Thursday, 5 September 2013

Caj kenderaan perdagangan naik 5 peratus hari ini


Persatuan Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Wilayan Utara menaikkan caj perkhidmatan kenderaan perdagangan sebanyak lima peratus berkuatkuasa hari ini.

Presidennya Datuk Yusoff Ismail berkata kenaikan caj itu mendapat persetujuan daripada 1,000 anggotanya yang juga pengusaha kenderaan perdagangan berikutan kenaikan harga minyak diesel sebanyak 20 sen yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahad lepas.

Beliau berkata kenaikan caj itu mengambil kira kos tambahan yang perlu ditanggung antara RM130 hingga RM150 bagi setiap perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur atau Singapura.

"Sebelum harga minyak naik setiap kenderaan perdagangan ini menggunakan antara 700 hingga 800 liter diesel pada kadar RM1.80 seliter. Tetapi kenaikan 20 sen ini akan menambahkan lagi kos, namun kadar lima peratus tersebut masih rendah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha lori di Kawasan Perindustrian Mergong di Alor Setar.

Yusoff berkata harga diesel di negara ini masih pada tahap terendah berbanding dengan Thailand iaitu RM3 dan caj pengangkutan yang dikenakan pihaknya adalah pada tahap berpatutan dan tidak membebankan orang ramai.

Yusoff yang juga Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake) berkata kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen turut memberi kesan kenaikan harga barangan lain tetapi bukan secara mendadak.

"Saya yakin kenaikan harga barangan runcit hanya akan naik sekitar satu hingga lima sen sahaja dan jika ada barangan itu melambung tinggi (tindakan) peniaga itu tidak adil dan mereka ambil kesempatan," katanya.

Sementara itu, pengusaha kenderaan perdagangan, Abdul Ghani Saud berkata kenaikan caj berkenaan adalah paling minimum walaupun kos yang terpaksa ditanggung mereka amat tinggi.

- Bernama

Misteri Kuil Di Atas Bumbung Pangsapuri Mewah


Keajaiban seni bina yang didirikan di atas bumbung bangunan pencakar langit seolah-olah menjadi trend terkini pembinaan di China. Hanya beberapa hari selepas skandal yang melibatkan sebuah vila gunung yang dibina di atas bumbung sebuah bangunan apartmen Beijing, microblogger dari Shenzen menemui kuil tradisional terletak di atas sebuah bangunan.

Menurut beberapa laporan media Cina, kuil misteri dibina di atas bumbung 21-tingkat bangunan pangsapuri mewah di daerah Nanfang daripada Shenzen telah wujud selama sekurang-kurangnya tiga tahun, namun tiada siapa, walaupun penyewa tahu ia milik siapa. Struktur bumbung dikelilingi oleh dedaunan, telah berlapis jubin emas dan ciri-ciri atap terbalik tradisional yang dihiasi dengan ukiran naga dan burung phoenix. Sebuah pengimbas cap jari, kamera keselamatan dan anjing di sisi lain, pintu dikunci menghalang akses kepada kuil, tetapi jiran mengatakan ia sering digunakan untuk amalan agama tradisional Cina, seperti yang ditunjukkan oleh abu dibakar yang leyang dari bumbung. Kuil , disyaki menjadi satu lagi struktur bumbung haram, memudaratkan integriti struktur keseluruhan bangunan, tetapi penyewa mengatakan aduan mereka setakat ini seolah tidak dipedulikan.

Pemaju: Harga minyak naik, harga rumah juga naik

Peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen yang diumumkan kerajaan pada hari Isnin lalu dijangka akan turut menyumbang kepada peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus.

Laporan The Star yang memetik kenyataan dari wakil pemaju perumahan menyebut, peningkatan harga minyak itu menyebabkan kos bahan binaan meningkat.

Selain itu, peningkatan harga rumah berkenaan juga berpunca dari kekurangan jumlah tenaga kerja asing ekoran operasi besar-besaran yang dijalankan kerajaan untuk membasmi pendatang asing tanpa izin.

Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Datuk Seri Michael Yam Kong Choy dalam laporan itu berkata, kontraktor akan memindahkan kos yang ditanggung akibat kelewatan projek berkenaan kepada pembeli.

“Operasi ke atas tapak pembinaan juga menakutkan pekerja asing yang sah,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Beliau berkata golongan pekerja berkenaan akan ponteng kerja atau menangguhkan kepulangan mereka ke negara ini, sehinggalah operasi penguatkuasaan itu berakhir.

Menurutnya, pemaju terpaksa menanggung kos lebih tinggi untuk tenaga kerja untuk mengelakkan daripada didenda kerana tidak mengikut perjanjian.

Yam berkata pemaju berkenaan terpaksa membayar ganti rugi kepada pembeli rumah sekiranya projek tersebut lewat disiapkan.

Tambahnya, peningkatan harga minyak tersebut akan menjejaskan rangkaian bekalan melibatkan lebih 100 jenis perniagaan.

Kisah Benar Seorang Tukang Gunting Yang Menyeramkan


Pada awal kurun ke19, ada sebuah kedai gunting rambut. kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki. Setiap hari tokey kedai ini akan duduk di hadapan kedainya dan bertanya kepada orang yang lalu lalang, “Mahu potong kepala?”. Kebanyakkan yang terdengar hanya akan tersenyum. Sesiapa yang menjawap, “Tak lah, saya nak potong rambut” akan terselamat.

