Saturday, 23 November 2013

Sembunyi dalam tayar elak dicekup


Sungai Petani: Enam wanita warga Thailand mempertaruhkan keselamatan diri masing-masing dengan melarikan diri melalui bumbung bangunan dua tingkat bagi mengelak dicekup pihak berkuasa yang membuat serbuan di sebuah pusat urut di Taman Sejati Indah, Bakar Arang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi selama tujuh jam bermula jam 8 malam, seramai 27 anggota Jabatan Imigresen Kedah termasuk dari cawangan Sungai Petani membuat serbuan di tiga lokasi berasingan termasuk dua restoran makanan ala Thai.

Seramai 25 warga asing diperiksa membabitkan warga Thailand dan seorang rakyat tempatan berusia antara 19 dan 40 tahun dengan 17 daripadanya dikesan melanggar syarat pas mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1959/63.

Difahamkan, enam wanita berusia antara 19 dan 30-an yang memanjat siling kedai itu melarikan diri ke kedai tayar bersebelahan sebelum mereka berjaya dikesan ketika bersembunyi di sebalik timbunan tayar, menurut sumber HMetro.

Timbalan Pengarah Jabatan Jabatan Imigresen Kedah Mustaffa Kamal Hanaffi berkata, anggotanya memanjat bumbung bangunan kedai dua tingkat itu untuk mengesan semua wanita dipercayai masih bersembunyi dalam premis itu.

ADIK ROGOL Kakak Kandung Sampai Mengandung 5 Bulan!!!


Baru berusia 14 tahun tetapi selayaknya dia digelar ‘adik setan’ kerana tergamak merogol kakak kandungnya yang hanya setahun lebih tua.

Lebih memilukan, perbuatan jijik sumbang mahram itu bukan hanya menimbulkan perasaan trauma dan tekanan kepada mangsa tetapi pada usia yang masih mentah, dia terpaksa mengusung ‘benih’ adiknya. Itu yang berlaku kepada Yanti, berusia 15 tahun, yang kini sarat mengandung dan hanya menanti masa untuk melahirkan anak.
Gara-gara perbuatan adik setan itu, Yanti terpaksa berjauhan daripada keluarga, malah meninggalkan alam persekolahan buat seketika.

“Sepatutnya saya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan lalu tetapi terpaksa melupakannya. Saya meninggalkan buat seketika alam persekolahan sehingga anak dikandung ini lahir.

“Saya benar-benar tertekan kerana pada usia muda terpaksa berdepan situasi yang tidak sepatutnya saya lalui,” kata Yanti ketika ditemui wartawan Metro Ahad baru-baru ini.

Menurut Yanti, tragedi hitam itu berlaku tahun lalu dan ia berulang sehingga empat kali sebelum dia disahkan mengandung.

“Tragedi hitam itu berlaku di rumah. Ketika semua ahli keluarga tidur, adik menyusup masuk ke dalam bilik ketika saya tidur.


“Adik menekup mulut saya dan mengugut mahu mencederakan saya jika saya buat bising. Selepas itu, bagaikan dirasuk setan, saya dirogol,” katanya.

Yanti berkata, walaupun dia kakak, dia tidak mampu melawan, apatah lagi diugut akan dicederakan jika melawan.

“Kudrat saya memang tidak mampu melawan kekuatan adik ketika itu. Selepas merogol saya dia sekali lagi mengugut akan mencederakan saya, malah sanggup melakukan lebih daripada itu jika mendedahkan perbuatan terkutuknya kepada sesiapa saja, terutama ayah dan ibu.

“Begitulah yang dilakukannya ketika merogol saya. Seingat saya, empat kali dia merogol saya,” katanya.

Selepas empat kali dirogol, dia berasa tidak sihat dan lemah hinggalah kelainan pada dirinya disedari ibu bapanya.

Ibu Yanti kemudian membawanya ke klinik dan pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati dia mengandung.

“Saya menceritakan perkara sebenar kepada ibu. Pulang ke rumah, ayah dan ibu bertanya adik dan dia mengaku. Ketika itu menangis air mata darah sekalipun takkan mengubah apa yang berlaku,” katanya.

Yanti berkata, adiknya seperti tiada perasaan kerana seolah-olah tidak rasa bersalah dengan perbuatannya.

