Thursday 26 January 2017

Perkembangan Ekonomi Malaysia: Penilaian Hari Ini



Keutuhan ekonomi sesebuah negara memainkan peranan yang sangat penting dalam menjamin kestabilan dan kekuatan negara tersebut. Negara yang mempunyai kekuatan ekonomi tidak mudah ditekan oleh kuasa luar dan berupaya menjaga keperluan rakyatnya.

Kesaksamaan pembangunan ekonomi terbukti menjadi salah satu tunjang kepada perpaduan rakyat. Ketidakadilan di dalam pengagihan berisiko untuk menimbulkan kekacauan di dalam sesebuah masyarakat sepertimana yang berlaku pada tragedi 13 Mei 1969.

Dahulu kita bertungkus lumus dalam membangunkan ekonomi selepas berjaya mendapatkan semula hak mentadbir sendiri tanah air kita. Melalui Rancangan Malaya Pertama, Rancangan Malaya Kedua dan Rancangan Malaysia Pertama kita telah berjaya mengalihkan kebergantungan penuh kita daripada ekonomi berasaskan eksport getah dan bijih timah semata-mata. Hari ini kita sedia maklum, bahawa kita mempunyai sumber pendapatan yang pelbagai hasil daripada penubuhan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada tahun 1974 dan kejayaan perindustrian yang digiatkan di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir. Tetapi amat dikesali pada hari ini apabila hasil mahsul bumi Malaysia ini bagai tidak dapat dirasai oleh rakyat kebanyakan. Kekayaan negara seakan berada di dalam kitaran kelompok minoriti elit.

Penulisan ini akan membawa pembaca mengenali dengan lebih dekat sejarah dan latar belakang ekonomi negara kita bermula zaman penjajahan sehinggalah ke hari ini agar kita jelas di manakah tahap pencapaian tanah air kita seterusnya mengenal pasti apakah kesilapan, kelemahan dan kekuatan yang kita miliki untuk dimanfaatkan untuk masa depan negara yang lebih cerah.


1. Latar Belakang Ekonomi Malaysia

Sebelum kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, penduduk rata-rata mengamalkan ekonomi sara diri dan hanya menumpukan kepada keperluan hidup keluarga masing-masing. Turut sama dicatatkan bahawa terdapat juga mereka yang melibatkan diri di dalam urusan perdagangan.

Semasa Penjajahan

Kemasukan tenaga buruh yang dibawa masuk daripada negara China dan India ke Tanah Melayu bagi memenuhi kepentingan ekonomi penjajah telah mengubah landskap sosioekonomi masyarakat ketika itu. Amalan ‘Pecah dan Perintah’ daripada penjajah British telah menggalakkan perkembangan masyarakat yang tidak seimbang disebabkan perbezaan aktiviti perekonomian dan penempatan berdasarkan kaum.

Pasca Kemerdekaan (1956-1970)

Selepas daripada kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman telah merangka rancangan pembangunan ekonomi secara bertempoh bagi setiap lima tahun yang dikenali sebagai Rancangan Malaya (Selepas Rancangan Malaya Kedua ianya dikenali Rancangan Malaysia). Dalam tempoh ini, tumpuan kerajaan adalah pada pembangunan sektor luar bandar dan mempelbagaikan sumber negara.

Pada fasa ini telah ditubuhkan Majlis Amanah Rakyat (transformasi daripada RIDA) pada tahun 1965 dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Negara kita juga mula menerokai peluang sumber ekonomi yang baharu melalui pengeluaran minyak sawit. FELDA telah membuka penempatan sulung bagi perusahaan ladang sawit pada tahun 1961.

Kesan amalan ‘Pecah dan Perintah’ yang digunakan oleh penjajah British dalam mentadbir penduduk Tanah Melayu sebelum kemerdekaan tetap dapat dirasai impaknya meskipun negara ini telah mengecapi kemerdekaan. Bancian penduduk telah dijalankan pada tahun 1970, didapati bahawa 49.3% daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia berada di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK). Sejumlah 86% daripada keluarga miskin tersebut berada di kawasan luar bandar, majoritinya adalah kaum Melayu dan Bumiputera.

