Apabila sudah cukup kepingan sulfur yang kebiasaan beratnya sehingga 90kg, cabaran sebenar akan bermula. Anda sudah boleh pulang dari tempat kerja anda dengan mengangkut kedua bakul tersebut. Dengan hanya menyandarkan dua raga seberat 90 kg ini kepada sebelah bahu , anda perlu mendaki naik dari cerun kawah yang berbatu dan berjalan pulang sejauh 4000 meter ke tempat pengumpulan sulfur.
Sekarang, anda sudah boleh menerima bayaran untuk gaji harian anda. Bakul yang anda bawa akan ditimbang. Bagi kerja yang paling berat dan berisiko yang anda pernah lakukan ini, anda hanya dibayar rm15 sahaja bagi setiap 90 kg sulfur yang anda bawa pulang. Itulah mata pencarian bagi 300 pelombong sulfur di kawah gunung berapi Ijen, Indonesia.
No comments:
Post a Comment