Monday 18 November 2013

Biar Betul, Nabila #AF2013 Anak Saudara Cikgu Syafi?



Biar Betul, Nabila #AF2013 Anak Saudara Cikgu Syafi? - KL : Tatkala senarai nama bintang #AF2013diumumkan, nama Aisyah menjadi perhatian ramai kerana dia adalah adik kepada penyanyi popular Aliff Aziz.

Atas sebab itulah jugalah, Aisyah disifatkan meraih undian tertinggi pada setiap minggu kerana mendapat bantuan daripada populariti abangnya itu.

Selepas Aisyah, Murai Batu diberitahu pula, kekasih Aisyah dalam #AF2013 iaitu Suhada juga mempunyai pertalian darah dengan seorang artis tempatan.

Risik punya risik, Murai Batu dapat tahu, Suhada sebenarnya adik kepada artis bernama KJ Mentor.

Kalau korang nak tahu, KJ ni adalah protege kepada AdamAF.

Apapun, berita ini tidak menjadi kecoh kerana KJ tidaklah sepopular AliffAziz. Atau lebih tepat lagi, Murai Batu tidak ada dengar cerita pun si KJ buat promosi untuk undi adiknya.

Setelah mendapat tahu hubungan Aisyah dan Suhada dengan adik-beradik kandung yang sudah bergelar artis, Murai Batu juga terkejut selepas mendapat tahu Indah juga adalah anak saudara kepada Rockers Ayai Ilusi.

Tambah mengejutkan lagi apabila Nona yang tersingkir awal juga ada hubungan persaudaran dengan juara Mentor musim pertama iaitu Pija. Dengarnya,Nona sendiri telah mengaku tentang statusnya itu.

Apapun, hubungan pertalian persaudaraan yang membuatkan Murai Batu hampir pengsan adalah Nabila yang dikhabarkan anak saudara kepada guru vokal #AF2013 iaitu Cikgu Syafi.

Walaupun Murai Batu tidak pasti mengenai hubungan tersebut, Murai Batu dapat tahu cerita ini timbul selepas ramai yang tidak puashati dengan Nabila yang mendapat tempat ke final #AF2013.

Yang penting, Murai Batu kena tunggulah jawapan dari Nabila dan Cikgu Syafi. Adakah mereka benar-benar ada pertalian darah. Tunggu ye. – Webberita | Terkini via Murai