Walaupun ekonomi negara ketika itu berkembang dengan pesat pada purata tahunan 6 peratus, terdapat kekurangan penekanan dalam aspek pengagihan seterusnya menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik dengan memberi kesan negatif sosial dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969.

Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)

Rentetan daripada peristiwa berdarah 13 Mei 1969, negara Malaysia di bawah pentadbiran Tun Razak (1970-1976) telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 baru mengatasi ketempangan yang wujud pada sosioekonomi masyarakat ketika itu.

Perangkaan DEB dan penyertaan kerajaan secara aktif di dalam ekonomi melalui penubuhan FELDA, FAMA, PERNAS, UDA dan PNB adalah mencontohi pendekatan negara yang bertunjangkan ideologi sosiolisme-komunisme. Semasa Tun Razak masih belajar di UK, beliau aktif di dalam Parti Buruh di sana yang beraliran kiri, tidak hairan pembawaan pentadbirannya sebagai perdana menteri menggunakan pendekatan yang cenderung ke arah sosialisme.

DEB mensasarkan dua strategi utama:

1. Mengurangkan kemiskinan tegar tanpa mengira bangsa melalui kenaikan taraf pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia.
2. Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi agar mengurangkan dan seterusnya menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi.

Perlaksanaan DEB telah menunjukkan hasil yang positif berdasarkan pengurangan kadar isi rumah yang berada di bawah taraf kemiskinan daripada 49.3% (1970) kepada 16.5% (1990). DEB juga berjaya menstrukturkan semula pemilikan ekuiti korporat yang sebelum ini dimiliki lebih daripada dua per tiga oleh warga asing manakala Bumiputera hanya memiliki 2% sahaja pada tahun 1970 kepada pemilikan Bumiputera bertambah kepada 20.4% dan pegangan warga asing mengecil sehingga 25.1% pada tahun 1990.


Ekonomi Tun Dr. Mahathir (1981-2003)

Tun Dr. Mahathir mengambilalih pemerintahan pada tahun 1981 semasa iklim ekonomi negara berada di dalam keadaan yang tidak baik. Beberapa perkembangan ekonomi antarabangsa memberikan kesan kepada negara terutama sekali kemelesetan ekonomi antarabangsa dan kejatuhan harga komoditi utama ketika itu.

Tempoh pentadbiran kendaliannya yang menjangkau sehingga 22 tahun ini menyaksikan pelbagai perubahan dasar dan pembawaan ekonomi negara. Antaranya ialah:

1. Dasar Pandang Ke Timur
2. Dasar Pertanian Negara (1984)
3. Dasar Buruh
4. Dasar 70 Juta Penduduk
5. Perindustrian Berat
6. Pensyarikatan Malaysia
7. Dasar Penswastaan
8. Wawasan 2020

Walaupun pembaharuan yang dibawa oleh Tun Dr. Mahathir kelihatan gah dan membawa nafas baru kepada perekonomian negara kita, di sebalik perangkaan dan perlaksanaan dasar ekonomi ini tidaklah berjalan dengan baik seperti mana yang diharapkan.

Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan tidak mampu berkekalan lama apabila tentangan daripada rakyat yang tidak bersetuju disebabkan oleh keutamaan yang diberikan kepada firma daripada Jepun sepertimana di dalam projek pembinaan Dayabumi berbanding firma tempatan. Meskipun pada awalnya, Tun mengharapkan dasar ini menjadi asas kepada penerapan etika kerja daripada Jepun dan usaha kerjasama yang menguntungkan antara perusahaan dua negara ini. Tetapi selepas pilihanraya 1986, Tun secara beransur-ansur tidak lagi mencanangkan dasar ini apabila nyata lebih banyak kerugian yang perlu ditampung.

