Friday 13 September 2013

Suami Rela Isteri lakukan 'Urutan Batin' demi Wang


Kuala Lumpur: Asalkan boleh dapat wang, suami tidak kisah isteri melakukan urut ‘geli-geli’ dengan pelanggan, termasuk urutan badan ke badan (B2B). Yang penting, tidak sampai melakukan hubungan seks.

Itu perjanjian lisan antara pasangan songsang terbabit bagi menambah pendapatan keluarga, apatah lagi si isteri hanya suri rumah manakala suami tiada pendapatan tetap.

Namun di belakang suami, sebenarnya ada antara wanita berkenaan terlanjur ke bilik tidur pelanggan apabila menawarkan khidmat urutan di rumah kenalan rapat.

Itu antara pengakuan suri rumah yang sanggup mencari nafkah dengan melakukan urut berahi terhadap pelanggan dengan kebenaran suami semata-mata untuk mendapatkan pulangan lumayan.

Aktiviti tidak bermoral itu dikesan Metro Ahad melalui perkenalan dengan seorang wanita dikenali sebagai Suraya, 40, melalui sebuah laman web sosial, baru-baru ini. - HMetro

Salleh Yaakob Disambar Petir!!!


TEMERLOH, 6 Sept (Bernama) -- Seorang penoreh getah maut manakala isterinya cedera disambar petir di sebuah kawasan paya di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau semalam.

Mangsa Salleh Yaakob, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Norehan Hassan, 49, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, mereka dikatakan baharu selesai memancing dan mahu pulang dengan motosikal apabila kejadian itu berlaku kira-kira 7.15 malam.

Jenazah Salleh dikebumikan di perkuburan kampung tersebut kira-kira 10 pagi tadi.

Yang turut menziarah jenazah ialah Anggota Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamad Said.- BERNAMA

Kanak-kanak 2 tahun maut dirempuh kereta ayahnya


IPOH, 12 September - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila jasadnya ditemui dalam keadaan terduduk secara melutut dihimpit ke dinding rumah teres manakala kedua-dua belah tangan memegang selipar di Taman Kerian, Parit Buntar di sini semalam.

Lebih menyedihkan apabila tragedi pada pukul 12.30 tengah hari itu berlaku selepas abang mangsa yang berusia empat tahun menghidupkan enjin kereta bapanya sebelum kanak-kanak itu memasukkan gear undur.

Tindakan si abang itu menyebabkan kereta jenis Mazda tersebut bergerak secara mengundur lalu merempuh si adik yang berada di belakang kereta untuk memakai selipar. -










# Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah pada arwah #

5 Gambar dan maklumat lengkap kejadian tembak menembak di Tesco Cheng Melaka


Maklumat awal.

D9 Melaka/D9 Bukit Aman tembak mati 2/L/India. Suspek telah menembak kearah polis dan dlm mempertahankan diri dan keselamatan barangan kerajaan polis telah membalas tembakan. Salah seorang dikenali dgn nama Teratai Boy. Simati merupakan saspek kes samun kedai emas. Maklumat lanjut akan update.

Maklumat lengkap:
Gengster Mat Bunga

Kejayaan D9 BA dan D9 Melaka menumpaskan penjenayah bersenjata api di Melaka.

Pada jam Lebih Kurang 0920hrs @ 12/9/2013 berhampiran persimpangan lebuh SPA dan AMJ satu kejadian tembak menembak berlaku antara pasukan polis dgn 2 penjenayah yg menaiki m/kar jenis perodua myvi warna silver No pendaftaran Perodua 2698

1. Ketika pasukan sedang menjalankn rondaan telah terserempak dgn kenderaan dinaiki saspek dlm keadaan yg mencurigakan. Saya dan Pasukan cuba tahan m/kar tersebut setelah memperkenalkan diri sebagai polis dgn memakai jaket bertulis polis telah terdengar beberapa letupan dari arah dalam kereta saspek dan pada masa yg sama terlihat salah seorg memegang sepucuk pistol.

2. Pasukan kemudian membalas tembakan sehingga tiada lagi ancaman keselamatan terhadap saya dan pasukan sehingga saspek berjaya di tumpaskan.

3. Setelah pemeriksaan rambang dapati:

1) Taruman a/l. Sp Perumal. Sivalingam kpt: 850928055641 ( dipercayai palsu)
Dipercayai kpt original
Selvam A/L Devadasan (Raja@cella)
Kpt:780313-01-6143
Alt:no14, Jalan Teratai 51, Taman Johor Jaya 81100 johor Bahru.

Semakan r/jenayah:
1) Gemas rpt: 264/97 sek.324kk - dihukum
2) Gemas rpt 193/03 sek. 379kk- Tangkap
3) PPA S.renggam 0000/07 Sek. POPC 4 (1)- Ditahan
4) PPA S.renggam 0000/08 Sek. POPC 7A (1)- Ditahan
5) Sungai Petani rpt 0000/08 Sek. POPC 4B- Dihadkan
6) Sungai Petani rpt 7466/09 Sek. POPC 4A (1)(f)- tangkap
7) PPA Machang rpt 0000/10 Sek. POPC 4 (1)- Ditahan
8) PPA Machang 0000/11 Sek. POPC 4 (1)- Ditahan
9) PPA Machang 0000/12 Sek. POPC 7B (1)- Ditahan
10) Desa Cemerlang rpt 6226/12 Sek.307 KK - Wanted

2) Sivanesan a/L kalaiarasu Kpt: 881209055559
Alt: no 323 Jalan Merak 14 Taman Thivy Jaya seremban N.sembilan.
Rekod Jenayah:
1) Bandar seri jempol 1665/12 adb 15(1)a

- kenderaan yg digunakan
- Perodua 2698 No chasis PM2M302S002004096

Barang yg dijumpai didalam m/kar:

2- sepucuk pistol jenis warna hitam dijumpai iaitu di kaki penumpang dan satu di belakang badan pemandu.













#Tahniah pihak Polis!