“Depan ibu dan ayah, dia menunjukkan rasa bersalah dan meminta maaf, tetapi dengan saya, dia buat seolah-olah tiada apa berlaku.

“Hubungan saya dengan dia sebelum ini biasa saja, tetapi tidaklah rapat sangat. Mungkin kerana masih terlalu mentah, dia seperti tidak rasa bersalah,” katanya.

Menurut Yanti, sukar untuk dia memberitahu punca mengapa adiknya sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Pada usia semuda itu, adik memang nakal. Bercampur dengan mat rempit dan kadangkala ponteng sekolah.

“Barangkali kerana pengaruh rakan, adik jadi ‘lebih tahu’ mengenai hal berkaitan seks sehingga dia terdorong untuk mencuba. Namun saya langsung tidak menyangka adik sanggup merogol saya,” katanya.

Yanti memberitahu, selepas disahkan hamil, ibu bapa terpaksa ‘menyembunyikannya’ di rumah seorang saudara mereka sebelum dihantar ke sebuah rumah perlindungan.

“Saya akan ada di sini (rumah perlindungan) sehingga bayi yang dikandung lahir. Selepas itu saya akan menyerahkan anak saya kepada keluarga angkat.

“Selepas ini saya mahu mulakan hidup baru. Saya mahu bersekolah semula dan belajar seperti rakan seusia yang lain,” katanya.

Ditanya adakah dia memaafkan perbuatan adiknya, Yanti berkata: “Mulanya memang saya bencikannya, tetapi lama kelamaan saya terima hakikat. Dia bukan orang lain… dia adik saya.

“Saya harap dia menyesali perbuatannya. Perkhabaran terkini yang saya dengar daripada ibu dan ayah, adik kini bersekolah di sekolah pondok. Semoga ilmu diperoleh menjadikannya adik yang soleh,” katanya.

Kertas soalan Matematik SPM bocor?


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan daripada tiga individu yang mendakwa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, bocor.

Mohd Husaini Jaslee, Nor Izwan Abu Bakar dan Mohd Rizuan Abd Rashid turut menyerahkan salinan yang didakwa kertas soalan bocor itu kepada pemberita pada sidang media di pejabat PPIM di sini hari ini, yang dihadiri Pengarah Latihan PPIM Dr Izham Nayan.

Mohd Husaini, 30, berkata beliau mengetahui perihal kertas soalan yang didakwa bocor itu daripada beberapa pelajar sebuah sekolah di Seksyen 5, Wangsa Maju pada 19 November lepas.

“Kata mereka, kertas itu diedar ketika mengikuti satu seminar SPM 2013 yang dikelola seorang guru di Masjid Mua’adz Bin Jabal, Setiawangsa pada 17 November lepas bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

“Selepas itu, saya ke Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di Putrajaya pada 20 November untuk membuat aduan, bagaimanapun, pegawainya meminta dikemukakan bukti,” katanya.

Mohd Husaini berkata bukti kebocoran soalan hanya diperoleh pada 21 November apabila seorang pelajar menghantar gambar Kertas 2 Matematik Tambahan berserta jawapan, yang didakwa soalan bocor, melalui aplikasi ‘WhatsApp’.

“Maklumat itu mengandungi tiga gambar mengenai soalan beserta jawapan yang berkemungkinan sama dengan kertas 2 Matematik Tambahan tersebut,” katanya.

Beliau berkata segala maklumat itu kemudian diserah kepada LPM untuk siasatan lanjut dan satu laporan sudah dibuat di Balai Polis Wang Maju semalam.

Mohd Husaini berkata beliau membuat pendedahan itu atas dasar tanggungjawab kerana tidak ingin melihat kemusnahan masa depan pelajar SPM, menurut sumber Bernama.

“Saya berharap pihak LPM dapat menjalankan siasatan menyeluruh sekiranya benar perkara ini berlaku,” katanya.

Anak dara melayu tayang “LOVEBITE” di Facebook..

Gambar diatas ni gua dapat dalam satu forum.. Katanya, gambar ni milik sorang remaja melayu yang bangga sangat tayang LoveBite dia pada kengkawan..
Gua rasa, orang yang dah kahwin pun agak malu untuk tayang lovebite dia pada umum.. Tapi budak remaja melayu kita tu selamba je nampaknya..

