Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Tuesday, 23 June 2020

Ramai Yang taktahu... Keluarga Mangsa kes Pemandu MABUK boleh buat tuntutan...


Cukup ramai dah yang ulas tentang kes pemandu mabuk langgar orang sampai mati ni.


Jadi, aku tak nak ulas tentang hukuman dan pendapat aku tentang undang-undang pemandu mabuk yang bunuh orang ni.


Cuma, aku tertarik dengan beberapa komen mengatakan yang sistem undang-undang Malaysia tidak adil sebab, kalau pemandu tu didapati bersalah, denda tu hanya diberikan kepada kerajaan sahaja, dan tidak kepada keluarga si mati.


Sebenarnya, ya, duit denda tu takkan diberikan kepada keluarga si mati.


Namun begitu, sebenarnya, ada cara untok keluarga si mati ni dapat ganti rugi daripada pemandu mabuk ni.


Keluarga boleh failkan saman ke atas pemandu mabuk tersebut.


Bila boleh saman ni?


Sekarang pun boleh.


Maknanya, pemandu mabuk ni akan menghadap 2 mahkamah berbeza. Satu, mahkamah yang bicarakan kes jenayah dia. Dua, mahkamah yang bicarakan kes saman keluarga si mati.


Mahkamah tu, Hakim nya bukan orang yang sama, perbicaraannya bukan pada tarikh yang sama, dan hukuman pun takkan sama.


Yang sedang diorang alami sekarang ni adalah, prosedur jenayah.


Yang kita nak minta saman-saman ini adalah prosedur sivil.


Dua benda yang berbeza. Satu, negara Malaysia saman. Dua, keluarga si mati saman.


Dalam undang-undang Malaysia, mana-mana ahli keluarga yang merasai kesakitan atau suffer ke atas kematian yang dilakukan oleh orang lain, ada hak untok menyaman.


Keluarga si mati boleh minta sekurang-kurangnya 2 claim.


Yang pertama, Dependency Claim.


Iaitu, tuntutan keluarga si mati yang menuntut agar pemandu mabuk ini bayar sejumlah wang yang sepatutnya arwah boleh provide kalau arwah masih hidup sampai umur 55 tahun.


Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 7(3) Akta Undang-Undang Sivil 1956.


Contohnya, arwah ni masa hidup, dia provide RM2500 sebulan untok menyara keluarga. Maka, ada pengiraan tentang saraan ini, yang syaratnya, saraan itu WAJIB directly kepada ahli keluarga yang betul-betul menerima duit tersebut.


Agak panjang bab pengiraan ini, yang tak perlu diulas panjang di sini. Perlu rujuk Peguam masing-masing. Sama ada kiraan itu diterima atau tidak, ianya tertakluk kepada keputusan Hakim.


Yang kedua, Bereavement Claim.


Keluarga si mati boleh tuntut pemandu mabuk ni untok 'bayar' kesedihan yang dialami satu keluarga sebab matinya si arwah.


Contohnya, disebabkan arwah meninggal, anak-anak menangis sebut-sebut nama arwah siang malam, isteri jadi macam orang gila sebab hilang tempat bermanja, suami rasa trauma sebab isteri mati dalam keadaan tragis.


Namun, tuntutan ini tak boleh lebih RM30,000.


Yang ketiga, Loss Of Support.


Berbeza dengan Dependency tadi, Loss Of Support ni lebih kepada perbuatan yang tak keluarkan duit. Ianya tuntutan ke atas kehilangan tempat untok bergantung dari segi tenaga.


Contohnya, arwah merupakan ibu yang ada anak kecil. Suami memang bergantung kat arwah untok jaga anak, dari bagi susu, mandikan, pakaikan baju dan tidurkan anak tersebut. Disebabkan arwah dah meninggal, takda siapa nak buat kerja-kerja tu.


Maka, suami dia boleh tuntut kat pemandu mabuk tu tentang kehilangan support ini.


Yang keempat, Estate Claim.


Yakni, tuntutan kecederaan si mati. Keluarga tersebut boleh tuntut kepada pemandu mabuk ini sejumlah bayaran disebabkan 'kesakitan' yang dialami oleh si mati.


Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 8(5) Akta Undang-Undang Sivil 1956.

Kalau arwah masih hidup, arwah lah yang buat tuntutan ini. Tapi, sebab arwah sudah pergi, keluarga arwah pula yang menuntut, tapi, hanya bergantung kepada laporan perubatan doktor.


Sebab apa kena bergantung laporan perubatan doktor? Sebab, keluarga tak tahu pun si mati ni sakit macam mana. Tuntutan ini memang banyak bergantung kepada laporan perubatan.


Keluarga boleh tuntut kesakitan, penderitaan semasa kemalangan dan kehilangan tubuh badan si mati. Jumlah tersebut tidak dispesifikkan, dan keluarga boleh letak seberapa banyak yang dimahukan. Namun, semuanya terserah kepada Hakim.


Dalam tuntutan ini juga, keluarga boleh tuntut bil hospital, duit transport dan duit baiki kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.


Yang kelima, tuntutan kos guaman.


Sekiranya keluarga si mati menang, keluarga boleh tuntut supaya pemandu mabuk ini membayar kesemua kos guaman mereka.


Bagi Dependency Claim, Bereavement dan Loss of Support ni, tempoh untok mulakan saman adalah dalam tempoh 3 tahun selepas kematian. Kiranya, kalau meninggal 21 Mei 2020, last untok saman adalah 20 Mei 2022. Lepas 20 Mei 2022 ni, keluarga tak boleh tuntut claim ni.


Bagi Estate Claim, tempoh untok mulakan saman adalah dalam tempoh 6 tahun selepas kematian.


Kalau keluarga ni menang, lepas tu, pemandu ni masuk penjara pulak sebab kalah kes jenayah, lepas tu dia tak nak bayar saman tu. Macam mana?


Kalau pemandu ni dah kalah saman, tapi tak nak bayar, ada beberapa perkara yang keluarga ni boleh buat:


- Minta Mahkamah supaya arahkan PDRM sita semua aset dan barang yang dia ada, kemudian lelong sampai cukup duit.


- Minta orang lain yang berhutang dengan pemandu mabuk ni supaya lepas ni, segala hutang tu dibayar kepada keluarga itu sahaja.


- Jual share syarikat pemandu mabuk ni kalau ada.


- Minta Mahkamah Declare pemandu mabuk ni Bankrap sekiranya pampasan melebihi RM50,000.


Berdoalah kita agar makin tingkat kesedaran pemabuk-pemabuk ini supaya jangan jadi bodoh memandu masa kepala pening.


Dan berdoa, agar Tuhan lindungi kita menjadi kedua-dua pihak. Doa agar Tuhan tak jadikan kita mangsa dan tak jadikan kita pemangsa.

Friday, 26 April 2019

PENANGAN WANITA!!! Kegiatan rasuah pegawai JPJ terbongkar!!!

Kumpulan 30 individu, termasuk 24 pegawai penguat kuasa JPJ Pulau Pinang dibawa ke mahkamah di George Town untuk tahanan reman pada 17 April lepas. (Gambar Bernama)



GEORGE TOWN: Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang yang disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah boleh menyalahkan seorang wanita yang terluka kerana menyebabkan mereka berdepan masalah dengan undang-undang, kata sumber yang rapat dengan penyiasatan yang sedang berjalan.

Wanita terbabit, yang merupakan isteri salah seorang suspek, membongkar sindiket perlindungan tersebut selepas diceraikan suaminya, kata sumber kepada FMT.

Beliau berkata, wanita tersebut menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan rekod urus niaga sindiket selepas gagal memujuk suaminya supaya tidak meninggalkan beliau kerana seorang wanita lain.



FMT telah menghubungi SPRM untuk pengesahan, tetapi belum menerima respons.

