Thursday 2 March 2017

Guru Lelaki Dirogol 4 Pelajar Perempuan

Gambar Hiasan

Seorang guru lelaki terkejut melihat keadaan kemaluannya yang lebam selepas sedar dari pengsan dan dipercayai dirogol empat orang remaja perempuan.

Guru lelaki yang berasal dari Zimbabwe, tersebut menceritakan bahwa ia mengalami gangguan seksual selama berjam-jam oleh empat perempuan berkulit cerah yang masing-masing dipercayai masih pelajar.

Dalam kejadian yang berlaku, dia menumpangkan 4 remaja wanita ketika dalam perjalanan balik kerumah menaiki kereta.

Kemudian salah seorang wanita menyuruhnya masuk ke jalan kecil sebelum berhenti, secara tiba-tiba salah seorang dari mereka membekap mulutnya dari belakang dengan kain yang membuat ia tidak sedarkan diri.

Pihak polis setempat yang membuat siasatan mendapati mangsa memakai kereta Toyota Quantum,empat penumpang wanita berkenan adalah buruan polis yang sudah beberapa kali melakukan gangguan seksual terhadap lelaki di kawasan itu.

Bulan lalu sahaja terdapat 3 lelaki yang menjadi mangsa,dipercayai empat wanita itu menjalankan perniagaan menjual sperma lelaki.

Alasan mereka menumpang kereta orang lain dengan mengatakan ingin menjemput seorang rakan dan kemudiannya mengalihkan laluan perjalanan mereka.

Beberapa mangsa berkata bahawa salah seorang dari perempuan itu fasih berbahasa Ndebele,sesekali mereka bercakap dengan bahasa yang tidak dipahami.

Guru yang menjadi mangsa berkata,sebelum ia dibekap salah seorang wanita sempat memberikan sebotol minuman,ketika ia sedarkan diri ia berada di semak samun dengan keadaan telanjang dan kemaluannya lebam lebam. ia kemudian bergegas ke dalam kereta dan melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Sebelumnya mangsa mendakwa bahwa ia pernah melihat gadis berkenan dan mereka juga pernah cuba menggodanya.

No comments:

Post a Comment