Monday 7 October 2013

Kisah Hidup Wan Maimunah Kini

Dalam tak disangka pelakon yang selalu kita lihat kat kaca tv ini, Wan Maimunah sudah lama tidak kelihatan sejak beberapa bulan ini.

Dengan panggilan mesranya sebagai ibu, Wan menganggap sudah masanya khidmat lakonan dia dilupakan oleh mana-mana produksi.

Memetik daripada SinarHarian kelmarin, Wan sempat meluahkan nasib yang menimpanya itu..

“Ibu dah lama tak dapat 'job'. Orang dah tak panggil ibu lagi...,”

“Ibu tak ingat drama terakhir ibu, tapi seingat ibu, memang dah lama lah tak berlakon.

“Ibu pun pelik, kenapa ibu tak dipanggil lagi. Mungkin produksi dah tak mahu khidmat ibu dan mungkin sudah ada pengganti.

“Ibu teringin nak berlakon lagi lagipun ibu masih boleh bekerja. Ibu masih boleh hafal skrip dan beraksi dengan jiwa seperti dahulu,

“Ibu sekarang ada buat perniagaan kecil-kecilan jual barang-barang wanita termasuk baju dan tudung.

“Nak jual kat pasar malam dan buka kedai, ibu tak mampu nak sediakan modal besar-besar. Jadi, ibu nak buka gerai depan rumah ibu saja.

“Bukan apa, meniaga ni, untuk sara makan minum ibu saja. Cukuplah sekadar ibu tak menyusahkan sesiapa,” -Wan Maiumnah.

No comments:

Post a Comment