Saturday 6 July 2013

Kepala Tersepit Pintu Ketika Hendak Mencuri



Seorang pencuri di Amerika Syarikat (AS) gagal melakukan kegiatan jahatnya. Kegagalan itu terjadi apabila pencuri ini tersepit dibawah pintu hampir selama sembilan jam lamanya.
Lelaki berusia 53 tahun itu dilaporkan tersepit dibawah pintu ketika berusaha menceroboh sebuah kedai di Brockton, Massachusetts, AS.
“Ketika berusaha membuka pintu kedai, penyangga besi tiba-tiba terlepas sehingga pintu pun jatuh dengan mudah. ​​Kepala lelaki itu pun tersepit menghadap lantai,”.
Lelaki itu akhirnya terperangkap selama sembilan jam dan tidak dapat melakukan apa-apa kerana pintu itu berat untuk di angkat. Pengurus kedai John Rodriguez mengatakan, ia terkejut melihat seorang lelaki dengan kepala tersepit pintu pada pagi hari setibanya ia di kedai.
“Saya ingin masuk ke kedai, namun tiba-tiba saja Saya ternampak tubuh lelaki itu disana,” ujar Rodriguez.
Rodriguez menambah, ketika ia bertanya pada lelaki itu apa yang tengah dilakukannya ,tiba-tiba saja lelaki itu mengaku ia tengah memperbaiki pintu yang rosak.
Namun, Rodriguez yang tidak percaya dengan pernyataan lelaki itu dan terus menghubungi polis untuk melaporkan kejadian tersebut. Sebelum dibawa untuk ditahan, lelaki itu sempat dihantar ke hospital guna mendapat pemeriksaan berkaitan keadaan leher dan kepalanya.
sumber : http://dairishare.blogspot.com

Lelaki Isteri Tiga Kena Tangkap Khalwat

Suami Ditangkap Khalwat, Tiga Isteri Masih Tak Puas
Suami Ditangkap Khalwat, Tiga Isteri Masih Tak Puas - ALOR SETAR : Biarpun sudah mempunyai tiga isteri, ia ternyata masih belum cukup memuaskan nafsu seorang lelaki apabila ditahan penguat kuasa agamakerana disyaki berkhalwat dengan remaja berusia 18 tahun di motel murah di Pantai Chenang, Langkawi, awal pagi kelmarin.
Lelaki berusia 41 tahun yang juga ahli perniagaan itu ditahan bersama pasangannya, penuntut institusi pengajian tinggi awam oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat serbuan di motel murah berkenaan dalam operasi maksiat di pulau pelancongan itu kira-kira jam 2 pagi.
Ketika disoal siasat, lelaki terbabit mendakwa pergi ke pulau itu bersama remaja wanita berkenaan untuk bercuti selama tiga hari dan baru tiba jam 1 tengah hari pada hari tangkapan dibuat.
Mereka dikatakan menjalin hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu dan ahli perniagaan berkenaan mendakwa akan berkahwin dengan pasangannya yang berasal dari Kelantan dalam tempoh terdekat sebagai isteri keempat.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaik, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh berkata, ketika serbuan lelaki terbabit yang berkemeja-T dan berseluar pendek membuka pintu bilik serta membenarkan pemeriksaan dijalankan.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan seorang wanita yang hanya berkemban didapati turut berada di dalam bilik, tetapi kedua-dua mereka mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri.
“Pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuah, Langkawi untuk dibuat laporan tangkapan. Mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) untuk diambil keterangan,” katanya.
Menurutnya, pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1988 kerana disyaki berkhalwat yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. – Webberita 

Terkejut Jumpa Mayat Rentung


ANGGOTA polis memeriksa mayat rentung yang ditemui di tempat pembuangan sampah di Jalan Hulu Langat, Ampang Jaya semalam.

AMPANG JAYA - Seorang kontraktor yang sedang menyelenggara sebuah pencawang elektrik terkejut apabila menemui mayat rentung hampir 100 peratus di tempat pembuangan sampah di Jalan Hulu Langat berdekatan pusat menara tinjau Bukit Ampang di sini semalam.
Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui pada pukul 10.45 pagi iaitu kira-kira lima meter dari tepi jalan selepas kontraktor berkenaan terhidu bau asap busuk.
Difahamkan, mayat mangsa dipercayai telah dibakar pada awal pagi ekoran api masih menyala ketika ditemui.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazri Nawawi berkata, ketika ditemui, mayat itu hanya tinggal sedikit kulit di kepala dan pangkal lengan.
"Kita masih belum dapat memastikan jantinanya. Mayat itu dibakar bersama tayar ekoran terdapat baki bahan getah itu di bawah badan mangsa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
-Kosmo