Jika maklumat sumber itu tepat, SPRM boleh mengucapkan terima kasih kepada wanita berkenaan berikutan tangkapan terbesar yang pernah dilakukan oleh agensi anti rasuah itu ke atas sebuah badan kerajaan.

Lebih 100 orang telah disoal siasat, termasuk 75 daripada 139 pegawai penguat kuasa JPJ Pulau Pinang.

Setakat ini, 3 peringkat tangkapan dibuat dan lebih 50 pegawai JPJ ditahan sejak 17 April lepas.

Sumber SPRM sebelum ini berkata, suspek menerima rasuah bulanan antara RM10,000 dan RM32,000 daripada pemandu lori dan firma pengangkutan sebagai balasan kerana mengabaikan pelanggaran peraturan pengangkutan.

Mereka berkata, lori terbabit menggunakan pelekat tertentu bagi menunjukkan kepada pegawai JPJ bahawa ia dipandu atau dimiliki oleh pelanggan sindiket.

Kata mereka, pelekat tersebut dikeluarkan oleh satu operasi “tonto”.

Dalam bahasa penguatkuasaan undang-undang, “tonto”merujuk kepada orang tengah dalam kegiatan jenayah atau pemberi maklumat yang dibayar oleh penjenayah.

Tonto juga akan memberi amaran kepada pemandu lori mengenai sekatan jalan raya JPJ sebelum ia diadakan, kata sumber.

Siasatan SPRM hampir melumpuhkan operasi JPJ Pulau Pinang sejak 2 minggu lepas. Atas arahan Putrajaya, JPJ Perak menghantar pegawai pengganti bagi mengambil alih tugas mereka yang disoal siasat.

Sumber yang memberitahu tentang pemberi maklumat itu berkata, hampir kesemua pegawai JPJ Pulau Pinang tahu tentang masalah yang dihadapi wanita terbabit dengan bekas suaminya. Mereka bercerai bulan lepas.

Wanita tersebut mengendalikan sebuah salon kecantikan.

“Beliau kecewa kerana suaminya mahu meninggalkannya dan telah berusaha untuk berdamai, tetapi gagal,” kata sumber.

“Wanita itu juga meminta sejumlah wang sebagai satu bentuk bayaran nafkah, tetapi lelaki itu enggan memberi satu sen pun walaupun memperoleh banyak wang daripada sindiket berkenaan.”

Kredit free malaysia today.

Thursday, 26 January 2017

Perkembangan Ekonomi Malaysia: Penilaian Hari Ini



Keutuhan ekonomi sesebuah negara memainkan peranan yang sangat penting dalam menjamin kestabilan dan kekuatan negara tersebut. Negara yang mempunyai kekuatan ekonomi tidak mudah ditekan oleh kuasa luar dan berupaya menjaga keperluan rakyatnya.

Kesaksamaan pembangunan ekonomi terbukti menjadi salah satu tunjang kepada perpaduan rakyat. Ketidakadilan di dalam pengagihan berisiko untuk menimbulkan kekacauan di dalam sesebuah masyarakat sepertimana yang berlaku pada tragedi 13 Mei 1969.

Dahulu kita bertungkus lumus dalam membangunkan ekonomi selepas berjaya mendapatkan semula hak mentadbir sendiri tanah air kita. Melalui Rancangan Malaya Pertama, Rancangan Malaya Kedua dan Rancangan Malaysia Pertama kita telah berjaya mengalihkan kebergantungan penuh kita daripada ekonomi berasaskan eksport getah dan bijih timah semata-mata. Hari ini kita sedia maklum, bahawa kita mempunyai sumber pendapatan yang pelbagai hasil daripada penubuhan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada tahun 1974 dan kejayaan perindustrian yang digiatkan di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir. Tetapi amat dikesali pada hari ini apabila hasil mahsul bumi Malaysia ini bagai tidak dapat dirasai oleh rakyat kebanyakan. Kekayaan negara seakan berada di dalam kitaran kelompok minoriti elit.

Penulisan ini akan membawa pembaca mengenali dengan lebih dekat sejarah dan latar belakang ekonomi negara kita bermula zaman penjajahan sehinggalah ke hari ini agar kita jelas di manakah tahap pencapaian tanah air kita seterusnya mengenal pasti apakah kesilapan, kelemahan dan kekuatan yang kita miliki untuk dimanfaatkan untuk masa depan negara yang lebih cerah.


1. Latar Belakang Ekonomi Malaysia

Sebelum kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, penduduk rata-rata mengamalkan ekonomi sara diri dan hanya menumpukan kepada keperluan hidup keluarga masing-masing. Turut sama dicatatkan bahawa terdapat juga mereka yang melibatkan diri di dalam urusan perdagangan.

Semasa Penjajahan

Kemasukan tenaga buruh yang dibawa masuk daripada negara China dan India ke Tanah Melayu bagi memenuhi kepentingan ekonomi penjajah telah mengubah landskap sosioekonomi masyarakat ketika itu. Amalan ‘Pecah dan Perintah’ daripada penjajah British telah menggalakkan perkembangan masyarakat yang tidak seimbang disebabkan perbezaan aktiviti perekonomian dan penempatan berdasarkan kaum.

Pasca Kemerdekaan (1956-1970)

Selepas daripada kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman telah merangka rancangan pembangunan ekonomi secara bertempoh bagi setiap lima tahun yang dikenali sebagai Rancangan Malaya (Selepas Rancangan Malaya Kedua ianya dikenali Rancangan Malaysia). Dalam tempoh ini, tumpuan kerajaan adalah pada pembangunan sektor luar bandar dan mempelbagaikan sumber negara.

Pada fasa ini telah ditubuhkan Majlis Amanah Rakyat (transformasi daripada RIDA) pada tahun 1965 dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Negara kita juga mula menerokai peluang sumber ekonomi yang baharu melalui pengeluaran minyak sawit. FELDA telah membuka penempatan sulung bagi perusahaan ladang sawit pada tahun 1961.

Kesan amalan ‘Pecah dan Perintah’ yang digunakan oleh penjajah British dalam mentadbir penduduk Tanah Melayu sebelum kemerdekaan tetap dapat dirasai impaknya meskipun negara ini telah mengecapi kemerdekaan. Bancian penduduk telah dijalankan pada tahun 1970, didapati bahawa 49.3% daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia berada di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK). Sejumlah 86% daripada keluarga miskin tersebut berada di kawasan luar bandar, majoritinya adalah kaum Melayu dan Bumiputera.

Walaupun ekonomi negara ketika itu berkembang dengan pesat pada purata tahunan 6 peratus, terdapat kekurangan penekanan dalam aspek pengagihan seterusnya menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik dengan memberi kesan negatif sosial dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969.

Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)

Rentetan daripada peristiwa berdarah 13 Mei 1969, negara Malaysia di bawah pentadbiran Tun Razak (1970-1976) telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 baru mengatasi ketempangan yang wujud pada sosioekonomi masyarakat ketika itu.

Perangkaan DEB dan penyertaan kerajaan secara aktif di dalam ekonomi melalui penubuhan FELDA, FAMA, PERNAS, UDA dan PNB adalah mencontohi pendekatan negara yang bertunjangkan ideologi sosiolisme-komunisme. Semasa Tun Razak masih belajar di UK, beliau aktif di dalam Parti Buruh di sana yang beraliran kiri, tidak hairan pembawaan pentadbirannya sebagai perdana menteri menggunakan pendekatan yang cenderung ke arah sosialisme.

DEB mensasarkan dua strategi utama:

1. Mengurangkan kemiskinan tegar tanpa mengira bangsa melalui kenaikan taraf pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia.
2. Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi agar mengurangkan dan seterusnya menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi.

Perlaksanaan DEB telah menunjukkan hasil yang positif berdasarkan pengurangan kadar isi rumah yang berada di bawah taraf kemiskinan daripada 49.3% (1970) kepada 16.5% (1990). DEB juga berjaya menstrukturkan semula pemilikan ekuiti korporat yang sebelum ini dimiliki lebih daripada dua per tiga oleh warga asing manakala Bumiputera hanya memiliki 2% sahaja pada tahun 1970 kepada pemilikan Bumiputera bertambah kepada 20.4% dan pegangan warga asing mengecil sehingga 25.1% pada tahun 1990.