Begitu juga pengenalan perindustrian berat yang dipelopori oleh Tun semenjak beliau memegang Kementerian Perdagangan dan Industri pada akhir 1970-an lagi melalui penubuhan Heavy Industries Corporation of Malaysia (HICOM). Pemilihan industri yang tidak tepat berikutan industry sedia ada telah menghadapi persaingan hebat pada peringkat antarabangsa, seterusnya melibatkan banyak perlindungan untuk menjamin kelansungan perindustrian tersebut dan pemilihan industri yang tidak mempunyai kaitan penting dengan keseluruhan ekonomi nasional telah menjerumuskan negara ke tahap kerugian yang mencecah berbillion ringgit seperti mana di dalam kes PERWAJA.

Krisis Ekonomi 1997

Pada bulan tahun 1997, mata wang Thailand (baht) mengalami serangan spekulasi secara besar-besaran menyebabkan kejatuhan nilai mata wangnya secara mendadak (separuh nilai asal). Kesan daripada krisis yang bermula di Thailand ini telah memberikan impak kepada ekonomi negara jiran yang berada di sekitarnya.

Tun Dr. Mahathir menggambarkan bahawa kejatuhan nilai ringgit adalah disebabkan oleh serangan spekulatif terhadap mata wang negara Asia Timur. Walaubagaimanapun, laporan kajian yang dikeluarkan oleh IMF pada tahun 1998 mengakui bahawa kejatuhan mata wang baht adalah disebabkan spekulatif tetapi tidak pada mata wang negara lain.

Faktor lain yang membawa kepada lanjutan krisis ini adalah penarikan pelaburan asing secara besar-besaran kerana ketakutan yang timbul terhadap krisis ini sendiri kerana menyangka kawasan serantau ini serupa dan sepadu (dari segi bidang perdangan dan perlaburan).

Nilai ringgit juga jatuh disebabkan oleh kelantangan Tun Mahathir ketika itu yang menempelak George Soros dan menyatakan bahawa terdapat konspirasi jahat Barat yang ingin melemahkan ekonomi negara Asia Timur. Kenyataan lantang Mahathir ini telah memburukkan lagi kenyakinan pelabur dan keadaab serantau sehinggi ditegur oleh pemimpin negara lain di rantau ini.

Tindak balas kerajaan di dalam menghadapi krisis ini adalah melalui kawalan modal. Ketika itu timbul perbezaan pandangan dalam menanggapi kemelut ekonomi yang melanda ketika itu di antara kem Mahathir dan Daim yang menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Nasional (MTEN) dengan kem Anwar Ibrahim yang mengendalikan Kementerian Kewangan.


2. Tahap Pencapaian Ekonomi Negara Hari Ini

Jika dahulu negara kita bergantung harap kepada perolehan daripada penghasilan bijih timah dan getah yang pernah meliputi 40 peratus KDNK negara. Hari ini kita boleh berbangga dengan kepelbagaian sumber pendapatan yang kita ada.

Walaubagaimanapun, kebanggaan terhadap perkembangan ekonomi hari ini tidak sewajarnya melekakan kita terhadap keperluan untuk meneliti semula hala tuju dan prestasi sebenar ekonomi Malaysia. Suatu masa dahulu kita pernah tergolong di dalam kelompok negara yang diberikan gelaran ‘Harimau Asia’ (Singapura, Taiwan dan Korea Selatan) berikutan pencapaian ekonomi yang sangat baik. Tetapi adakah pada hari ini tahap pencapaian negara kita setara tiga ‘harimau’ yang pernah dahulunya ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’?

Negara kita telah berjaya mengurangkan insiden kemiskinan daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012. Kita merasa gembira dengan kejayaan ini, tetapi adakah angka ini menggambarkan realiti sebenar jumlah rakyat marhaen yang terhimpit dengan kesesakan bebanan hidup?

Pada tahun 2008 yang lalu, satu penilaian telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pertumbuhan Bank Dunia dan meletakkan negara Malaysia di antara 13 buah negara yang berjaya mencapai kelestarian pertumbuhan besar pasca Perang Dunia Kedua. Walaubagaimanapun, daripada jumlah tersebut hanya 6 buah negara sahaja yang berjaya mencapai status negara berpendapatan tinggi. Manakala Malaysia kini telah dikategorikan sebagai negara yang berada di dalam perangkap pendapatan pertengahan (middle-income trap).

