Friday, 27 September 2013

Pelajar tingkatan satu dirogol dalam semak


KEMAMAN – Kegembiraan keluar bersiar-siar bersama teman lelaki bertukar menjadi detik hitam buat seorang pelajar tingkatan satu apabila dirogol teman lelakinya itu di dalam semak tepi jalan Kampung Chabang, Kerteh, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa yang berusia 13 tahun keluar bersama teman lelaki berusia 18 tahun yang baru dua bulan dikenalinya, dengan menaiki motosikal.

Bagaimanapun apabila tiba di lokasi kejadian, suspek yang bekerja sebagai buruh di Lapangan Terbang Kerteh secara tiba-tiba memberhentikan motosikal ditunggangi itu sebelum membawa mangsa ke dalam semak lalu memperkosanya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, keluarga mangsa mengetahui kejadian yang berlaku pada anak mereka selepas mangsa pulang ke rumah.

“Keluarga mangsa kemudiannya membawa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kerteh seterusnya melakukan pemeriksaan di Hospital Kemaman.

“Pemeriksaan doktor ke atas mangsa mendapati terdapat kesan koyak lama pada kemaluan mangsa. Justeru, kita akan lakukan siasatan lanjut,” katanya.

Polis kini sedang mengesan suspek bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sementara itu, Che Suza turut menasihati ibu bapa agar mengawasi pergerakan dan pergaulan anak masing-masing bagi mengelakkan kejadian seperti itu berlaku.

Malah, remaja perempuan juga diingatkan tidak terlalu cepat mempercayai orang yang baru dikenali demi keselamatan diri.

No comments:

Post a Comment