentuk menjadi anak yang soleh.

“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”. (al-Anfal: 24)

Seterusnya di bawah ini kita bentangkan perkara-perkara yang mesti kita lakukan untuk melahirkan anak-anak yang soleh;

1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah

Kita selalu mendengar ungkapan dari para ulama’ yang menyebutkan;

“Asas agama ialah mengenal Allah”.

Perkara pertama yang wajib kita ajarkan kepada anak-anak kita ialah kalimah Syahadah. Mengajar kalimah Syahadah bukan hanya mengajar menutur atau mengucapkannya sahaja sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang hari ini, tetapi juga mengajar apa pengertian kalimah tersebut?, apa yang tuntut olehnya? dan apa perkara-perkara yang bertentangan dengan kalimah tersebut yang mesti dijauhi dari melakukannya?.

Kita perlu memberitahu anak-anak kita –dari semasa ke semasa- bahawa dengan mengucapkan kalimah tersebut mereka telah mengisytiharkan diri mereka beriman kepada Allah. Oleh demikian, mereka wajib mentaati Allah pada setiap ketika dan dalam setiap gerak-geri serta tingkah-laku mereka. Pada masa yang sama, mereka wajib menolak segala yang bertentangan dengan kehendak Allah sama ada yang berupa agama (yang lain dari Islam), fahaman, ideologi, budaya, gaya hidup, tingkah-laku, peraturan, undang-undang dan sebagainya. Inilah tuntutan kalimah Syahadah yang dapat kita fahami dari firman Allah:

“Dan sesiapa mengingkari taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang dengan simpulan yang teguh, yang tidak akan putus selama-lamanya. Dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui”. (al-Baqarah: 256)

Menurut Imam Sa’id bin Jubair dan Imam ad-Dhahhak; yang dimaksudkan dengan ‘simpulan yang teguh’ dalam ayat di atas ialah kalimah 'Lailahaillallah' Adapun thagut, maknanya ialah ‘segala yang menyesatkan manusia’ sama ada Iblis, Syaitan dan sebagainya.

2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain

Rasulullah s.a.w. sendiri telah berpesan kepada kita supaya mengambil berat perihal solat anak-anak kita, di mana baginda bersabda;

“Suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila ia telah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat sedangkan mereka telah berumur sepuluh tahun”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah bin Amru r.a.)

Solat adalah tiang agama. Menunaikan solat beerti menegakkan agama dan meninggalkannya beerti mengabaikan agama. Dalam pendidikan, solat mempunyai rahsia didikan yang amat hebat kepada anak-anak kita. Di samping mendidik anak-anak kita agar sentiasa ingat kepada Allah, solat menjadi benteng kepada mereka dari keruntuhan ahklak dan gejala social. Ini melihat kepada kekuatan yang ada pada solat dalam mencegah manusia dari melakukan dosa dan munkar sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah sendiri;

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan munkar”. (al-Ankabut: 45)

Adalah mustahil jika kita hendak mengekori anak-anak kita ke mana saja mereka pergi untuk memastikan mereka berbuat baik di mana-mana sahaja mereka berada. Namun jika kita berjaya mendidik anak kita dengan solat sehingga solat itu melekat dalam jiwa mereka, yakinlah bahawa sekalipun tanpa kehadiran kita, mereka akan tetap istiqamah dengan kebaikan kerana solat akan membenteng mereka dari melakukan kejahatan dan maksiat.

Selain dari solat, kita juga wajib mengasuh mereka menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain seperti puasa, zakat, haji dan sebagainya.

3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita?

Menuntut ilmu agama diwajibkan oleh Allah ke atas setiap orang Islam sama ada lelaki atau perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Menuntut ilmu (agama) adalah fardhu ke atas setiap orang Islam”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan at-Thabrani dari Anas r.a. dan al-Hasan bin Ali r.a.)