Pada hari ini kita dapat melihat dengan jelas bahawa kerajaan sangat bersungguh-sungguh dalam memastikan hasrat untuk menjadi salah sebuah negara berpendapat tinggi tercapai. Pada tahun 2010 kerajaan telah melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang meletakkan misi umumnya adalah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan sasaran pendapatan tinggi antara 15 ribu sehingga 20 ribu dolar Amerika.

Terbaru, kita diberitakan khabar ‘gembira’ bahawa purata pendapatan isi rumah di Malaysia telah mencecah RM 5,900. Khabar ini dicanangkan seolah-olah rata-rata rakyat sudah mempunyai pendapatan yang mencukupi dan selesa untuk menampung kos hidup hari ini. Ironisnya, kerajaan pusat sendiri mengatakan bahawa program BR1M meliputi 80 peratus isi rumah di Malaysia, kita sedia mengetahui bahawa syarat kelayakan penerimaan BR1M adalah jumlah pendapatan isi rumah kurang daripada RM 3,000 sebulan.

Pada suku pertama dan kedua 2014, pertumbuhan ekonomi Malaysia mencatatkan kadar 6.3 peratus. Satu perkembangan yang baik berbanding tahun sebelumnya. Meskipun begitu, seakan tiada peningkatan kualiti hidup pada masyarakat terbanyak di sebalik angka yang dibanggakan oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib ini. Bahkan, penarikan subsidi melalui Program Rasionalisasi Subsidi telah menyaksikan kenaikan harga makanan rentetan peningkatan kos domestik yang disebabkan oleh pelarasan harga minyak dan tarif elektrik telah menekan kehidupan rakyat kebanyakan.

Situasi ini boleh dijelaskan sekiranya kita mengerti bahawa pertumbuhan ekonomi negara kita tidak selari dengan kesaksamaan pengagihan kekayaan negara. Menurut laporan daripada kerajaan, hanya 31 peratus daripada KDNK merangkumi pampasan pekerja, selebihnya adalah keuntungan korporat dan pendapatan kerajaan. Jika dibandingkan dengan negara ‘Harimau-harimau Asia’ yang dahulunya kita pernah bermain pada padang yang sama, peratusan pampasan pekerja kita adalah yang terendah. Singapura sebanyak 41.1 peratus, Korea sebanyak 43.7 peratus dan Taiwan pula sebanyak 46.2 peratus.

Begitu juga jika kita tinjau laporan KDNK negeri, kita akan mendapati bahawa taburan pembangunan di Malaysia adalah sangat tidak seimbang. Sebagai contoh KDNK per kapita Wilayah Persekutuan adalah sebanyak RM 80,000 tetapi di negeri-negeri lain hanyalah separuh daripada jumlah tersebut. Jurang perbezaan pendapatan antara negeri sangat ketara. Tidak hairan jika pertumbuhan ekonomi yang diwar-warkan oleh kerajaan seakan tiada erti buat rakyat melihatkan ketidakadilan dalam pengagihan pembangunan di Malaysia.

Lanjutan daripada purata peningkatan inflasi sebanyak 3.3 peratus, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada Julai 2014 yang lalu. Tindakan ini diambil sebagai langkah awal untuk mengurangkan risiko ketidakseimbangan ekonomi dan kewangan disebabkan oleh jangkaan kadar inflasi kekal melebihi purata jangka panjang.

Kesan perubahan pada OPR akan dirasai orang ramai melalui Kadar Pinjaman Asas / Kadar Pembiayaan Asas (BLR/BFR). Bank-bank lain akan menyusuli tindakan BNM dengan menaikkan BLR/BFR masing-masing daripada 6.60 peratus kepada 6.85 peratus. Kadar yang baharu ini akan dijadikan asas bagi pengiraan kadar pembiayaan perumahan, pembiayaan perniagaan dan pembiayaan peribadi yang diambil berasaskan kadar berubah, dan juga asas bagi menetapkan kadar baru bagi pembiayaan kereta dan pembiayaan berkadar tetap.