Ekonomi Tun Dr. Mahathir (1981-2003)

Tun Dr. Mahathir mengambilalih pemerintahan pada tahun 1981 semasa iklim ekonomi negara berada di dalam keadaan yang tidak baik. Beberapa perkembangan ekonomi antarabangsa memberikan kesan kepada negara terutama sekali kemelesetan ekonomi antarabangsa dan kejatuhan harga komoditi utama ketika itu.

Tempoh pentadbiran kendaliannya yang menjangkau sehingga 22 tahun ini menyaksikan pelbagai perubahan dasar dan pembawaan ekonomi negara. Antaranya ialah:

1. Dasar Pandang Ke Timur
2. Dasar Pertanian Negara (1984)
3. Dasar Buruh
4. Dasar 70 Juta Penduduk
5. Perindustrian Berat
6. Pensyarikatan Malaysia
7. Dasar Penswastaan
8. Wawasan 2020

Walaupun pembaharuan yang dibawa oleh Tun Dr. Mahathir kelihatan gah dan membawa nafas baru kepada perekonomian negara kita, di sebalik perangkaan dan perlaksanaan dasar ekonomi ini tidaklah berjalan dengan baik seperti mana yang diharapkan.

Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan tidak mampu berkekalan lama apabila tentangan daripada rakyat yang tidak bersetuju disebabkan oleh keutamaan yang diberikan kepada firma daripada Jepun sepertimana di dalam projek pembinaan Dayabumi berbanding firma tempatan. Meskipun pada awalnya, Tun mengharapkan dasar ini menjadi asas kepada penerapan etika kerja daripada Jepun dan usaha kerjasama yang menguntungkan antara perusahaan dua negara ini. Tetapi selepas pilihanraya 1986, Tun secara beransur-ansur tidak lagi mencanangkan dasar ini apabila nyata lebih banyak kerugian yang perlu ditampung.

Begitu juga pengenalan perindustrian berat yang dipelopori oleh Tun semenjak beliau memegang Kementerian Perdagangan dan Industri pada akhir 1970-an lagi melalui penubuhan Heavy Industries Corporation of Malaysia (HICOM). Pemilihan industri yang tidak tepat berikutan industry sedia ada telah menghadapi persaingan hebat pada peringkat antarabangsa, seterusnya melibatkan banyak perlindungan untuk menjamin kelansungan perindustrian tersebut dan pemilihan industri yang tidak mempunyai kaitan penting dengan keseluruhan ekonomi nasional telah menjerumuskan negara ke tahap kerugian yang mencecah berbillion ringgit seperti mana di dalam kes PERWAJA.

Krisis Ekonomi 1997

Pada bulan tahun 1997, mata wang Thailand (baht) mengalami serangan spekulasi secara besar-besaran menyebabkan kejatuhan nilai mata wangnya secara mendadak (separuh nilai asal). Kesan daripada krisis yang bermula di Thailand ini telah memberikan impak kepada ekonomi negara jiran yang berada di sekitarnya.

Tun Dr. Mahathir menggambarkan bahawa kejatuhan nilai ringgit adalah disebabkan oleh serangan spekulatif terhadap mata wang negara Asia Timur. Walaubagaimanapun, laporan kajian yang dikeluarkan oleh IMF pada tahun 1998 mengakui bahawa kejatuhan mata wang baht adalah disebabkan spekulatif tetapi tidak pada mata wang negara lain.

Faktor lain yang membawa kepada lanjutan krisis ini adalah penarikan pelaburan asing secara besar-besaran kerana ketakutan yang timbul terhadap krisis ini sendiri kerana menyangka kawasan serantau ini serupa dan sepadu (dari segi bidang perdangan dan perlaburan).

Nilai ringgit juga jatuh disebabkan oleh kelantangan Tun Mahathir ketika itu yang menempelak George Soros dan menyatakan bahawa terdapat konspirasi jahat Barat yang ingin melemahkan ekonomi negara Asia Timur. Kenyataan lantang Mahathir ini telah memburukkan lagi kenyakinan pelabur dan keadaab serantau sehinggi ditegur oleh pemimpin negara lain di rantau ini.

Tindak balas kerajaan di dalam menghadapi krisis ini adalah melalui kawalan modal. Ketika itu timbul perbezaan pandangan dalam menanggapi kemelut ekonomi yang melanda ketika itu di antara kem Mahathir dan Daim yang menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Nasional (MTEN) dengan kem Anwar Ibrahim yang mengendalikan Kementerian Kewangan.


2. Tahap Pencapaian Ekonomi Negara Hari Ini

Jika dahulu negara kita bergantung harap kepada perolehan daripada penghasilan bijih timah dan getah yang pernah meliputi 40 peratus KDNK negara. Hari ini kita boleh berbangga dengan kepelbagaian sumber pendapatan yang kita ada.

Walaubagaimanapun, kebanggaan terhadap perkembangan ekonomi hari ini tidak sewajarnya melekakan kita terhadap keperluan untuk meneliti semula hala tuju dan prestasi sebenar ekonomi Malaysia. Suatu masa dahulu kita pernah tergolong di dalam kelompok negara yang diberikan gelaran ‘Harimau Asia’ (Singapura, Taiwan dan Korea Selatan) berikutan pencapaian ekonomi yang sangat baik. Tetapi adakah pada hari ini tahap pencapaian negara kita setara tiga ‘harimau’ yang pernah dahulunya ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’?

Negara kita telah berjaya mengurangkan insiden kemiskinan daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012. Kita merasa gembira dengan kejayaan ini, tetapi adakah angka ini menggambarkan realiti sebenar jumlah rakyat marhaen yang terhimpit dengan kesesakan bebanan hidup?

Pada tahun 2008 yang lalu, satu penilaian telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pertumbuhan Bank Dunia dan meletakkan negara Malaysia di antara 13 buah negara yang berjaya mencapai kelestarian pertumbuhan besar pasca Perang Dunia Kedua. Walaubagaimanapun, daripada jumlah tersebut hanya 6 buah negara sahaja yang berjaya mencapai status negara berpendapatan tinggi. Manakala Malaysia kini telah dikategorikan sebagai negara yang berada di dalam perangkap pendapatan pertengahan (middle-income trap).

Pada hari ini kita dapat melihat dengan jelas bahawa kerajaan sangat bersungguh-sungguh dalam memastikan hasrat untuk menjadi salah sebuah negara berpendapat tinggi tercapai. Pada tahun 2010 kerajaan telah melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang meletakkan misi umumnya adalah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan sasaran pendapatan tinggi antara 15 ribu sehingga 20 ribu dolar Amerika.

Terbaru, kita diberitakan khabar ‘gembira’ bahawa purata pendapatan isi rumah di Malaysia telah mencecah RM 5,900. Khabar ini dicanangkan seolah-olah rata-rata rakyat sudah mempunyai pendapatan yang mencukupi dan selesa untuk menampung kos hidup hari ini. Ironisnya, kerajaan pusat sendiri mengatakan bahawa program BR1M meliputi 80 peratus isi rumah di Malaysia, kita sedia mengetahui bahawa syarat kelayakan penerimaan BR1M adalah jumlah pendapatan isi rumah kurang daripada RM 3,000 sebulan.

Pada suku pertama dan kedua 2014, pertumbuhan ekonomi Malaysia mencatatkan kadar 6.3 peratus. Satu perkembangan yang baik berbanding tahun sebelumnya. Meskipun begitu, seakan tiada peningkatan kualiti hidup pada masyarakat terbanyak di sebalik angka yang dibanggakan oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib ini. Bahkan, penarikan subsidi melalui Program Rasionalisasi Subsidi telah menyaksikan kenaikan harga makanan rentetan peningkatan kos domestik yang disebabkan oleh pelarasan harga minyak dan tarif elektrik telah menekan kehidupan rakyat kebanyakan.