Bagi anak-anak, tanggungjawab mengajar ilmu agama kepada mereka asalnya adalah kewajipan ibu-bapa. Namun jika ibu-bapa tidak mampu mengajar sendiri anak-anak mereka, mereka wajib mencari seorang guru/ustaz yang dapat mengajar anak-anak mereka segala hal yang wajib diketahui tentang agama merangkumi;

a) Ilmu aqidah

b) Ilmu Ibadah

c) Ilmu halal dan haram (dalam makanan, percakapan, tindakan, pergaulan dan sebagainya)

d) Ilmu tentang hati dan rohani

e) Ilmu tentang kewajipan sebagai seorang muslim

f) Ilmu untuk membaca al-Quran

g) Ilmu tentang adab-adab sebagai seorang muslim

Kita melihat hari ini ramai ibu-bapa mengabaikan pengajian ilmu agama kepada anak-anak mereka. Mereka lebih menekankan ilmu-ilmu duniawi seperti sains, matematik dan sebagainya. Mereka sanggup menghabiskan wang yang banyak bagi memastikan anak-anak mereka lulus dengan cemerlang dalam ilmu-ilmu tersebut. Namun ilmu agama mereka abaikan. Mereka tidak pernah risau anak-anak mereka jahil tentang agama asalkan pandai ilmu-ilmu lainnya. Kerana itu tidak hairanlah jika kita dapati hari ini ramai anak-anak orang Islam yang semakin liar dari agama; meninggalkan solat, tidak tahu membaca al-Quran, tidak menutup aurat dan mudah terjebak dengan maksiat dan munkar. Semua gejala ini puncanya tidak lain dari pengabaian terhadap didikan agama oleh ibu-bapa.

4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman)

Anak-anak memerlukan qudwah (yakni contoh/tauladan) untuk menjadi anak-anak yang soleh. Qudwah ini seharusnya bermula dari ibu-bapa dan juga suasana di rumah. Biah atau suasana di rumah mempunyai peranan yang besar dalam membentuk anak-anak. Oleh demikian, suasana keislaman di dalam rumah hendaklah dihidupkan. Pada masa yang sama, elakkanlah sebarang bentuk maksiat dan munkar dari rumah kita. Selain itu, menghidupkan sunah Nabi di dalam rumah juga memberi kesan besar dalam mewujudkan biah/suasasa keislaman di dalam rumah. Antara sunnah Nabi s.a.w. yang perlu kita praktikkan di rumah ialah;

a) Membaca al-Quran di rumah

Seboleh-bolehnya, ibu-bapa hendaklah menunjukkan minat mereka terhadap al-Quran dengan selalu membacanya di rumah di hadapan anak-anak mereka. Dalam satu hadis, Rasulullah mengibaratkan rumah yang tidak dibacakan al-Quran di dalamnya umpama kubur-kubur. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah”. (Riwayat Imam Muslim)

Bagi ibu-bapa yang tidak berkesempatan membaca al-Quran di rumah atau tidak berkemampuan membacanya, maka sebagai alternatif lain untuk menghidupkan suasana al-Quran di rumah ialah dengan memutarkan kaset-kaset atau cd-cd al-Quran di dalam rumah pada setiap hari terutamanya di waktu pagi dan pada masa anak-anak berhimpun di rumah.

b) Mengerjakan solat-solat sunat di rumah

Sabda Rasulullah s.a.w.;

“Kerjakanlah solat –wahai manusia- di rumah-rumah kamu. Sesungguhnya solat yang paling afdhal ialah seseorang mengerjakan solat di rumahnya kecuali solat yang fardhu”. (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Zaid bin Thabit r.a.)

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda; “Kerjakanlah sebahagian solat kamu dirumah kamu. Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu ibarat kubur”. (Riwayat Imam Muslim dari Jabir r.a.)

Antara solat sunat yang digalakkan untuk dikerjakan di rumah ialah solat dhuha, solat tahajjud, solat hajat, solat taubat, solat tasbih, solat witir, solat sunat yang mengiringi solat fardhu dan sebagainya. Ibu-bapa yang selalu mengerjakan solat-solat sunat di rumah akan memberi qudwah kepada anak-anak dalam menanamkan sikap suka beribadah dan meningkatkan kesedaran rohani mereka.