Situasi ini akan membawa kepada peningkatan kos perniagaan dan kos membeli hartanah atau aset lain menerusi pinjaman, seterusnya mengurangkan permintaan terhadap kebanyakan aset yang telah naik harganya ke tahap di mana ianya tidak lagi mampu dimiliki oleh kebanyakan orang.

Seperkara lagi yang membimbangkan rakyat adalah tabiat berbelanja kerajaan yang sangat boros dan tidak terkawal. Semenjak daripada Bajet 1998 sehinggalah Bajet 2015 adalah merupakan bajet defisit. Jawapan yang diberikan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2009 di dalam satu wawancara menjelaskan bahawa perbelanjaan lebih ini adalah untuk mengembalikan kenyakinan pelabur bagi menampung kehilangan pelaburan daripada sektor swasta. Walaubagaimanapun, sehingga ke tahun hadapan, meskipun rasionalisasi subsidi telah dilaksanakan berserta peningkatan di dalam pendapatan daripada cukai yang dikenakan ke atas PETRONAS tetap kerajaan terus boros berbelanja dan tidak berlaku bajet yang berimbang.


3. Hubungkait Antara Ekonomi Negara dengan Rakyat

Pertumbuhan dan penguncupan ekonomi negara memberikan kesan kepada kehidupan rakyat. Sama ada secara langsung melalui kenaan cukai dan penetapan gaji minimum, ataupun secara tidak langsung melalui peningkatan kos sara hidup rentetan daripada pengurangan bantuan kerajaan dalam bentuk insentif atau subsidi dan kenaikan harga barang.

Ekonomi negara juga memainkan peranan penting bagi menggalakkan perkembangan tahap pendidikan dan kesihatan rakyat melalui penetapan dasar kerajaan. Pembasmian kemiskinan melalui penyediaan peluang pekerjaan dan proses pengagihan semula kekayaan yang tersusun juga merupakan peranan pemerintah yang perlu dimainkan pada sesebuah negara.

Kemampanan ekonomi negara menjamin kehidupan rakyat yang sejahtera. Kemunduran tahap ekonomi atau kegagalan mekanisme regulasi sesebuah negara di dalam menjaga kestabilan pasaran dan hak kebajikan rakyat akan memberikan kesan kepada keupayaan rakyat di dalam memenuhi keperluan hidup seperti pemilikan perumahan dan pengangkutan.

4. Bagaimanakah Rakyat Mampu Mempengaruhi Polisi Ekonomi?

· Amalan Demokrasi Terpimpin
· Penyaluran Pandangan dan Cadangan
· Memperanankan Kesatuan Sekerja
· Menzahirkan Desakan dan Bantahan
· Advokasi Isu Melalui Rencana dan Wacana Ilmiah

5. Penutup

Kejayaan dan kesilapan yang pernah dilakukan sewajarnya menjadi suatu panduan buat generasi terkemudian dalam mengorak langkah agar kelangsungan kemakmuran negara ini terus dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakt secara adil dan berhemah.

Pendekatan kerajaan pimpinan DS Najib pada hari ini yang tidak populis dan sangat berisiko pada nasib hayat politik parti pemerintah menggambarkan bahawa negara kita sekarang ini sudah berada di persimpangan; sama ada perlu meneruskan langkah-langkah kehancuran atau berpatah balik sambil mengakui kesilapan pendirian dan pembawaan kerajaan dalam mengendalikan ekonomi negara.

Kajian Perbezaan Sembelihan ternakan cara Islam vs Barat





MASYA Allah, semakin maju kajian ilmiah semakin membuktikan kebenaran Islam. Salah satunya soal habuan, jangan pernah makan daging lembu tanpa disembelih. Kenapa?


