Wednesday 25 September 2013

Loloskan diri ketika dikejar polis


LUKUT – Polis sedang memburu sekumpulan penjenayah yang berjaya meloloskan diri ketika dikejar polis di Kuala Lukut, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, polis turut melepaskan beberapa das tembakan selepas amaran polis agar penjenayah memberhentikan kereta tidak dihiraukan.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian, penjenayah tersebut telah melakukan beberapa siri rompakan di sekitar kawasan Port Dickson dan Lukut. Menurut sumber Sinar Harian.

“Hasil maklumat daripada mangsa, polis melakukan rondaan sebelum dapat mengesan suspek yang menaiki kereta jenis Volkswagen GTI dan dua lagi kereta Toyota Vios dan Mazda. Dua kenderaan ini merupakan kereta yang dicuri dari rumah salah seorang mangsa.

“Polis mengejar suspek dan sebaik tiba di Pekan Lukut, polis melepaskan tembakan sebelum Volkswagen itu terbabas masuk ke longkang. Pemandunya berjaya melarikan diri bersama suspek lain,” katanya.

Menurutnya, salah satu kenderaan berkenaan kemudian dipandu menuju ke Port Dickson dan sebuah lagi menuju ke Seremban.

“Siasatan awal polis menemui semula peti besi milik mangsa yang dilarikan suspek di dalam Volkswagen tersebut,” katanya.

Sumber berkata, Toyota Vios milik mangsa yang dilarikan suspek bagaimanapun ditemui di Dataran Segar, Lukut dan didapati ada beberapa kesan tembakan serta kesan remuk di bahagian belakang kereta, dipercayai akibat pelanggaran semasa insiden dikejar kereta peronda polis.

“Kereta berkenaan ditinggalkan dalam keadaan kosong dan hanya didapati ada sebilah parang,” katanya.

Beliau berkata, kira-kira 12 tengah hari, polis mendapat maklumat salah sebuah kereta yang dipandu penjenayah ditemui di Dataran Segar, Lukut dengan kesan tembakan serta kemek di bahagian belakang kereta berkenaan.

“Turut ditemui adalah sebilah parang dipercayai digunakan suspek untuk rompakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superitendan Abd Wahab Harun mengesahkan kejadian

No comments:

Post a Comment