Lebih baik lagi jika anak-anak turut diajak bersama-sama mengerjakan ibadah-ibadah tersebut. Adalah harus –sebagai latihan- pada selang-selang waktu tertentu solat-solat sunat tersebut (khususnya solat malam atau qiyamullail) dilakukan secara berjamaah bersama ahli keluarga dengan diimankan sendiri oleh bapa sebagai ketua keluarga. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Jika seorang lelaki mengejutkan ahli keluarganya pada waktu malam, lalu mereka mengerjakan solat dua rakaat bersama-sama, nescaya mereka berdua akan ditulis/disenaraikan di kalangan lelaki-lelaki yang banyak berzikir dan perempuan-perempuan yang banyak berzikir”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abi Said r.a.)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun menunaikan solat malam, kemudian ia mengejutkan isterinya…Begitu juga, Allah mengasihi seorang perempuan yang bangun menunaikan solat malam, kemudian ia mengejutkan suaminya…”. (Riwayat Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.)

c) Hidupkan budaya memberi salam

Anas r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya;

“Wahai anakku! Jika kamu masuk menemui ahli keluargamu (di rumah kamu) maka berilah salam kepada mereka, nescaya akan dilimpahi keberkatan ke atas kamu serta ahli rumah kamu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Anas r.a.)

Memberi salam bermakna kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada orang yang kita ucapkan salam kepadanya. Apabila ibu-bapa mengucapkan salam kepada anak-anak mereka (tatkala baru sampai di rumah atau tatkala ingin keluar dari rumah atau ingin berpisah dengan mereka) maka ia telah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan untuk mereka. Apabila mereka menjawabnya, maka mereka mendoakan pula keselamatan dan kesejahteraan untuk bapa atau ibu mereka. Fenomena saling doa-mendoakan ini pastinya akan mewujudkan suasana harmoni dan kasih-sayang di dalam keluarga.

Rasulullah s.a.w. pernah bertanya para sahabat baginda; “Mahukah aku tunjukkan kepada kamu suatu amalan yang jika kamu lakukan nescaya kamu akan saling berkasih-sayang?”. Jawab mereka; “Ya”. Lalu baginda bersabda;

“Hidupkan budaya memberi salam antara sesama kamu”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.

Antara adab-adab Islam yang perlu dipraktikkan oleh ibu-bapa serta ahli keluarga di rumah ialah adab ketika makan, adab ketika masuk dan keluar tandas, adab berpakaian, adab anak-anak ketika hendak masuk ke bilik ibu-bapa (terutamanya apabila anak-anak telah mumayyiz), adab keluar dan masuk rumah, adab tidur dan bangun dari tidur dan sebagainya. Adab-adab ini amat penting kerana ia melibatkan amalan dan rutin harian yang boleh memberi contoh berkesan kepada anak-anak dalam meningkatkan roh keislaman mereka.

5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau

Dalam hal ini, terdapat hadis Rasulullah s.a.w. menyebutkan;

“Jika kamu lihat seorang lelaki selalu berulang-alik ke masjid, maka saksikanlah untuknya dengan iman (yakni akuilah bahawa ia sememangnya seorang yang benar beriman)”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abi Sa’id r.a.)

Masjid adalah rumah Allah. Orang yang hatinya terikat dengan masjid menunjukkan bahawa jiwanya dekat dengan Allah. Alangkah bertuahnya kita jika anak-anak kita memiliki hati dan jiwa sedemikian. Oleh itu, perlulah kita berusaha bersungguh-sungguh mendekatkan anak-anak kita dengan masjid, atau sekurang-kurangnya surau atau mushalla. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menceritakan tujuh orang yang akan mendapat perlindungan Allah di akhirat, antara mereka ialah ‘seorang pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah dan seorang lelaki yang hatinya terikat dengan masjid’. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu hurairah r.a.)

6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita

Semangat jihad yang kita maksudkan ialah semangat cintakan agama dan kesedaran untuk berkorban demi agama. Ramai di kalangan kita menganggap anak-anak belum tiba masanya untuk didedahkan dengan semangat jihad kerana mereka masih kecil. Anggapan ini ternyata salah. Sebenarnya dari kecillah kita perlu tanamkan semangat jihad ke dalam diri anak-anak kita supaya mereka akan terbiasa dengan semangat ini sejak awal mereka mengenali dunia dan kehidupan lagi. Lebih-lebih lagi apa yang disemai ketika kecil akan melekat kukuh dalam jiwa manusia sebagaimana kata hikmah;

‘Pengajaran semasa kecil umpama memahat di atas batu”.

Untuk menyemai semangat jihad dan perjuangan Islam ini, antara usaha yang perlu kita lakukan ialah dengan menceritakan kepada anak-anak kita –dari masa ke semasa- sejarah/sirah perjuangan Nabi kita Muhammad s.a.w. dan juga tokoh-tokoh pejuang Islam terdahulu terdiri dari para Nabi dan Rasul, para sahabat, para alim-ulama’, para Syuhada’ dan sebagainya.