Rasulullah tak pernah belajar cardiology, tapi syari'atnya telah dibuktikan oleh kajian ilmu moden. Dan soal ini ternyata membuat orang barat terkejut, simak kajian berikut ini.


Melalui kajian ilmiah yang dilakukan oleh dua kakitangan ahli ladang dari Hannover University, sebuah universiti terkemuka di Jerman. Prof. Dr. Schultz dan rakan-rakannya Dr. Hazim, kedua-duanya memimpin satu pasukan penyelidikan berstruktur untuk menjawab soalan: manakah yang lebih baik dan paling tidak sakit, penyembelihan secara Syari'at Islam yang murni (tanpa proses pemingsanan) ataukah penyembelihan dengan cara Barat (dengan pemingsanan)?


Kedua-duanya merancang kajian sangat canggih, mempergunakan sekumpulan lembu yang telah cukup umur (dewasa). Pada permukaan otak kecil lembu-lembu itu dipasang elektrod (mikrocip) yang disebut Electro-Encephalograph (EEG). Microchip EEG dipasang di permukaan otak yang menyentuh titik (panel) rasa sakit di permukaan otak, untuk merakam dan mencatat derajat rasa sakit lembu ketika disembelih. Di tengah-tengah lembu-lembu itu juga dipasang Electro cardiograph (ECG) untuk merakam aktiviti jantung ketika darah keluar kerana disembelih.


Untuk menekan kesalahan, lembu dibiarkan menyesuaikan diri dengan EEG dan ECG yang telah dipasang di tubuhnya selama beberapa minggu. Setelah masa adaptasi dianggap cukup, maka separuh lembu disembelih sesuai dengan Syariat Islam yang murni, dan separuh sisanya disembelih dengan menggunakan kaedah pemingsanan yang diterima Barat.


Dalam Syariat Islam, penyembelihan dilakukan dengan menggunakan pisau yang tajam, dengan memotong tiga saluran pada leher bagian depan, yakni: saluran makanan, saluran nafas serta dua saluran pembuluh darah, yaitu: arteri karotid dan vena jugularis.


Patut pula diketahui, syariat Islam tidak mengesyorkan kaedah atau teknik pemingsanan. Sebaliknya, Kaedah Barat justru mengajarkan atau bahkan menghendaki agar ternakan dipingsankan terlebih dahulu sebelum disembelih.


Selama kajian, EEG dan ECG pada seluruh ternak lembu itu dicatat untuk merakam dan mengetahui keadaan otak dan jantung sejak sebelum pemingsanan (atau penyembelihan) hingga ternak itu benar-benar mati. Nah, hasil kajian inilah yang sangat ditunggu-tunggu!


Dari hasil penelitian yang dilakukan dan dilaporkan oleh Prof. Schultz dan Dr. Hazim di Hannover University Jerman itu boleh diperoleh beberapa hal sebagai berikut:


Penyembelihan Menurut Syariat Islam


Hasil kajian dengan menerapkan amalan penyembelihan menurut Syariat Islam menunjukkan:


pertama
Pada 3 saat pertama selepas ternakan disembelih (dan ketiga saluran pada leher lembu bahagian depan terputus), tercatat tidak ada perubahan pada graf EEG. Hal ini bermakna bahawa pada 3 saat pertama selepas disembelih itu, tidak ada indikasi rasa sakit.


kedua
Pada 3 saat berikutnya, EEG pada otak kecil merakam adanya penurunan grafik secara beransur-ansur yang sangat mirip dengan kejadian deep sleep (tidur nyenyak) hingga lembu-lembu itu benar-benar kehilangan kesedaran. Pada masa tersebut, tercatat pula oleh ECG bahawa jantung mula meningkat aktivitinya.


ketiga
Setelah 6 saat pertama itu, ECG pada jantung merakam adanya aktiviti luar biasa dari jantung untuk menarik sebanyak mungkin darah dari seluruh anggota badan dan memompanya keluar. Hal ini merupakan refleksi pergerakan koordinasi antara jantung dan saraf tunjang (spinal cord). Pada saat darah keluar melalui ketiga saluran yang terputus di bahagian leher tersebut, graf EEG tidak naik, tapi justru drop (turun) sampai ke zero level (angka sifar). Hal ini diterjemahkan oleh kedua-dua penyelidik ahli itu bahawa: "No feeling of pain at all!" (Tidak ada rasa sakit sama sekali!).


