Thursday, 26 September 2013

Kejam, Bayi baru lahir ditanam hidup-hidup


BINTULU – Rahsia besar seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang tergamak menanam bayinya sendiri yang baru lahir di Kampung Baru di sini terbongkar apabila kubur bayi malang itu digali polis semalam.

Remaja itu ditahan pada pukul 2 pagi ketika sedang berehat di rumah keluarganya.

Difahamkan, bayi malang itu dilahirkan hasil hubungan sulit suspek dengan teman wanitanya yang berusia 15 tahun.

Menurut sumber, mayat bayi malang itu ditanam oleh suspek di kawasan belukar kira-kira 20 meter dari belakang rumahnya sebaik dia dilahirkan pada 22 September lalu. Menurut sumber Kosmo!.

“Bagaimanapun, tindakan suspek akhirnya terbongkar selepas teman wanitanya mengalami pendarahan teruk sebelum dihantar oleh ibunya ke hospital.

“Pemeriksaan doktor mengesahkan remaja berkenaan telah menyembunyikan kelahiran bayinya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

No comments:

Post a Comment