Friday 28 February 2014

Dimanakah Kalian... Kemanakah Duit Zakat?



Dua hari lepas, dalam perjalanan dari Puncak Alam ke Shah Alam, singgah sebentar di Masjid Negeri Shah Alam memandang azan baru sahaja berkumandang. Usai sahaja solat, hujan renyai-renyai sehingga lebat. Waktu itu kebetulan lapar, nampak seorang pakcik jual ais-krim di tepi pagar Masjid Negeri, singgah sebentar belikan aiskrim.

Sedang-sedang menunggu ais-krim disiapkan, hujan makin lebat, dentuman guruh semakin kuat. Nampak seorang lelaki india dan wanita india di tepi pagar, berdiri berdua di situ. Berseluar jeans, ber t-shirt bersahaja. Ana tanya..

“ buat apa sini bro? “

“ saya sedang tunggu teksi , mahu balik Padang Jawa “

Selepas perbualan kami dipanjangkan, dapat tahu saudara India tadi adalah seorang revert, wanita tadi adalah isterinya. Alhamdulillah bertambah saudara seIslam lagi.
Pada awal perbualan, saudara tadi memperkenalkan diri dengan nama Islamnya, Ariffin. Seorang lelaki berusia 25 tahun , berasal dari KL. Isterinya bernama Nadiah.

Terus ana mengajak mereka berdua menaiki kereta , ana tumpangkan terus dari Masjid tadi ke Padang Jawa. Dalam hujan makin lebat, kereta makin perlahan, ana bertanya padanya kenapa berada di masjid tadi

“ awak buat apa di situ tadi ? “

“ saya mahu jumpa itu Jais, saya sudah jumpa rumah, sekarang itu Jais kata mahu bayarkan sewa rumah kalau sudah jumpa “ sambil menunjukkan surat dari Jais

“ sekarang rumah saya di Padang Jawa sana sudah duduk 5 bulan, akhir bulan ini saya kena keluar, itu owner India tidak mahu saya duduk situ “

“ eh kenapa? “

“ itu Jais kata mahu bayar sewa, tapi sampai hari ini sudah 5 bulan saya sendiri yang bayar sewa, rumah saya apa pun tiada. Kosong tiada apa-apa “

“ tadi awak ke Jais mereka kata apa “

“ saya ke Jais itu Tingkat satu tempat muallaf, mahu hantar itu form lagi, untuk minta bantuan, mereka kata dulu mahu bantu , sampai hari ini masih tiada jawapan , saya isteri semua nak makan susah “

“ saya masuk Islam sukarela , tiada siapa ajak mahu paksa, saya rela masuk. Ibu bapa saya tidak bagi saya tinggal dengan mereka, mereka kata saya sudah Islam tidak boleh campur “
“ sekarang rumah saya tinggal itu rumah orang India lama punya, itu Ustaz Jais kata jangan guna pinggan mangkuk sudu semua, mereka kata akan beri bantuan kecemasan pinggan mangkuk lain. Tapi sampai hari ini, satu bantuan pun belum dapat.

Saya rumah satu apa pun tiada, tilam apa semua tiada. Itu ustaz kata mahu datang pun langsung tidak datang “

Hati ana yang dengar ni makin panas membara. Dalam hati seperti seribu carutan sudah diucapkan.

Sambung ana

“ then awak makan hari-hari makan apa? “

“ saya dengan isteri makan roti sapu itu plantar kuning setiap hari. Itu ustaz kata suruh minta saya belajar agama. Saya suka belajar, tapi bila waktu itu ustaz suruh datang hari itu, hari ini, hari orang kerja, saya juga kena kerja, mahu belajar macam mana? Saya kenderaan pun tiada “

“ itu tuan rumah kata Jais mahu bayar, itu cek sewa bulanan sampai hari ini pun tidak dapat lagi, kami sendiri juga yang bayar “

“Itu ustaz tiada datang tolong ke? “

“ itu ustaz saya jumpa call semua selalu kata, “ ariffin, you usaha lagi, cari rumah lagi, usaha lagi kerja semua, nanti kami tolong “ “

“ saya ada jiran beri saya motor , motor lama masuk ladang, baru dua hari guna sudah enjin rosak, sekarang mahu duit lagi rm 250 nak repair semua “

“ saya makan pun tiada, nak bayar sewa rumah semua “

Sedar tidak sedar sedang berbual sambil isteri di sebelah, dan mereka berdua di seat belakang, kami telah tiba di rumah mereka ,apartment tingkat 11. Tiba di sana, Ariffin kata

