Monday, 7 October 2013

Black Pele Ditembak Mati Di Thailand

Bangkok – Pasukan keselamatan Thai kelmarin menembak mati empat anggota pemisah, termasuk Abdul Roheng Da-eso atau “Black Pele” yang dikehendaki menerusi 10 waran tangkap.

Keempat-empat mereka terbunuh dalam kejadian tembak-menembak selama 15 minit.

Dua anggota polis turut mati dalam kejadian yang menyaksikan 50 anggota polis dan tentera menyerbu sebuah kediaman di daerah Rueso, kira-kira jam 2 petang selepas pihak berkuasa diberitahu terdapat sekumpulan pemisah bersembunyi di situ.

Ketika mendekati kediaman terbabit, kehadiran pasukan keselamatan itu disedari kumpulan pemisah yang kemudian melepaskan tembakan. Pihak berkuasa membalas tembakan dan kejadian itu berlarutan selama 15 minit mengakibatkan dua anggota polis maut.

Kejadian berakhir apabila tujuh anggota pemisah menyerah diri dan keluar dari kediaman itu.

Pihak berkuasa kemudian menggeledah kediaman berkenaan dan menemui empat anggota pemisah yang mati, termasuk Black Pele. Selain itu, polis turut merampas dua pistol, sepucuk raifal AK47 dan lebih 100 butir bahan letupan. Dalam operasi berasingan, tentera menahan dua lelaki disyaki terbabit dalam serangan bom yang membunuh empat tentera pada 2 Oktober lalu di Krong Pinang,Yala. Dua suspek itu, Dolo Bueraheng dan Aha Maso didakwa turut bertanggungjawab terhadap kematian lapan anggota tentera Jun lalu. – Agensi

No comments:

Post a Comment