Tuesday, 11 June 2013

Kisah Misteri Pontianak Mengilai (Kisah Seram)


Kisah Misteri Pontianak Mengilai (Kisah Seram) | Nama saya Suhaimi, berumur 16 tahun. Saya baru sahaja selesai peperiksaan peringkat 'O'. Saya baru dapat peluang emel pengalaman seram saya, lega rasanya sudah selesai peperiksaan ini. Perkara ini berlaku dua minggu yang lalu, pada hari Ahad. Saya sedang belajar untuk subjek Fizik, kerana esoknya peperiksaan untuk subjek tersebut. Maklumlah, nak dapat keputusan cemerlang, kenalah belajar lebih sedikit hingga ke larut malam. Saya mula mengulangkaji subjek tersebut pada siang hari, hinggalah sekitar 12 tengah malam. Saya pergi ke dapur untuk membuat secawan air Milo dan kembali ke bilik untuk sambung belajar. Sambil belajar, sambil itu saya mendengar rancangan radio


Sambil mengulangkaji pelajaran, saya mendengar rancangan radio dengan suara yang amat perlahan. Tiba-tiba, saya terdengar seperti ada bunyi ketawa yang sangat lembut. Saya ingatkan nyonya yang main mahjong di blok depan, jadi saya pun tak hiraukannya. Makin lama, makin kuat kedengaran bunyi ketawa itu. Saya pun mula rasa takut, bulu roma semua ternaik. Saya pun cepat-cepat tukar stesen radio kepada yang lain kerana rasa takut yang amat sangat. Walaupun rasa takut sudah mula menyelubungi diri saya, saya tetap menguatkan semangat untuk sambung mengulangkaji. Masa menunjukkan satu lebih pagi, saya masih mengulangkaji pelajaran.


Sedang saya belajar, saya tidak tahu mengapa, tetapi saya pusingkan kepala saya ke arah tingkap, yang berada di sebelah kiri saya. Saya terkejut apabila terlihat seperti ada kain putih yang berterbangan di salah sebuah tingkap di blok depan yang berhadapan dengan rumah saya. Pada mulanya, saya kelip dan menggosok mata saya untuk memastikan apa yang saya lihat itu adalah benar. Memang benar, apa yang saya lihat memang betul. Kain puth itu sedang berterbangan di luar tingkap di blok depan, saya takut sangat dan terus simpan semua buku-buku dan nota-nota saya dan terus masuk tidur.


Saya susah nak tidur pada malam itu, terfikirkan tentang perkara itu. Sebelum ini saya tak pernah mengalami perkara sebegitu rupa. Maklumlah, ini pertama kali, menggelabah saya dibuatnya. Sangat menyeramkan. Sejak kejadian itu, saya tidak mengulangkaji pelajaran sehingga larut malam lagi. Saya sudah serik dengan pengalaman saya yang sangat menyeramkan itu. Sekian, terima kasih dan selamat tengah malam...

No comments:

Post a Comment