Tuesday, 30 July 2013

Grafiti Seram Di Bandar Yang Telah Di Tinggalkan ( 13 Gambar ).

Bandar sepi yang aku maksudkan disini ialah bandar Prypiat, Ukraine yang ditinggalkan sepi. Bandar nie dikosongkan pada April, tahun 1986 gara-gara insiden kemalangan yang berlaku di pusat janaan nuklear Chernobyl. Bandar nie dikosongkan dalam masa satu hari sahaja akibat dari pencemaran kesan radioaktif . Sehingga hari ini,bandar ini masih tidak berpenghuni.


Berbalik pada grafiti di bandar sepi ini, selain pelancong yang ingin melawat bandar kosong ini terdapat artis-artis jalanan yang berkeliaran dibandar ini bagi mencurahkan idea seni mereka pada dinding-dinding bangunan yang seolah-olah menggambarkan kesepian bandar yang ditinggalkan nie. Nampak seperti amat menyeramkan. Jom tengok.













Penemuan Buaya Gergasi Di Sungai Kuala Selangor

KUALA SELANGOR: Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing kira-kira lewat malam kelmarin.
Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai.

“Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.

“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui petang semalam.

Dua nelayan terkejut menemui bangkai buaya yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang.

Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, berkata, penemuan itu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya sepanjang tempoh 10 tahun menjadi nelayan sungai di kawasan itu kerana berdepan dengan buaya jenis muara tembaga yang cukup besar.

“Namun ramai rakan lain pernah cakap mereka pernah terserempak dengan buaya jenis itu dengan saiz lebih besar namun reptilia itu tidak pernah mengganggu atau mengganas terhadap nelayan yang mencari makan di sepanjang Sungai Selangor yang kaya dengan udang dan pelbagai jenis ikan.

“Saya pun pernah terserempak dengan buaya ketika memancing di kawasan sungai ini tapi tidak pernah haiwan itu mengganggu nelayan atau kaki pancing yang sering mengunjungi Sungai Selangor untuk memancing udang yang terkenal dengan saiz yang agak besar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.

“Kita tidak boleh memberi sebarang komen buat masa ini berhubung punca kematian, usia, jenis jantina dan saiz sebenar kerana menunggu keputusan bedah siasat nanti dan penemuan ini adalah yang pertama dilaporkan kepada Perhilitan di negeri ini,” katanya.

“Sebelum ini kita tidak pernah menerima laporan penemuan buaya dengan saiz yang agak besar bagaimanapun sehingga kini kita juga tidak pernah menerima aduan berhubung keganasan buaya di sepanjang sungai ini yang mengakibatkan kematian,” katanya.
sumber:metro.com

Lagi Kes Tembak - Pengerusi MyWatch cedera ditembak

Pengerusi MyWatch ditembak
Kereta milik mangsa diperiksa pihak polis.

SEREMBAN - Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), MyWatch, R Sri Sanjeevan, 29, cedera parah akibat ditembak dua lelaki dipercayai India di persimpangan Taman Cempaka, Bahau, Jempol di sini, kelmarin.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian 3.40 petang itu, mangsa sedang memandu kereta jenis BMW bersama seorang rakannya menghala ke Pekan Bahau.

“Namun sebaik sampai di persimpangan Taman Cempaka, datang sebuah motosikal jenis Yamaha berwarna merah menghampiri keretanya, lalu melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa yang ketika itu sedang hisap rokok, dari jarak dekat.

“Tembakan tersebut kemudiannya mengenai siku kanan dan menembusi lengan sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian rusuk kanan mangsa.

“Mangsa kemudiannya sempat memecutkan kereta kira-kira 300 meter, sebelum rakannya mengalihkan mangsa di kerusi belakang dan menghantarnya ke hospital Bahau.

“Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil setelah dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban bagi menjalani proses pembedahan mengeluarkan peluru,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Bilik Media Ibu Pejabat Kontijen Polis Negeri, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid dan Ketua Polis Daerah Jempol dan Superintendan Hamzah Alias.

Tambah Osman, punca kejadian masih dalam siasatan namun pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian tersebut bermotifkan dendam.

Menurutnya, bagi memastikan keselamatan mangsa terjamin, pihaknya telah menempatkan beberapa anggota polis untuk mengawal di bilik mangsa agar tiada sebarang gangguan berlaku.

Dalam pada itu, Osman memberitahu, 12 jam sebelum mangsa ditembak, dia ada memberitahu melalui laman sosial, Twitternya dia menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali.

Namun kata Osman, kenyataan itu hanya diberitahu di laman sosialnya sahaja, dan tiada sebarang laporan polis dibuat di mana-mana balai di negeri ini.

Osman berkata, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan terhadap kes ini yang akan dikendalikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan bantuan pasukan polis Negeri Sembilan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Osman berkata, kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat kejadian tersebut diharap dapat tampil untuk membantu siasatan.

"Sehingga kini maklumat terhadap dua lelaki bermotosikal itu masih belum dapat dikenal pasti berikutan tiada maklumat nombor pendaftaran motosikal tersebut," katanya.

Sumber:- SH

Lagi Mangsa Tembak - Pengasas Arab Malaysian Bank mati ditembak

Pengasas Arab Malaysian Bank mati ditembak
Gambar Mangsa

SHAH ALAM - Pengasas Arab Malaysian Bank Berhad, Hussain Ahmad Najadi, 75, terbunuh, manakala isterinya, 49, cedera apabila ditembak di kawasan parkir di kuil Cina Ceylon Kuan Yin Temple, Kuala Lumpur, semalam.

Hussain meninggal di tempat kejadian, manakala isterinya cedera akibat terkena tembakan rambang. 

Mereka sedang duduk di situ apabila seorang lelaki menghampiri mereka dan melepaskan beberapa das tembakan. Penembak itu melarikan diri dengan teksi bersama dua lain.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri, manakala isterinya terkena satu das di pergelangan tangan kiri dan paha kanan.

“Kejadian itu mungkin ada kaitan dengan urusan perniagaan,” katanya. 

Katanya, mayat Hussain dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, manakala isterinya dihantar ke hospital yang sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sumber :- SH