Monday 23 September 2013

Buta kedua-dua mata disimbah asid


Miri – Seorang pekerja bengkel membaiki mesin rumput buta kedua-dua mata selain melecur di muka, badan, muka, kaki dan tangan akibat disimbah asid oleh seorang lelaki di Jalan Cina, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian, Wong Sin Yew, 57, sedang membaiki mesin rumput di kaki lima premis terbabit sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang memakai topi keledar lalu menyimbah asid ke arahnya.


Difahamkan, ketika kejadian jam 1.30 tengah hari itu majikan mangsa serta beberapa pekerja lain berada di dalam ruang pejabat kedai berkenaan dan hanya menyedarinya sebaik mendengar mangsa meraung kesakitan. Menurtu sumber Metro.

Anak perempuan mangsa berusia 30-an yang enggan nama disiarkan berkata, mereka sekeluarga mendapat tahu kejadian itu selepas menerima panggilan telefon daripada majikan memaklumkan bapanya dikejarkan ke Hospital Miri.

“Keadaan bapa agak parah kerana kedua-dua matanya buta selain beberapa bahagian badannya melecur teruk.

No comments:

Post a Comment