KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki seolah-olah bermain tarik tali di dalam mahkamah semalam apabila menukar pengakuan bersalah kepada tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan adiknya.
Pada mulanya, Abdul Khalil Razak, 26, dari Kampung Jeram Hulu, Tepoh, di sini, mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut, namun akhirnya menukar pengakuan tidak bersalah selepas melihat barang-barang kes yang ditunjukkan kepadanya. Menurut sumber Bernama.
Berdasarkan pertuduhan, Abdul Khalil didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada adiknya, Ibrahim Helmi Razak, 24, dengan memukul mangsa menggunakan sebatang penyapu dan sebatang besi vakum di sebuah rumah di Gong Badak, di sini, kira-kira jam 4 petang, 16 September lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.
Majistret Abdul Hayyi Salim menetapkan 13 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Mahkamah turut membenarkan Abdul Khalil diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan Inspektor Miky Dunstan Muda manakala Abdul Khalil tidak diwakili peguam.

No comments:
Post a Comment