“ saya punya isteri tidak boleh pakai tudung masuk rumah, ada kawan abang dia tinggal sini, nampak dia nampak ,.susah “

Terus isterinya buka tudung, kami terkejut, keIslaman mereka masih dirahsiakan walaupun 8 bulan sudah memeluk Islam! Allah AllahT_T”

En. Arifin tadi mengajak ke rumahnya, bila tiba di rumahnya, ia…KOSONG! KOSONG ! KOSONG! Dari ruang tamu pintu masuk hingga ke dapur hanya dalam 6-7 langkah saja, ruang tamu kosong, bilik tidur kosong, tiada tv, tiada katil mahupun tilam bahkan peti sejuk dan dapur memasak pun tiada. Yang boleh nampak hanyalah tikar sejadah dihamparkan di dalam bilik mengarah ke kiblat.

Oh sayu nya!
Mereka tidur setiap hari bertilamkan lantai, mengalas perut dengan roti. Hey mana kamu semua yang bekerja di Pejabat Agama! Duduk dalam aircond semata? , ini SAUDARA ISLAM kamu yang minta pertolongan kamu buat apa? Pergi lah carik orang untuk dibantu, kami bayar zakat setiap tahun , zakat harta, fitrah , emas etc, kemana pergi semua wang zakat itu?

Ada 7 asnaf semuanya, bila ke Majlis Zakat, kamu sekalian dengan bangga ucapkan keuntungan zakat sehingga berjuta-juta, buat majlis program di hotel sekalian sekalian makan 4 kali sehari, ini saudara kamu 8 bulan peluk Islam bantuan sekali sahaja diberi?
Sungguh macam pelarian hidup mereka, berkat sungguh hidup kamu wahai pegawai-pegawai Majlis Agama?

Kebetulan hari ini 10 Januari, baru keluarkan duit untuk bayar duit kereta dan duit rumah. Terus ana capai duit itu, berikan semua pada mereka. Mereka orang Islam, mereka orang Malaysia kita, iya inilah tanggungjawab kita sebagai saudara seagama dan se-negara.

Dulu dengar cerita orang pusat zakat layan peminta zakat macam si*l. Hari ini nampak benar cerita itu didepan mata. Bila masuk ke parking mana-mana pusat zakat, kereta Perdana, BMW, Mercedes tersergam indah. Kaya benar kau dengan gaji bulanan? Rasa-rasa kerja itu berkat ke? Orang 8 bulan hidup tunggang langgang nak cari tempat tinggal, nak makan, ditinggalkan keluarga, pertolongan yang diberi hanyalah

“ bersabar dan usaha lagi “ ?

Rasa tidak berbaloi benar nak bayar zakat begini, tiada langsung kemajuan. Kami bayar zakat bukan untuk bayar gaji kalian, kami nak Islam agama kami ini mekar , menjadi tempat bantuan, tempat bergantung harap. Membantu ketika sukar.

10 hari dari sekarang, apakah yang akan terjadi pada en. Ariffin itu dan isterinya? Ditendang keluar oleh tuan rumah? Masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang?

Jangan lupa, setiap sen gaji yang dibayar menggunakan duit zakat itu akan ditanya oleh SEMUA pembayar zakat di Padang Mahsyar, kamu tidak buat kerja , masih mahu duduk bersenang-senang di dalam ofis di bawah air cond , silakan. Tunggu lah sehingga kalam dan janji Ilahi itu menjadi pasti.

** gambar adalah form sewaan + situasi rumah en Ariffin , apa yang dinukilkan ini hanyalah ¼ cerita, kami yang melihat dengan mata kami, mendengar dengan telinga kami sangatlah perit dan sayu. Moga pihak atasan makin maju, bangun dan buat kerja! Jika tidak mahu lepaskan jawatan dan kerja tempat lain.

mohon share..

(4 GAMBAR) PERCUBAAN BUNUH DIRI DI JAMBATAN PULAU PINANG BERJAYA DI SELAMATKAN OLEH SEORANG NELAYAN.



Kalau tidak kerana seorang nelayan yang secara kebetulan berada di lokasi terjunan cubaan bunuh diri di Jambatan P.Pinang sebentar tadi, sudah pasti seorang wanita Cina pertengahan umur mati lemas.

