Malah kisah hidup pahlawan dan perjuangan Mat Kilau pun diketahui dengan jelas. Pengalaman di bawah penjajahan Inggeris dan Jepun masih diingati sehingga sekarang. Wajahnya tidak berkedut seperti warga emas lain. Mohamed Soleh Ali lebih mesra panggilan Tok Ayah memberitahu ketika penjajahan Jepun beliau mempunyai tiga anak. Kesemua anaknya 13 orang dan sekarang hanya tinggal lima. Begitu juga kesemua 13 isterinya juga sudah meninggal dunia.
Anggota keluarganya, Stapa Ismail, 61 berkata, kegemaran Tok Ayah dari muda sehingga sekarang berjalan kaki ke mana sahaja. “Dia pernah memberitahu berjalan kaki ke Johor, Pahang dan Terengganu semasa muda. Sekarang masih lagi mampu berjalan kaki ke bandar Pasir Mas,” katanya di sini. Tok Ayah tinggal di Kampung Gelugur, Bukit Panau kelmarin dikunjungi Mursyidul PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mantan Menteri Besar itu juga menghadiahkan tongkatnya kepada Tok Ayah di samping wang.
Stapa memberitahu paling aneh anak dan cucunya tidak tahu ke mana Tok Ayah pergi setiap hari, namun ketika pulang ada sahaja makanan yang dibawanya. “Malah ada ketika anaknya nampak Tok Ayah naik kereta pergi, namun tidak lama kemudian dilihat ada di dalam rumah. “Banyak sebenarnya kisah pelik kalau hendak cerita tentang Tok Ayah. Apa yang saya tahu sejak dahulu sehingga sekarang dia tidak bekerja tetap dan hanya tahu berjalan sahaja. “Namun tangannya sentiasa ada buah tasbih.
Tok Ayah hanya meminum air telaga yang tidak dimasak. Kalau orang bagi duit kepadanya dia akan bagi kepada orang lain pula,” katanya. Cucu Tok Ayah pun ada yang sudah berusia lebih 60 tahun.
Sementara itu tidak jauh daripada kampung tersebut juga ada seorang wanita berusia 126 tahun, sekarang tinggal bersama anaknya di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau.
No comments:
Post a Comment