Situasi ini boleh dijelaskan sekiranya kita mengerti bahawa pertumbuhan ekonomi negara kita tidak selari dengan kesaksamaan pengagihan kekayaan negara. Menurut laporan daripada kerajaan, hanya 31 peratus daripada KDNK merangkumi pampasan pekerja, selebihnya adalah keuntungan korporat dan pendapatan kerajaan. Jika dibandingkan dengan negara ‘Harimau-harimau Asia’ yang dahulunya kita pernah bermain pada padang yang sama, peratusan pampasan pekerja kita adalah yang terendah. Singapura sebanyak 41.1 peratus, Korea sebanyak 43.7 peratus dan Taiwan pula sebanyak 46.2 peratus.

Begitu juga jika kita tinjau laporan KDNK negeri, kita akan mendapati bahawa taburan pembangunan di Malaysia adalah sangat tidak seimbang. Sebagai contoh KDNK per kapita Wilayah Persekutuan adalah sebanyak RM 80,000 tetapi di negeri-negeri lain hanyalah separuh daripada jumlah tersebut. Jurang perbezaan pendapatan antara negeri sangat ketara. Tidak hairan jika pertumbuhan ekonomi yang diwar-warkan oleh kerajaan seakan tiada erti buat rakyat melihatkan ketidakadilan dalam pengagihan pembangunan di Malaysia.

Lanjutan daripada purata peningkatan inflasi sebanyak 3.3 peratus, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada Julai 2014 yang lalu. Tindakan ini diambil sebagai langkah awal untuk mengurangkan risiko ketidakseimbangan ekonomi dan kewangan disebabkan oleh jangkaan kadar inflasi kekal melebihi purata jangka panjang.

Kesan perubahan pada OPR akan dirasai orang ramai melalui Kadar Pinjaman Asas / Kadar Pembiayaan Asas (BLR/BFR). Bank-bank lain akan menyusuli tindakan BNM dengan menaikkan BLR/BFR masing-masing daripada 6.60 peratus kepada 6.85 peratus. Kadar yang baharu ini akan dijadikan asas bagi pengiraan kadar pembiayaan perumahan, pembiayaan perniagaan dan pembiayaan peribadi yang diambil berasaskan kadar berubah, dan juga asas bagi menetapkan kadar baru bagi pembiayaan kereta dan pembiayaan berkadar tetap.

Situasi ini akan membawa kepada peningkatan kos perniagaan dan kos membeli hartanah atau aset lain menerusi pinjaman, seterusnya mengurangkan permintaan terhadap kebanyakan aset yang telah naik harganya ke tahap di mana ianya tidak lagi mampu dimiliki oleh kebanyakan orang.

Seperkara lagi yang membimbangkan rakyat adalah tabiat berbelanja kerajaan yang sangat boros dan tidak terkawal. Semenjak daripada Bajet 1998 sehinggalah Bajet 2015 adalah merupakan bajet defisit. Jawapan yang diberikan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2009 di dalam satu wawancara menjelaskan bahawa perbelanjaan lebih ini adalah untuk mengembalikan kenyakinan pelabur bagi menampung kehilangan pelaburan daripada sektor swasta. Walaubagaimanapun, sehingga ke tahun hadapan, meskipun rasionalisasi subsidi telah dilaksanakan berserta peningkatan di dalam pendapatan daripada cukai yang dikenakan ke atas PETRONAS tetap kerajaan terus boros berbelanja dan tidak berlaku bajet yang berimbang.


3. Hubungkait Antara Ekonomi Negara dengan Rakyat

Pertumbuhan dan penguncupan ekonomi negara memberikan kesan kepada kehidupan rakyat. Sama ada secara langsung melalui kenaan cukai dan penetapan gaji minimum, ataupun secara tidak langsung melalui peningkatan kos sara hidup rentetan daripada pengurangan bantuan kerajaan dalam bentuk insentif atau subsidi dan kenaikan harga barang.

Ekonomi negara juga memainkan peranan penting bagi menggalakkan perkembangan tahap pendidikan dan kesihatan rakyat melalui penetapan dasar kerajaan. Pembasmian kemiskinan melalui penyediaan peluang pekerjaan dan proses pengagihan semula kekayaan yang tersusun juga merupakan peranan pemerintah yang perlu dimainkan pada sesebuah negara.

Kemampanan ekonomi negara menjamin kehidupan rakyat yang sejahtera. Kemunduran tahap ekonomi atau kegagalan mekanisme regulasi sesebuah negara di dalam menjaga kestabilan pasaran dan hak kebajikan rakyat akan memberikan kesan kepada keupayaan rakyat di dalam memenuhi keperluan hidup seperti pemilikan perumahan dan pengangkutan.

4. Bagaimanakah Rakyat Mampu Mempengaruhi Polisi Ekonomi?

· Amalan Demokrasi Terpimpin
· Penyaluran Pandangan dan Cadangan
· Memperanankan Kesatuan Sekerja
· Menzahirkan Desakan dan Bantahan
· Advokasi Isu Melalui Rencana dan Wacana Ilmiah

5. Penutup

Kejayaan dan kesilapan yang pernah dilakukan sewajarnya menjadi suatu panduan buat generasi terkemudian dalam mengorak langkah agar kelangsungan kemakmuran negara ini terus dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakt secara adil dan berhemah.

Pendekatan kerajaan pimpinan DS Najib pada hari ini yang tidak populis dan sangat berisiko pada nasib hayat politik parti pemerintah menggambarkan bahawa negara kita sekarang ini sudah berada di persimpangan; sama ada perlu meneruskan langkah-langkah kehancuran atau berpatah balik sambil mengakui kesilapan pendirian dan pembawaan kerajaan dalam mengendalikan ekonomi negara.

Monday, 25 May 2015

KERAJAAN MALAYSIA TABUR JANJI, TIPU PELAJAR GENIUS MACAM SAYA - ADI PUTRA

Adi Putra genius matematik Malaysia yang disisihkan


Tokoh Matematik Islam Abad, Adi Putra Abd Ghani yang kini 16 tahun dijanjikan pelbagai perkara oleh kerajaan, segalanya hanya tinggal janji. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2015.

Genius Matematik, Adi Putra Abd Ghani, bukan nama baru yang perlu diperkenalkan, malah beberapa tahun lepas, beliau menggemparkan negara dengan kehandalan dan kepantasan melakukan kerja pengiraan matematik.

Kini pada usia 16 tahun, Adi masih meneruskan minatnya dalam ilmu matematik dan turut mencurahkan ilmunya di dalam dan luar negara, tetapi perlu berdikari, kerana kini dipinggir dan segala janji yang pernah ditabur kerajaan tidak ditepati.

Remaja yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Matematik Islam Abad ini oleh Universiti Riau, Indonesia pada 2009 setakat ini menghasilkan 235 formula matematik dan membukukan 12 formula tersebut dalam sebuah bukunya berjudul Seni Matematik Islam.

Malangnya, buku yang menjadi rujukan pelajar di peringkat rendah dan menengah di Brunei Darussalam itu, tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia walaupun ternyata memberi alternatif untuk memudahkan pelajar.


“Saya lancarkan buku itu di Pesta Buku Antarabangsa pada November 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Selepas pelancaran, saya mula guna buku itu mengajar di Brunei.

"Kerajaan Brunei ambil buku itu sebagai rujukan untuk sekolah rendah dan menengah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di kediamannya di Tanjung Malim, Perak.

“Saya kecewa juga, sebab kalau boleh, kita hendak kongsi ilmu kita dengan anak bangsa, negara kita. Itu yang kita utamakan dulu.

"Yang jadi masalah, apabila keputusan daripada 'orang di atas'," dakwanya.

