Wednesday, 2 October 2013

Kantoi!!! Ibu Cekup Anak Gadis Bersama Guru Sekolah


Deria rasa seorang ibu mendorong seorang wanita cuba memerangkap dan mengejutkan anak perempuannya yang disyaki bercengkerama dengan pasangan lelaki.Namun, perangkap itu wanita terbabit lebih terkejut apabila mendapati anak perempuannya membawa masuk seorang guru lelaki.
Media semalam melaporkan wanita terbabit keluar rumah seperti biasa, tetapi pulang jauh lebih awal untuk memerangkap anaknya. Sebaik tiba di rumah, wanita terbabit mencari pelajar lelaki yang disyaki menjadi pasangan anaknya yang baru berusia 16 tahun.

Selepas mencari di merata tempat, wanita itu akhirnya menemui seorang guru matematik bersembunyi di bawah katil remaja terbabit.Kejadian berlaku pada hari terakhir penggal persekolahan.Wanita itu kemudian menghubungi polis dan guru lelaki berusia 35 tahun berkenaan ditahan untuk siasatan di Bolton.

Sumber berkata, remaja perempuan dan guru matematik itu pulang ke rumah kerana menyangka tiada sesiapa di kediaman itu.“Tetapi, ibunya pulang lebih awal daripada dijangka dan mengejutkan mereka.“Dia masuk ke bilik anak perempuannya dan menemui guru berkenaan bersembunyi di bawah katil. Ia cukup mengejutkannya,” katanya.Sementara itu, guru besar sekolah berkenaan enggan menyatakan sama ada guru terbabit digantung perkhidmatan atau sebaliknya.

Bagaimanapun dia mengesahkan guru terbabit dinilai sebagai “luar biasa” dalam tugasannya di sekola. Pegawai di sekolah itu berkata, sekolah berkenaan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan dilakukan.Siasatan dilakukan kurang dari sebulan selepas guru matematik Jeremy Forrest, 31, dipenjarakan kerana melarikan diri ke Perancis bersama seorang pelajar berusia 15 tahun. - Agensi

Kejam! Mayat Gadis Dirogol Selepas Dibunuh


Seorang gadis bukan saja dibunuh, malah mayatnya dipercayai turut dirogol penyerangnya dalam kejadian bermotifkan samun di rumah mangsa di Taman Taming Jaya Dua, di Kajang, malam kelmarin.
Mayat Sabturiah Faisal, 19, ditemui terbaring di dalam bilik tidur oleh kakaknya ketika mahu mengejutkan gadis berkenaan untuk berbuka puasa pada jam 7.30 malam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan seorang lelaki pada jam 7.47 malam memaklumkan mengenai kejadian itu.
Katanya, siasatan mendapati mangsa dipercayai dibunuh menggunakan objek tumpul serta jerutan. Beberapa kesan lebam ditemui di tangan kanan dan perut serta kesan jerutan di leher.
“Siasatan awal juga mendapati mayat mangsa dipercayai dirogol penyerang yang dikenali mangsa berdasarkan tiada kesan pecah masuk ditemui di rumah flat berkenaan.

Pelajar ‘Cair’ Terima SMS Akhirnya Diperkosa Buruh


Seorang buruh kasar menggunakan ayat-ayat manis dikirim yang melalui SMS untuk memperdaya seorang pelajar perempuan sebelum menculik dan memperkosanya.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, suspek menghantar SMS kononnya mahu menghantar mangsa ke sekolah di Tanjung Tualang, sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam keretanya.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa yang berusia 16 tahun didakwa menerima SMS daripada suspek yang menawarkan diri untuk menghantarnya ke sekolah bersama seorang lagi rakan sekolah mangsa, tetapi apabila sampai di tempat dijanjikan, mangsa curiga apabila mendapati rakannya tiada.
“Mangsa yang menolak permintaan suspek ditarik masuk ke dalam kenderaan itu sebelum dibawa ke rumah suspek,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang dipaksa masuk ke dalam rumah dipujuk melakukan hubungan seks.
“Suspek mendesak dengan menarik tangan mangsa ke dalam bilik lalu menolak mangsa ke katil sebelum memaksa melakukan hubungan seks. Mangsa cuba melawan suspek namun gagal,” katanya.
Beliau berkata, suspek menghantar mangsa pulang ke rumah sebelum remaja terbabit menceritakan kejadian kepada teman lelakinya.
“Bimbang dengan kejadian itu, teman lelaki mangsa memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Shaharon berkata, pihaknya menghantar mangsa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menjalani pemeriksaan doktor.
“Susulan itu, polis menjalankan siasatan sebelum memberkas suspek berusia 35 tahun. Suspek dikenal pasti bekerja sebagai buruh kasar dan menetap di Kampung Timah, Tanjung Tualang,” katanya.

Gadis diperkosa hamil tujuh bulan



Tanda tanya seorang ibu mengenai perubahan fizikal anak gadisnya berusia 16 tahun sejak beberapa bulan lalu terjawab apabila remaja itu disahkan hamil tujuh bulan akibat dirogol teman lelakinya awal tahun ini.
Rahsia itu terbongkar apabila rakan remaja berkenaan menceritakan kejadian itu kepada seorang rakan lain sebelum dimaklumkan kepada ibu mangsa.
Pada mulanya, ibu mangsa sangsi dengan kejadian menimpa anaknya sebelum membawa mangsa menjalani pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan hujung November lalu bagi mengetahui kesahihan dakwaan itu.
Sebaik mangsa disahkan hamil, ibu mangsa berusia 41 tahun membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian dipercayai berlaku awal tahun ini.

Remaja 16 Tahun Dibunuh Selepas Diperkosa



Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui maut, dipercayai dirogol sebelum kepalanya dibenam di dalam kolah di bilik air rumahnya di Taiping, petang kelmarin.
Mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Dato’ Wan Ahmad Rasdi (SMKDWAR) itu ditemui adik lelakinya dalam keadaan kepala dan seluruh badan dalam kolah selain cedera parah di kepala akibat dipukul benda keras.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa seorang diri di rumah sebelum kediamannya dimasuki individu tidak dikenali yang kemudian cuba merogol dan mencabul mangsa sebelum dia dibunuh.
Dalam kejadian jam 4.30 petang di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, mangsa dikenali sebagai Nurul Aien Mohd Saimon ditemui maut oleh adik lelakinya yang baru pulang dari rumah neneknya, 300 meter dari tempat kejadian
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung jam 4.30 petang.