Monday 9 March 2015

Sakura Malaysia


Cantiknya bunga sakura bila berbunga. Sudah menjadi fenomena antara bulan Mac dan April bunga ini berbunga. Pokok ini asal luar negara dan kini dijadi sebagai lanskap jalanan atau tanaman pingir Jalan.
Terdapat lebih 40 spesis Tabebuia (Trumpet) dan yang biasa ditanam di pinggir jalan di Malaysia adalah jenis Tabebuia pentaphylla atau Bunga Sakura. Bunga ini berasal daripada Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Pokok ini sering ditanam sebagai tanaman pinggiran jalan dan juga sebagai pokok hiasan taman. 
Di Malaysia, Tabebuia pentaphylla juga dikenali sebagai pokok “Cherry Blossom” Pulau Pinang kerana bunganya yang sangat lebat seolah-olah bunga sakura Jepun yang mekar pada musim bunga. Tabebuia pentaphylla yang biasa ditanam terdapat dalam dua warna iaitu merah jambu dan putih yang biasa terdapat di Malaysia dan juga kuning.
Nama spesies “pentaphylla” dalam bahasa Latin merujuk kepada lima “jejari” daunnya dimana “penta” bermaksud “lima” dan “phylla” bermaksud “daun”. Pokok ini juga dikenali sebagai “pokok kertas tisu” kerana ranggi bunganya yang nipis. 
Ia juga dikenali sebagai pink poui, rosy trumpet tree dan pink tecoma. Di negara-negara Amerika Selatan ia juga dikenali sebagai ipê rosa. Tabebuia memerlukan musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunganya yang lebat.

 Tabebuia Aurea

 Tabebuia Alba

Tabebuia Pentaphylla

No comments:

Post a Comment