Bantuan!!!....Bantuan!!!!... Msg from Razaimi: Message dari En Razaimie (ex UDPA INTAN) Assalamualaikum wrt. Saya tak tahu macamana nak mulakan. Anak saya skrg berada di IJN dan sy baru shj mendapat keputusan ujian echo. Jantung anak sy makin lemah dan kata doktor jantungnya sedang berjuang untuk sisa2 hidup. Doktor baru sahaja memberitahu tiada apa yg mampu dilakukan melainkan memberikan anak saya keselesaan berada di ijn dan menasihati agar memenuhi sahaja permintaannya. Doktor membayangkan mungkin hari ini atau seminggu dua lagi perjuangan anak sy mungkin berakhir. Apapun mesin tunjuk dan doktor rumuskan, mereka bukanlah tuhan. Saya seorang yg percaya bahawa keajaiban itu wujud, sebagai mungkin talian hayat terakhir, ikhtiar terakhir mungkin, saya memohon sumbangan saudara saudari sekalian, tolong sedekahkan Alfatihah untuk Nur'aina Wafa', dan niatkan untuk meringankan sakit dan menyembuhkannya. Saya perlukan sebanyak mungkin alfatihah untuk Nur'aina Wafa'. tuan puan org yg baik dan mungkin doa itu akan Allah makbulkan. S aya terhutang budi atas bantuan ini. Terima kasih. razaimie P/s: sy tolong forward kan shj...tq
No comments:
Post a Comment