Sunday, 23 June 2013

Kemalangan 2 Jentera Bomba - Rugi RM40000

TELUK INTAN - Angkara sebuah kereta rosak di tengah jalan, misi memadamkan kebakaran di Kampung Esso, di sini, terjejas apabila dua jentera bomba dan penyelamat berlanggar sesama sendiri.
Akibat kejadian itu, seorang anggota bomba mengalami kecederaan manakala lapan anggota lain selamat dalam kejadian tengah hari, semalam.
Mangsa, Mohd Hafiz Abdul Rahman, merupakan anggota Bomba dan Penyelamat Teluk Intan cedera di bahagian kaki apabila jentera yang dinaikinya itu merempuh jentera di hadapannya.Kejadian berlaku di kilometer 1, Jalan Changkat Jong, berhadapan bekas tapak Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak kira-kira 50 meter dari pasar raya terkemuka.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.59 tengah hari semalam itu kedua-dua jentera berkenaan dikatakan sedang dalam perjalanan untuk memadam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Esso selepas menerima panggilan kecemasan beberapa minit sebelum itu.Seorang jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan ketika ditemui di tempat kejadian berkata, kedua-dua jentera berkenaan bergegas keluar dari balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan yang hanya 200 meter dari tepat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian pemandu jentera di hadapan yang dinaiki tiga anggota tiba-tiba memperlahankan kenderaan selepas terlihat sebuah kereta jenis Nissan Sunny di hadapan yang tidak bergerak dipercayai rosak dan ditinggalkan di situ.
“Sebaik menekan breknya itu, jentera dinaiki enam anggota yang mengekorinya di belakang itu tidak sempat membrek lalu merempuh bahagian belakang jentera hadapan,” katanya.
Jentera bomba terbabas, rempuh pokok. Katanya, rempuhan tersebut mengakibatkan jentera di hadapan terbabas lalu merempuh sebatang pokok di bahagian tepi kiri jalan manakala jentera di belakangnya terhenti pada jarak kira-kira 10 meter di hadapan.
Menurutnya, jentera di hadapan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan belakang manakala jentera belakang mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.Minta bantuan bomba lain. Beliau berkata, akibat kejadian itu pihaknya terpaksa meminta bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang untuk membantu memadamkan kebakaran di kampung berkenaan.Kejadian itu telah menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Changkat Jong menghala ke pusat Bandar Teluk Intan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan katanya pihak polis sedang menyiasat kejadian itu.
Warga emas nyaris rentung. Manakala, mangsa kebakaran di Kampung Esso, di sini, semalam, nyaris rentung apabila rumah yang didiami bersama suami dan seorang anak hangus dalam kejadian berkenaan.Mangsa, Siti Asiah Salleh, 67, sendirian ketika kejadian berlaku, terselamat daripada rentung apabila diselamatkan jirannya. Suami mangsa, Saibani Mohd Khairan, 60, berkata, ketika kejadian dia mengisi minyak pada motosikal manakala anaknya keluar makan bersama-sama rakannya.


Katanya, dia menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu rumah mereka sedang terbakar sebelum menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat Teluk Intan.20 minit tunggu bantuan. Saibani berkata, sebaik dihubungi, dia bergegas pulang ke rumah dan mendapati isterinya berada di rumah jiran sebelum dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk menerima rawatan manakala sebahagian rumah yang berusia lebih 20 tahun itu sudah habis terbakar.
“Saya bersama anak dan beberapa jiran cuba untuk memadam kebakaran itu tetapi tidak berupaya kerana api semakin marak.
“Kami menunggu bantuan dari pihak bomba tetapi sudah hampir 20 minit namun, bantuan tidak sampai-sampai menyebabkan saya buntu kerana keseluruhan rumah kami hangus terbakar,” katanya.
Saibani berkata, dalam keadaan kelam-kabut itu sebuah kereta peronda polis tiba dan memaklumkan bahawa kedua-dua jentera Bomba dan Penyelamat Teluk Intan yang sedang dalam perjalanan ke tempat kejadian terlibat dalam satu kemalangan sesama sendiri.
Menurutnya, dia yang sedih apabila dimaklumkan berkenaan kemalangan melibatkan jentera bomba itu.Kerugian lebih RM40,000
Saibani berkata, dia dan penduduk tidak dapat berbuat apa-apa sehingga bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat dari Hutan Melintang tiba.
Menurut Saibani, walaupun harta bendanya musnah namun dia rasa bersimpati terhadap anggota-anggota bomba yang terlibat dalam kemalangan itu lebih-lebih lagi ketika sedang dalam perjalanan untuk membantu menyelamatkan rumahnya.
“Selain harta benda termasuk peralatan elektrik dan perabot musnah, tiga motosikal turut musnah dalam kebakaran itu.
“Jumlah kerugian di anggarkan lebih RM40,000 dan katanya punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya.

Sumber: sinarharian.com.m
y

Bukti Burger McDonald Tidak Baik Untuk Kesihatan!!!