Kejadian ini berlaku pada pukul 4 petang tadi dan sejurus saja mendapat laporan orang awam , pasukan Polis Marin segera datang ke bot nelayan terbabit membawa wanita Cina berkenaan .

Kereta mangsa jenis Proton Iswara putih ditinggalkan di tepi jambatan sebelum terjun ke dalam laut .

Sumber : Omak Kau

Tuesday 25 February 2014

Taktik Perogol!!! Gadis-gadis wajib baca !!!




Gadis-gadis mohon baca !!!

Menurut laporan PDRM, seorang wanita telah dirogol oleh 6 orang lelaki sebelum dia ditinggalkan dalam keadaan telanjang bulat....

Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol- perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar si mangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa. Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana mana wanita yang mengambilnya, TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana perogol, boleh memperolehi/ mendapatkan dadah ini dari pusat pusat haiwan atau mana mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.

Berwaspadalah apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai

Gadis Hilang!!! Sebarkan!!!


PEREMPUAN MUDA ORANG MELAYU HILANG

NUR FATTHYN NAZZWA BT HASSAN(980328-07-5476) 
UMUR:16 
BADAN TINGGI:5"
KULIT WARNA CERAH/RAMBUT PANJANG/BADAN KURUS
RUMAH TINGGAL:BLOK 10-18-17 TAMAN ALOR VISTA RELAU PULAU PINANG. 20/2/14 - 11.30 AM 

KELUAR DARI RUMAH PERGI KE BUKIT JAMBUL COMPLEX,LEPAS ITU TIDAK PULANG KE RUMAH.

SILA HUBUNGI:012-4599351 
NO REPOT:SG NIBONG/001939/14

‪#‎inforoadblock‬




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Saturday 22 February 2014

BAHAYA MEMBUNUH LIPAS


TAHUKAH ANDA?

BAHAYA MEMBUNUH LIPAS

Apabila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kerana isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin.. Nanti cacing perut lipas akan bergerak2.

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.

Silakan copy, share atau apa sahaja tanpa perlu meminta izin untuk manfaat bersama.

Friday 21 February 2014

Budak Sekolah Melacur dan Kaut RM18K sebulan


BUDAK SEKOLAH MELACUR UNTUNG RM 18 000 SEBULAN | Bermodalkan RM2 untuk melayari Internet yang sepatutnya digunakan untuk belanja harian persekolahan, remaja ini mampu meraih RM18,000 sebulan dengan hanya menggoda lelaki hidung belang yang dahagakan belaian mesra gadis bawah umur menerusi perkenalan di FB.

Itu yang dilakukan Tina, 17, untuk hidup selesa dan mampu memakai pakaian berjenama, memiliki peralatan komunikasi canggih seperti anak orang kaya walaupun usianya ketika itu baru 13 tahun.

Gadis berasal dari utara tanah air ini dapat hidup bebas selepas melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan menerima teguran dan leteran keluarga berikutan sikap liarnya.

Peluang itu digunakan Tina untuk memanfaatkan persahabatan singkat dengan lelaki bekerja di tapak pembinaan dikenali secara on-line, Fendi, 20-an, dan sanggup mengambil risiko tinggal bersama lelaki itu selama lima bulan.

Sanggup membelakangkan keluarga dan ponteng sekolah, tindakan Tina seolah-olah ‘keluar kandang harimau, masuk mulut buaya’ apabila rumah yang dihuninya turut menjadi ‘port’ lepak 10 lelaki setiap hari.

“Saya pasti keluarga melaporkan kehilangan saya kepada polis, justeru Fendi menasihatkan supaya saya tak keluar dari rumah dan segala makan pakai saya diuruskannya. Sebagai balasan, saya memberikan layanan seks kepada Fendi.

“Tiada paksaan ketika kali pertama melakukan hubungan luar nikah, malah kami sama-sama seronok. Tidak cukup dengan itu, saya memberi khidmat seks kepada rakan Fendi yang duduk serumah mahupun sekadar datang melepak di kediaman berkenaan.

“Namun saya tak bodoh, sebaliknya layanan seks hanya akan diberi jika mereka setuju membayar. Paling banyak RM60, paling sedikit RM30.

“Fendi yang kononnya kekasih saya ketika itu tak pernah melarang, bahkan lebih gembira kerana saya boleh memberinya wang untuk menampung makanannya,” katanya kepada Metro Ahad.

Menurut Tina, selama tempoh itu, dia tidak pernah keluar dari rumah berkenaan dan mampu melayan sekurang-kurangnya 10 lelaki setiap hari.