Amat menyedihkan kita apabila melihat anak-anak umat Islam hari ini di mana mereka lebih mengenali artis-artis dan pelakon-pelakon dari mengenali para Nabi dan Rasul, tokoh-tokoh Islam, ulama’-ulama’ dan para pejuang Islam. Keadaan ini memerlukan usaha bersungguh-sungguh dari kita sebagai ibu-bapa untuk mengubahnya.

7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu

Antara perkara yang perlu kita tanamkan sungguh-sungguh ke dalam jiwa anak-anak kita dalam usaha kita mendidik mereka menjadi anak-anak yang soleh ialah sikap cintakan ilmu dan sukakan majlis-majlis ilmu. Dengan adanya semangat cintakan ilmu dan majlis ilmu akan timbullah keinginan dalam diri anak-anak kita untuk menuntut ilmu agama secara berterusan hingga ke akhir hayat mereka tanpa had umur atau batasan waktu.

Jika kita perhatikan majlis-majlis ilmu hari ini, boleh dikatakan keseluruhan yang hadir ialah golongan dewasa dan juga orang-orang tua. Di mana anak-anak atau kanak-kanak? Kenapa mereka tidak dibawa bersama oleh ibu-bapa mereka untuk sama-sama menuntut ilmu? Demi masa depan anak-anak kita, marilah kita ubah keadaan ini. Marilah kita bawa bersama anak-anak untuk sama-sama berada di dalam majlis ilmu yang diibaratkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai taman syurga. Baginda bersabda;

“Apabila kamu berjalan melalui taman syurga, maka singgahlah di situ”. Lalu sahabat bertanya; “Apa itu taman syurga, ya Rasulullah?”. Jawab Rasulullah; “Iaitulah majlis-majlis ilmu””. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.

Kita tidak boleh mengongkong anak-anak kita dari berkawan. Namun apa yang kita perlu lakukan ialah memastikan anak-anak kita memilih kawan-kawan atau teman-teman yang baik supaya ia tidak terjebak ke dalam kejahatan dan maksiat kerana pengaruh kawan. Hal ini merupakan pesanan Rasulullah s.a.w. di mana baginda bersabda;

“Seseorang itu berada di atas agama temannya. Oleh itu, hendaklah setiap dari kamu memerhatikan dengan siapa ia berteman”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.)

Di dalam hadis di atas, Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kita agar pandai memilih kawan/teman kerana kawan boleh mempengaruhi pengamalan agama kita. Maka sebagai ibu atau bapa, pesanan yang sama perlu kita sampaikan kepada anak-anak kita kerana mereka adalah tanggungjawab kita.

9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh

Doa adalah senjata kita orang-orang beriman. Dengan doa kita boleh memohon apa sahaja hajat kita dari Allah. Malah Allah amat suka hamba-hambanya yang banyak berdoa dan bermohon dariNya. Salah satu perkara yang perlu selalu kita pohonkan dari Allah ialah anak-anak yang soleh. Seboleh-bolehnya setiap kali kita berdoa, kita tidak lupa berdoa agar kita sekelian dianugerahkan Allah anak-anak yang soleh. Antara bentuk doa memohon anak soleh ialah yang termaktub di dalam al-Quran iaitu;

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang tergolong dari orang-orang soleh”. (as-Shaffat: 100)

Atau doa;

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami (anak-anak soleh yang menjadi) penyejuk mata-mata kami (apabila melihatnya) dan jadikanlah kami ikutan kepada orang-orang bertakwa”. (al-Furqan: 74)

Selain itu, kita juga perlu berdoa agar Allah memberi ilmu dan kefahaman agama kepada anak-anak kita. Antara doanya ialah;

“Ya Allah, wahai Tuhan kami! Berilah kefahaman kepadanya dalam agama dan ajarkanlah kepadanya memahami al-Quran”.

Doa ini adalah doa yang pernah diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk Ibnu ‘Abbas r.a.. Berkat doa baginda ini, Ibnu ‘Abbas telah muncul di kalangan sahabat sebagai seorang pentafsir al-Quran yang paling unggul sehingga Abdullah ibnu Mas’ud menyatakan; “Sebaik-baik pentafsir al-Quran ialah Ibnu ‘Abbas”.

