Friday 27 September 2013

Demam Cinta Jannah, Fara Terima Kejutan Dari Aeril Zafrel


Bagi mereka yang pengikuti drama bersiri TV3 berjudul Cinta Jannah, pasti akan kenal dengan pelakon kacak, Aeril Zafrel yang memegang watak sebagai Izaryl kan?

Nampaknya bukan anda sahaja yang terhibur dan tersentuh melihat kisah cinta antara Nur Jannah lakonan Nelydia Senrose dan Aeril Zafrel, malah penyampai radio terkenal, Fara Fauzana turut merasakan hal yang sama.

Justeru itu pagi tadi Fara Fauzana telah dikejutkan dengan kehadiran pelakon kacak tersebut di konti radio Hot FM dan menerusi paparan video yang sempat dirakamkan, Fara turut menerima hadiah istimewa daripada Aeril berupa sekotak coklat dan teddy bear.

Wah, beruntung Fara kan? Bukan sahaja dikejutkan dengan kehadiran Aeril, malah turut menerima hadiah istimewa daripada pelakon hebat tersebut.
Dalam pada itu, menerusi video berlainan, Aeril turut kelihatan comel apabila menjawab soalan yang diajukan oleh Fara dan mereka kelihatan begitu serasi.

Melalui laman sosial Fara, penyampai radio tersebut turut berkongsi beberapa foto mesra mereka dan antara salah satu caption yang dikongsikan oleh Fara adalah berbunyi :


Amboi nampaknya bukan Fara sahaja yang berminat dengan lakonan mantap Aeril Zafrel, malah Shila Amzah pun turut layan drama tersebut. Apa pun, di sini ada beberapa foto mesra Fara dan Aeril buat tatapan semua peminat setia Cinta Jannah.

No comments:

Post a Comment