Secara purata, gadis hingusan ini mampu meraih RM18,000 sebulan jika dia mengenakan bayaran RM60 satu sesi dan melayan 10 lelaki dalam sehari. Jika ‘bekerja’ berterusan selama 30 hari, Tina tiada masalah meraih pendapatan sebanyak itu.

Selepas bosan selain memiliki sikap enggan dikongkong, Tina membuat keputusan keluar dari ‘penjara ciptaan’ itu dan menghubungi teman rapatnya bagi menemaninya membeli-belah menggunakan duit haram itu.

Namun, kegembiraan untuk membeli barangan, pakaian, telefon bimbit berjenama berakhir apabila Tina bertembung dengan polis sebelum dibawa ke balai berdekatan.

Pertemuan dengan keluarga yang menangisi kehilangannya di balai polis berkenaan gagal menimbulkan keinsafan di hati Tina, sebaliknya dia sibuk mencari jalan untuk lari semula selepas pergerakannya dikawal ketat.

“Saya dikurung keluarga, namun saya lebih licik melarikan diri untuk kali kedua. Berbekalkan wang tabungan sebanyak RM500, saya melompat dari tingkat dua rumah dan nasib baik tidak cedera.

“Kemudian, saya ke kafe siber membuka akaun FB dan berbual dengan mana-mana lelaki dengan berkesudahan mereka meminta saya menemani mereka.

“Bertemu di lokasi ditetapkan, dengan penampilan menarik meskipun berusia 13 tahun, ‘dating’ ekspres itu pasti diakhiri di bilik hotel.

“Sekali perkhidmatan, saya mengenakan bayaran maksimum RM60. Selalunya pelanggan tidak kira keturunan dan peringkat umur itu akan menempah bilik hotel sekurang-kurangnya tiga hari, jika perlu, mereka akan datang mendapatkan layanan saya.

“Selepas habis tempoh itu, saya kembali ke kafe siber untuk mendapatkan pelanggan seterusnya. Perkara ini berlangsung hampir setahun sepanjang tempoh saya melarikan diri dari rumah,” katanya yang ditemui di Baitul Islah, Bukit Beruntung, Selangor.

Enggan menyalahkan sesiapa, Tina mengakui kehidupan mewah dijalaninya pernah satu ketika memberi kepuasan tersendiri, apatah lagi dia mampu memiliki barangan berjenama tanpa perlu mengharapkan wang daripada keluarga, yang sememangnya mustahil kerana dia dibesarkan dalam kehidupan serba-serbi tidak mencukupi.

Malah, katanya, dia tidak memasuki pusat pemulihan itu dengan rela hati, sebaliknya dihantar keluarga selepas gagal mengawal tingkah laku liarnya.

“Saya berada di sini hampir tiga tahun dan banyak ilmu agama saya pelajari. Syukur, saya masih diberi peluang untuk membaiki diri biarpun pernah terjerumus di lembah maksiat.

“Namun, masih banyak perlu saya pelajari untuk mengenali Allah SWT. Saya juga belum kuat untuk keluar berdepan masyarakat, bimbang diri lemah ini kembali ke jalan salah,” katanya mengakhiri perbualan.- sumber

Bayi Lahir Usus Diluar Perlukan Sumbangan!!!


Khidmat Masyarakat (mohon sebaran)

"Assalamualaikum w.b.t...

Sofwatul Amani... anak kecil yang dilahirkan dgn keadaan usus di luar (Gastroschisis) adalah anak kepada kawan kepada abang ipar saya. saya tidak mengenali Ahmad Syahidin (bapa Amani) secara personal, hanya pernah keluar minum ramai2 tapi bila melihat keadaan si kecil ini, hati saya runtun... kasihannya kamu wahai anak kecil...

Amani kini masih berada di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. dalam usia yg baru 5 hari, Amani telah menjalani 2 pembedahan dan pembedahan seterusnya pada Ahad depan (23.02.14) kerana sekarang ususnya sedang membengkak dan mengikut ayah amani, platelet darah Amani tgh drop, kemungkinan terkena infection.

Dengan keadaan si ayah muda (24 thn) yg bekerja sbg technician yg kini sdg cuti tanpa gaji untuk menjaga Amani dan ibu Amanii, berulang alik dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, saya pasti... memerlukan perbelanjaan yg besar.

