Monday, 30 September 2013

Gempar!!! Orang Minyak Akhirnya Ditangkap Polis

(Sekadar Gambar Hiasan)

BENTONG – Pihak polis akhirnya berjaya menyelesaikan satu kes misteri orang minyak yang digembar-gemburkan berlaku pertengahan tahun lalu menerusi pengakuan daripada seorang suspek yang ditahan pada 14 November lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, hasil siasatan ke atas suspek berusia 42 tahun dan berasal dari Tambunan, Sabah itu, polis telah berjaya menemui bukti lelaki terbabit melakukan 13 kes melibatkan jenayah rogol, bunuh dan samun.

Tambahnya lagi, suspek dipercayai melakukan enam kes rogol dan empat kes bunuh melibatkan lima kematian yang berlaku sejak Mac 2009 hingga 14 November lalu.

“Suspek yang kini masih ditahan reman sehingga 27 November dilaporkan tidak mempunyai masalah mental dan memberi kerjasama baik kepada polis yang menjalankan siasatan.

“Selain 13 kes itu, polis juga sedang menjalankan siasatan melibatkan beberapa lagi kes pecah rumah yang dipercayai dilakukan suspek,” katanya.

Tambah Abdul Aziz lagi, hasil siasatan mendapati suspek sebelum ini pernah bekerja di kilang dan pencuci kereta, namun kemudiannya tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak tiga tahun lalu.

Dalam tempoh itu, pihak polis percaya suspek telah menjalankan kegiatan jenayah yang dilaporkan.

“Bagaimanapun sebelum penangkapannya, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Menerusi bukti yang ada polis yakin dapat mendakwa suspek atas kes yang dilakukan selama ini,” katanya.

Suspek telah berjaya ditahan di hutan belakang Taman Hussein, pada 14 November lepas oleh tiga anggota polis berpangkat konstabel dan seorang orang awam ketika cuba meninjau kawasan perumahan di situ menggunakan teropong.

Dalam kejadian itu, seorang anggota cedera di bahagian leher akibat dilibas dengan pisau Rambo oleh suspek.– Info Terkini @ forblogger.net

No comments:

Post a Comment