Monday, 23 September 2013

Baju dalam warna merah bukan saya punya - Rozita Che Wan


Siapa yang tidak kenal dengan Rozita Che Wan? Baru-baru ini hangat media sosial apabila tersebar satu gambar pakaian dalam bewarna merah dikatakan milik pelakon seksi itu. Individu yang memuat naik gambar tersebut cuba mencari pembeli yang berminat.

Namun melalui temubual bersama Kosmo!, Rozita Che Wan telah menjelaskan isu tersebut:

Saya tahu selepas adik saya, Ayu (Ayu Raudhah) beritahu tentang perkara itu pada minggu lalu. Apa lagi, saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu.

Ditanya mengenai reaksi Rozita Che Wan, dia mengatakan isu tersebut adalah satu pekerjaan yang gila dan tidak masuk akal. Rozita Che Wan turut menyatakan selagi tidak mengganggu periuk nasinya, dia tidak akan mengenakan apa-apa tindakan.

Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya (ketawa). Namun, sebab mereka menggunakan nama saya dan menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini.

Selepas korset, baju dalam pula, kalau macam ini saya nak buka perniagaan baju dalam jenama Rozita Che Wan, lagi bagus tidak perlulah orang guna nama saya lagi (ketawa). Setakat hari ini, saya hanya ada perniagaan tudung yang diberi nama Padusi sahaja bersama adik-beradik saya yang lain.

Gambar yang disebarkan:







No comments:

Post a Comment