Thursday, 3 October 2013

3 penjenayah maut ditembak


GERIK – Tiga lelaki yang dikehendaki kerana terlibat dalam beberapa kes bunuh dan samun termasuk pembunuhan seorang peniaga kedai nasi kukus di Kampung Cacar, Paka, Dungun 13 Ogos lalu, ditembak mati pada Ops Cantas di Jalan Intan di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dalam kejadian pukul 1.40 pagi itu tiga lelaki berusia 25 hingga 34 tahun berkenaan dikatakan menembak ke arah polis selepas kenderaan mereka diarahkan berhenti di hadapan Bangunan Persekutuan di sini.

Katanya, selain pembunuhan peniaga nasi kukus itu, tiga penjenayah berkenaan dipercayai sekurang-kurangnya terlibat dalam lima lagi kes samun, curi kereta dan bunuh sejak Januari lalu.

Dua daripada tiga penjenayah terbabit dikenal pasti sebagai Mohd. Baaqir Badrolsham, 25, dan Zailizann Amin Elias, 26, yang masing-masing berasal dari Jeli dan Tanah Merah, Kelantan.

“Suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Wira telah diarahkan berhenti oleh sepasukan pegawai dari D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, menurut sumber Kosmo!.

“Penjenayah terbabit enggan berhenti sebaliknya mengundurkan kenderaannya sebelum melepaskan tembakan. Polis terpaksa membalas tembakan mereka untuk mempertahankan diri.

“Tiga suspek yang salah seorangnya masih belum dikenal pasti identiti mati serta-merta di tempat kejadian,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment