Monday, 11 November 2013

Identiti Sebenar Suspek Bunuh Pegawai Bank Akhirnya Terdedah!


Suspek bunuh pegawai AmBank adalah warga Indonesia 

Suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan pegawai AmBank dalam satu rompakan lebih dua minggu lalu dikenal pasti sebagai warga Indonesia dari Sulawesi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata suspek dikenali sebagai Laode Ardina Laode Rasila, 35, dari Desa Latugoh, Kacamatan Lawa, Sulawesi.

Katanya, Laode Ardina menggunakan dokumen pengenalan palsu dengan nama sebagai Ardi Hamzah dari Sabah untuk memohon pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.

“Beliau dikatakan membeli pengenalan palsu daripada seorang lagi warga Indonesia sebelum memohon pekerjaan itu,” katanya.

Laode Ardina yang menyamar menembak mati pegawai AmBank, Norazita Abu Bakar pada 23 Oktober sebelum melarikan RM450,000.

Polis percaya sejumlah besar wang disimpan oleh rakan Laode Ardina, seorang lagi warga Indonesia yang dikenali sebagai Joemar.

“Kami tahu suspek yang berada dalam tahanan melakukan jenayah dengan bantuan seorang rakan yang masih lagi bebas,” kata Khalid kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, polis menahan Laode Ardina di Johor semasa cuba melarikan diri ke luar negara ~ The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment