Thursday 26 September 2013

Rumah port lampias nafsu


IPOH – Sebuah rumah dijadikan tumpuan warga asing untuk melampiaskan nafsu digempur dalam satu serbuan ‘Op 6P Bersepadu’, semalam.

Serbuan pegawai Jabatan Imigresen Negeri dan Jabatan Pendaftaran itu berjaya menahan seorang wanita warga Indonesia berusia lewat 20-an bersama enam lelaki di rumah terbabit kira-kira jam 1 pagi.

Serbuan itu dilakukan selepas menerima maklumat apabila kawasan terbabit menjadi tumpuan pendatang asing menyewa beramai-ramai sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada penduduk tempatan.

Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen Negeri, Wan Mahmud Zuhdi Wan Hassan berkata, penghuni rumah terbabit enggan membuka ketika melakukan pemeriksaan di setiap rumah bagi mengenal pasti identiti.

“Tindakan penghuni yang enggan memberi kerjasama menyebabkan pihak Imigresen terpaksa memecahkan pintu kediaman terbabit.

“Siasatan mendapati rumah terbabit didiami seorang wanita dan enam lelaki. Keadaan mereka mencurigakan apabila mereka tidak mempunyai sebarang hubungan selain menetap beramai-ramai di rumah mempunyai dua bilik tidur sahaja,” katanya. Menurut sumber Sinar Harian.

Pada masa sama, seramai 13 lelaki warga Pakistan, India, Thailand dan Bangladesh ditahan di dua restoran di Ipoh Jaya.

Wan Mahmud Zuhdi berkata, seorang lelaki tempatan yang dipercayai majikan kepada pekerja asing itu turut ditahan atas kesalahan menggaji pekerja secara haram.

“Serbuan turut dilakukan di sebuah rumah di Taman Utama Bercham dan menahan tiga lelaki warga India. Hasil pemeriksaan, kesemua 35 warga asing berusia 26 hingga 33 tahun itu tidak mempunyai dokumen sah selain menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Kesemua mereka ditahan di lokap Imigresen bagi tujuan siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen di Langkap,” katanya.

No comments:

Post a Comment