"Bila saya mengajar di sekolah, untuk program motivasi, saya guna buku itu. Maklum balas dari guru dan murid memang bagus.

"Murid dan guru dapat belajar, menjadikan mereka suka dengan Matematik,” katanya.

Adi yang sering diundang untuk menyampaikan kuliah matematik, menyingkap kembali zaman kanak-kanaknya yang dirasakannya seperti dijadikan tikus makmal oleh program pembangunan pendidikan .

Katanya, walaupun banyak janji yang ditabur kerajaan untuk membangunkan program genius kanak-kanak suatu masa dahulu, namun ia sekadar janji tinggal janji.

“Saya seperti tikus makmal jadi bahan uji kaji. Itu apa yang saya rasa terjadi masa itu, sebab saya dijanji untuk membuat modul kanak-kanak genius.

"Ketika itu saya 6 tahun. Pagi saya di Sekolah Islam Antarabangsa, masa Sains, saya masuk darjah 5, Matematik, saya masuk darjah 6, Bahasa Inggeris, saya masuk darjah 3. Ia berlangsung lebih setahun.

“Tengahari masa pelajar lain rehat, saya kena pergi ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk belajar A Level. Belajar 5 subjek – Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan," katanya.

Bagaimanapun, kata Adi, beliau berhenti sekolah separuh jalan bagi menumpukan sepenuhnya kepada pengajian A Level di UIAM.

Tetapi yang menghairankannya, walaupun tamat pengajian, beliau mendakwa tidak dianugerahkan sijil oleh universiti berkenaan.

Terkilan kerana sehingga kini masih dipandang sepi kerajaan, remaja yang berazam untuk mencipta satelit ini tidak lagi mahu mengenang janji yang ditabur kerajaan sewaktu zaman awal kanak-kanaknya.

Katanya, menjadi harapannya agar sarjana mahu pun profesor yang arif dalam matematik dapat mengesahkan dan mengiktiraf kesemua 235 formula matematiknya.


“Banyak sejarah saya dengan kerajaan. Saya pun sudah malas. Terlalu banyak saya dijanji," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Banyak sangat kejadian saya dengan kerajaan sampai saya sudah serik. Sebab itu saya sudah tidak kenal apa-apa, tidak suka cakap pasal politik, tidak sentuh pasal kerajaan. Saya sudah lalui semua itu.

“Saya mahu ahli falsafah dokumenkan dan sahkan formula saya. Formula saya dari ilham, dan ada yang dari zaman dahulu, seperti Al-Khawarizmi,” katanya merujuk tokoh Islam keturunan Parsi yang menguasai bidang matematik, geografi dan astronomi dan turut dikenali sebagai bapa algebra.

Luka lama yang masih disimpan anak muda ini apabila ubat yang cuba dikomersialkannya pada 2010, iaitu Penawar Stress dan Produk Minda, didakwa mengandungi bahan terlarang, steroid.

Katanya, segala dakwaan pihak berkenaan tidak benar kerana ubat berkenaan sudah diuji di makmal Universiti Teknologi Malaysia.

“Beberapa kali sebelum itu saya cuba minta pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi tidak pernah dapat.

“Selepas Adi jumpa KKM, mereka gugurkan tuduhan steroid, tetapi mendakwa ia tiada pengesahan KKM.

"Tidak sampai seminggu selepas itu, mereka beri saya pengesahan KKM. Ubat itu masih dijual, tetapi lepas kejadian itu, semuanya jatuh,” katanya.

Adi berkata, sudah tiba masanya Putrajaya membangunkan modul kanak-kanak genius di Malaysia bagi mengelak banyak tenaga pakar terus lari meninggalkan Malaysia.

Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing yang bekerja di syarikat besar malah menuntut di universiti terkemuka dunia.

Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing, di kalangan mereka yang bekerja di syarikat besar, malah menuntut di universiti terkemuka dunia.

“Orang Melayu kita bukan calang-calang. Di Nasa (Pusat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat), ramai orang Melayu.

"Universiti terkemuka dunia sekali pun, ramai pensyarah kita, pelajar kita. Masalahnya, mengapa kita jumpa mereka di luar?" soalnya, jelas kecewa dengan keadaan itu.

"Kita perlu ada satu modul untuk cerdik pandai di Malaysia. Bukan sedikit, tetapi ramai. Semua ada kelebihan masing-masing.

“Orang luar menghargai. Mereka nampak kebolehan orang Melayu yang hebat-hebat. Mereka yang hebat ditawarkan duduk di luar dengan gaji US dolar. Diberikan dana dan segala-galanya,” katanya.

Adi mendakwa, disebabkan itu, warga Malaysia yang cemerlang terus berada di luar negara dan hanya mereka di gred kedua dan ketiga berhajat pulang ke Malaysia.

“Kita tiada lagi pakar di Malaysia. Kalau kita teruskan, sampai bila pun kita tidak dapat kumpulkan satu kumpulan pakar, terutamanya dalam Sains dan Matematik.

“Wang bukan salah satu sebab mereka tidak balik. Ramai yang belajar di luar tetapi masih ada semangat perjuangan orang Melayu. (Tetapi) Mengapa mereka nak balik ke satu tempat yang mereka tidak dihargai pun?” soalnya. – 24 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adi-putra-genius-matematik-malaysia-yang-disisihkan#sthash.qqRRTF9A.dpuf

Monday, 11 May 2015

Kabel @ Wayar disangka "Hook"... Xpasal2 brader nie jadi mangsa suspek kes Samun



Masih ingat x kes penunggang dan pembonceng motosikal yang membawa hook untuk samun. Disini Admin ingin memohon maaf kepada semua para pembaca dan lebih2 lagi pada Brader dua org nie berkenaan penyebaran tersebut. Imej yang kelihatan seperti Hook tu sebenarnya adalah kabel @ wayar. Sape2 yang dah tershare post palsu tersebut xkira la dari blog nie ka atau mana2 sumber sila jalankan tanggungjawab anda untuk membetulkan keadaan. Tak pasal2 brader motor tu jadi mangsa. Kes setel bende tu hanyalah wayar @ cable.


Apa2 pown kita kena la jugak berhati2 dengan keadaan sekarang. Nak menyamun nie ada 1001 cara utk samun. Hati naa...




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Friday, 17 April 2015

Berhati2... Taktik Penipuan Di Lebuhraya


salam.

mintak tolong semua viralkan.

tarikh : 16 April 2015
masa : 10.00 am
lokasi : federal highway @ lebuhraya persekutuan (dlm gambar kat lepas exit axis tower sebelum masuk ke lrt asia jaya)

kronologi kejadian:

ayah saya drive pergi kerja macam biasa, tiba2 mamat ni hon dari belakang sambil tunjuk kat tayar. ayah saya ni berhenti tapi x keluar kereta. mamat ni datang cakap dah ramai org hon kereta ayah saya dr tadi tp ayah saya x berhenti. dia kata tayar berasap. dia suruh ayah saya pusing stereng sambil dia buat sesuatu kat tayar. lepas buat camtu, ayah saya keluar kereta, tengok minyak brek bocor. then ayah saya kata nak g kerja dulu nanti baru baiki cos dah lambat. tp lepas start kereta balik, brek xleh guna dah sedangkan sebelum tu okay lg brek. then mamat ni offer kata nak tolong. dia kata 'nak tolong saja'. tanya charge berapa pun dia cakap 'nak tolong saje'. then after dia buat something, konon2 tukar parts, dia dtg bawak member india 3 org and resit. katanya 1420. ayah saya terkejut n tanya mcm2 and ckp xde duit banyak tu. dia kata bagi je berapa dulu. ayah saya bg 350 and mintak resit. mak saya nak amek gambar untuk bukti bayar n nak resit untuk bukti, dia marah2. adik saya ambil gambar pun dia marah2, dia rampas duit, dia xbagi resit dan dia hentak kereta ayah saya dengan helmet. dia marah2 ugut2 siap cakap dia tahu mana nak carik ayah saya lagi. dia terus ajak kawan2 dia blah dan ajak mak ayah saya g balai polis. dia pecut dulu, konon2 nak g balai dulu. sampai balai, bayang dia memang xde. polis ckp mmg xde dia datang. parents saya buat report polis.

ayah saya dah 60 years old, and adik saya yg pergi dgn mak tadi perempuan. memang diorang x berani nak lawan sangat cos tgkla badan mamat tu aje. then dia bawak kawan org laki lagi. apa-apa jadi mungkin lebih dari 350 hilang. memang Alhamdulillah, keluarga saya selamat. duit tu mungkin bukan rezekikami. tapi tujuan saya nak hal ni diviralkan supaya org lain xkena. mamat ni aim org2 tua, perempuan, n org2 yg lemah n macam baik2. dia nampak ayah saya tua, berkopiah, berjanggut, n berseorangan kot dia berani nak pijak.

hati2 semua. jangan stop kalau ade org2 buat camni. mamat ni dah byk kali tipu orang sampai polis balai pj pon xperlu dah nak ambil gambar dia yg adik saya capture. pls semua, sebarkan! thanks.




