Sunday, 1 September 2013

Lagi mayat bayi baru lahir ditemui


IPOH – Mayat bayi lelaki yang baharu lahir ditemui terapung di dalam Sungai Pari berhampiran Taman Falim Indah di sini hari ini.

Pegawai Bomba Kanan Dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Abdul Manap Hashim berkata mayat bayi itu yang masih bertali pusat dan uri ditemui orang awam yang melalui jambatan di sungai itu kira-kira pukul 5 petang tadi.

“Bayi itu ditemui dalam keadaan sudah kembung dan tanpa pakaian. Kita percaya ia baharu dilahirkan berdasarkan tali pusat dan uri yang masih ada pada bayi itu,” katanya ditempat kejadian.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dibuang di kawasan berhampiran dan dibawa arus sungai.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran. – Bernama/SH

No comments:

Post a Comment