Friday, 27 September 2013

Artis dan Selebriti Tempatan Yang Meninggal di Usia Muda

Ramai artis/celebrity yg meninggal di usia muda. Jom senaraikan nama2 mereka dan sertakan alfatihah untuk mereka...

Yanie Mentor
Yanie Mentor (Siti Suriane Julkarim) meninggal dunia kerana penyakit ketumbuhan pada paru-paru pada 21 Mac 2010. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Keningau, Sabah. Foto kredit : mybloghub.my

Acik Spin
Dua minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) pula terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang Serembang sdn. bhd, dengan kereta Toyota Estima yang dipandu oleh sahabatnya terbabas. Allahyarham meninggal dalam usia 28 tahun pada 17 April 2010.

Din Beramboi
Pelawak dan DJ radio popular Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri) meninggal dunia pada usia 44 tahun kerana mengidap demam Denggi berdarah, di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pada 2 April 2010. Pemergian Allahyarham disaksikan oleh ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Datuk Sosilawati Lawiya (Tokoh Korporat)
Sebelum umat Islam menyambut kemeriahan Syawal tahun ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kehilangan bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya, 47. Kematian jutawan kosmetik sensasi ini mencatat rekod jenayah baru apabila kematiannya dipercayai telah dibunuh oleh 7 suspek. Lebih tragis, pembunuhan ini turut melibatkan kakitangan Sosilawati yang setia berkhidmat untuknya. Hasil penyiasatan, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

Faizal Yusof
Al Fatihah kepada bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah disahkan meninggaldunia. Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung. Allahyarham meninggal diHospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan jam 10 pagi (2 Januari 2011). Semoga segalanya dipermudahkan. Al-Fatihah.

ARTIS INDONESIA VALIA RAHMAN MENINGGAL DUNIA DI USIA 27
Pengacara dan artis kelahiran Jakarta Indonesia Valia Rahma telah meninggal dunia selepas sembilan hari koma akibat terbabit dalam satu kemalangan di Bali baru baru ini Menurut sumber Lagi artis filem Hantu Jeruk Purut menghembuskan nafas terakhir


ARIFF JOHAN BEKAS SUAMI PENYANYI ATILIA MENINGGAL DUNIA AKIBAT
KANSER HATI

KUALA LUMPUR, 7 OGOS 2013: Bekas suami penyanyi Atilia, Ariff Johan Abdul Jalil telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti, Petaling Jaya, kira-kira jam12 tengah malam tadi.
Ariff Johan meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat penyakit kanser hati. Kematian Ariff Johan telah disahkan sendiri oleh penyanyi evergreen, Salamiah Hassan yang juga adalah bekas ibu mertuanya.
Kata Salamiah Hassan kepada portal Murai, walaupun Ariff Johan dan Atilia sudah lama berpisah, namun pemergian Ariff Johan benar-benar menyedihkan buat dia sekeluarga.

"Waktu saya melawat dia di hospital sebelum kematian dia, dia masih ingat saya lagi.Sedih sekali, dia pergi pada usia yang muda dan saya pasti ibunya adalah orang yang paling sedih sekali di atas kematiannya itu," katanya.

Jelas Salamiah Hassan lagi, sebelum disahkan menghidap penyakit kanser hati, Ariff Johan sendiri tidak menyedari tentang penyakit itu, namun dia seringkali tidak berselera untuk makan.
"Bapa dia ingat dia mahu diet. Tapi, bila dia buat medical check up, barulah dia dapat tahu dia menghidap penyakit kanser hati dan ianya sudah pun berada di tahap yang keempat.
"Tak sangkakan? Buat semua, hargailah orang-orang yang menyayangi kita terutama yang mereka yang rapat dan sentiasa berada di sekeliling kita. Hidup ini terlalu pendek dan kita tidak akan tahu bila masa kita akan pergi," katanya lagi.

Sepanjang hayatnya, arwah Ariff Johan pernah menyertai program Sehati Berdansa terbitan Astro bersama Atilia. Ketika itu, mereka masih lagi suami isteri. Pasangan ini bercerai pada awal 2009 selepas 10 tahun melayari bahtera rumahtangga.

Jenazah arwah akan dikebumikan di tanah perkuburan orang-orang Islam di Bukit Kiara selepas Zuhur nanti.
Portal Murai mengucapkan takziah buat Atilia sekeluarga beserta keluarga Ariff Johan di atas pemergian arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..

No comments:

Post a Comment