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Friday, 3 April 2015

GST: Telco Kekal Caj 6%


Lanjutan daripada GST untuk prabayar, CFM (Communication and Multimedia Consumer Forum of Malaysia) turut telah mengeluarkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini. Semua prabayar akan dikenakan caj GST seperti dipersetujui pihak Kastam kerana nilai asas tambah-nilai berkenaan tidak berubah.

Ini bermakna pengguna akan diperlukan untuk membeli tambah-nilai dengan menambah harga GST sebanyak 6%. Sebagai contoh, prabayar bernilai RM10 akan dijual untuk RM10.60.

Sebagai ganti untuknya, semua tambah nilai berharga RM5 ke atas akan menerima minit panggilan percuma dan SMS sebagai ganti untuk caj GST ini. Memberikan contoh untuknya, CFM mengatakan tambah nilai sebanyak RM10 akan menerima panggilan 5 minit percuma serta 5 SMS, sementara untuk RM20 pula akan menerima panggilan percuma 10 minit serta 10 SMS percuma.

Walaubagaimanapun, penawaran percuma ini hanya untuk tempoh tiga bulan sahaja daripada tarikh 3 April – dan dikategorikan sebagai penawaran percuma untuk tempoh peralihan daripada tiada GST ke GST. Selepas tempoh tiga bulan, tiada sebarang penawaran percuma lagi akan diberikan dan pengguna akan dikenakan caj GST tanpa sebarang penawaran percuma tambahan.

Selain daripada pengumuman berkaitan dengan GST ini, Kementerikan Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga turut sama telah mengumumkan yang mana syarikat telekomunikasi akan mengurangkan tarif mereka dalam bulan ini untuk menjadikan perkhidmatan mereka lebih mampu lagi – terutamanya untuk penawaran jalur-lebar dan internet.

Wednesday, 1 April 2015

Nota Terakhir Buat Isteri Sebelum Bunuh Diri

Nasi yang terakhir Yat tinggalkan buat isteri tersayang
Awak sentiasa tahu Yat tak akan makan sebelum awak makan
Terima kasih sudi menjadi isteri Yat yang ikhlas
cuma awak dan awak hingga akhir
Demi Allah, suamimu yang malang
Yang terlalu rindukan EMAK
Assalamualaikum

Nota yang ditinggalkan oleh seorang lelaki yang ditemui tergantung di rumah kedai di Felda Rasak, Kota tinggi, Johor.

Lelaki tersebut ditemui tergantung dengan kabel elektrit yang menjerut lehernya jam 9 pagi oleh anak perempuan yang berusia 8 tahun di dapur.

Isterinya terkejut apabila anaknya yang berusia 8 tahun mengejutkannya daripada tidur dan memaklumkan bapanya tergantung di dapur.

Menerusi sumber harian metro, isterinya pulang jam 2 pagi selepas selesai kerja di pasar karat dan mendapati suaminya tiada tetapi tidak lama kemudian pulang ke rumah.. Sebelum kejadian, mangsa pernah merungut mahu mencenderakan diri sendiri dengan senjata tajam kerana mengalami masalah peribadi.

Pada awal pagi berlaku pergaduhan dengan suaminya dan mangsa juga mengugut untuk mengelar lehernya dengan pisau.

Menurutnya, dia cuba menghubungi polis namun dihalang oleh suaminya sebelum disedarkan dengan kejadian ini. Buat masa ini tiada unsur jenayah dikenalpasti. Siasatan juga mendapati tiada unsur kecederaan luar.

Tuesday, 10 March 2015

MH370 Saya masih tak boleh terima - Mahathir


Putrajaya: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima laporan interim mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan khuatir terdapat ‘permainan teknologi’ berhubung kehilangan pesawat itu.

Beliau berpendapat adalah sesuatu yang amat pelik pada zaman ini apabila sebuah pesawat yang beratnya 230 tan boleh hilang sehingga tidak boleh dijumpai.

“Saya masih tidak boleh terima segala laporan ini. Dalam zaman komunikasi yang begitu baik, kita tidak tahu apa jadi. Sedangkan kita boleh tengok rupa bentuk kawan kita yang duduk 12,000 batu dari sini.
“Tapi pesawat ini misteri, hilang semua. Tidak pernah jadi dalam sejarah dunia. Saya khuatir ada permainan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan interim Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai pesawat MH370 yang dikeluarkan, semalam.
Dr Mahathir ditemui selepas berakhir ‘International Conference On The New World Order: A Recipe For War or Peace’ (Persidangan Antarabangsa Mengenai Orde Baharu Dunia: Resipi untuk Peperangan atau Keamanan) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.

Beliau turut menganggap dakwaan bahawa juruterbang menenggelamkan pesawat berkenaan di Lautan Hindi sebagai tidak logik.

“Saya ingat ini agak pelik. Kalau dia nak bunuh diri, dia bunuh diri tempat dia mulalah (terbang). Apa hendak bawa kapal terbang empat lima jam cari tempat paling dalam (di Lautan Hindi),” jelas Dr Mahathir.

Semalam, laporan interim yang disediakan Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai MH370, diumumkan.
Laporan itu, antara lain menyatakan pasukan berkenaan telah menemubual lebih 120 orang dan mengunjungi pelbagai badan berkaitan.

Antara yang ditemubual ialah petugas DCA, MAS, waris anak kapal, pengisi minyak pesawat, penyaji makanan untuk penerbangan, pencuci pesawat, pengendali dan operator kargo, penghantar barangan, pembekal dan penerima konsain.

Penerbangan MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac tahun lalu. - Bernama

Sunday, 8 March 2015

Ibu Mengandung Ditengking Dan Dihalau Oleh Pegawai KWSP




Semalam Rabu (04/03), di Tingkat 13 pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Jalan Raja Laut, saya ditengking oleh seorang pegawai KWSP berjawatan Timbalan Pengurus Seksyen Operasi & Prestasi, Jabatan Penguatkuasaan kerana saya meminta satu salinan borang yang saya isi dan meminta pengesahan penerimaan borang.

Hanya kerana meminta pengesahan itu, saya ditengking & dimarah dengan nada yang tinggi dan disaksikan oleh ibu, adik, kakak saya dan kakitangan KWSP yang lain.

Pegawai KWSP itu juga mencabar kredibiliti pihak polis dengan menyuruh saya membuat laporan polis berkenaan. Beliau menyuruh saya naik ke tingkat 25 bangunan KWSP berjumpa dengan Pengarah KWSP dan menyebut nama beliau di hadapan pengarah.

Beliau juga marah kerana katanya polisi KWSP tidak boleh memberikan salinan pengesahan kepada orang awam.Juga membandingkan sektor pekerjaan saya di bidang kewangan tidak sama dengan sektor pekerjaan beliau di bidang siasatan. Lantas menghalau saya keluar dari bilik pejabat tingkat 13.