Saya berharap sangat kita semua dapat membantu meringankan beban Din (Matt Dean) sekeluarga. semoga sumbangan kecil kita dapat memberi harapan besar buat SOFWATUL AMANI.

Untuk sumbangan, bank in ke akaun CIMB: 7050332235 AHMAD SYAHIDIN BIN ANUAR (+6013 963 7401) Minta sahabat2 panjangkan‪#‎donationforamani‬ dan segala sumbangan dan jasa baik dari pihak sahabat2 semua, saya dahulukan dgn ucapan jutaan terima kasih.




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Thursday 20 February 2014

Awas!!! Sampul Beracun!!!


Berita dari Gleneagles Hospital (Ampang) URGENT!! dari Gleneagles Hospital Limited Tujuh wanita telah meninggal dunia selepas mencium sampel perfume percuma yang telah diposkan kepada mereka. Produk ini adalah beracun. Jika anda menerima sampel percuma melalui pos seperti losyen, minyak wangi, dan lain-lain lampin membuangnya. Kerajaan takut bahawa ini mungkin perbuatan yang lain. Mereka tidak akan mengumumkannya di dalam berita kerana mereka tidak mahu menimbulkan panik atau memberi idea-idea baru pengganas. Hantar ini kepada semua kawan-kawan dan ahli keluarga. 
Drpd:
Mei ling
Gleneagles Hospital Limited
Jabatan Sumber Manusia
Tel: 03-4270 3474 03-4270 3474
Fax: 03-4270 3472

***gambar di tersebut memang betol2 sampai di kedai saya..

Baru jer bercerita di dlm what app dgn members tentang muslihat ni..tetiba pos man anta 1 sampul berisi myk wangi tanpa tulis apa pun..pelik kan

Apa Maksud nya ni yer.sbb saya betul2 takut akan terjadi benda yg X di ingini pada keluarga saya.

Mohon pencerahan




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Tuesday 18 February 2014

Gadis Hilang!!!


Guys.. This gal is frm seri alam.. Missing for the last few days.. The family is searching for her all over.. share this around.. If you know the details pls do call 0167592167




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Sunday 16 February 2014

[DERMA KILAT] Sebarkan..



Maahad Tahfiz Muhammadiah Bkt Rangin, Kuantan telah musnah dijilat api pada 13 Feb 14. Ust Tg Muhammad mudirnya. Ada 17 orang pelajar anak yatim disini. Allah uji baru-baru ini tenggelam banjir dan malam hangus dijilat api . Mhn bantuan derma segera. Berita lanjut menyusul.

Sumbangan boleh disalurkan kepada

Nama Pemegang Amanah: Amnan Asri Abdullah (Bendahari MMG Pahang Terengganu)
No Akaun:
7036598065 CIMB
156094153154 Maybank

Masukkan butiran emel sumbangan tuan/puan ke: ch3d33n@gmail.com
No hp 0146193396
dengan tajuk "SUMBANGAN KEBAKARAN"

Semoga usaha murni tuan puan dirahmati Allah SWT.




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Wednesday 12 February 2014

Amaran!!! Jangan keluar Rumah

SHAH ALAM 12 FEB: Orang ramai dinasihatkan tinggal di dalam rumah dan menutup semua pintu dan tingkap jika abu dari letupan Gunung Berapi Sinabung, Sumatera Utara terbang ke arah Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga menasihatkan penduduk agar memakai topeng mulut atau menggunakan kain atau tuala basah sebagai alat perlindungan pernafasan jika udara tercemar.


“Kanak-kanak, orang-orang tua dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan hendaklah mengelak atau mengurangkan aktiviti luar dalam tempoh berkenaan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya minum banyak air, dan selalu membasuh muka dan bahagian badan yang terdedah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau juga menasihatkan orang ramai mengelak memandu dalam keadaan berabu oleh kerana ia boleh menyukarkan penglihatan yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Gunung Sinabung berada dalam keadaan yang mudah meletup sejak 15 September dan letupan terbaru bermula pada 30 Januari mengakibatkan pelepasan abu panas ke udara pada ketinggian 5km.


Walaupun kemungkinan penduduk Malaysia terdedah kepada abu itu rendah, namun wujud kemungkinan berlaku hal sedemikian khususnya di pantai barat Semenanjung dan bahagian selatan negara.

Dr Noor Hisham berkata mereka yang terdedah kepada abu berkenaan akan mengalami simptom gangguan mata, hidung, tekak dan kulit.

