PASIR PUTEH – Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Daerah Maritim Tok Bali yang hilang bersama bot nelayan Vietnam yang digeledah dalam operasi di perairan Kelantan Sabtu lalu (7 September) masih belum ditemui.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, dua anggota yang menyertai operasi bersama lima lagi anggota daripada Kapal KM Ligitan itu naik ke bot Vietnam bernombor BT 93752 untuk menggeledah selepas menahannya pada posisi 102.5 dari Tok Bali.
Katanya, lima nelayan Vietnam dibawa ke Kapal KM Ligitan, sementara dua lagi termasuk tekong berada di atas bot mereka yang digeledah jam 6.58 pagi.
“Ketika itu KM Ligitan mengejar satu lagi bot nelayan dan selepas gagal, KM Ligitan kembali ke posisi di mana bot yang ditahan bersauh dan mendapati bot tersebut tidak ada di situ,’ katanya pada sidang media di Bilik Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim di Tok Bali dekat sini, petang tadi.
Sehubungan itu katanya, operasi mencari dan menyelamat digerakkan sejak Ahad lalu membabitkan tiga kapal dan satu pesawat Agensi Penguatkuasaan Maritim serta satu kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Dua anggota terbabit ialah Laskar Kelas II Mohd Ramdhan Hizam, 22, (mula berkhidmat 4 Januari 2010) berasal dari Johor dan Laskar Kelas II Mohammad Sabrie Shahibul, 24, (mula berkhidmat 18 Julai 2011) berasal dari Sabah.
Shahidan yang bertanggungjawab berhubung perihal Parlimen, Agensi Penguatkuasaan Maritim dan Bantuan Bencana Alam berkata, bot Vietnam itu mungkin mengalami kerosakan dan berada di perairan negara tersebut.
“Kita tidak pasti apa yang berlaku kerana ketika operasi itu dilakukan, laut bergelora dan hujan, kita menerima pelbagai maklumat awal tapi masih belum dapat menentukan kesahihannya, maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
“Saya yakin dua anggota kita yang bersenjata ketika menggeledah itu berada dalam keadaan selamat dan ada usaha daripada nelayan Vietnam untuk membawa mereka ke perairan negara,” katanya.
Shahidan berkata, beliau sudah menghubungi Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman untuk urusan diplomatik kedua-dua negara.
“Kita menjangkakan Kapal KM Ligitan yang membawa lima awak-awak Vietnam yang ditahan tiba di Jeti Operasi Tok Bali jam 11 malam ini (semalam) kerana menghadapi masalah enjin dan hanya bergerak pada kelajuan 10 knot,” katanya.
Bot nelayan itu katanya, bukan sahaja melakukan kesalahan menceroboh perairan negara malah menangkap ikan menggunakan pukat tunda ganding yang dilarang penggunaannya di negara ini. – SH

No comments:
Post a Comment