Hal ini amat memalukan saya di khalayak ramai dan membahayakan keadaan saya ketika itu kerana saya seorang ibu mengandung yang sedang menunggu hari untuk bersalin.

Adakah patut pegawai kwsp berperangai begini sedangkan beliau menerima gaji daripada caruman pekerja seperti saya juga.

Dimanakah integriti pegawai awam KWSP dalam menangani hal seperti ini?

Friday, 3 October 2014

Pihak Taska Tak Perasan Bayi Dah Lama Maut Dihurung Semut


Putrajaya: “Saya dapati bibir dan muka anak saya biru, pucat manakala, badannya pula sejuk serta tidak bernyawa lagi. Lebih mengejutkan, saya melihat banyak semut di keliling anak saya,” kata Muhamad Zamri Anuar, 35, bapa kepada Nur Imna Khalisa, bayi berusia tiga bulan yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah pusat asuhan di Presint 11 di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang kelmarin, Muhamad Zamri bersama isteri Nafisah Ahmad Jauhar pergi ke pusat asuhan yang terletak di sebelah blok kuarters kediamannya bagi mengambil anaknya itu.

Muhamad Zamri berkata, isterinya keluar dari kereta bagi mengambil Nur Imna Khalisa di pusat asuhan itu sementara dia bersama anak sulung menunggu di tempat letak kereta sebelum isterinya keluar seketika kemudian dan memaklumkan arwah sudah meninggal dunia.

Menurutnya, dia terus bergegas ke pusat asuhan berkenaan sebelum mendapati arwah telentang tidak bernyawa di atas katil bayi.

“Saya ada tanya pengasuh di pusat asuhan itu mengenai apa yang berlaku namun tiada jawapan sebaliknya mereka juga terkejut dengan kejadian menimpa anak kami,” katanya.

“Saya kemudian bergegas membawa arwah ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya sebelum pemeriksaan lanjut mendapati arwah sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, arwah berada dalam keadaan sihat ketika di hantar ke pusat asuhan berkenaan pagi kelmarin dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Jika benar bayi ini diabaikan hingga meninggal dunia dalam keadaan sebegini rupa tak marah bukan?
Apa pun berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Semoga ibu bapa Nur Imna tabah menerima dugaan berat ini.

Bayangkan betapa luluhnya hati si ibu apabila melihat Nur Imna Khalisa bukan sahaja sudah kaku dan biru tidak bernyawa malah semut didapati menghurung bahagian leher dan dada bayi. Kening dan dagu bayi juga dikatakan lebam.

Bagi pihak berkenaan, tolonglah ambil berat setiap aduan diterima kerana kes kematian di pusat jagaan bukan sekali ini berlaku di Malaysia.

Bagaimana pun keputusan bedah siasat masih dinantikan untuk memastikan punca kematian.
Di bawah, kami kongsikan status Facebook bapa saudara bayi ini:


Punca Sebenar Kematian Seorang Remaja Jatuh Dewan Didedahkan


Hari ini kita didedah dengan satu berita kematian seorang remaja sekolah yang jatuh dari dewan Sekolah Syed Alwi setinggi 30 meter.

Akibatnya, ada dikalangan pembaca yang menuduh remaja tersebut nakal dan suka ponteng kelas tanpa mengetahui status sebenar. Bagaimanapun ada yang tampil menjelaskan keaadaan.


Antaranya ialah dari seorang pengguna yang menggunakan nama Mawaddah Zainuddin mendakwa, remaja tersebut dan beberapa rakannya sebenarnya mahu mengambil bola takraw yang tersangkut disiling dewan.

Bagaimanapun, satu lagi komen pembaca Syazwan Aiman mengatakan remaja tersebut sebenarnya menjadi mangsa buli rakannya.

Beliau dikatakan mahu mengambil bekas pensil yang diletak diatas syiling itu. Remaja tersebut juga dikatakan dari kalangan keluarga susah dan anak yatim. Menurut info, semasa jatuh, allahyarham masih lagi memegang erat bekas pensilnya itu.



Sedih baca berita murid f3 maut jatuh siling dewan sek... kwn dri perlis msg kwn2 sorok pencil case dia. depa suh dia pi ambik... masa jumpa mayat dia masih pegang pencil case tu..jatuh dri 30kaki tu...
melampau betul gurauan budak2 skrg...

budak susah...dok dgn tok. mkn pun cikgu2 dok belanja. sbb tu la dia nak juga usaha ambik pencil case dia...

kwn ckp pencil case tu dia peluk kuat... masih dlm genggaman sbb budak ni org susah...nak exam pt3 lgi dah dekat...bkn mcm anak org lain mak pak beli serba baru bila nak exam

Pesan lah dgn anak2 kita jgn buat prank yg mengarut, terlibat dgn ragging dan melayan kehendak kawan2 atau tunjuk kelebihan yg melampau.

[9:04PM, 01/10/2014] Skpa Yospi: Dgr crita dia ni bdk baik d sek....

Dia x pecah msk dewan tapi cikgu dr seknya ckp ada bdk lain sorok pencil boxnye & dia naik utk ambil pencil box tu. Dikatakan masa jatuh d tgn masih terpegang pencil box

Smoga cikgu nya tak dipersalahkan CUAI mnjaga pelajar..

Dewan tu mmg ditutup smentara drpd kegunaan utk dijadikan surau sementara... tu sbb ada sejadah apa smua... ( paste dr kwn)

Al Fatihah.....
As salam tuan/puan.

Makluman awal SDR pelajar sekolah menengah keb syed alwi kangar perlis.
Repot maklumt pertama:kangar rpt 6413/14 (ccc perlis)

Si mati: nama muhammad hakimi bin zulkifli kp:990603-02-5553,penjaga:zallyismandy bin ismail,alamt:no 3 lorong 2 tmn teratai kgr pls no

Ringkasan kes:
-mangsa pelajar tingkatan 3 smk syed alwi
-mangsa tiada masalah disiplin di sekolah
-mangsa dipercayai hadir ke sekolah dan kemudian MIA sehingga waktu rehat
-berpakaian sukan sekolah sms kejadian
-dipercayai mangsa memanjat dewan sekolah dan kemudian terjatuh akibat drpd siling yg pecah

-mangsa merupakan anak yatim
Apapun, marilah kita semua sama-sama menghadiahkan surah Al Fatihah buat allahyarham Muhammad Hakimi bin Zulkifli semoga beliau ditempatkan diklangan muslimin yang beriman dan beramal soleh.


sumber- kezoom.blogspot. com

Tuesday, 30 September 2014

RM1 juta lagi hilang

Kumpulan penggodam Amerika Latin semakin mengganas apabila menceroboh ATM di enam cawangan sebuah bank antarabangsa dan sebuah lagi cawangan bank tempatan di beberapa lokasi di Lembah Klang antara Jumaat hingga awal malam ini, membabitkan kerugian dipercayai mencecah RM1 juta.

Kumpulan penggodam itu dipercayai menceroboh ATM di cawangan bank antarabangsa itu di Kota Damansara, Klang, Shah Alam, Kelana Jaya, Kajang dan Puchong, Selangor antara jam 12.30 tengah malam hingga 5 petang tadi.

Menurut sumber, kejadian di Kota Damansara, Klang dan Shah Alam membabitkan kerugian RM551,700 manakala pencerobohan ke atas ATM di Kelana Jaya, Puchong dan Kajang masih belum didedahkan jumlah kerugiannya.

Manakala pencerobohan ke atas ATM milik sebuah cawangan bank tempatan di Seksyen 14, Petaling Jaya yang disedari petang ini, membabitkan kerugian RM400,000 dipercayai dikeluarkan sindiket itu, kelmarin.

