Sunday 23 June 2013

Langkah Keselamatan Ketika Jerebu!!!



Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan bahan pencemar lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Jika dilihat dari jauh (seperti dari kapal terbang), jerebu berwarna keperangan, tetapi jika dilihat dari dekat, ia berwarna putih seperti asap. Jerebu tebal dikenali sebagai asbut.

Punca-punca jerebu

Pembakaran hutan
Pembakaran secara terbuka
Asap daripada kilang
Asap daripada kenderaan.Di Malaysia


Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU salah satu pengukuran tahap ketebalan jerebu. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50         Baik
51 - 100     Sederhana
101 - 200  Tidak sihat
201 - 300  Sangat tidak sihat
301 - 400  Berbahaya
401 - 500  Sangat berbahaya
Lebih 501  Darurat


Kesan Jerebu Terhadap Kesihatan
  • Keradangan kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Tips Dan Langkah Keselamatan Ketika Jerebu
  • Sentiasa tutup pintu dan tingkap ketika berada di rumah
  • Gunakan topeng muka yang sesuai ketika keluar rumah.
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Cuci tangan dan muka anda sebaik sahaja anda masuk ke dalam rumah dan mandi dengan kerap
  • Banyakkan minum air - Kementerian Kesihatan, melalui portal myHealth menyarankan bahawa apabila keadaan jerebu teruk, anda harus minum dua liter air sehari. .
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
  • Pesakit yang penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah teruk. 
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, tidak merokok di dalam rumah. 
  • Jauhi diri dari perokok tetapi jika anda sendiri seorang perokok, berhentilah dengan segera. 
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. 
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya. 
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat,
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

No comments:

Post a Comment