Seorang lelaki dari Utah, US menemui Hamburger McDonald yang dia beli pada tahun 1999, dan keaadaannya masih sama seperti waktu dia beli waktu itu. Ketika itu David Wipple makan makanan segera selama sebulan untuk membuktikan dan menunjukkan kepada teman-temannya dimana pengawet di hamburger akan membuat kita tidak tenang, tidak akan terjadi apa-apa ketika ini, namun apa akan terjadi suatu hari nanti?.
Tapi dia lupa dan akhirnya dia menemukan kembali hamburger di saku jaketnya dan kemudian meneruskan pembuktian anehnya itu, dimana keampuhan bahan pengawet menjaga makanan tersebut. Dia terkejut melihat hamburger tersebut masih sama bentuknya setelah 14 tahun kemudian. “Itu tidak sengaja” kata whipple di sebuah acara TV The Doctor.
Dan dia memutuskan untuk menyimpan hamburger itu untuk waktu yang lama. Saya menemukannya masih berada di dalam peper bag khas McD, tidak ketinggalan bil pembeliannya juga masih ada di dalamnya, pada saat itu saya membelinya kemudian memasukkannya ke dalam jaket dan meletakkannya di belakang trak saya dan akhirnya saya lupa. Setelah beberapa bulan kemudian baru saya memindahkan jaket itu dalam rumah namun tidak mengusik hamburger itu. “Isteri saya tidak menemukannya setidaknya satu atau dua tahun setelah itu,” katanya.
Whipple, yang masih memiliki bukti pembelian hamburger itu, berkata, kini dia menasihatkan cucu-cucunya agar memakan makanan yang sihat. “Nasib baik saya memiliki hamburger ini, untuk menjadi bukti bahawa makanan segera tidak baik untuk kesihatan kita..’

sumber : http://busuk.org/ping/view/526624

Kuasa Allah : Patung Jesus Disambar Petir

Sebuah patung Yesus Kristus 62-kaki disebuah gereja di Ohio telah dipanah petir semasa ribut petir yang teruk dan meletup kemudiannya terbakar dan mengakibatkan patung tersebut hangus dijilat api. Patung yang bernilai $300,000 US dan diperbuat daripada bahan gentian kaca dan Styrofoam itu hanya tinggal rangka dawai. Kebakaran yang berlaku juga telah menyebabkan kerosakan $400,000 US kepada ‘Solid Rock Church di Monroe, Ohio.
Firman Allah Ta'ala yang artinya :"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah (pula kamu sujud) kepada bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang telah menciptakan mereka, jika kamu benar-benar menyembah-Nya semata." (Surah Fushshilat (41) : 37).

Dan firman-Nya yang artinya : "Sesungguhnya Tuhanmu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang, senantiasa mengikutinya dengan cepat. Dan (Dia ciptakan pula) matahari dan bulan serta bintang-bintang (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ketahuilah, hanya hak Allah mencipta dan memerintah itu. Mahasuci Allah Tuhan semesta alam." (Surah Al A'raaf (7) : 54).

Tuhan inilah yang haq untuk disembah. Dalilnya firman Allah Ta'ala : "Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa. Yaitu Tuhan yang telah menjadikan untukmu bumi sebagai hamparan dan langit sebagai atap, serta menurunkan air (hujan) dari langit lalu dengan air itu Dia mengeluarkan segala buah-buahan sebagai rizki untukmu. Karena itu janganlah kamu membuat sekutu-sekutu bagi Allah padahal kamu mengetahui." (Surah Al-Baqarah (2) : 21-22).

Ibnu Katsir, Rahimahullah Ta'ala, mengatakan : "Hanya Pencipta segala sesuatu yang ada inilah yang berhak disembah dengan segala macam bentuk ibadah."


Jangan Lupa Di LIKE dan BAGIKAN agar Sobat Muslim Yg Lain Juga Mengetahuinya

Semoga Bermanfaat

Langkah Keselamatan Ketika Jerebu!!!



Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan bahan pencemar lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Jika dilihat dari jauh (seperti dari kapal terbang), jerebu berwarna keperangan, tetapi jika dilihat dari dekat, ia berwarna putih seperti asap. Jerebu tebal dikenali sebagai asbut.

Punca-punca jerebu

Pembakaran hutan
Pembakaran secara terbuka
Asap daripada kilang
Asap daripada kenderaan.Di Malaysia


Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU salah satu pengukuran tahap ketebalan jerebu. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50         Baik
51 - 100     Sederhana
101 - 200  Tidak sihat
201 - 300  Sangat tidak sihat
301 - 400  Berbahaya
401 - 500  Sangat berbahaya
Lebih 501  Darurat


Kesan Jerebu Terhadap Kesihatan
  • Keradangan kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Tips Dan Langkah Keselamatan Ketika Jerebu
  • Sentiasa tutup pintu dan tingkap ketika berada di rumah
  • Gunakan topeng muka yang sesuai ketika keluar rumah.
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Cuci tangan dan muka anda sebaik sahaja anda masuk ke dalam rumah dan mandi dengan kerap
  • Banyakkan minum air - Kementerian Kesihatan, melalui portal myHealth menyarankan bahawa apabila keadaan jerebu teruk, anda harus minum dua liter air sehari. .
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
  • Pesakit yang penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah teruk. 
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, tidak merokok di dalam rumah. 
  • Jauhi diri dari perokok tetapi jika anda sendiri seorang perokok, berhentilah dengan segera. 
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. 
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya. 
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat,
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.