Berikutan kejadian terbaru itu, setakat ini sejumlah 13 cawangan membabitkan dua bank tempatan dan sebuah bank antarabangsa, dikenal pasti menjadi mangsa kumpulan penjenayah antarabangsa itu termasuk serangan ke atas enam cawangan Affin Bank Berhad (Affin Bank) yang dikesan, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Wira Mortadza Nazarene ketika dihubungi berkata, polis sedang bekerjasama dengan pihak bank terbabit bagi mengenal pasti kumpulan penjenayah berkenaan dan sedang melakukan pemantauan rapi kes berkenaan.

Dalam kejadian membabitkan bank antarabangsa berkenaan, kehilangan RM285,700 daripada sebuah ATM yang digodam 12.46 tengah malam tadi disedari selepas ketua cawangan bank antarabangsa di Kota Damansara berkenaan meminta pekerjanya membuat pemeriksaan.

Sumber berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki disyaki warga Amerika Latin berpakaian hitam dan bertopi membuka mesin ATM dan memasang peranti elektronik sebelum suspek membuat empat kali pengeluaran antara 1 hingga 2.30 pagi membabitkan 2,761 not RM100 dan 480 keping wang RM20 bernilai RM285,700.

Di Klang, sebuah ATM cawangan bank sama di Jalan Raja Bot disedari diceroboh selepas pengurusan bank mengesan pengurangan wang sebanyak RM150,000 dalam pemeriksaan kira-kira jam 4 petang ini.

Pengeluaran secara tidak sah itu disyaki dilakukan antara Jumaat hingga semalam dan kes itu dilaporkan di Balai Polis Bandar Baru Klang, petang tadi dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Sebuah lagi ATM di cawangan bank antarabangsa itu di Kajang yang digodam disedari jam 5.50 petang tadi manakala di Seksyen 9, Shah Alam, pengurusan cawangan bank itu menyedari ATMnya digodam kira-kira 7 malam ini sebelum pemeriksaan mendapati lebih RM100,000 dikeluarkan, tengah malam Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, siasatan awal mendapari sekurang-kurangnya dua individu disyaki membuat pengeluaran pada jam 12.30 tengah malam secara bergilir-gilir.

"Kita mengesyaki kedua-dua suspek adalah warga asing," katanya.

Sementara itu, Affin Bank hari ini memberi jaminan kehilangan wang tunai sebanyak RM1.271 juta dari ATM di enam cawangan bank itu di Johor Bahru, Batu Pahat, Taman Molek dan Melaka Raya manakala dua lagi di Petaling Jaya SERTA USJ, Subang Jaya, tidak menjejaskan akaun pelanggan.

Affin Bank dalam kenyataannya menjamin data peribadi pelanggan adalah selamat selain mempertingkat sistem keselamatan di semua cawangan dan ATM di seluruh negara.

Pelanggan boleh menghubungi pihak Affin Bank atau Affin Islamic di talian 03-55223000 untuk maklumat lanjut.

Sumber: Metro

Thursday, 21 August 2014

Gempar!! Jalan Sesak Teruk Di Jalan Kuching


Jalan Kuching berdekatan dengan Batu Caves malam tadi menjadi sesak malam tadi berikutan kes seorang perempuan yang tiba-tia berb0gel di bahu jalan terseut.

Jalan menjadi sesak setelah pemandu disitu memperlahankan kenderaan untuk melihat situasi itu. Kejadian ini juga telah disaksikan oleh juru gambr The Rakyat Post sendiri yang sempat merakam gambar perempuan itu yang sedang ditenangkan oleh pihak polis.

Mengikut apa yang dilaporkan, wanita itu pada mulanya berjalan di bahu jalan dengan pakaian yang lengkap sebelum mula menanggalkan baju dan duduk di bahu jalan sambil menyanyi.

Sebab musabab wanita tersebut berkelakuan begitu buat masa ini masih belum diketahui.

Bagaimana pun kami pasti manusia normal tidak akan bertindak mengaibkan diri sendiri begini melainkan dia kurang waras atau berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Sunday, 17 August 2014

Wanita terjun apartmen selepas bertengkar dengan suami

Seorang suri rumah maut selepas terjun dari bangunan apartmen rumahnya tengah hari semalam di Apartment Cammelia Kajang,kejadian pada jam 1.45 petang.

Perkara itu berlaku apabila mangsa Nurhasyaiwany Razid,28 tahun bertindak terjun selepas berlaku pertengkaran bersama suami mangsa.

Menurut suaminya,Azmi Abd Rahman ketika kejadian dia berada di dalam bilik rumahnya untuk mengemas pakaiannya.

Apabila selesai,suaminya keluar dan mendapati mangsa telah terjun dari koridor rumah tersebut.

Selepas menyedari suami mangsa bergegas turun ke bawah untuk melihat keadaan isterinya tetapi mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat, kes disiasat pihak berwajib untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

Friday, 27 June 2014

Penculik murid sempat diberkas



culik oleh 2 org india.penculik telah diberkas oleh polis di sungkai kerana penculik melanggar sekata polis.alhmdulillah allah selamatkn adik fitri aida
Budak ni di bgi ubat pelali dgn india tu...ni pic tgah x sedar ni
Kisah benar
Ni ar kete yg menculik n mangsa tu

Thursday, 15 May 2014

Bomba Melaka selamatkan RM300,000.00 tunai


Anggota bomba dan penyelamat yang bertungkus-lumus memadam kebakaran sebuah rumah di Lorong Sidang Omar, Jalan Penghulu Abas, berhadapan Akademi Kastam Melaka (Akmal), Bukit Baru, dekat sini, pagi semalam, terkejut apabila menemui wang tunai RM300,000 dalam baldi.

Sumber : Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)

Saturday, 19 April 2014

Bas Ekspres berpusing 3 kali


Keadaan bas ekspres dan sebahagian mangsa yang terbabit dalam kemalangan di KM111 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur. Menurut penumpang, bas dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur itu berpusing sekurang-kurangnya tiga kali. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan sehingga ini.

-HMetro

Wednesday, 9 April 2014

Temui ajal atas kecuaian orang lain


Al-Fatihah..
sedih.ngeri.pengajaran.ingatan

[SMS sambil driving.. kecuaian kita boleh jadi sbb kematian org lain.. ]

Kes ni kat Bandar Baru Uda, JB..
Arwah keje dgn perodua BBU, tgah buat persediaan nk turun kan kereta.

Tiba-tiba datang sebuah Alza dan terus naik atas tu melanggar arwah san myvi itu. Driver Alza tu budak muda. Dia tgah bce msj time tu. Cuba lari tapi berjaya ditangkap.

Ini je info. Ada pembetulan dan penambahan bolehlah kongsi
Aduhai... Innalillah

Friday, 4 April 2014

Penduduk jumpa bayi dalam plastik sampah

Kapar: “Kali pertama melihat wajah bayi tidak berdosa itu yang diletakkan dalam beg, perasaan geram dan marah terus bermain dalam fikiran saya kerana masih ada manusia tergamak bertindak kejam.

“Apa dosa bayi itu diperlakukan demikian dan jika tangisannya tidak didengari, tidak mustahil bayi itu dihurung semut, malah lebih teruk mungkin digigit haiwan liar,” kata Jamsari Ali, 45.

Jamsari adalah individu menemui bayi lelaki cukup sifat yang diletakkan dalam beg pakaian sebelum ditutup plastik sampah dan ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di Lebuh Pulau Pinang 2 di sini, Selasa lalu.

Bayi berkenaan ditemui jam 10.30 pagi selepas penduduk setempat mendengar suara dari arah tempat pembuangan sampah itu yang mulanya disangkakan tangisan anak jiran tetangga.

KEADAAN bayi yang dijumpai Jamsari di tempat pembuangan sampah di Lebuh Pulau Pinang 2.

Menurutnya, selepas beberapa minit tangisan bayi itu tidak berhenti, dia mulai curiga sebelum mencari suara itu sebelum akhirnya menemui bayi dalam beg pakaian yang dimasukkan dalam plastik sampah bersama botol susu.