Beg payung terjun keselamatan hanya ada 4.
Kata Atlet Negara "Saya seringkali mengharumkan nama negara di mata dunia jadi saya tidak boleh mati dahulu. Saya patut mendapat 1 payung terjun."
Kesemua penumpang bersetuju dan Atlet Negara pun melompat keluar dengan memakai beg payung terjun tersebut.
Pemuda genius jg memberikan alasan yg sama bahawa dia masih muda dan boleh menyumbangkan sesuatu kepada negara di masa akan datang dan dipersetujui untuk mendapat 1 lagi beg payung terjun tersebut.
Datin Seri juga tanpa memberikan alasan terus sahaja mengambil salah satu beg dan terus memakainya sambil berkata "Saya isteri Perdana Menteri dan Wanita Pertama di dalam Negara. Saya juga seorang yang amat bijak."
Datin Seri tersebut kemudiannya melompat keluar dari kapal terbang tersebut.
Jadi yang tertinggal hanya doktor tersebut dan budak berumur 8thn tersebut.
Doktor tersebut terus berkata "Nak, kau sahaja la yg pakai payung terjun itu. Kau masih muda dan mungkin akan menyumbangkn sesuatu kepada negara. Pakcik sudah lama hidup dan akan mati juga sebelum kamu. Perjalanan hidup kamu masih panjang. Kamu pakai la dan selamatkn diri kamu. pakcik redha dengan takdir ini."
Lantas doktor itu pun memakaikan budak tersebut dengan beg payung terjun yang masih tersisa.
Budak 8thn pun berkata "Doktor tidak perlu berkorban untuk saya. Marilah kita sama2 terjun menyelamatkan diri. Di bawah kerusi itu masih ada 1 lagi beg payung terjun. Saya pun tak taw kenapa nenek tadi tu pakai beg sekolah saya dan terjun. Mudah-mudahan dia selamat"
No comments:
Post a Comment