KLANG – Seorang ahli kumpulan kongsi gelap dari Geng 18 ditahan ketika sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Batu Nilam 21C, Bandar Bukit Tinggi, di sini, awal pagi semalam.
Turut ditahan dalam Ops Cantas Khas oleh Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Selangor itu, 15 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang bekerja di premis terbabit.
Pegawai Turus Cawangan D7 Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, dalam serbuan kira-kira jam 12.15 pagi itu, 50 pengunjung premis diperiksa. Menurut sumber Sinar Harian.
Dalam pemeriksaan itu, katanya, pihaknya mengesan seorang lelaki mempunyai tatu menyerupai lambang kumpulan kongsi gelap Geng 18.
Katanya, siasatan awal mendapati lelaki berusia 29 tahun itu menyertai kumpulan kongsi gelap terbabit sejak berusia 15 tahun.
Katanya, suspek lelaki itu turut membelanjakan kira-kira RM1,400 untuk membuat tatu lambang kumpulan tersebut di beberapa bahagian badannya.
Dalam perkembangan sama, Rohan Shah berkata, seramai 15 GRO asing termasuk seorang berusia 18 tahun turut ditahan.
“Sembilan daripada mereka termasuk seorang berusia 18 tahun warga Vietnam, empat warga Thailand, seorang warga Indonesia dan seorang warga Myanmar.
“Kesemua mereka ditahan kerana didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya, semalam.
Katanya, turut ditahan, seorang penjaga premis tempatan dan semakan menunjukkan kelab hiburan itu pernah diserbu polis sebelum ini.
“Kesemua GRO, penjaga premis serta seorang ahli Geng 18 yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

No comments:
Post a Comment