Monday, 7 October 2013

Kerja Sambilan Gadis Aceh???


Petaling Jaya – “Kalau datang siang, orang lain layan abang. Kalau abang datang malam, kami pula layan abang. Biasalah, kami kerja di kilang dan terpaksa mengikut syif (giliran bekerja). Bila dah balik kerja kilang, baru boleh buat kerja ini,” kata Maya, 26.

Dia antara lapan gadis berasal dari Aceh yang dikesan menjalankan kegiatan mengurut dan menjual tubuh secara sambilan di sebuah unit pangsapuri kos sederhana di Sunway Mentari, Bandar Sunway, di sini, bagi menampung kos kehidupan di perantauan.

Beroperasi sejak setahun lalu, rumah berkenaan yang terletak di tingkat enam pangsapuri itu langsung tidak kelihatan seperti rumah pelacuran kerana penghuninya bijak melindungi kegiatan mereka dengan menjadikannya sebagai asrama untuk pekerja kilang.

Difahamkan, khidmat gadis Aceh berkenaan mendapat sambutan hangat pelanggan, terutama warga asing, berikutan ia sukar diperoleh berbanding gadis wilayah lain dari Indonesia, menurut sumber HMetro.

Wartawan Metro Ahad yang mendapat maklumat daripada penduduk di situ, menyamar sebagai pelanggan untuk memasuki rumah itu. Jelas, ia dihuni beberapa pekerja kilang yang menjalankan kegiatan pelacuran pada waktu senggang.

No comments:

Post a Comment