Monday, 10 June 2013

MUKJIZAT-KEMUNCULAN MALAIKAT MEMBANTU PEJUANG ISLAM











KEMUNCULAN MALAIKAT MEMBANTU PEJUANG CHECHEN

Dalam berjihad di jalan Allah swt, kejadian pelik dan aneh seringkali berlaku. Kejadian seperti ini sudah pun dirakam oleh Allah swt dalam al-Quran sejak 1,400 tahun yang lampau. Peristiwa di Badar {1} dan semasa di Perang Hunain menyaksikan segerombolan bantuan malaikat turun membantu Rasulullah saw dan para sahabat di medan perang. Kejadian aneh ini disaksikan sendiri oleh para sahabat dan terdapat kesaksian mereka terkandung dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Tiada yang mampu dikatakan selain daripada memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt dan laungan takbir. Kejadian bantuan daripada tentera Allah ini turut sama berlaku di beberapa tempat terpilih seperti yang berlaku di pergunungan Chechya.

Inilah keistimewaan yang Allah swt berikan kepada pejuang-pejuang yang sentiasa meletakkan agama Allah di tempat paling tinggi berbanding perkara-perkara lain. Tiada sebab untuk Allah swt tidak memberi pertolongan sekiranya hal sedemikian memberi kemenangan kepada Islam. Maha Suci Allah Yang Maha Pemberi Pertolongan.

Ikutilah kisah yang diceritakan oleh seorang Mujahiddin yang menjadi saksi kepada kejadian aneh ini. Moga Allah swt melimpat gandakan pahala kepada mereka dan menempatkan mereka di syurga yang telah dijanjikan.


Kesaksian Para Malaikat Memberi Bantuan

Kami berperang dalam satu batalion bersama komander operasi, dan selama perjalanan kembali dari Grozny menuju ke sebuah gunung tiba-tiba muncul kapal terbang tentera Rusia yang menerjunkan ratusan tenteranya. Kami mulai bersedia. Pada waktu itu kami hanya berkaki ayam di malam yang gelap gelita serta di atas tanah yang diliputi salji.

Tentera-tentera Rusia tersebut mendarat di atas gunung sedangkan kami berada dibawahnya. Perkara ini mengaburkan pandangan kami, sedangkan mereka dapat melihat dengan sangat jelas. Disebabkan posisi mereka yang berada di atas kami, menyebabkan kami tiada tempat untuk berlindung.

Tiba-tiba mereka (tentera Rusia) menjadi panik dan ketakutan. Mereka mula melepaskan tembakan rambang. Dan aku bersumpah atas nama Allah, kami melihat mereka menembak ke atas, padahal posisi kami di bawah.

Kemudian keadaan tiba-tiba berubah menjadi tenang dan hening. Kami pun menunggu hingga setengah jam. Komander Khattab berkata:
“Saya ingin memilih beberapa orang untuk mendaki gunung bagi mengetahui apa yang sedang terjadi dan mengapa mereka menghentikan tembakan”.

Seluruh mujahidin mengangkat tangannya. Komander Khattab hanya memilih tujuh mujahiddin untuk misi itu. Setelah sejam menunggu, kami mendengar tujuh mujahiddin yang ditugaskan untuk menyiasat melaungkan takbir di atas gunung. Laungan takbir tersebut memecahkan kesunyian malam.

Dengan rasa ingin tahu kami pun mendapatkan mereka. Sampai di atas gunung, kami segera bertanya kejadian sebenarnya. Sesaat kemudian seluruh Mujahidin bertakbir. Satu keadaan yang sangat mengejutkan, ratusan tentera Rusia telah dipenggal.

Melihat keadaan tentera-tentera Rusia tersebut, kami beranggapan mayat mereka dipenggal dengan pedang yang begitu tajam, atau paling tidak mungkin dengan gergaji elektrik. Kami yakin tidak mungkin seorang manusia mampu melakukannya. Tambahan pula, tentera Russia terkenal dengan kecekapan dan kemahiran mereka dalam selok-belok peperangan.

Satu lagi keanehan ialah di mana senjata api mereka iaitu Kalashnikov masih tergengam di tangan mereka dan tidak sedikitpun mengalami kerosakan. Pisau-pisau dan senjata mereka yang lain pun masih lagi elok.

Jumlah tentara Rusia yang terpenggal lebih kurang seratus orang. Peristiwa ini menyedarkan kami bahawa sesungguhya Allah telah mengirim para malaikat-Nya untuk menolong kami.

No comments:

Post a Comment