Wednesday, 25 September 2013

Lagi tragedi bas kemalangan


Johor Bahru: “Papan itu melayang masuk ke dalam bas dan ia terhenti kira-kira seinci dari dahi saya. Jika ia terus meluncur, saya mungkin maut dalam kemalangan ini,” kata Razlan Abdullah Ismail, 46, semalam.

Razlan seorang daripada 22 penumpang bas ekspres dua tingkat yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Johor Bahru, yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler membawa muatan papan di Kilometer 45.9, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, jam 5.50 pagi, semalam.

Dalam kejadian itu, tiga maut membabitkan pemandu kedua bas, R Shashi Kumar, 23, penumpang bas, Edi Setiono, 41, dan pemandu treler, A Majid Sadar Mohd, 59.

Seramai 14 penumpang bas berkenaan cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kulai (HP).





KEMALANGAN membabitkan bas ekspres dan lori membawa kayu di Kilometer 45.9, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, semalam.

Razlan berkata, kejadian berlaku kira-kira dua jam selepas dia berbual dengan Shashi Kumar.

Sumber : Mymetro!

No comments:

Post a Comment