Wednesday, 13 November 2013

Tak tahan didera... wanita 8 anak melarikan diri dari rumah


KOTA BHARU – Seorang wanita yang berasal dari bandar ini terpaksa menyara lapan anaknya yang juga keciciran sekolah setelah nekad melarikan dari rumah selepas menjadi mangsa dera suami.

Wanita terbabit yang dikenali sebagai Nur, 36, terpaksa menghadapi saat getir untuk membesarkan kesemua anaknya dalam keadaan serba kekurangan setelah suaminya dihadapkan ke mahkamah di atas tuduhan memukul dirinya sehingga mendatangkan kecederaan pada 17 Januari lalu.

Nur berkata, suaminya yang dikenali berperwatakan baik dan lembut, mula berubah menjadi bengis dan pemarah sejak lima tahun lalu selepas melahirkan anak bongsunya dan sering memukulnya.

Menceritakan detik pengalaman hitamnya dipukul dan diterajang, Nur berkata, kejadian berlaku ketika dia meminta wang barangan dapur, namun dibalas dengan caci maki.

“Bukan itu sahaja, tidak cukup dengan itu perbalahan kami berlarutan sehingga dia memukul dan menyepak saya memandangkan cuba mempertahankan hak saya sebagai isteri.

“Akibat berang dengan jawapan saya itu, dia terus memukul saya tanpa belas kasihan walaupun dihalang oleh anak,” katanya.

“Saya cedera teruk di bahagian kepala, leher di samping kesan lebam di bahu akibat hentakan yang kuat dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dan ditempatkan di wad selama enam hari.

“Ekoran kes itulah, saya yang pada mulanya masih memikirkan soal anak-anak dan sanggup bertahan untuk tinggal bersamanya walaupun sering disepak terajang, mengambil tindakan untuk keluar dari rumah yang di sewa di Mulong dan berpindah di Kota Bharu demi keselamatan diri dan anak,” katanya, menurut sumber Sinar Harian.

Nur kini terpaksa menumpang di sebuah rumah milik jirannya memandangkan dia tidak mampu mencari rumah sewa.

“Saya hanya harap bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400 dan perbelanjaan lain yang dibantu anak sulung yang berusia 18 tahun yang juga keciciran sekolah turut bekerja dengan jiran menjaga warga emas dengan gaji RM50 sehari
dan anak kedua, 17 yang bekerja sebagai pencuci pinggan dengan gaji RM13 sehari.” katanya.

Amaran!!! Hati-hati dengan wang palsu di Mesir


Assalamualaikum wbt.

Perhatian kepada semua warga malaysia yg menetap di mesir!!!
Berhati2 semasa menerima duit dari pekedai2 esp org arab!

Sebermulanya kisah berlaku di mansoura. Tadi ada seorang junior telah ditipu dengan wang palsu. Nasib baik org arab yg jaga kedai photostat tu baik, (kedai depan maktabh iman) moga Allah mmberkati ammu yg jaga kedai tu. Sebab dia telah mengajar kami serba sedikit tentang wang palsu. Ammu tu juga berpesan supaya berhati2 kerana ramai anasir2 jahat ni target pelajar malaysia!

Gambar menunjukkan wang le 50. Nampak sama tapi tidak serupa. Ada kelainan. Gambar yg berada di bawah adalah yg original.

Apa yg ammu tu ajar tadi:

1. Tengok bulatan yg paling kanan sekali, wang original ada background gelap walhal wang palsu tiada

2. Tengok bulatan yg tengah, wang original ada silver lining (kat setiap wang genih ada menda ni) walhal wang palsu tiada silver lining.

3. Tengok bulatan yg paling kiri, tulisan arab tu, ana tak faham sbenarnya. Tapi yg bawah adalah original. Tulisan pada gambar yg diatas dan dibawah adalah berlainan

4. Ammu tu pesan supaya semua student berhati2. Dan check dulu duit masing2 supaya tak tertipu.

5. Wang palsu bukan sahaja utk le50 tapi utk sume wang lain!

6. Wang daripada bank adalah 100% original.

Jadi berhati2 lah. Tgk dulu duit anda sebelum terima dari mana2 kedai. Tak kisahlah kedai bakso maha ka, YT ka, rumas ka, pastikan anda dapat yg original. Mohon sebarkan kepada sahabat2 sekalian

#membangunbersamaIslam #pray4egypt