10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita

Ibu-bapa hendaklah selalu memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak supaya sentiasa mentaati Allah dan menjaga perintah agama. Pesanan, teguran dan kata-kata nasihat dari ibu-bapa merupakan mutiara-mutiara berharga untuk anak-anak kerana ibu-bapa adalah orang yang paling hampir dengan anak-anak. Peranan ibu-bapa sebagai pemberi nasihat dan pesanan tidak terhenti setakat anak-anak masih kecil, tetapi berterusan hingga bila-bila sekalipun mereka telah dewasa. Di bawah ini kita kemukakan beberapa nasihat dan pesanan dari para nabi dan orang-orang soleh untuk anak-anak mereka sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran dan juga hadis Nabi s.a.w. untuk kita mencontohinya;

Pesanan Nabi Ibrahim kepada anak-anaknya

Pesanan Nabi Ibrahim untuk anak-anaknya dapat kita dilihat dalam surah al-Baqarah, ayat 132;

“Ibrahim telah berpesan kepada anak-anaknya dengan agama itu (yakni Islam) dan (begitu juga) Yaakob (di mana mereka berkata kepada anak-anak mereka): ‘Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) untuk kamu, maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan muslim”. (al-Baqarah: 132)

Pesanan Nabi Yaakob untuk anak-anaknya

Allah menceritakan dalam surah al-Baqarah (ayat 133) bahawa Nabi Yaakob ketika hampir kematiannya ia telah berpesan kepada anak-anaknya supaya kekal menyembah Allah, tidak mengsyirikkannya.

“Adakah kamu menyaksikan ketika Yaakob hampir menemui kematian, ketika itu ia berkata kepada anak-anaknya; ‘Apakah yang kamu akan sembah selepas kematianku?’. Jawab mereka; ‘Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan bapamu Ibrahim, Ismail dan Ishak iaitu Tuhan yang maha esa dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri”. (al-Baqarah: 133)

Pesanan Luqman al-Hakim

Pesanan Luqman kepada anaknya dibentangkan dengan panjang lebar oleh Allah di dalam surah Luqman. Pesanan Luqman ini amat baik jika kita jadikan pesanan yang diulang-ulang dari masa ke semasa untuk anak-anak kita. Antara yang dipesankan oleh Luqman kepada anaknya ialah;

“Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya semasa ia memberi nasihat kepada anaknya itu; ‘Wahai anak kesayanganku! Janganlah kamu mensyirikkan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu merupakan satu kezaliman yang besar”. (Luqman: 13)

“Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah dari kemungkaran, dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang perlu diambil berat melakukannya”. (Luqman: 17).

Apa yang kita kemukakan ini hanyalah sebahagian kecil pesanan Luqman untuk anaknya. Untuk melihat pesanannya secara keseluruhan, sila rujuk surah Luqman (ayat 13 dan ayat-ayat seterusnya).

Pesanan Rasulullah kepada Ibnu ‘Abbas

Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; (Suatu hari) aku berada di belakang Nabi s.a.w.. Lalu baginda bersabda kepadaku; “Hai anak! Aku ingin mengajar kamu beberapa perkataan (iaitu); ‘Peliharalah Allah nescaya Ia akan pelihara kamu. Peliharalah Allah, nescaya kamu akan mendapatinya di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah dan apabila kamu memohon pertolongan, pohonlah pertolongan dari Allah. Ketahuilah bahawa sesungguhnya jika sekelian umat manusia berhimpun untuk memberi manfaat kepada kamu dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memberi manfaat kepada kamu melainkan dengan suatu yang telah ditulis oleh Allah untuk kamu. Dan jika mereka semua berhimpun untuk memberi mudarat kepada kamu dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memudaratkan kamu melainkan dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah akan menimpa kamu. Telah diangkat pena dan telah kering lembaran-lembaran’”. (Riwayat Imam Tirmizi)

Wallahu a’lam.

Thursday, 12 September 2013

CARA BUAT PERANGKAP NYAMUK MUDAH DAN SENANG.

Apa yang kita perlukan ialah:

200 ml air 50 gram gula perang, 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan 1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya:

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher

2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.

Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska, Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain .

Silakan SHARE untuk ramai Mencuba!

Wednesday, 11 September 2013

Petua Bunuh Semut Dirumah


Apa yang begitu menarik cara ini ialah, ia membawa mereka masa 2 minit untuk merasa dan 5 minit lagi untuk mengisi seperti dlm gambar! Wow

1 botol air kosong
(Potong ke bawah untuk kira-kira 2 "tinggi)
5 sudu baking soda
5 sudu gula
3 sudu air. (Kerja-kerja kering membeli saya digunakan gula sebenar.)