Tetapi bagi mereka yang menjawap “Ya” dan menganggap si tukang gunting rambut bergurau akan menerima nasib malang. Sesudah disiapkan di atas kerusi gunting rambut, dipakaikan kain alas untuk mengelakkan rambut jatuh di atas baju, si tukang gunting akan menyuntikkan ubat Anesthesia secara rahsia kepada mangsa. Ubat ini akan menyebabkan mangsa menjadi kebas/lumpuh dan tidak merasa sebarang kesakitan. Tukang gunting akan perlahan-lahan menghiris bahagian atas kepala mangsa hingga menampakkan otak.

Mangsa yang tidak boleh bergerak tidak akan merasa apa-apa. Tidah boleh menjerit dan hanya mampu melihat di cermin dirinya diseksa oleh tukang gunting yang kejam itu. Mangsa juga boleh mendengar dengan jelas bunyi hirisan pisau di kepalanya dan bunyi tukang gunting rambut mengoyakkan lapisan kulit kepalanya dengan perlahan-lahan dan ia kedengaran seperti mengoyak kain.

Sehinggalah sebahagian daripada tengkorak sudah dipotong dan menampakkan otak, barulah kesan Anesthesia tadi beransur-ansur hilang. Dan kesakitan akan mula terasa. Pada saat itu tukang gunting akan merentap otak mangsa dengan kuat dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat.

sumber: takmungkinbenar.com

Boleh bertutur banyak bahasa lepas kemalangan


BESUT – Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemala-ngan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.
Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.
Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.

“Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.
Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya.
Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi.
“Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujianebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada,” katanya.

Bercakap bahasa Korea selepas terjaga dari tidur
Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.
Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.
“Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air,” katanya.
Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.
Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di HUSM yang menjalankan rawatan susulan ke atasnya baru-baru ini juga menganggap kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan kejadian itu pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai doktor.
“Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar,” katanya.

Tidak boleh bercakap loghat Kelantan
Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.

Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa Kelantan sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti ‘mok’ dan ‘ayah’.

“Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana pertuturan boleh berubah,” katanya.

Dalam pada itu Noraini berkata, sejak belakangan ini dia hanya bertutur dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula selepas menunaikan solat Subuh.

“Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.

“Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea,” katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.

Katanya, dia memahami bahasa Korea atau Cina di kaca televisyen hanya ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi apabila ketika boleh bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham makna bahasa berkenaan.

Jalani rawatan alternatif

Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi anaknya dan sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif namun setakat ini tidak berhasil.
Kata Ismail, lebih memeritkan keadaan kerana boleh dikatakan setiap hari sama ada sebelum atau selepas Maghrib, Noraini akan tiba-tiba diserang sakit kepala menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapat suntikan.
“Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia mendapat suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat dibawa ke hospital,” katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini.
Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana dia tidak berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan rawatan.
Ismail menetap di alamat 2672, Kampung Baru Gong Medang dekat Tembila dekat Kampung Raja.

Bumi Tidak Menerima Mayat Mustafa Kamal Ataturk


Untuk tatapan dan peringatan kepada pemimpin yang sombong dengan hukum – hukum Allah. Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK?? Benar.. Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama.

Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung – Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam..

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat.

Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini… Moga Allah melaknat beliau..

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Sekular adalah memisahkan agama dengan semua kehidupan..!!

ϟ Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan! ϟ

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.

Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

ILMU YANG BERMANFAAT, SILA SHARE UNTUK TATAPAN SEMUA

Ombak Sungai Qiantang menghanyutkan pelancong

Gambar penuh selepas ini.

















Seram : Imej Lembaga Putih Dengan Lidah Terjelir Dirakam (Gambar)


Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk dipercayai hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelanggan dengan menggunakan telefon pintar di sebuah gerai makan di pekan Bagan Tiang, di sini tiga minggu lalu.

Pekerja kontrak, Musa Ibrahim, 40, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, dia bersama tiga rakannya sedang melepak dan bersembang di dalam ruangan khas gerai itu.

Menurutnya, seorang rakan bernama Rizan Shahrin Abdul Rahman, 35, bertindak merakam gambar kepala salah seorang rakan dengan menggunakan telefon pintar dimilikinya secara suka-suka dengan niat bergurau senda.

“Setelah itu, kami terus meneliti kembali beberapa keping gambar yang dirakam.

“Bagaimanapun, kami terkejut melihat kelibat kepala lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk muncul di penjuru kanan salah satu gambar diambil walaupun pemilik telefon pintar ini benar-benar yakin tidak melihat apa-apa sebelum rakaman gambar dibuat,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di Pekan Bagan Tiang di sini semalam.

Musa berkata, gempar dengan penemuan itu, mereka bertindak menemui salah seorang individu yang arif dalam bidang paranormal untuk mengesahkan imej lembaga berkenaan.

“Setelah meneliti gambar terbabit, individu itu mengesahkan imej hantu yang berkemungkinan ‘melintasi’ lokasi kejadian pada ketika itu.

“Kami memutuskan mendedahkan perkara ini melalui media setelah mendapat maklumat terdapat siri gangguan makhluk halus dialami penduduk sejak kebelakangan ini dan menggesa ada pihak sudi tampil ke hadapan menyelesaikan perkara ini,” katanya.