Beliau berkata kementerian akan terus memantau keadaan dan menasihatkan mereka yang menghidap masalah kesihatan berkaitan abu gunung berapi segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

- Bernama

Derma kilat untuk adik Cha Cha mangsa langgar lari


Assalamualaikum W.B.T.

Saya bagi pihak adik Putri Nurdanischa Bt. Nordin ingin mohon bantuan derma kilat untuk adik ni...dia nak discaj hari ni tapi atuk dan nenek dia tak mampu nak bayar bil hospital..adik ni bersama atuk dan nenek dia kemalangan, kes langgarlari pada 24/01/2014 semasa menunggang motosikal di lebuhraya utara selatan
berhampiran susur ke Cheras (menghala ke KL) kira-kira jam 9.15 pagi. Van yang langgar keluarga ni gagal dikesan sebab tak buat report polis...Kesian adik Cha Cha membesar dengan atuk dan nenek sejak lahir (kini berusia 3 tahun)...Dia panggilatuk & nenek dia papa & mama...

Saya berada di tempat kejadian ketika kemalangan baru saja berlaku, Alhamdulillah saya bersama pasangan suami isteri yang kebetulan berhenti untuk membantu segera menghantar mereka ke hospital. Keadaan adik ni agak parah di kepala, hidung (patah),mulut (koyak) dan kaki kerana terseret lebih kurang 2 meter. Saya rasa tak sanggup nak cerita lebih-lebih..Saya ada melawat keluarga ini beberapa kali, hingga kinimasih mengikuti perkembangan mereka sekeluarga.

Saya cuma membantu seberapa yang boleh, kepada sesiapa yang bermurah hati dan sudi boleh salurkan bantuan ke akaun adik ini...

NAMA : PUTRI NORDANISCHA BT NORDIN
AKAUN RHB BANK : 1142 3100 1927 03

Saya dah buat pengesahan dengan pihak RHB Bank berkenaan akaun ini.

In Sya Allah, semoga usaha semua pihak diberkati Allah S.W.T.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya di talian 013-2998346.




Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Monday 10 February 2014

Waris mangsa kemalangan dicari


Highway karak
kt arwah xde no nak hubungi waris
arwah excident
Baru berlaku ni
hubungi balai polis bentong
minx tlg ade sesiapa knl
Copy n paste


Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Wednesday 5 February 2014

Mayat Terputus Kepala Dijumpai Tergantung Didalam Hutan

Sekujur mayat yang telah reput dijumpai didalam hutan simpan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada jam 5.00 petang. Mayat yang masih lengkap berpakaian berseluar hitam, berbaju kelabu dan sepasang selipar ditemui dalam keadaan yang mengerikan dengan kepala terpisah dari tubuh badan. Mayat yang masih belum dapat dikenalpasti identiti ini dipercayai telah membunuh diri dengan melilitkan akar kayu dileher pada ketinggian 2 meter. Mangsa dipercayai telah mati lebih kurang 1 bulan. Siasatan masih dijalankan. Bagi sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau rakan sejak sebulan yang lalu diminta tampil dibalai polis berdekatan untuk maklumat lanjut.




Tuesday 4 February 2014

5 Beradik Perlukan Bantuan

salam admin (minta jangan siar nama)


saya nak minta tolong sebarkan kisah pasal kawan adik sy. dia ni anak sulong dari 6 adik beradik berasal dari kg Paloh, Kuala Terengganu. 



Mak dorg baru meninggal 21 jan lepas dan ayah mrk sejak dari bulan 10 tahun lepas tak pernah bg nafkah dekat mrk adik beradik...kesian sangat sebab kakak yg sulung baru umur 21 tahun dan sedang belajar di UUM thn 1 mnakala yg bongsu baru satu tahun, pernah terfikir nak brhenti belajar dn cari kerja lepas si ibu meninggal baru2 ni . 

Sekarang adik2 dia 5 org dijaga oleh makciknya yang bukan orang senang...harap siapa2 yang berkemampuan boleh salur bantuan kepada mrk...kalau dapat tolng sebarkan pn jadi la...bantuan boleh disalur ke akaun 

BSN NURUL AZIEANTY BINTI ABDUL WAHAB 
111 022 900 000 7222 (ank sulung) atau 

BSN MEK SHARIAH BINTI AWI 1110041000174321 (mak saudara)

Boleh hubungi 019-9377069 NURUL AZIEANTY BINTI ABDUL WAHAB untuk brtanya sendiri keadaan keluarga mrk.






Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)