Cara yang terbaik untuk menghapuskan semut adalah sangat mudah:

Ambil sedikit gula tepung (juga dikenali sebagai gula aising) dan dicampurkan dengan jumlah yang sama baking soda (secara rasmi dikenali sebagai natrium bikarbonat)

Gula tepung adalah penting. Anda tidak boleh menggunakan butiran yang lebih besar gula untuk ini ..

Campurkan kedua-dua serbuk bersama-sama dan kemudian meletakkan jumlah yang kecil dinding atau kawasan-kawasan lain di mana anda biasanya tidak akan berjalan tetapi di mana anda biasanya akan melihat semut.

Semut akan tertarik kepada gula dan akan makan beberapa dan mengumpul lebih banyak untuk dibawa pulang untuk memberi makan kepada orang lain, maka semua mereka akan mendapat bahagian mereka.

Gula dan serbuk baking soda adalah sama dalam saiz dan, apabila dicampurkan bersama-sama, semut tidak boleh memisahkan dua item, jadi, disebabkan mereka makan gula, mereka juga akan menelan baking soda, yang mereka akan sebaliknya tidak pernah menyentuh. Ini adalah sebab untuk menggunakan gula serbuk.

Apabila semut makan baking soda, ia akan bertindak balas dengan asid formik dalam perut mereka dan menyebabkan gas. Badan-badan semut tidak seperti manusia dan mereka tidak boleh menghapuskan gas supaya ia akan membina di dalam mereka dan menyebabkan mereka untuk benar-benar meletup.

Simpan tip ini atau berkongsi dengan keluarga & rakan-rakan.

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA


Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..

jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

P/s : JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA..

Wednesday, 4 September 2013

Petua menajamkan mata


[Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata] InsyaAllah..

Di sini sy ingin berkongsi satu ilmu dari tok guru saya dulu iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mngurangkan rabun mata. Semua orang boleh amal terutamanya bagi yang rabun, saya tengok kawan2 sy ramai jugak yang rabun dan tepaksa menambah power 'spec mata'.. Jadi, saya tiba2 teringat ilmu yg ustaz sy ajar ni..

Jadi kawan2, masa anda semua menjawab azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:

فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)

Kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dlm gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)

InsyaAllah, sntiasa amalkan, akan dapat lihat perubahannya, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..

InsyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.

~T.ustaz

Petua Rawat Batu Karang


Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones)
  • Minum 4 gelas apple juice tiap2 hari selama 5 hari berturut2
  • Hari ke6 jangan makan malam (dinner)
  • Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom(magnesium sulphate) , beli dari farmasi
  • Pukul 8 malam ulang makan garam epsom
  • Pukul 10 malam . Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan juz lemon yg fresh (perah 3 biji lemon0. Campur olive oil dengan juz lemon dan minum.
Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu2 karang keluar.

Tuesday, 3 September 2013

Petua : Khasiat Lobak Merah

ketahui apakah khasiat lobak merah.

Batu Karang

Ambil 7 batang lobak merah, cuci hingga bersih dan parut. Kemudian tambah 100 ml air dan rebus selama kira-kira 15 minit. Setelah itu tapis airnya dan perah jus dari lobak merah tersebut. Amalkan minum air jus tersebut sekali sehari.

Ekzema

Ambil sebatang lobak merah, cuci bersih dan parut. Kemudian campur dengan 1 sudu teh kapur sirih dan tampalkan pada tempat yang diserang ekzema dan kemudian balut dengan kain bersih.

Hipertensi

Sediakan 500 gram lobak merah, cuci dan hiris atau potong kepada beberapa bahagian kecil. Setelah itu masukkan dalam ‘blender’ dan tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus. Tapis dan minum airnya 3 kali sehari.

Kekejangan Jantung

Sediakan 3 batang lobak merah, cuci dan parut. Tambahkan 2 gelas air masak dan perah airnya. Tambahkan airnya dengan 2 sudu besar madu dan gula pasir, adun hingga rata dan minum airnya sekali sehari.

Sakit Ketika Datang Haid

Sediakan 250 gram lobak merah, cuci bersih dan potong. Tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus. Minum jusnya 2 kali sehari.