keempat
Kerana darah tertarik dan terpompa oleh jantung keluar tubuh secara maksimum, maka dihasilkan healthy meat (daging yang sihat) yang layak dikonsumsi bagi manusia. Jenis daging dari hasil sembelihan semacam ini sangat sesuai dengan prinsip Good Manufacturing Practise (GMP) yang menghasilkan Healthy Food.


Penyembelihan Cara Barat


pertama
Segera setelah dilakukan proses stunning (pemingsanan), lembu terhuyung jatuh dan collaps (roboh). Selepas itu, lembu tidak bergerak-gerak lagi, sehingga mudah dikendalikan. Oleh kerana itu, lembu boleh pula dengan mudah disembelih tanpa meronta-ronta, dan (seolah-olah) tanpa (mengalami) rasa sakit. Pada ketika disembelih, darah yang keluar hanya sedikit, tidak sebanyak bila disembelih tanpa proses stunning (pemingsanan).


kedua
Segera setelah proses pemingsanan, tercatat adanya kenaikan yang sangat nyata pada grafik EEG. Hal itu membuktikan bahawa adanya tekanan rasa sakit yang dialami oleh ternakan (kerana kepalanya dipukul, sehingga jatuh pengsan).


ketiga
Graf EEG meningkat sangat tajam dengan gabungan graf ECG yang drop ke batas paling bawah. Hal ini menunjukkan adanya peningkatan rasa sakit yang luar biasa, sehingga jantung berhenti berdegup lebih awal. Akibatnya, jantung kehilangan kemampuannya untuk menarik dari daripada seluruh organ tubuh, serta tidak lagi mampu memompanya keluar dari tubuh.


keempat
Kerana darah tidak berminat dan tidak terpompa keluar tubuh secara maksimum, maka darah itu pun membeku di dalam urat-urat darah dan daging, sehingga dihasilkan unhealthy meat (daging yang tidak sihat), yang dengan demikian menjadi tidak layak untuk dimakan oleh manusia. Disebutkan dalam khazanah ilmu dan teknologi daging, bahawa timbunan darah beku (yang tidak keluar apabila ternakan mati / disembelih) merupakan tempat atau media yang sangat baik bagi tumbuh-kembangnya bakteria pengurai, yang merupakan agen utama merosakkan kualiti daging.


Bukan Ekspresi Rasa Sakit


Meronta-ronta dan meregangkan otot pada saat ternakan disembelih ternyata bukanlah ekspresi rasa sakit. Sangat jauh berbeza dengan dugaan kita sebelumnya. Bahkan mungkin sudah lazim menjadi keyakinan kita bersama, bahawa setiap darah yang keluar dari anggota tubuh yang terluka, pastilah disertai rasa sakit dan nyeri. Lebih-lebih lagi yang tercedera adalah leher dengan luka terbuka yang menganga lebar.


Hasil kajian Prof. Schultz dan Dr. Hazim justru membuktikan yang sebaliknya. Yakni bahawa pisau tajam yang menghiris leher (sebagai syariat Islam dalam penyembelihan ternakan) ternyata tidaklah 'menyentuh' saraf rasa sakit.


Oleh karenanya kedua-dua penyelidik ahli itu membuat kesimpulan bahawa lembu meronta-ronta dan meregangkan otot bukanlah sebagai ekspresi rasa sakit, melainkan sebagai ekspresi 'penuh kekecewaan otot dan saraf' sahaja (iaitu pada saat darah mengalir keluar dengan deras). Mengapa demikian? Hal ini tentu tidak terlalu sukar untuk dijelaskan, kerana graf EEG tidak membuktikan juga tidak menunjukkan adanya rasa sakit itu.