Gua pun tak tahu apa nak jadi pada remaja sekarang.. Bukan saja dorang dah makin berani, tapi dorang dah makin hilang rasa malu didalam diri masing-masing..

Cuba korang bayangkan, kalau sorang anak dara melayu dah berani tayang LoveBite didalam Fesbuk, apakah dia ada perasaan malu?

So kalau dah tak ada perasaan malu, jangan heran kalau ada budak melayu yang sanggup bunuh bayi sendiri dan campak bayi tu merata-rata..

Sebab tu ramai yang kata.., melayu sekarang makin layu.. Bukan layu kerana tak cukup makan.., tapi layu kerana nak ikut setan!!


Polis Mula Operasi Menjejaki Pesalah Trafik


PETALING JAYA - Ops Cantas Trafik telah dilancarkan secara-besaran dengan pihak polis sedang berusaha menjejaki pesalah trafik di seluruh negara.

Operasi berkenaan bermula di Ipoh, di mana anggota polis trafik dilihat mengetuk setiap pintu rumah dengan membawa dua waran tangkap yang dikeluarkan terhadap pesalah trafik yang mempunyai lebih daripada 15 saman tertunggak.

Operasi pertama dijalankan antara pukul 3 hingga 6 petang Khamis.

Dalam Operasi yang dilancarkan di seluruh negara ini, pihak polis juga akan menahan pesalah trafik ini dalam sekatan jalan raya yang akan diadakan mulai minggu hadapan.

“Kami masih menyasarkan pesalah trafik biasa terlebih dahulu,” kata Pemangku Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abdul Latiff kepada The Star pada Jumaat.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak bimbang kerana pesalah biasa akan diber peluang untuk membayar saman walaupun mereka ditahan.

“Objektif operasi ini ialah mahu pesalah trafik ini membayar saman mereka,” tegasnya.

Mohd Fuad berkata pihak polis telah menyediakan waran tangkap kepada 215,000 pesalah trafik.

“Kami akan mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara untuk menangkap pemandu yang melanggar undang-undang mulai minggu hadapan.

“Selepas ditahan dalam sekatan jalan raya, pemandu ini akan dibawa ke balai polis sekiranya mereka enggan membayar saman berkenaan mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis bersama seorang penjamin,” katanta sambil menambah, pihak polis akan memohon tarikh baru bagi individu yang mahu mencabar kes saman mereka atau memohon agar saman yang lebih rendah dikenakan.

Beliau berkata pihaknya telah bersiap sedia dengan kelengkapan mereka sebelum sekatan jalan raya diadakan pada minggu hadapan.

“Kami mahu memastikan semua kontinjen polis di setiap negeri bersiap sedia untuk menjalankan operasi dengan sebaik mungkin,” katanya.

Ditanya mengenai aduan awam ekoran kesukaran menyemak saman di portal rasmi polis, Mohd Fuad berkata terdapat beberapa alternatif lain untuk berbuat demikian, antaranya ialah dengan melayari laman webwww.myeg.com.my, www.rilek.com.my, pejabat-pejabat pos dan di mesin ATM Maybank “Orang ramai juga boleh menyemak saman mereka di beberapa pusat beli belah terpilih atau pergi terus ke mana-mana kaunter pilis trafik. Anda juga boleh menyemaknya di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan jumlah pesalah trafik meningkat setiap tahun dan lebih menyedikan apabila mereka tidak membayar saman yang dikeluarkan.

Pada 2008, polis trafik telah menjejaki 96, 000 pemilik kenderaan yang mempunyai saman tertunggak dalam Ops Warta VII namun sehingga ini jumlah berkenaan telah meningkat hingga lebih daripada 1.7 juta.

Pihak polis tidak mampu menjejaki semua pesalah trafik ini pada satu-satu masa maka mereka menyasarkan lebih 251, 000 pesalah trafik tegar, pemandu kenderaan berta dan penuggang motosikal dalam fasa pertama Ops Cantas Trafik.

Notis juga telah dikeluarkan kepada pesalah trafik ini, memaklumkan bahawa waran tangkap terhadap mereka telah dikeluarkan, menurut sumber mStar.

Pada masa yang sama, warang tangkap yang telah tamat tempoh turut diperbaharui.