Thursday 3 October 2013

Pelumba Basikal Maut Nahas Semasa Latihan


DUNGUN - Pelumba basikal Terengganu, Mohd Asmui Ali, 19, terbunuh apabila basikal di tunggangnya terbabit dalam insiden kemalangan di Jalan Kuala Terengganu – Kuantan jam 11.30 pagi tadi.

Basikal mangsa dikatakan bergesel dengan rakan lain sebelum jatuh lalu digilis van pengiring.

Kemalangan melibatkan pelumba motosikal merupakan ketiga direkodkan pada tahun ini dan kesemuanya melibatkan pelumba dari Terengganu.

Kemalangan kali pertama berlaku di Putrajaya apabila basikal ditunggang oleh Mariana Mohamed dilanggar oleh sebuah kenderaan di persimpangan jalan namun hanya melibatkan kecederaan.

Pada Jun lepas, seorang lagi pelumba dari Terengganu Mohd Syafiq Imran Syahril bertembung dengan sebuah lori di sebuah jalan sempit di Kampung Gemuruh, Tepuh, Kuala Terengganu ketika sesi latihan.

Syafiq dikatakan mengelak salah seorang dari rakannya yang melanggar lubang memaksa beliau ke laluan bertentangan dimana beliau bertembung dengan lori, menurut sumber Rakyat News.

Beliau yang mengalami kecederaan serius meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

No comments:

Post a Comment