Friday, 26 July 2013

Dua Beranak Parah Ditembak Sebelum Tarawih



“Ayah berlindung di sebalik pintu dan adik pula berdiri di belakangnya. Apabila pencuri itu cuba menghidupkan enjin Toyota Hilux milik ayah, ayah terus melibas parang ke arahnya, tapi tidak mengena.
“Berang dengan tindakan ayah, seorang lagi penjenayah mengeluarkan pistol dan melepaskan satu das tembakan ke perut ayah. Peluru dipercayai tembus dan kena pula paha kanan adik.”



Demikian kata Aizzat Zahari, 18, ketika menceritakan kejadian ayahnya, Zahari Din, 51, dan adiknya, Zaharith Aiman, 13, cedera ditembak seorang daripada tiga penjenayah yang menyamun rumah mereka di Taman Sejahtera, di Kampar, malam kelmarin.
Aizzat berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam ketika bapa dan adiknya baru selesai berbuka puasa dan bersiap untuk menunaikan solat Isyak serta Tarawih, manakala ibunya berada di ruang tamu menghantar SMS.
Menurutnya, ketika itu dia tidak berada bersama mereka kerana kerana berbuka puasa bersama rakan di Ipoh.v

No comments:

Post a Comment