Thursday 19 December 2013

Sumbangan Ikhlas Diperlukan

Assalamualaikum

Sahabat FB semua saya terpanggil untuk berkongsi kesusahan yg dialami oleh seorang ibu tunggal berusia 24 tahun yang kematian suami ketika mengandung anak yang kedua. SUAMI beliau meninggal kira kira dua tahun yang lalu akibat penyakit lelah.

Hidup di rumah sewa dgn kadar sewa RM 100 sebulan, anak sulong berumur 3tahun yang memerlukan susu dan makanan, anak kedua berusia 2tahun yang disahkan OKU dan disahkan mempunyai masalah tiada lubang telinga dan cuping telinga yang kecil di telinga kiri.

Doktor mengesahkan anak kedua mengalami tahap pendengaran yg sangat ringan disebelah kanan dan telinga sebelah kiri tidak dapat dipastikan kerana tiada lubang telinga disebelah kiri.

Beliau yg berasal dari kg sg rengas, kini menyewa di Kg Tebakang, hanya mengambil upah mencuci pakaian dan kadang kadang membersih rumah jiran jiran tidak mendapat sebarang bantuan dari agenci kerajaan. Jelasnya beliau baru memohon dari MAIDAM untuk kos rawatan pembedahan trlinga anaknya dan dalam proses.

Justeru sebagai insan yg prihatin marilah sama sama kita membantu meringankan beban yg ditanggung oleh beliau dgn menyumbang sekadar yg kita mampu, walaupun sedikit bgi kita tetapi amat bermakna bagi yg memerlukan. Mudah mudahan keprihatinan kita dan sedikit sumbangan yg kita hulurkan menjadi penyebab terhapusnya dosa dan memdapat balasan yang lebih mahal di sisi Allah Taala jua. Bukankah keredhaan Allahlah yang kita harapkan dalam apa jua yg kita lakukan.

Sumbangan anda para dermawan bolehlah di salurkan kepada

NOR AZLIZA BT HUSSIN
NO AKAUN BSN 1111529000089494
TK untuk semua. TLG sebarkn





Jangan lupa share kepada kawan-kawan lain :)

Video Puting Beliung Di Johor Bahru!!!



*Petang tadi 18/12/2013 di Johor Bahru dan Singapura telah berlaku fenomena Puting Beliung. Pembentukan puting beliung tersebut dikatakan tidak lengkap kerana tidak mencecah sehingga ke daratan.Tidak dapat digambarkan jikanya ianya mencecah daratan impak kemunasahan yang bakal dilakukan.Syukur Alhamudlillah.*